Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Penemuan Terbaru!

13 09 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Semalam, semasa saya dalam melakukan satu usaha promosi perniagaan di Internet, saya telah menemui satu penemuan yang tak terduga!

Lihat imej ini (klik untuk besarkan) :

perniagaan internet

Page item yang saya submit ke satu site ini telah di-index oleh Google dalam masa satu jam sahaja! Biasanya, hasil untuk perkara ini mengambil masa beberapa jam atau satu malam. Tetapi tidak untuk kali ini.

Keyword untuk web tersebut amat besar persaingannya iaitu ada 1 juta lebih laman web lain. Tapi lihat imej tersebut, ‘page’ yang saya submit ke laman web itu berada di page ketiga senarai hasil carian Google (SERPs).

Apakah laman web tersebut?

Maafkan saya kerana tidak dapat dedahkan di sini. Sebab? Bukan sebab saya kedekut, tetapi ‘rahsia’ sebegini tidak sesuai didedahkan kepada umum. Kerana, saya amat bencikan mereka yang mengamalkan kaedah spam. Tengok sahajalah apa yang telah terjadi kepada Squidoo contohnya. Tidak pasal-pasal ‘dihukum’ oleh Google gara-gara ‘kejahatan’ si spammer. Saya amat anti dalam hal ini.

Saya menyatakan penemuan ini dengan satu tujuan sahaja:

>> Di dalam menerima tip dan teori orang lain, kita juga perlu mencari formula tersendiri. Mungkin dengan penemuan itu ia menjadi satu senjata ampuh untuk perniagaan kita.

Usaha Saya Yang Lain:

1. Sekarang sedang nak compete untuk satu keyword yang tinggi juga persaingannya. InsyaAllah dapat top ten. :)

2. Saya telah menemui beberapa laman web yang ‘high ranking’ di Google dan boleh dijadikan sebagai laman proksi. Dan laman web-laman web itu adalah untuk market Malaysia.

Pelajaran:

1. Cari ’senjata’ anda sendiri dan guna senyap-senyap. Tidak timbul soal kedekut di sini kerana kita melakukan perniagaan. Anda WAJIB ada senjata ampuh sendiri. Anda faham apa yang saya mahu maksudkan.

2. Laman web proksi seperti Squidoo, MyBlogLog, EzineArticles, MySpace, YouTube dan sebagainya memang terbukti berkesan. Namun, ia sudah mula ‘crowd’. Maka sebab itu anda perlu mencari sendiri laman web proksi dan rahsiakan.

Jangan sesekali dedahkan kepada umum sehingga anda mendapat hasil yang lumayan dari segala teknik yang anda gunakan. Jika anda dedahkan, tengoklah akan berlaku persaingan yang sengit termasuk dari si spammer (I hate them).

Sekali lagi, di sini tidak timbul soal kedekut. Tetapi ia mengenai perniagaan. Jika anda mahu tahu, semua perniagaan ada ‘trade secret’ masing-masing yang tidak sama-sekali akan didedahkan kepada umum, kerana itulah hidup dan mati mereka. Anda mesti tahu hakikat ini.

Jumpa lagi.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Teknik Pemasaran Internet Berkesan
  • Apakah Kekuatan Pemasaran Internet Anda?
  • Web designer is NOT web marketer
  • ‘Curi Cara Mereka…’
  • Rahsia Besar Perniagaan Internet
  • Tadaaa… Saya sekarang berada di konvensyen SaifulSham..
  • “Kek Coklat Sudah Sampai…!” :)
  • Teknik Apa dan Siapakah Yang Paling Bagus?
  • Strategi Pemasaran Perniagaan : Social Network Tools
  • 13 Artikel Terbaik di Blog SmartUsaha.com

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    17 Comments »

    Comment by Raymond
    2007-09-13 18:49:28

    Hebatnya!

    Rekod saya selama 13 jam untuk diindekskan pada muka pertama. Rank #3.

    Ini pulak satu jam je :shock:

     
    Comment by goku Subscribed to comments via email
    2007-09-13 18:54:43

    saya ni org baru…
    cuma baca jer la… tak paham apa pun..he..he..he…
    tapi sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk mula belajar..
    terima kasih..

    get ready untuk bewrbuka puasa..
    ” Selamat Berbuka Puasa “…

     
    Comment by smartzul
    2007-09-13 19:45:05

    Raymond. Yup. Itu yg saya tak sangka tu. Page ke-3 dalam masa satu jam. Hebat betul web tersebut. Kalau nak tahu, tak ramai yg tahu pasal site tersebut. ;)

    Rahsia Rahsia… :D

    Hal2 begini kalau dikongsi dengan spammer memang habislah diaorang ‘belasah’. Tu yg malas nak kongsi.

    Goku, saya jarang tulis benda yg advance. 90% artikel tulisan saya biasanya perkara asas sahaja. Teruskan belajar.

     
    Comment by emzek
    2007-09-13 20:31:00

    saya pun dalam proses pembelajaran lagi ni zul… ade byk lagi yang saya tak faham.. byk lagi yang perlu saya belajar dan terokai dalam dunia internet ni..

     
    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-09-13 20:31:45

    slmt mlm zul,
    memang hebat web tu. satu jam dah index oleh google.

    mcm mana zul buat tu?
    kalau tak kisah, kongsi lah disini caranya. dan bukan kongsi laman web tu… hehe… :grin:

    han

     
    Comment by Fai Subscribed to comments via email
    2007-09-13 21:19:50

    Wah.. Byk projek zul ni.. :)

    Memang dasyat.. 1 jam je tu.. Saya paling cepat pun 5 jam..
    tu pun kat page 5 google..

    PS: NextInternetMillionaire episod 4 dah keluar.. :)

     
    Comment by pyan Subscribed to comments via email
    2007-09-14 05:41:52

    :lol: wow hebat.

     
    Comment by PioneerTeamDotNet Subscribed to comments via email
    2007-09-14 08:22:50

    Saya sudah guna satu proksi web yang boleh list dalam google dalam satu jam ni..ianya adalah satu dari subsidiari google juga. Memang cepat.

     
    Comment by Saladin Subscribed to comments via email
    2007-09-14 16:55:06

    betul tu zul…kena ada senjata ampuh sendiri :grin: cepatnye diindeks… :shock:

     
    Comment by ayam89 Subscribed to comments via email
    2007-09-15 13:28:00

    sy nk belajar tp x tau cmne…
    blh ajarkn??

     
    Comment by Sabri SaifulSham
    2007-09-16 11:36:42

    Setuju! :)

     
    Comment by Hamid
    2007-09-27 23:13:24

    Ya kuasai dulu keuntungan :mrgreen:
    dah untung banyak baru kongsi ngan orang lain :lol:

     
    Comment by Isman Subscribed to comments via email
    2007-09-28 01:25:15

    Betul tu zul,,
    Kita dapat kita buat dulu… rasa-rasa dah nak hebuhkan nanti
    beritahu saya ya.. baru nak belajar jinak-jinak dgn internet..

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-01 18:55:07

    wah… begitu sekali penangan spammers nih. blogrush pun kena attack jugak. dan kesannya kpd mereka yang white list laa jadi mangsa.

    apohalpun tahniah laa buat zul lantaran dapat indeks ke google dengan teknik satu jam indeks. camana nak buat yer sampai jadi begitu sekali?? top rank ke angka juta…?

    sekian terima kasih.. :grin:

     
    Comment by Amer
    2007-10-02 12:35:18

    Hehehe..bolehla tangkap sikit-sikit apa yang diceritakan. Mungkin lepas ni Zul keluarkan pulak ebook mengenai teknik ni :-) Masih jauh lagi rupanya perjalananku ini..

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-16 02:04:18

    kalo dah gitu… meh laaa kita cari teknik rahsia kita yang tersendiri untuk jadi tip top…

     
    Comment by Han Subscribed to comments via email
    2007-10-16 08:45:24

    nak cari rahsia sendiri…
    hehe…
    boleh juga tu…
    nanti kita cuba cari atau buat rahsia pula…

    han

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: