Jawapan Yang Betul + Senarai Pemenang!

Terima kasih dan tahniah kepada mereka yang telah mencuba meneka satu persoalan yang saya buka bermula semalam sehingga 12.00 t/hari tadi. Seramai 15 orang telah mengambil peluang yang saya buka ini.

Jadi, apa jawapan yang betul?

Ya, boleh dikatakan semua yang meneka memberikan jawapan yang betul malah tepat sekali iaitu PENGGUNAAN MAILING LIST!

Itu jawapan yang paling ringkasnya. Tahniah kepada yang menjawab dengan tepat atau pun paling kurang menghampiri dengan betulnya. Terima kasih juga kepada mereka yang memberikan jawapan tambahan yang lain, ia juga memberikan maksud lebih kurang sama. Cuma, jawapan yang saya mahu kepada persoalan ini ialah mailing list. πŸ™‚

Apa Tujuannya??

Mesti ada yang tertanya, kenapa SmartZul tiba-tiba sahaja buka peluang teka meneka ni? Bagi hadiah percuma pulak tu. Sebenarnya, tiada apa-apa kepentingan di belah pihak saya. Hakikatnya, saya mahu membuktikan bahawa dengan mempunyai mailing list sendiri, anda boleh ‘buat duit’ pada bila-bila masa!

Dan anda perlu tahu, inilah pertama kali saya meletakkan screenshot akaun bank saya di Internet. Tak pernah dalam hidup saya letak imej macam tu. Bukan mahu menunjuk-nunjuk, tetapi saya mahu buktikan apa yang saya cakap selama ini iaitu mengenai autoresponder dan LIST (senarai emel) bukan hanya cakap-cakap kosong.

Hanya mereka yang bertindak sahaja akan mendapat hasilnya. Di Malaysia ini (market Malaysia), boleh dikira dengan jari usahawan internet yang menggunakan autoresponder berbayar. Mereka yang ‘rela’ mengeluarkan modal untuk membeli autoresponder berbayar ini melihat keuntungan masa hadapan dan jangka panjang. Sebab itu mereka sanggup.

Berbeza dengan orang lain, mereka hanya tunggu, lihat dan terus terpaku. Alasan tiada modal masih boleh diterima, tetapi tiada usaha untuk mencari modal adalah satu alasan yang langsung tidak boleh diterima.

Bertindaklah dan berusahalah secepat mungkin. Masa tidak akan menunggu anda. Malah, masa yang meninggalkan anda itu akan pergi selama-lamanya dan tidak boleh ditukar ganti lagi. Manfaatkan sebaik-baiknya.

Senarai Pemenang

Sebenarnya, saya baru selesai membaca sebuah buku. Di dalam bahagian yang bertajuk “Bertindak”, penulis itu memberikan satu cerita. Ceritanya begini: Seorang penceramah melontarkan satu soalan kepada para peserta, “bagaimana caranya untuk menjatuhkan pen yang saya tegakkan ini (‘berdiri’ tegak tanpa ada apa-apa sandaran)?”.

Lantas ramai peserta menjawab, “tiup pen itu!”, “tolak jer, jatuhlah pen tu nanti”.. Dan pelbagai lagi saranan dan cadangan. Namun di dalam keadaan ‘hiruk-pikuk’ itu, bangun seorang lelaki (peserta) dan berlari ke hadapan pentas. Tanpa menangguh dan teragak-agak, peserta itu terus menjatuhkan pen itu dengan tangannya. Nah, jatuh juga akhirnya.

Apakah pelajaran di sebalik cerita ini? Ya, tak cukup hanya tahu, tapi mesti ada tindakan! Ramai peserta seminar itu yang suruh buat itu dan ini, tetapi seorang pun tidak bertindak untuk ke hadapan untuk menjatuhkan pen itu. Namun lelaki tadi tidak banyak cakap, sebaliknya dia terus ke depan dan menjatuhkannya. Tamat cerita.

Begitu juga anda yang telah cuba meneka kepada ‘persoalan’ yang saya berikan di post yang lepas. Walaupun ada yang memberikan jawapan kurang tepat, tapi mereka telah bertindak dan mencuba. Syabas! Peluang yang saya berikan mereka cuba manfaatkan sebaik-baik.

Begitu juga di dalam menggunakan autoresponder dan membina LIST. Semua orang tahu termasuk anda sendiri, List is gold, the money is in the list, buat duit mudah dengan List dan macam-macam lagi ‘kata-kata pujangga’.

Namun, 95% orang hanya tahu bercakap sahaja tetapi tiada tindakan untuk menggunakan autoresponder dan membina List sendiri. Bermulalah dengan yang percuma jika tidak mampu yang berbayar. Anda sebenarnya mempunyai banyak pilihan di dalam hidup ini.

Jadi, kesemua 15 orang yang meneka itu saya akan berikan dua hadiah istimewa! Hadiah pertama ialah saya akan senaraikan nama anda beserta URL laman web/blog anda. Hadiah kedua ialah Ebook Panduan Mudah FTP bernilai RM30.00. Kepada yang sudah ada Ebook tersebut, saya akan ‘gantikan’ dengan hadiah yang lain. Saya akan hubungi anda nanti. Berikut adalah mereka yang ‘bertuah’ tersebut:

1. cikahmad http://www.ahmadridzuan.com
2. Dik Mal http://motivasikejayaan.com
3. Raymond http://attractingyourgoals.com
4. pyan http://www.smartsilat.com
5. Safuan http://www.sipenglipurlara.com
6. JimieRay http://www.jagakesihatan.com
7. aj
8. sham http://rajaadsense.com
9. Jebat Mesranet http://mesrainternet.com
10. ijamidayu http://malaysiastyle.blogspot.com
11. En Dlie http://www.petuajimatduit.com
12. Azuwan http://www.epanduan.com
13. aku http://enaku.com
14. Hamid http://pemasaran-affiliate.com
15. miziology http://anime-bleach.therzar.com

Blog saya ini mempunyai Google PR3 (dulu 4, sekarang jatuh kepada 3. Hmm..) dan dilawati sekitar 200-300 orang sehari. Malah, blog saya ini amat ‘dicintai’ oleh Google. Faham-fahamlah apa yang anda dapat jika link URL anda tersenarai di Post blog ini. πŸ˜‰

*Kepada mereka di atas yang tidak memberikan URL blog atau laman web anda, sila berikan kepada saya melalui contact form di blog ini.

Untuk hadiah kedua (Ebook), saya akan hubungi anda melalui emel nanti.

“Tapi Zul, kalau saya dah beli (ada) autoresponder, macam mana nak guna dan menghasilkan duit?”. Jawapan mudah saya: Rujuklah artikel-artikel saya yang lepas. Banyak juga saya kongsikan tip, panduan dan strategi yang saya sendiri mengaplikasikannya. InsyaAllah, di artikel-artikel yang akan datang, saya akan tulis dan tulis lagi topik yang berkaitan.

Doakan kesihatan untuk saya agar terus dapat menulis dan berkongsi ilmu. πŸ˜€

Salam maju jaya!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

21 thoughts on “Jawapan Yang Betul + Senarai Pemenang!

  1. Baiklah, meraikan kejayaan diri dulu.. yeyeye menang πŸ˜† hihihi..

    baiklah, kita mulakan banyak bertindak selepas ini πŸ™‚

    p.s : Raymond! Kita menanglah! 😎 :mrgreen:

  2. Alhamdulillah…link blog no 1 tuh..hehe..terima kasih Zul.Blog tuh pon hasil dari KIT BLOGGER Zul jugak..

    Insya Allah saya akan gunakan mailing list utk pelanggan banner design saya nnt.

  3. Alhamdulillah…. semua menang.. ini bermakna semua faham kepentingan mailling list.. so, apa tindakan kita selepas ini? πŸ˜‰

    Tak lain tak bukan, apa lagi.. kumpul la mailling list banyak2.. saya dalam proses nih.. insyaAllah.. tak lama lagi.. (tengah buat web)…

  4. :mrgreen: tq mister bro smartzul.. πŸ˜› xsangka dgn perkongsian idea saya telah peroleh hadiah melaui otai IM!! πŸ˜† tq…….. semoga dengan first step yang tak seberapa ini akan menaikan semangat serta keazaman saya dalam mencapai apa yg telah diperoleh IM malaysia.. πŸ™‚

  5. Saya dah nampak maksud zul sebab semenjak 2 menjak zul dok asyik cerita pasal autoresponder & biasanya post akan related..

    Setiap penulis blog ada style masing masing.. Jadi boleh tahu emosi penulis ketika menulis..

    Jika dah selalu baca, kita akan tahu la style penulisan samada santai,sinis, marah & sebagainya..

    Kesimpulannya, beli la ebook blogger kit, jadi anda akan tahu feel seorang blogger.. cewah..promote ebook zul skit.

  6. Hai Zul,

    Terima kasih kerana memilih saya jadi pemenang.

    Kalau saya tak nak ebook FTP, nak tunggu ebook kedua boleh tak? πŸ™‚

    Satu lagi pencapaian baru pada hari ini. πŸ˜‰

  7. Zul…Terima kasih kerana iktiraf saya juga sebagai pemenang. πŸ˜›

    Setelah hampir genap setahun (17-Jan JimieRay Dot Com genap setahun)
    bulan 12 lepas saya buat keputusan guna Autoresponder Aweber setelah Zul nasihatkan saya untuk projek Jaga Kesihatan. Terima kasih sekali lagi kepada Zul. Kini mailing list sudah melepasi target sebenar πŸ˜‰

    Skrg saya tengah dalam proses nak pasang mailing list untuk blog JimieRay Dot Com pula. (Dok godek2 lagi ni…. πŸ™„ )

    Jadi, nasihat sifu jangan abaikan.

    P.s : Dik Mal! Jimie menang! :mrgreen:

  8. Tahniah untuk semua dan untuk saya juga πŸ˜† . Sama ngan Jimie, saya menggunakan getrespone atas nasihat Zul. Hari tu tak nampak sangat kepentingan mail list ni. Tapi dah lama bergiat aktif dalam internet ni, tahu mail list amat-amat penting. Kena jaga betul-betul mail list tu. Se elok-eloknya jangan guna yang free punya. Nanti menangis tak berlagu..

    Guna yang berbayar punya, tak mahal mana pun. Getrespone ni saya bayar RM70 je sebulan. Kalo topup hp tu rasanya RM150 sebulan kot saya guna. Jadi kira 2x lagi murah dari topup hp. Pastu topup hp tak boleh balikkan modal, berbeza dengan mail list modal leh dapat balik kalo kena cara 😎 .

    P.s: Jimie! Jebat Menang he..he..

    1. Yupp…saya setuju dengan pendapat Jebat. RM70 jer sebulan, lebih rendah dari topup hp.

      P.s – Tahniah Jebat! Lagi satu kemenangan akan menanti Jebat sekarang ni dalam Cabaran JagaKesihatan.com. Nampaknya Jebat sedang berentap dengan Dik Mal tu… :mrgreen:

      1. Aduh agak sibuk Jimie, banyak benda nak siapkan. Dikmal mengekori ke dah potong saya kot. Tak boleh jadi ni.. sesuatu harus dilakukan πŸ˜† . Tahniah jimie menang peraduan ni.. lagi satu tahniah sebab projek rasanya cecah target.

  9. Aiseh, rugi betul le tak masuk … ada tgk peraduan ni hari tu, tapi mmg tak tahu jawapan dia, skang ni baru tahu πŸ˜‰ … apa apa pun tahniah kepada semua yg dah menang

  10. lah.. terlepas ketapi…

    bak kata omputih, action speak louder.. gitulah kot lebey kurang 😎
    walaupun aku nampak kuasa mailing-list ni, tapi aku masih tak berani nak kemukakan jualan di dalam email aku. setakat ni aku hanya contact subscriber untuk kongsi2 pendapat dan sebagainya.

    InsyaALLAH dalam masa-masa mendatang, aku akan optimumkan penggunaan autoresponder aku.

    thanks, zul.

  11. Pingback: Lumrah Kehidupan Manusia — Perniagaan Internet | Usahawan Internet Malaysia | Pemasaran Internet | Sipenglipurlara.com : “Be Yourself, Respect Each Other”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *