Kisah Malang Si Pencari Peluang

Jika anda masih mencari-cari dan terus mencari formula dan rahsia untuk mendapatkan pendapatan yang besar di internet dengan cara yang mudah dan cepat, anda sebenarnya ialah seorang pencari peluang yang tidak mudah berpuas hati dengan apa yang anda temui dan sedang lakukan.

Ya, seorang pencari peluang yang tersilap langkah.

Terdapat dua golongan di dalam pencari peluang jenis ini:

Jenis 1: Mencari dan terus mencari tanpa henti. Mereka ini mahu mencari ‘formula ajaib’ yang tidak diketahui oleh ramai orang (kononnya).

Jenis 2: Sudah jumpa peluang dan melakukannya, tetapi meninggalkan peluang itu sebaik sahaja menemui peluang yang baru.

Kedua-dua golongan ini menerima nasib dan hasil yang lebih kurang sama. Bagi golongan pertama, mereka biasanya tidak bermula pun. Mencari dan terus mencari peluang perniagaan internet. Selagi tidak menemui keajaiban yang mereka idam-idamkan, selagi itulah mereka tidak bermula. Mereka ini selalu hampa dan kecewa kerana berkali-kali ditipu oleh si penjual ‘ubat ajaib’.

Golongan kedua pula lebih bagus daripada jenis pertama. Mereka ini sekurang-kurangnya ada tindakan dan ada sedikit hasil. Tetapi mereka tidak pandai untuk FOKUS. Datang sahaja peluang yang menjanjikan pendapatan mudah dan besar, mereka mudah terkesima dan kemudian menganak-tirikan usaha semasa mereka. Kesannya, usaha semasa mereka itu tergendala, hasil pendapatan merudum atau paling teruk ia terus terkubur.

Begitulah kisah si pencari peluang yang mempercayai wujudnya formula ajaib. Kedua-dua golongan tersebut dua kali lima sahaja. Tidak puas dengan peluang demi peluang yang mereka jumpa.

Padahal peluang ‘bukan ajaib’ yang telah mereka temui boleh memberikan pendapatan yang besar, tetapi mereka tidak nampak. Akhirnya, mereka terus mencari tanpa henti sehinggalah mereka tersedar daripada mimpi mereka itu.

Adakah anda termasuk di dalam kisah si pencari peluang yang malang ini? Jika YA, hentikan langkah anda sekarang. Rancang semula strategi anda dan fokus padanya sampai betul-betul berjaya.

Anda mempunyai kawan atau kenalan yang sedang ‘bermimpi’? Apa kata kejutkan mereka!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

11 thoughts on “Kisah Malang Si Pencari Peluang

  1. πŸ˜› Renung2kanlah…
    Mungkin sblm ni diri saya hampir mcm orang di atas, tapi alhamdulillah tersedar dari lamunan. Selagi kita tak lakukan sesuatu mane de hasilnya, segala halangan sebenarnya bukanlah sebuah alasan, tapi halangan itulah yang membuatkan kita semakin kuat!

    …”Rancang semula strategi anda dan fokus padanya sampai betul-betul berjaya.”…

    Ini yang sedang saya cuba lakukan sampai berjaya FOKUS… πŸ™‚
    Biar lambat asalkan SUKSES! SUKSES!

  2. πŸ™„ Memang ramai golongan pertama tu..kebanyakannya nak mencari kekayaan dgn cara cepat dan mudah..

    Tetapi kalau kita tgk balik pd org2 yang dah berjaya tak kisahlah dlm bidang apa pun, mereka bukan memperoleh kekayaan dgn cepat tetapi mengambil masa dan banyak pengorbanan yg mereka lalui..

    Sama2 lah kita istiqamah dan fokus pd apa yg kita lakukan

  3. Masalah sekarang ramai nak cari peluang untuk tambah pendapatan dengan cepat.Kalau boleh join hari ini esok boleh beli BMW.huh.Gila.Banyak janji manis ditabur tapi sebenarnya pahit dan kelat.

    Semalam saya pegi minum ngan member kat kedai,ada seorang brader ni ajak member dia join skim cepat kaya.Macam-macam janji ditabur.Saya kat sebelah dengar jer.huhu.Malas la nak menyampuk nanti x pasal makan penyepak.hehehe.

    Fikir dulu sebelum buang duit πŸ™‚

    1. Huhuhuh… memang sadis dan pedih.. Pemikiran golongan pertama ini ternyata kurang berusaha.. Mereka mahu menjadi profesional serta merta tanpa mempunyai beberapa perancangan rapi..

      Bayi pun tahu macam mana nak belajar berjalan.. πŸ˜‰

      Memulakan perniagaan dengan hanya mencari peluang yang besar dan formula ajaib, tidak semestinya memberikan kekayaan yang berpanjangan atau seperti yang diharapkan.

      Sebenarnya kita sendirilah sepatutnya mencipta peluang tersebut daripada menunggu peluang yang belum AJAIB yang dikaburi dengan pendapatan besar!

  4. Depend pada seseorang. Ada orang boleh ikut rentak orang yang berjaya. Ada orang tak boleh. Cara pintas nak berjaya. Tiru apa yang orang dah berjaya buat. Itu aje. Itu yang IM malaysia semua buat sekarang. Simple kan?

  5. Kalau diperhatikan orang sekeliling kita, ramai yang menanti peluang formula AJAIB tu.. menanti dan terus menanti.. lama-lama tak jadi apa pun..

    Kita sepatutnya mencipta peluang sendiri. Walaupun mungkin terasa susah pada peringkat awal, tapi kita akan berpuas hati dengan usaha yang kita lakukan. Kita akan belajar daripada kesilapan diri sendiri.

    Rakan saya membina perniagaan kedai aksesori handphone & alat permainan digital (playstation) bermula dengan modal sendiri hanya dibantu dan disokong oleh tunangnya. Beliau melihat peluang tersebut dan merealisasikannya lebih setahun yang lepas.

    Beliau bercerita bahawa untuk beberapa bulan (hampir setahun) memang tiada keuntungan yang diperolehi kerana setiap pendapatan bulanan tersebut dilaburkan semula.

    Setelah setahun, kini beliau sudah cukup selesa kerana keuntungan bersih pada setiap bulan mencecah RM3,000 – RM4,000 sebulan.

    Lihat, beliau membina perniagaan bukan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan yang cepat tetapi untuk mengukuhkan perniagaan dan memberikan kepadanya sumber pendapatan tambahan untuk jangka masa panjang.

    Percaya tak kalau saya kata, memperolehi pendapatan yang besar dalam masa yang singkat (kerana asyik fikir pasal duit dan nak kaya cepat) akan menyebabkan kegagalan di penghujungnya..

    Cukuplah apa yang saya kongsikan.. terpanjang la plak.. πŸ˜€

  6. Sudah masuk bulan ke 2 saya telah meninggalkan jawatan makan gaji sektor kerajaan kerana merasakan mahu bergerak sendiri sebagai peniaga. Sekarang saya memulakan peniagaan gerai di tepi jalan kecil-kecilan. Buat masa ini tidak banyak keuntungan yang diperolehi. Sedikit keuntungan terpaksa dilaburkan semula untuk membeli bahan meniaga semula.Saya hampir berputus asa untuk Berniaga kerana melihat keadaan ini.Saya pernah menangis kerana mendapat hasil jualan yang sikit hanya rm 30. Bagaimana dengan segala hutang piutang,sewa rumah,Sara anak bini semua itu membuatkan saya berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh dan tidak akan menoleh kebelakang lagi untuk teruskan cita-cita menjadi usahawan berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *