Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Widget MyBlogLog: Dulu dan Kini

20 02 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Post kali ini sedikit santai. Jika anda perasan, MyBlogLog telah menyediakan design widget yang terbaru dan banyak pilihan warna. Saya tidak pasti bila ia dilancarkan. Cuba lihat imej berikut:

mybloglogaaaaaaaaaaaaamybloglog widgets

(klik pada imej untuk paparan besar)

Di sebelah kiri adalah design yang lama dan yang sebelah kanan pula ialah yang terbaru.

Design yang lama lebih simple, tapi untuk yang baru ia lebih nampak ‘fresh’ (design yang lebih glossy) dan terdapat satu fungsi iaitu apabila meletakkan tetikus pada mana-mana ikon readers (pembaca) di widget tersebut, akan dipaparkan info mengenai reader tersebut.

Apabila saya melawat blog orang lain yang meletak widget ini, ikon MyBlogLog saya akan dipaparkan di situ. Apabila mana-mana pembaca blog itu meletak tetikus pada ikon saya, maka akan terpapar bahagian (info reader) tersebut seperti imej di bawah:

new mybloglog widgets

Kelebihan yang lain pula ialah ia mempunyai ikon tambah (+) beserta ayat Add Me To This Site’s Community. Ikon sebegini bagi saya lebih menarik orang yang melihatnya untuk klik berbanding hanya ayat semata-mata seperti pada design yang lama.

mybloglog widget

(design baru)

myold11.jpg

(design lama)

Teramat jelas, bentuk yang baru lagi mantap, pro dan elegen. :)

Selain itu, paparan jumlah ahli bagi komuniti anda akan dipaparkan pada widget tersebut. Mungkin ini sebagai satu ‘psikologi’ untuk membuatkan orang lain ingin turut sama menyertai komuniti anda. Sebagai contoh semasa saya menulis artikel ini, ahli untuk komuniti saya adalah seramai 415 orang.

Fungsi lain yang saya nampak ialah senarai laman web pemilik reader tersebut. Lihat pada bahagian imej di bawah pada petak kuning:

new mybloglog widgets 2

Sehingga sekarang, saya meletak empat buah blog pada akaun MyBlogLog saya. Jadi, apabila pembaca blog yang saya lawati meletak tetikus pada ikon MyBlogLog saya, akan terpapar bahagian info itu yang turut sama disenaraikan blog milik saya. Ini adalah salah satu kelebihan terbaik untuk ‘mempromosikan’ blog anda.

Secara keseluruhan, saya lebih sukakan design yang baru ini sebab ia lebih interaktif, ada fungsi baru dan designnya yang amat menarik (cun!). Berbeza dengan design lama yang walaupun ia simple, tapi design lama ini tidak begitu ‘fresh’ berbanding yang baru dan ia lebih menggunakan coding table (<table>) semata-mata.

Buat masa sekarang, saya masih menggunakan design yang lama sebab ia simple dan tidak terlalu advance. Saya telah pun mencuba design yang baru semalam dan hati masih mahu menggunakan yang lama ( tak tahu lah kenapa? ;) ). Namun, tidak mustahil saya akan beralih kepada design yang baru juga kelak.

Anda pula sukakan yang mana satu? Yang lama atau yang baru?

Sertai Komuniti Saya

Klik link ini untuk mendaftar ke komuniti MyBlogLog saya (komuniti Perniagaan Internet) yang telah mempunyai lebih daripada 400 orang ahli. Daftar sekarang!

Mungkin di lain kali kita boleh berbincang pula apakah kelebihan MyBlogLog ini untuk Internet Marketing. InsyaAllah.

Anda perlu tahu: Mungkin ada yang belum tahu bahawa MyBlogLog sejak tahun lepas telah menjadi milik syarikat Yahoo!. Jadi, anda perlu mempunyai akaun Yahoo untuk mendaftar akaun MyBlogLog.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • BCB –> CIMB = :)
  • Tak Cuba Tak Tahu
  • Usahawan Internet Berjaya: Masa Kejayaan Anda Juga Akan Tiba…
  • Wordpress 2.0.3 - Sila Upgrade
  • Program Affiliate Kini Dibuka
  • Cerita Ghairah : ZuL vs Shuth!
  • Adakah Anda Mempunyai Prinsip Sendiri?
  • Strategi Pemasaran Perniagaan : Social Network Tools
  • “Nak Mula EBiz Tak Perlu Tahu Banyak Pun..”
  • Fokus: Menentukan Anda Cepat atau Lambat Berjaya

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    14 Comments »

    Comment by wanwma
    2008-02-20 22:49:48

    Yup! saya setuju! saya pun dah gunakan design baru ni..rasanya baru seminggu..

     
    Comment by Han
    2008-02-20 23:09:55

    design baru pula…
    yang lama pun belum cuba…hehe

     
    Comment by e Pemuda PAS
    2008-02-21 01:10:39

    sunggun menarik post kali ini. terima kasih Saudara SmartZul. :)

     
    Comment by zam
    2008-02-21 07:57:38

    yang lama pun belum cuba. sama seperti han :p tapi nak try jugak la letak kat blog saya

     
    Comment by titan
    2008-02-21 15:52:47

    Aku dah cuba kat blog baru aku. Jujurnya. Aku suka yang lama. tapi yang baru, nampak unsur elegan dan professional sket.

    So far, satu percubaan yg cukup best dari yahoo dan mybloglog.

    Comment by emet
    2008-02-25 10:45:39

    Memang yang baru ni nampak lebih profesional, 1st nampak pon kat blog titan :)

    Tapi, belum ada hati nak tukar la, biasalah benda barukan? ambil masa sikit…

     
     
    Comment by kakibiz
    2008-02-21 16:21:13

    Baru ke…lama ke…yang penting isinya mestilah ‘masyuk..’

     
    Comment by pyan
    2008-02-22 00:39:00

    yang lama atau baru ..tak kisah janji boleh trace peawat kita.

     
    Comment by Bent
    2008-02-22 10:10:22

    Great and professional lookin’ ! thanks Zul for the sharing.

     
    Comment by PakarHowTo
    2008-02-22 12:31:51

    terima kasih kepada Smart Zul atas post kali ini.
    ianya telah memberikan ‘input’ yang berguna kepada saya.

    sebelum ini, saya tidak sedar sangat tentang cara penggunaan MyBlogLog ini.
    saya hanya sekadar daftar jadi member , pastu tak tahu nak buat apa lagi.
    tapi dengan membaca post kali ini, membuatkan saya jadi lebih berminat untuk mengetahui kebaikan MyBlogLog ini dan cara menggunakannya dengan lebih berkesan lagi.

    alhamdulillah, semalam, akhirnya saya telah berjaya memasukkan widget MyBlogLog ke dalam blog saya.

    terima kasih SmartZul.
    kalau SmartZul tak menulis post ini, mungkin saya tidak akan tahu macammana nak gunakan MyBlogLog ini, walaupun saya sudah mendaftar menjadi member sejak sekian lamanya.

    Comment by smartzul
    2008-02-22 23:36:57

    Sama2 pakarHowTo. Selamat mencuba. :)

     
     
    Comment by En Dlie
    2008-02-22 16:33:27

    Wah.. menarik nampaknya ni.. saya belum cuba lagi. InsyaAllah saya akan cuba nanti..

     
    Comment by kakibiz
    2008-02-26 01:19:42

    wow! I’d never heard of this one before.

     
    Comment by Silvy
    2008-02-26 16:38:17

    Tapi menurutku ada kekurangannya, warnanya ga bisa di-blend lagi ngikutin warna dasar layout kita :(, karena pilihan warna’y udah tetap. yaahh..kurang matching gitu huehehe :D

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: