Peluang Perniagaan Internet di Malaysia..

Tahukah anda bahawa bidang perniagaan internet di Malaysia masih baru? Sekadar ingin berkongsi dan ‘mencabar’ anda, sama-samalah merebut peluang ini kerana saya yakin bidang ini akan berkembang dengan pesat di Malaysia kelak. Jangan membuang masa lagi..
Tinggalkan skim cepat kaya dan program buat duit yang salah itu, kerana ia tidak kekal lama dan hanya akan menjatuhkan diri anda. Sebaliknya, lakukanlah perniagaan yang sebenar-benarnya..

Sekadar ingin mengingatkan anda semua, BERTINDAKLAH SEKARANG!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

12 thoughts on “Peluang Perniagaan Internet di Malaysia..

  1. Assalamualaikum!

    Saya sedang mempersiapkan diri untuk menyertai bisnes di internet berkaitan ebook informasi bisnes terbitan saya sendiri. Saudara nampaknya amat arif dalam bidang ini. Ingin saya dapatkan beberapa kepastian daripada saudara tentang perkara-perkara yang saya masih kurang jelas.

    1. Sistem autoresponder

    Webhosting provider saya ada menyediakan kemudahan ini secara percuma, namun apa pendapat saudara? Adakah servis mereka ini memadai atau saya harus gunakan servis autoresponding berbayar? Saya bercadang untuk memberi newsletter kepada bakal pelanggan saya selain berinteraktif dengan mereka. Saya juga tidak menolak kemungkinan untuk mewujudkan sistem affiliate sendiri.

    2. Sistem penerimaan pembayaran secara online (3rd party payment receiver).

    Saya amat kurang jelas mengenai perkara ini. Bagaimana untuk mendapatkan servis ini? Apakah syarat kelayakan yang diperlukan? Saya keliru kerana ketika bertanyakan kepada Irfan Khairi ketika menyertai worksyop beliau, kita harus ada akaun kad kredit untuk melayakkan diri mendapatkan servis ini. Benarkah begitu?

    Penjelasan saudara amat saya hargai. Terima kasih.

  2. Wa’alaikumussalam,

    Terima kasih Tazilan. Selamat datang ke SmartUsaha.Com. Pertama sekali, tahniah kerana saudara hanya perlu setapak lagi untuk mendapat pendapatan di internet dengan produk tersebut.

    Untuk menjawab soalan tazilan, saya tidak dapat menjawab secara detail di sini..

    1. Sistem Autoresponder:
    Jika saudara ada modal, saya cadangkan beli sahaja yg berbayar kerana fungsi yang ada pada software yg dibeli lebih banyak dan bagus berbanding yang percuma. Autorsponder pada pakej hosting biasanya dimiliki oleh semua pakej hosting dari mana2 company hosting. Saya pun menggunakan yg percuma itu untuk membuat emel autorespond. Autorespond adalah e-mel automatik, manakala newsletter adalah sistem yg bukan saja automatik, malah digunakan untuk menghantar beberapa siri e-mel.. Jadi, terserah kepada saudara untuk memilih yg percuma atau berbayar. Autoresponder.com atau aweber.com contohnya, menggabungkan autoresponder & newsletter dalam pakej sistemnya serta beberapa fungsi lagi.. Jika saya ada modal, saya akan beli yg berbayar.. 🙂

    2. Payment system:
    Inilah persoalan biasa yg ditanya. Saya mencadangkan saudara mempelbagaikan cara pembayaran. Tidak perlu kad kredit.. Lihatlah ebook saudara itu untuk pasaran sedunia atau Malaysia.. Jika Malaysia, jangan lupa letakkan kaedah bayaran online banking spt channel-e dan Maybank2u. Anda boleh gunakan stormpay.com atau paypal.com secara percuma.. Tidak memerlukan kad kredit.. Maybe apa yg irfan cakap tu, bermaksud pembeli perlu ada kadkredit dan saudara perlu ada kad kredit untuk setup paymet merchant mcm worldpay. Jika berkemampuan, anda boleh gunakan 2checkout.com atau worldpay.com, tetapi ia adalah berbayar. Saya rasa ia telah diceritakan oleh irfan.. Cuma, anda boleh gunakan stormpay atau paypal terlebih dahulu. Untuk mendaftar stormpay, anda memerlukan emel berbayar, bukan yg free spt yahoo.

    Ini link untuk mendaftar stormpay dan juga paypal:

    http://www.stormpay.com/?2468767
    http://www.paypal.com

    p/s: Jika anda ada kad kredit, sila add kat akaun stormpay / paypal untuk membolehkan certain function dapat digunakan.

    Selamat berjaya.

  3. assalamualakom dan salam sejahtera…

    Izinkan saya mencelah….saya terfikir mungkinkah apa yg dimaksudkan dengan akaun kad kredit tu sebenarnya ialah sistem pemrosesan kad kredit macam 2checkout dan worldpay tuh?

    Berkenaan program autoresponder tu, ini ada link yang saya boleh cadangkan : http://daniberg.com/aar.php

    terdapat 2 version…free dan berbayar….mungkin saudara tazilan boleh mencuba versi percuma dahulu, kemudian sekiranya berpuas hati mungkin boleh guna yg berbayar pula….

    Bagaimanapun saya ada kemuskilan untuk ditanya kpd saudara Zul…apa perbezaannya antara program autoresponder yg dibeli dan diguna dengan program autoresponder yg memerlukan bayaran bulanan. Kalau tak silap saya Aweber tu jenis yang perlu bayaran bulanan?

  4. A’kum Smartzul,

    Partner saya byk bercerita pasal awak. teruskan usaha awak, semoga mencapai kejayaan seperti di cita! 😉

    Tazilan,

    Maksud Irfan khairi ialah, kita perlu ada kredit kad bukan untuk menerima bayaran. Tapi untuk beli servis nak terima kad kredit dari pelanggan tu kita kena ada kredit kad.

    Contoh:

    2checkout.com
    Nak menggunakan khidmat 2co ni, kita kena bayar USD49 setup fee. Jadi kalo dah ada kredit kad, mudah kerja kita.

    Ada cara lain nak bayar, tetapi agak lambat dan menyusahkan.

    Paypal
    Untuk menerima bayaran kad kredit dari pelanggan, akaun Paypal kita harus di verifykan. Untuk verify ni, Paypal akan tolak USD 1.95 dari akaun kredit kad kita. Kalau selagi x verify, kita x boleh terima bayaran dari kredit kad pelanggan.

    Jadi ternyata lebih mudah kalau ada kredit kad bukan? 🙂

    Tapi jika anda tiada kredit kad, usah bimbang. Anda juga x perlu pinjam kredit kad orang.

    Daftar debit kad dari public bank.

    Debit kad tersebut ada Visa Electron, semua orang boleh buat. fungsi same cam kredit kad, cuma bezanya, kita hanya boleh belanjakan jumlah yang dah sedia ada dalam akaun kita je.

    Yang pasti boleh, Public Bank je. Yang lain saya x pasti. BSN ada juga debit kad, tapi x boleh digunakan untuk Online.

    Harap ianya membantu.

    Good Luck! 😉

    Team SaifulSham.com

  5. Terima kasih sabri.. 🙂 Moga berjaya juga untuk team SaifulSham. Saya bukanlah expert atau tahu semua, maybe ada salah dan betulnya.. Masih di dalam peringkat permulaan. Bidang perniagaan internet masih baru di malaysia, cuma mencabars sedikit untuk kita..

    So pasal kad kredit tu, rasanya dah jelas kot spt mn yg diterangkan oleh Sabri.. Thanks!

  6. Terima kasih! Saya amat menghargai pandangan, info dan sikap responsif dari anda semua. Semoga anda akan maju dlm bidang masing-masing.

    Bila saya dah bersedia, saya akan war-warkan laman web & produk saya itu nanti, insyaalah. Thanks again.

  7. 😐 saya memang banyak membaca tentang perniagaan internet, tapi tak tau apa benda nak diperniagakan. Macamana nak uruskan perniagaan internet. blurrrrrrrrr 😯 ❓

  8. ni post lama ni…
    kalau di kira boleh diagak semua pengomen diatas sekarang ni dalam ada produk sendiri…

    pyan,
    di internet ni apa2 pun boleh diniaga…
    tukarkan idea pyan kepada produk…
    bila dah ada produk, belajar lah utk uruskan nya…

    tapi saya rasa kalau pyan tak pernah mula, pyan boleh buat program affiliate sebagai permulaan…

    han

  9. Saya adalah orang baru di sini. 🙂

    Membacakan komen-komen terdahulu ni, bangga rasanya. Mereka-mereka inilah antara penggerak perintis dunia perniagaan internet Malaysia. Terima kasih semua…

    Hah. Sekarang, dah ramai dah usahawan-usahawan perniagaan internet tempatan. Malah, ada pencapaian di antara mereka menjangkau ke satu dunia! Malaysia boleh!

    – Usahawan, Zainun Mat Deris

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *