Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Rahsia Wang RM1000.00

31 01 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

RM1000.00, bukan satu jumlah yang banyak bagi sesetengah orang. Namun, ia amat banyak bagi orang lain. Bayangkan, seorang pekerja biasa yang bekerja sehingga mengeluarkan peluh setiap kali beliau bekerja, tetapi gaji untuk sebulan hanya beberapa ratus sahaja. Tapi bukan kerja itu yang saya mahu persoalkan atau perlekehkan, tetapi apa yang saya mahu nyatakan ialah, kehebatan Internet.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah dengan nikmat dan kemudahan Internet yang tercipta ini. Melaluinya, kita boleh mendapatkan wang dengan begitu banyak sekali. Sebut sahaja berapa jumlahnya, insyaAllah ia boleh didapatkan tanpa perlu berpenat lelah sangat.

Apabila anda mendapat kemahiran membuat duit di Internet, maka anda boleh mengulangi cara yang anda gunakan berulang-ulang kali dengan begitu mudah. Nak buat satu ribu, dua ribu, lima ribu? Ia bukan lagi mustahil! Itupun jika tahu caranya. Dah tahu formula asasnya, anda cuma perlu buat kiraan tambah, tolak, bahagi dan darab sahaja.

Ramai lagi yang ragu-ragu dengan cara mendapatkan wang melalui Internet. Sepatutnya tidak begitu kerana jika mereka mengerti dan faham, Internet adalah anugerah Ilahi sama seperti ciptaan-ciptaan yang lain, cuma Internet lebih laju, cepat dan menjimatkan kos.

Akibat sifat teknologi ini yang cepat, maka cepatlah kita mendapat wang. Lagi cepat dan mudah, maka lagi besar dan banyaklah wang yang diperolehi. Inilah nikmat Ilahi. Orang yang ragu biasanya mereka tidak faham dan tidak mahu ambil faham mengenai sifat nikmat kurniaan Ilahi ini.

Baik, kita biarkan dahulu dengan keraguan tersebut. Kita beralih pula mengenai cara bagaimana untuk mendapatkan RM1000.00 melalui Internet. Pada tulisan kali ini, saya akan senaraikan beberapa cara untuk anda dapatkan RM1000.00 tanpa perlu mengeluarkan peluh. ;)

Cara 1: Jual Produk - Pasaran Malaysia

Hasilkan sebuah produk dan jualnya dengan harga RM50.00. Jika anda mendapat 20 jualan, maka hasilnya ialah RM1000.00.

RM50.00 x 20 jualan = RM1000.00

Untuk pasaran Malaysia, tidak banyak cara untuk anda promosikan produk anda melalui Internet. Berdasarkan pengalaman saya, di antara teknik yang berkesan bagi pasaran Malaysia ialah menggunakan program affiliate, viral marketing, List, JV, forum komuniti dan iklan.

Ya, jika anda mahu membuat wang yang banyak dengan masa yang cepat, LIST adalah cara yang terbaik.

Cara 2: Dapatkan USD350.00 (Kuasa Tukaran Matawang)

Cara ini lagi mudah sebenarnya. Salah satu sebabnya ialah pasaran yang dimasuki ialah satu pasaran yang besar. Kedua, pasaran tersebut mempunyai kuasa beli yang tinggi. Sebab ketiga ialah anda mempunyai banyak pilihan dan cara untuk mempromosikan produk anda, ada 1001 cara.

Usahakan untuk mendapat sekurang-kurangnya USD350.00 dan apabila ia ‘dibawa masuk’ ke Malaysia, jumlah dalam RM ialah lebih daripada RM1000.00.

Cara 3: Servis/Perkhidmatan

Jika satu servis yang anda sediakan berharga RM400, berapa orang pelanggankah yang perlu anda dapatkan untuk memperolehi RM1000? Ya, tiga orang sahaja! Jika anda mahu tahu, salah satu cara mahu ‘kaya’ cepat melalui Internet ialah dengan menyediakan servis. Caj untuk satu jenis servis boleh mencecah ribuan ringgit atau paling kurang RM100.

Kebiasaannya, modal untuk servis ini tidaklah tinggi sangat, hanya perlukan masa sahaja. Lagi kompleks servis, lagi banyak masa diperlukan dan lagi tinggi cajnya.

Fikir dan analisa apakah perkhidmatan yang boleh dan mampu anda sediakan. Kemudian letakkan jumlah caj untuk servis tersebut. Tak cuba tak tahu.

Sebelum ini saya ada menulis 7 contoh idea perkhidmatan di Internet. Boleh rujuk di sini:

Siri 1: 7 Idea Perkhidmatan di Internet

Siri 2: 7 Idea Perkhidmatan di Internet

Kesimpulan

Berniaga atau mencari pendapatan di Internet amatlah mudah sebenarnya. Cuma anda perlu tahu cara yang betul dan tepat. Itu sahaja. Soalnya, bagaimana? Jika mahu tahu cepat, belajarlah daripada mereka yang sudah tahu caranya. Atau jika ada masa, anda boleh usaha sendiri dengan membuat kajian. Tapi cara ini amat lambat dan biasanya anda akan mudah berputus asa.

Carilah mentor atau pembimbing. Anda pasti berpuas-hati.

Sekali lagi.. Dah tahu formula asasnya, anda hanya perlu sesuaikan dengan projek perniagaan anda sahaja. Persoalannya, adakah anda sudah menemui formula untuk kegunaan anda itu? Atau, anda si pencari peluang yang malang?

Salam maju jaya.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 1 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Ebook Percuma : Cara Keluar Duit Dari Paypal
  • Cara Alternatif Keluar Duit Dari Paypal
  • Pakej Rahsia 10K: Strategi Menjana RM10,000 Di Internet
  • Program Internet tu Bisnes ke?
  • Rahsia Utama Kejayaan Usahawan
  • Pelaburan ‘HARAM’..
  • Sistem DPP Secara Percuma?
  • Buat Duit Dengan Forum
  • Mengapa Ramai GAGAL Buat Duit Di Internet?
  • Kenapa Pelancaran Sistem EzSurvey Ditunda? Dan Lagi Mengenai Pakej Rahsia 10K.

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    19 Comments »

    Comment by Labanon
    2008-01-31 15:47:35

    Yup.. kita sebagai usahawan Internet sepatutnya bersyukur kerana kemudahan Internet ini yang membolehkan kita menjana wang :)

    Comment by SyedHafidz
    2008-02-06 18:37:52

    kecanggihan dunia teknologi menjadikan benda yg dlu mustahil dah tak jadi mustahil lagi…
    :)
    mungkin 10-20 akan datang kita akan berjumpa dengan 1 lagi medium menghasilkan pendapatan yang kita tak pernah fikirkan hari nie…

     
     
    Comment by ammbiz
    2008-01-31 17:04:07

    nampaknya saya kot antara golongan seprti artikel kali nie … masih tak dpt fokus … atau tak der mentor ug dpt membimbing ./.. eks …

     
    Comment by zanli Subscribed to comments via email
    2008-01-31 17:08:14

    Benar..Dulu kita boleh pegang sekeping not RM1000.Sekarang biarlah internet pula yang tolong “pegangkan”.Jangan salah faham pendapatan saya melalui internet tak mencecah nilai tsb :cry: ini ada kaitan dgn “niche” yg saya pilih :wink: kot !

    Comment by smartzul
    2008-01-31 18:28:46

    Yup, niche dan pasaran yg kita masuk juga menjadi faktor berapa pendapatan kita untuk sebulan. Tapi nak seribu daya.

    Ada beberapa cara untuk tingkatkan income kita:

    1. Tambah produk
    - Jual kepada pelanggan baru
    - Offer kepada pelanggan sedia ada

    2. Jadikan produk sebagai servis
    - Jika jual panduan matematik, why not offer khidmat nasihat secara maya? Caj untuk servis biasanya lebih tinggi berbanding produk.

    3. Masuk niche & pasaran lain yg lebih menguntungkan selain niche sedia ada. Tak salah nak buat banyak niche.

    Comment by zanli Subscribed to comments via email
    2008-02-01 12:44:20

    Nampak gaya nya dah masuk bab “Matematik” nie :grin: ,terima kasih di atas cadangan sdr smartzul -cadangan yg memang bernas kerana kebanyakan pelajar Malaysia ( maaf-lebih lebih lagi pelajar Melayu) kurang berminat produk ebook matematik -Kita tawarkan PERCUMA ramai yg download ;dapat “list” je :smile:

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by wanwma
    2008-01-31 17:47:32

    Saya berhajat untuk mendapatkan pendapatan RM1000 ke atas bulan 2 ni dalam perniagaan internet. Usaha untuk menghasilkan produk :idea: sedang bermula..Alhamdulillah..nikmat masa cuti sebulan ni boleh la saya gunakan untuk fokus dengan matlamat saya itu.. :wink: semoga otai2 dapat membantu… :smile:

    Comment by smartzul
    2008-01-31 18:21:06

    Rancang baik2, insyaAllah boleh! :)

    Tip saya, perbanyakkan produk, tapi jangan sampai hilang fokus. Lagi banyak produk, lagi mudah untuk dapatkan jumlah tersebut.

    Atau, jual satu produk jika kena caranya pun dah boleh dapat RM1000 tu.

    Panduan tambahan:
    1. Produk mesti unik
    2. Trafik yang targeted
    3. Tawaran yang bagus
    4. Conversion rate laman web mesti tinggi

     
    Comment by SyedHafidz
    2008-02-06 18:33:09

    teruskan usaha awak wanwma..

    insyaAllah boleh…
    usaha tangga kejayaan.. :smile:
    kalau ada masalah jangan segan2 bagitau..
    kalau leh tlg insyaAllah saya akn tolong..

     
     
    Comment by titan
    2008-01-31 18:36:44

    Insya-Allah. Jika betul caranya. Nak dapat RM1000 dalam 2 minggu pun boleh. Nak dapat dalam 1 hari pun boleh. Tapi usaha nak dapatkan sesingkat itu memerlukan teknik yg dikaji lama.

    Aku berjaya buat setelah kaji begitu lama. BOlehla. Kalau dulu susah nak menyimpan. Sekarang dah bolehla sikit-skit..

     
    Comment by pyan
    2008-01-31 22:53:15

    pernah dapat rm1000 sehari setelah bercakap selama 3 jam non-stop.

     
    Comment by pluto
    2008-02-01 00:58:06

    ya.. perbanyakkan produk, tapi kadang2 ada juga produk tak bermutu tinggi.. saya pernah membeli produk yang tiada nilai langsung.. harga RM 40.. menyesal betul!! sebelum membeli, penulisnya menjanjikan rasiah rasiah sulit dan dan langkah-langkah terperinci untuk mendapat duit dengan cepat hanya di rumah, rupanya Ebook yang dibeli hanya disiapkan dalam masa tiga bulan ja… 42 page saja dan semuanya ringkasan sahaja.. dah lebih 10 kali saya ulang baca, tapi sampai sekarang masih tiada hasil.. walaupun demikian, saya tak menyebarkan ebook ini itu kerana menghormati orang itu..

    saya nasihatkan kepada peniaga internet supaya menghasilkan Ebook yang bermutu tinggi, langkah terperinci.. dan jangan menghasilkan produk semata-mata untuk “ada produk untuk dijual” supaya “dapat duit cepat”..

    Comment by Raymond Subscribed to comments via email
    2008-02-01 19:12:23

    Pluto,

    Anggap ini sebagai pengajaran dan pengalaman hidup.

    Kalau sidah tahu, lain kali, belilah daripada orang yang perfesional macam Zul sahaja. :)

     
     
    Comment by wanwma
    2008-02-01 09:31:00

    Wah..terima kasih, dengan nasihat dan padangan anda semua saya semakin bersemangat!

    kata pluto tu betul, jika ebook yg dihasilkan tidak bagus, ini bukan sahaja menjejaskan perniagaannya, tetapi turut mmberi kesan buruk kepada newbie. susahlah kalau pelanggan dah hilang rasa percaya terhadap kualiti produk2 yg dikeluarkan…

     
    Comment by Han
    2008-02-01 11:12:11

    sama juga kalau RM100 x 10000=RM1 juta…hehe
    nampak senang tak?
    senang je kan…hehe

    han

     
    Comment by Raymond Subscribed to comments via email
    2008-02-01 19:18:35

    Saya lebih suka leverage pada cara kedua.

    Sejak menceburi bidang internet, saya semankin suka mendarab nombor dengan 3.3 :razz:

     
    Comment by En Dlie
    2008-02-04 12:34:52

    Alhamdulillah, bulan lepas sambutan terhadap produk MMR saya berjalan dengan lancar dan baik.. dan dah dapat income berganda.. cuma saya masih bekum berpuas hati lagi.. heheheh… sebab belum dapat target income bulanan yang saya nak..

    InsyaAllah, mungkin dalam masa beberapa bulan lagi impian ini akan tercapai berdasarkan perancangan dan jadual yang telah saya gariskan pada penghujung tahun lepas…

     
    Comment by SyedHafidz
    2008-02-06 18:29:28

    Peluang sentiasa ada..
    rezeki ada di mana2 je..
    kalau kita berusaha insyaAllah kita akan peroleh hasil…
    bak kata pepatah arab

    “siapa yang menanam, akan mendapat hasilnya” :razz:

     
    Comment by discovery
    2008-02-09 20:58:02

    Saya teringin nak dapatkan sebanyak itu tetapi buat masa sekarang saya masih memikirkan niche yang lain dari internet marketing.

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: