Peluang Perniagaan Internet Terbuka Luas

Ibu bertanya, “Nak, dah cari kerja ke?”.

Anak menjawab dengan nada sedih, “dah cari mak, tapi tak dapat…”.

Ayah pula menambah, “kalau susah sangat, pergilah daftar maktab atau ambil KPLI. Jadi cikgu”.

Anak pula berkata, “Sekarang ni pun beribu-ribu lepasan maktab dan KPLI belum dapat panggilan tempat (sekolah)..”.

Dalam situasi lain, seorang ibu bertanya, “Man (bukan nama sebenar), kau buat apa sekarang?”.

Man menjawab dengan bersungguh, “saya buat bisnes mak..”.

Ibu membalas, “Laa, kau ada degree, mintaklah kerja kerajaan ke. Semua dapat, elaun, bonus, mudah nak itu dan ini. Alih-alih buat bisnes yang entah apa hujung pangkalnya.”.

Man hanya diam sahaja, kerana dia tahu di minda pemikiran ibunya, masih tertanam pegangan orang-orang lama. Dulu betullah yang kerja makan gaji petik jari pun sudah boleh dapat, tapi sekarang lain. Lagipun, Man seorang yang berfikiran jauh dan sudah terbukti, jalan ‘kekayaan’ atau kebebasan kewangan yang sebenar adalah melalui perniagaan dan keusahawanan. Kalau hanya kerja makan gaji sahaja, kalau gaji RM800, tolak sana tolak sini, berapa jer yang tinggal untuk belanja? Lain dengan bisnes, RM10,000 sebulan pun boleh buat. Guna internet saja pulak tu. Ia tidak mustahil..

Dalam hati Man, “Ayah, ibu, maafkan Man sebab tidak mengikut suruhanmu berdua. Man buat semua ini untuk merubah nasib kita. Nak tak nak hanya melalui bisnes sahaja Man dapat bantu mempercepatkan lagi ‘perubahan’ pada keluarga kita.”.

Adakah anda dapat membezakan dua watak anak yang berbeza di atas? Satu mencari-cari kerja. Satu lagi begitu komited dan yakin dengan bisnesnya. Yang anak pertama tadi hanya tahu merungut dan tidak tahu adanya peluang lain iaitu perniagaan, tetapi anak kedua iaitu Man sudah menemui peluang yang lebih dapat membantu ekonomi beliau dan keluarganya.

Apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah terutama kepada mereka yang sedang menganggur. Pelbagai sebab dan faktor dinyatakan, pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak kerajaan, tetapi belum-belum juga selesai. Namun, hakikatnya terdapat satu penyelesaian yang selama ini dipandang sebelah mata oleh yang menganggur.

Sebelum saya terus menulis, ingin saya nyatakan, kali ini saya akan bertegas sedikit atau dalam bahasa kasar, akan menjentik anda yang sedang menganggur, maafkan saya. 🙂

Hanya satu jalan penyelesaian sahaja untuk anda sekarang : PERNIAGAAN

Mesti ada yang menjawab, “oh tidak, saya malu nak berjumpa dan bersemuka dengan orang!”

“Zul, saya tak sesuai. Saya bukan business minded”.

“huhu, sorilah yer, it’s not my taste.” –> jawapan ni eksyen gilerr.. 😉

Realitinya, segala jawapan di atas adalah benar, bukan rekaan saya. Biar saya jawab satu persatu.

1. Malu ker? haha.. Mesti awak takder hidung kan? Gurau jer. Jawapan saya mudah sahaja, malu tidak bertempat TAK BERGUNA. Malu dalam melakukan kesalahan itulah yang patut DIJAUHI. Pengalaman saya, dahulu saya seorang yang amat pemalu terutama dengan kaum hawa, hehe dan juga di hadapan orang ramai. Tetapi, selepas saya melakukan bisnes, nak tak nak kita kena buang sifat itu. Alhamdulillah, biarlah seribu sejuta orang pun di hadapan saya, saya boleh bercakap dengan yakin. InsyaAllah. Nak seribu daya. Jangan berbuat-buat alasan! Malu tak bertempat, hanya merugikan diri sendiri..

2. Anda bukan business minded? Anda berkata berdasarkan apa? Hanya berdasarkan perasaan semata-mata? Tahukah anda, bisnes itu banyak cabangnya. Setiap orang boleh memilih salah satu yang sesuai dilakukannya. Yang perlu anda lakukan adalah analisis diri, perkara apa yang anda minat dan mampu dilakukan.

3. “It’s not your taste??”. Habis apa citarasa anda yer? Kalau bisnes bukan citarasa anda, pergilah cari kerja. 😉 Kita tengok siapa sampai ke garisan penamat dulu..

Ingat yer, tulisan ini saya sampaikan kepada yang sedang menganggur. Yang tak menganggur pun boleh baca. Dan tulisan ini bukan sesekali nak mengatakan kerja makan gaji itu tidak perlu, tetapi apa yang ingin dimaksudkan sekarang adalah, SUSAHNYA NAK DAPAT KERJA. Maka cara terakhir nak tak nak adalah BERNIAGA!!

Dalam konteks perniagaan internet, ia amat ‘mudah’ untuk dilakukan. Anda hanya perlu ada domain name, hosting, talian internet, beberapa perisian dan sudah semestinya komputer. Mengenai produk, banyak model di dalam perniagaan internet. Jika anda malas untuk memikirkan produk sendiri, anda boleh menggunakan model affiliate, adsense atau drop ship. Tidak perlu memikirkan simpanan inventori produk yang besar, tak perlu ada stor pun.

Jika ingin buat produk sendiri, dan anda malas untuk membungkus dan ke pejabat pos / kurier, maka produk digital pilihan terbaik untuk anda seperti perisian dan ebook. Anda hanya perlu menghantar ebook / software tersebut melalui emel atau dengan menggunakan sistem yang sudah diautomasikan. Jika anda mempunyai kepakaran tertentu, anda boleh membuka ruangan membership site yang berbayar. Kalau tak mahu buat laman web, anda boleh menggunakan portal lelongan seperti ebay. Apa lagi?? Internet menjanjikan 1001 cara menghasilkan pendapatan. TAPI jika anda masih ber-alasan itu ini, saya rasa anda telah melakukan kesilapan yang besar. Anda lebih rela menghabiskan masa yang ada (menganggur) daripada mahu menghasilkan duit. Ok, jika anda ingin juga kerja makan gaji, teruskan, tetapi di dalam masa yang sama, lakukan bisnes kecil-kecilan di internet atau apa-apa usaha yang boleh mendatangkan pendapatan sementara dalam usaha mencari kerja. Ingat, bukan skim cepat kaya ok! 😉

Maka, dengan jahatnya saya ingin menjentik telinga anda yang sedang menganggur dan MEMBERIKAN ALASAN itu ini. Ingatlah, anda ada tanggungjawab kepada ibu dan ayah anda. Kepada ahli keluarga juga. Mereka telah menghabiskan banyak wang untuk membesarkan anda, takkanlah nak menyusahkan mereka lagi sekarang? Anda sudah berumur, dah dewasa.. Sanggupkah anda ingin berhutang di situ dan di sini? Akhirnya kawan pun akan jadi lawan dan lari dari anda. Anda jangan jadi orang yang memberikan masalah kepada orang lain.

Maka saya mengajak anda semua, rebutlah peluang perniagaan yang disediakan oleh internet. Banyak cara menghasilkan wang (pendapatan). Hanya menunggu langkah pertama anda sahaja. Sekali anda mula melangkah, saya yakin anda akan sukar untuk berhenti. 😉 Peluang perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar dan tidak perlu bersesak-sesak di jalan raya mahupun perlu kerap berjumpa dengan pelanggan.
Maaf jika sedikit bertegas, kerana sekarang bukan masa untuk bermanja-manja lagi. Wake up!!

PS. Lepas ni mesti ada yang bertanya, bagaimana nak mula zul? Caranya mudah, anda belilah buku asas perniagaan internet. Murah jer. Melaburlah sedikit yer.. Atau anda boleh membaca di blog-blog atau laman web tertentu seperti:

http://www.saifulsham.com –> setiap hari saya masuk. 😉

http://www.mohdsuhaimy.com

http://tip.irfankhairi.com

ehem, blog saya pun boleh jugak. 😉

dan sertai forum:

http://wangcyber.com/forum

http://rajaadsense.com/forum

Banyak lagi sumber lain, tapi tak boleh banyak2 sangat, information overload pulak nanti. 🙂

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

13 thoughts on “Peluang Perniagaan Internet Terbuka Luas

  1. Ya sememangnya tiada alasan untuk mengangur… saya yang baru berumur 16thn ni pun sudah boleh berniaga di internet.. 😀 bukan nak banggakan diri tetapi satu cabaran buat anda semua ;)….. Gunakan kelebihan anda untuk mengisi kelemahan orang lain secara berniaga… orang akan membeli sesuatu untuk mengisi kelemahanya.. contohnya jika sesorang tidak tahu cara sembahyang dengan betul dia mungkin membeli e-book Cara-cara sembahyang dengan betul… ops dah terbongkar satu lagi produk saya.

    Ok itulah sahaja dah panjang lebar 😀

  2. Kadang2 orang yang lebih tua dan berpengalaman ni, dia ngeri… 😉

    Bukan orang yang dah menganggur je, orang yang belum sempat mengganggur ni pun dah merasa… 🙂

    Kalau nak melawan kang, nanti tak ada restu. Nak suruh cek internet kang, diorang tak reti nak lohin ke Internet. Jadi, apa kata buat diam2…

    Pastu, bila dah berjaya (pastikan berjaya lah), baru ckp:

    “Mak, saya nak kahwin”

    Mak: Banyak duit hang. Kerja tak de…berleter…..

    “Aih, sape kata tak keje eh.. Cek buat bisnes skit2.. bla3…. baru la cerita”

    Ataupun kepada anak soleh:

    “Mak, saya nak antar mak pegi haji”

    …… guna skrip sama seperti di atas……..

    Sebabnya, mcm mak saya, dia power sikit. Susah, apa yang dia fikir, tu selaluya yang jadi. So, sebagai anak yang dah tahu kehebatan mak dia dan takut jadi benda2 pelik2 yang tidak diingini, saya sorok2 kejap dulu… Bukan apa.. nanti spoil bisnes mak tak restu (walaupun sbb emak tak faham act)

  3. betul tu.. buatlah apa sahaja asalkan ia dinamik. perniagaan di internet adalah perniagaan yang paling bagus bagi sesiapa yang nak mula berniaga. kos rendah, margin untung tinggi dan sebagainya.

    bayangkan, macam saya yang ada bisnes offline jugak, satu bulan kos tetap sahaja lebih kurang 1,500-00. belum kos² lain lagi…

    sebab tulah saya buat bisnes internet juga fasal kosnya lebih rendah dan senang nak memulakan sesuatu projek… alhamdulilah

  4. Memang benar zul. Kalau anda baca buku “Robert Kiyosaki:Rich Dad,Poor Dad”, memang begitulah mentaliti. Kita disuruh belajar rajin rajin supaya dapat kerja padahal orang yang kaya tak pernah fikir macam tu.Sebabnya orang yang makan gaji hanya mendapat pendapatan tapi untuk diberikan kepada orang lain.Akhirnya bila dah pencen hutang bank masih berlambak.hmmm,syukur kerana ada juga insan yang baik untuk ajar camne nak cari duit kat internet cam korang. Orang kaya menjadikan duit hamba mereka tetapi orang miskin jadi hamba kerana duit. Kita bila lagi nak kaya zul?

  5. Sbg Penganggur Bersiri Yg Terhormat, saya ingin menasihatkan para penganggur agar kita berfikir macam ni…

    “Negara xmemerlukan anda sbg pekerja jadi apa salahnya anda betindak menjadi majikan dgn bebisnes dan memberikan pekerjaan kpd mereka yg menganggur dan buktikan kpd negara yg seorg penganggur pun boleh menjadi majikan yg hebat. Bukan saja hebat tapi juga berkhasiat.”

    He he ayat last td bkn bkhasiat tp berwibawa..

    PS: “Penganggur kah saya ini?” Konpius la..

  6. Fai, awak bukan penganggur lah. Fai kan dah start dan dah mula berlangkah? Orang menanggur ni dia tak buat apa-apa untuk merubah nasib. 🙂 So tak ada persoalan konfius kalau kita faham maksud menganggur tu. Hehe..

  7. Saya up sikit Zul, mentaliti graduan (sampel 20 orang) 50% pilih kerja sendiri 50% lagi masih nak kerja dengan orang (kerajaan/swasta).. Petanda baik sebenarnya tu…

    Antara halangan utama nak kerja sendiri:
    1. Tiada modal – tahu… zul dah habaq kos rendah, tapi depa tetap kata tiada modal..hmmm (memang patut kena jentik ..hehe)
    2. Skeptikal negatif pada perniagaan (cerita ibu dan anaknya)
    3. Tiada pengalaman.

    Graduan (melayu khususnya) mesti ada satu lagi sikap iaitu BERANI (macam Labanon..) untuk memulakan kerjaya ciptaan mereka sendiri..tidakkah itu yang diajar di U.. untuk berfikir. Cukuplah berfikir..act now..

  8. Wah dah wajah baru..patut tak boleh masuk semalam.hehehe.
    masa mula² selalu jugak mak ayah saya bising..sekarang tak bising dah..semua bill umah saya bayar,siap bagi duit kat diorg..

    dah ada hasil,xla bising..Banyak lagi cabaran mcm pandangan orang lain.Semalam saya jumpa sepupu saya,dia tanya keje saya..tengok² pendapatan saya lebih tinggi dari gaji dia keje kerajaan..hehehe..

    kadang² bengang jugak orang pandang semacam kat saya sebab wat keje mcm ni. Lantak la diorang..

    Ha..zul semalam baru dapat yang incubator MDEC tu..bulan 9 ni start..

  9. Yeah. Isu pengangguran siswa+siswazah nih tak boleh nak elak dah. Sebenarnya, pada saya kerajaan perlu memainkan peranan jugak. Bila kerajaan threat universiti as tempat untuk melahirkan “Pekerja” mahir (jurutera+doktor+akauntan) maka itulah yang terhasil : “Pekerja” . Padahal universiti fungsinya adalah tempat untuk mengenal diri, melahirkan insan yang boleh berfikir untuk lebih baik… ia berdasarkan pengalaman saya kat universiti tempatan nih. LAgipun, siswa-siswi perlu gak usaha sendiri untuk keluar dari kepompong “Aku ada degree-Aku kerja ngan ko-ko bayar gaji-Aku hidup senang” .

  10. ORANG LAIN BUAT DUIT, kitapun kena buat duit dengan cara yang lebih berkesan…

    orang lain buat alasan, kitapun turut buat alasan??? aloheiii…

    mesti usaha la beb…

  11. Wake up!!

    Ayuh kita berniaga.

    Alaa intan payung anak mak! Cari ler kerja, tapi kalu tak dapat lagi… duk umah aje laa. biar mak ayah yang tanggung…
    usahawan chef li pun bertegas pasal penganggur yang terlalu manja. Ada dalam tulisan beliau BIAR KECIL ASALKAN BERHASIL.

    Bagus laa, sekali sekala kena jentik juga.Hmm beliau juga bertegas menjentik penganggur yang asyik manjakan diri duk cari kerja je tapi tak dapat2 kerja.

    Rasanya kena buat buku yang bertajuk. “Penggangur oh pengangur yang kena jentik”, ada tajuk lain yang lebih sesuai?

    kes satu :
    Ada seorang drebar kereta sewa yang saya temui. nak tahu citer dia? Mudah je, beliau akan menghambat anak2nya ( anak2 lelaki ler) jika takdak kerja. Tahu apa itu menghambat? “menghalau” keluar dari rumah supaya cari kerja. Kerja apa yang patut, yang boleh menghasilkan wang dengan cara yang berkesan.

    Itu baru suruh kerja. Kalu suruh berniaga, dah tentu lagi bapak dia suka. Yer tak?

    Kalu kena halau untuk kerja, lebih dari jentik dah tu. Kalu mak bapak bertegas dalam berniaga, memang akan nampak hasilnye la. Namun demikian, ada yang akan menentangnya jika mereka tak yakin dengan apa yang hendak kita mulakan. modal entah ke mana untung entah ke mana.

    kes dua : Ada jugak family yang tak yakin dengan kita. Kenapa pulak hang nak berniaga? Kerja dah elok, nak berniaga pulak? Nak tahu apa jadi ( kisah benar nih) beliau berjaya membuka kedai perniagaannya sendiri. Bila dah berjaya buka kedai sendiri tu, apa lagi modalnya mintak macam tu je. Terus je family dia bagi untuk tambah modal. sebelum nih memang tak pandang sangat ler pasal perniagaan nih.

    kes tiga : saya tanya kawan saya yang dah lama berniaga. nak bukak kedai bisness macam mana? (soklan bodo…)
    jawab dia.. ” nak buka kedai? buka aje la, nak berniaga, berniaga aje la.”

    Begitulah citernya pasal cari duit kat dunia yang fana ini.

  12. mereka yang menganggurkan diri mereka banyak sebabnya. sebab2 yang menyebabkan mereka nak makan gaji dan hidup selesa dapat gaji akhir bulan….

    berniaga bagi mereka banyak cabarannya. silap haribulan bungkuslah. modal entah ke mana dan meniaga entah ke mana.

    kalo nak berniaga di internet luasnya bukan kepalang. cuma tunggu google aje apa yang hendak diniagakan dan apa yang mendapat permintaan…

    lepas tu mulakan langkah pertama menjadi usahawan internet…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *