Peluang Perniagaan dan Pendapatan Untuk Mahasiswa

Saya baru sahaja pulang daripada memberikan ceramah / talk ringkas kepada para pelajar UTM Skudai mengenai peluang perniagaan internet. (Selasa, 29/8/06, 9.00pm).

Apa yang saya perhatikan, ramai juga yang tidak mengetahui peluang sebenar tetapi sebaliknya hanya tahu gitu-gitu sahaja. Padahal, dengan internet mereka boleh menjana pendapatan sampingan dengan bermodalkan jumlah wang yang kecil sahaja.

Di kebanyakan universiti ataupun IPT di negara ini, saya yakin semua ada kelengkapan komputer dan internet samada broadband ataupun hotspot. Di dalam kes UTM Skudai, terdapat banyak tempat-tempat tertentu yang membolehkan pelajar mengakses internet secara percuma! Apabila saya bertanyakan apakah yang dilakukan di internet, ramai yang ketawa apabila saya menyebut mengenai friendster. πŸ˜‰

Alhamdulillah, kebanyakan daripada peserta ceramah itu memberikan respon yang memberangsangkan dengan beberapa persoalan yang dikemukakan kepada saya. Ternyata, mereka ingin melakukan, tetapi tiada kesempatan atau kemampuan untuk melakukannya. Atau itu hanya satu alasan? Harga sebuah buku perniagaan internet hanya sekitar RM25 hingga RM50, kos domain name dan hosting dalam sekitar bawah seratus. Kebanyakan pelajar banyak membazirkan wang ke arah yang tidak bermanfaat seperti membeli majalah hiburan, VCD, komik dan lain-lain. Ya, itu santapan emosi dan mental, tetapi adakah itu yang akan membantu kejayaan anda?

Semasa saya di IPT, saya banyak invest kepada membeli pelbagai buku motivasi, keagamaan dan perniagaan. Ehem, walaupun ada lagi tak habis baca, tapi at least, semasa kita ada duit, kita beli supaya andaikata kelak kita tidak mampu, maka buku yang dibeli itulah yang akan membantu kita bukan?

InsyaAllah, adalah menjadi satu impian dan perancangan saya untuk menyampaikan kepada para pelajar IPT terutama di UTM ini mengenai peluang yang ada di internet. Bagaimana tanpa mengganggu masa belajar, mereka boleh menjana pendapatan untuk menyara hidup semasa belajar. Saya juga ingin menyatakan kepada mereka, ada sesetengah orang menganggap sesuatu itu sebagai e-dagang, tetapi sebaliknya ia bukan bisnes jangka panjang. InsyaAllah, kemungkinan besar saya akan melakukan sesuatu untuk mereka seperti yang saya rancang dahulu. Samada saya akan membuat kelas kecil mengenai perniagaan internet atau mengadakan bengkel atau seminar perniagaan internet.

Dan ingin saya nyatakan di sini, smartusaha.com kelak akan menubuhkan perniagaan consultant sendiri. πŸ˜‰ Ops, jangan salah faham, saya bukan ingin membuat duit melalui consultant, tetapi anda sendiri faham bahawa begitu ramai manusia yang tidak berhati perasaan menipu orang ramai sekarang dengan pelbagai skim. Jadi itulah matlamat utama mengapa saya mahu menubuhkan consultant sendiri, insyaAllah. Moga ikhlas hendaknya.

Berbalik kepada kes pelajar IPT, kekadang saya rasa seperti ingin menangis apabila melihat mereka yang masih tercari-cari erti peluang pendapatan di internet, lantas ada pihak mengambil kesempatan kepada mereka. Hati saya amat kecewa dan sedikit hampa kerana pihak yang berpendidikan tinggi sendiri termasuk ke dalam mereka yang mempergunakan para pelajar tadi.

Jika anda adalah pelajar universiti, sebarkanlah kepada rakan-rakan anda, bahawa perniagaan internet bukanlah mencari-cari orang dan bermodalkan sekali, itu bukan bisnes. Itu cari orang namanya. Percayalah, cara sebegitu tidak kekal lama. Percayalah… (macam lagu siti laks..). Perniagaan internet yang sebenar adalah perniagaan yang anda bina sendiri! Ya, itu dia takrifan sebenar perniagaan internet. Bukan cari dua orang atau pasang-pasang.. πŸ˜‰ Saya sedikit tegas dalam hal ini kerana saya tidak sanggup para pelajar yang masih ‘mentah’ pemikiran dan pengetahuan mereka diperkotak-katikkan macam sebiji bola. Tidak sama sekali!

Oklah, jika anda yang sedang membaca ni adalah salah seorang peserta ceramah tu, saya ucapkan terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan anda kepada saya. InsyaAllah, kita akan jumpa lagi. Pasti! πŸ˜‰

Wassalam.

ikhlas,

smartzul. πŸ™

PS. Gambar takder, terbawa bateri yang dah weak.. waaaaa… πŸ˜† Takper, nanti saya minta dengan diaorang.. πŸ˜‰

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

25 thoughts on “Peluang Perniagaan dan Pendapatan Untuk Mahasiswa

  1. yup..memang betol..kebanyakkan student di IPTA tidak mengetahu peluang sebenar di internet walaupun student itu dalam bidang IT. Ini adalah satu kerugian. Ermm…bile nk sampai di IPTA PD?? πŸ˜€

  2. myelectones, IPTA PD? InsyaAllah, tapi saya bukan seorang yang boleh melakukannya. Ramai lagi yang expert dan layak sebenarnya untuk bagi talk sebegini. Saya ni just rebut peluang jer. πŸ™‚ Ramai lagi yang layak dan berpengalaman luas macam Irfan Khairi, SaifulSham, Shuth dan lain-lain..

    Saya ni, suka banyak membantu jer. Tak expert pon… πŸ˜‰

    Berbalik kepada student, saya betul-betul nak menggegarkan seluruh IPT kat Malaysia nanti. hehe.. Tungggguuuuuu…. 8)

  3. Ada ramai org di malaysia ni tmasuk artis dan org2 yg bijak pandai salah faham tntang edagang ni..

    Usaha zul mmg bagus utk celikkan mata mereka yg smakin tertutup dgn skim2 yg xbaik utk ksihatan kerajaan malaysia..

    Smga Smua Tersedar Dari Tidur..

  4. InsyaAllah Fai.. Cuma saya banyak terkena tempias manusia yang melenting akibat kelantangan dan ketegasan kita. Kekadang down juga semangat sebab orang tak faham matlamat kita. Tapi nak buat macam mana, sampai kiamat kita tak akan dapat puaskan hati manusia. Dan dalam masa yang sama, kita juga perlu perbaiki diri kita. πŸ™

  5. wah..cayala zul..Tadi saya pun ada terima email dari Prof saya di UUM.Dia mintak saya bagi talk pada seminar IT pada bulan 10 nanti.lebih kurang seminggu sebelum raya..Dia mintak bukakan minda pelajar IT yang bakal grad tentang perniagaan internet.Ada jugak,student UUM yang email saya bagaimana nak bermula..Bulan pose kene p sana..Saya pun nak join zul gegarkan IPT..langkah pertama kat X-Universiti saya belajar dulu..Diorg nak tunjukkan kerjaya pilihan buat Mahasiswa..

    Maybe leh start wat group dari sana.

  6. assalamualaikum abg zul.. sy student utm, peserta ceramah yg abg zul sampaikan td. sy mmg berminat tentang perniagaan internet nih. sy ikuti tips2 seminit sehari yg dr irfan khairi bg. sy tau internet menawarkan peluang perniagaan yg x terbatas. tapi.. kadang2 sy kecewa apa yg kita buat x menjadi.. kita perlu menjadi org yg terkenal dulu baru jualan kita blh laku, kita perlu mempromosikan habis-habisan diri kita supaya orang tau yang kita ada jual produk melalui internet. Rasanya smua memang sudah maklum tak ramai pengguna internet di Malaysia yg membuat belian di internet. lainla di luar negara. mcm mane ek nak ajak orang Malaysia beli barang di internet? diorang ni klu setakat bayar bil kat maybank2u berani la jgk.. tp klu nk beli brg kt lmn web persendirian walaupun domain sendiri rs mcm x yakin je. x silap sy irfan khairi kaya sbb seminar yg dianjurkannya, bkn produk yg dijual kan? betulkan saya jika ada silap..

  7. Farid, thanks sebab terus masuk saya. πŸ™‚

    Pasal Irfan, setiap orang boleh berikan pendapat masing-masing, tapi kalau kita faham betul-betul apa itu perniagaan internet yang sebenar, kita akan percaya Irfan buat duit sejuta melalui laman web. πŸ˜‰ Maybe anggapan Farid tu dengar kata-kata orang. πŸ™‚

    Ok, pasal nak promosi. Jangan salah faham kata saya yang kita perlu terkenal dulu, bukan. Maksud saya adalah, kita kena berikan kepercayaan kepada bakal pelanggan kita.

    Mengenai pasaran Malaysia ataupun luar negara, kita tak akan berjaya buat duit jika kita tak bermula dengan betul iaitu kajian keperluan pasaran. Kalau kita jual benda hebat sekalipun, tapi jika benda tu tidak ada permintaan atau tidak diperlukan oleh orang ramai, maka tak guna. Saya ada explain kan mengenai pentingnya kita jual benda yang ada permintaan? Itu antara key point utama untuk membuat sales kat internet.

    PS. Farid, boleh emel saya? Saya ada sesuatu nak bincang. TQ.

  8. Masa saya student UTM kampus KL dulu saya banyak buang masa dengan internet. Chat la yang paling banyak guna IRC.Masa tu HTML saya belajar sendiri je..takde orang pun nak ajar…dah tau buat website tapi tak terfikir pulak nak buat bisnes kat internet.Masa tu internet tak berkembang macam sekarang… kalau saya tahu internet ni boleh buat duit, dah lama saya start bisnes.Tapi rasanya sekarang belum terlewat lagi kot? InsyaAllah saya akan mulakan dalam tempoh terdekat ni… terima kasih bagi inspirasi kat student2 πŸ˜‰

  9. Wah..makin rancak aktivivti “seni” zul sekarang.Seni perniagaan internet..Berkenaan fuad tu..saya masa start dulu selalu gak pk dapat ke orang terima Produk aku sedangkan ramai lagi yang lebih berjaya mcm shuth,kidino,alang dan ramai lagi.

    Rupenya nama ni tak penting sebab kita boleh bina kemudian.Sebelum may,orang tak kenal lagi..masa saya still lagi keje sebagai branch supervisor.Atas sebab minat,saya resign & mulakan RajaAdsense dengan modal yang sangat rendah.Sape p bengkel kat kuantan saya ada cakap bape modal saya masa start.

    Apa yang penting ialah produk.Pastikan produk tersebut mendapat permintaan yang tinggi. Betapa bagus pun produk tapi benda tu orang tak cari.ia takkan laku. Satu cara lagi teknik pemasaran yang berkesan spt sales letterdan after sales yang cepat.Dari sini,kita boleh bina kredibiliti kita sendiri.

    Mcm Dr.Irfan dia dapati ramai pelancong nak lawat malaysia sukar mendapat peta atau buku panduan pasal tempat² di malaysia.Jadi dia pun jual peta,dari situ dia boleh buat duit banyak sebab pelancong yang ke malaysia bukanla sedikit..Inilah permintaan..asalkan produk mempunyai permintaan tinggi di pasaran..tak mustahil saudara fuad pun boleh jadi jutawan mcm Dr.Irfan yang kini menjadi ikon /sumber rujukan kepada kebanyakan IM di Malaysia termasuk saya..

  10. Tahniah Zul, cara pemikiran anda tidak setara dengan umur anda. jarang ada anak muda yang berfikiran kreatif macam zul dan bersemangat mengubah bangsa. internet adalah lebuhraya untuk menjadi kaya, jika kena dengan cara dan masanya. dan saya nampak peluang itu. dengan semangat berkobar-kobar saya telah membina laman web dan memasukkan beberapa barangan untuk dijual http://www.stardigital.com/starshop , tetapi jualan amat mengecewakan, hanya 2 barang shj dpat jual bulan ni. Cuba zul lihat web saya, apa komen zul, adakah zul berminat untuk membeli di laman web saya?

  11. halmy, daripada web awak tu, saya dapati dah ok. tapi kita perlu tahu, tahap penggunaan shopping cart di kalangan orang-orang kita masih rendah. Cadangan saya jika awak nak teruskan shopping cart tu:

    1. Buka store dan aktif di lelong.com.my dan ebay.com.my. Maksudnya, selain kita ada web shop tu, kita akan menjual di pusat lelongan tu. Selain menjual, kita juga akan mendapat trafik percuma ke website kita. Dan jika kita aktif di pusat lelongan tu, orang akan mempercayai laman web kita. Cara saya selama ini, saya bina kepercayaan orang dengan menyertai forum dan membina kredibiliti.

    2. Cara ni adalah, berbalik kepada prinsip niche. Halmy tentukan SATU produk core kat web tu dan ada permintaan ramai. Then, jual benda tu jer kat laman web. Lain-lain produk? Jangan takut, kita boleh buat back-end selling. πŸ˜‰

    Kepada semua yang beri komen dan yang menyokong ssecara langsung dan tak langsung, terima kasih.

  12. ya, saya setuju dengan zul. kini terdapat banyak skim-skim cepat kaya dan forex yang menyebabkan ramai orang terkeliru dengan perniagaan internet yang sebenar.

    saya harap dengan adanya zul, perkara tersebut dapat diperjelaskan kepada ramai orang lain, walaupun mereka tidak membuka perniagaan internet, tapi pada akhirnya mereka akan faham mengenai perniagaan internet yang sebenar berbanding skim hyip dan sebagainya.

  13. Terima Kasih Zul atas komen dan cadangan anda. Baru saya terfikir sekarang bahawa sy boleh menarik trafik dari Lelong.com.
    TQ Zul.

  14. hehe..saya salah seorang dari pelajar ipta. Dan InsyaAllah saya juga akan mencipta nama dalam ebiz, InsyaAllah

    Tak dinafikan kalau dalam bab mencari duit cara senang seperti program2 hy*p sangat tersebar luas even di u saya sendiri. Saya pernah menjadi sebahagian dari mereka πŸ˜‰

    Sekarang saya sedang mempraktik kan ilmu ebiz sebenar (belajar InsyaAllah dah leh cakap dah “Surah Besar” tapi tak khatam sebab tak gi seminar lagi..baru nak kumpul duit..hehe

  15. Modal perniagaan anda.

    Rendah sekali mana pun modal anda, ia tetap modal dan ia tetap bisnes. Seciput mana sekalipun modal, samada pinjaman atau sendiri punya modal, anda perlu menguruskannya dengan berhemah. Anda tidak boleh bermain-main dengan perniagaan atau sebagai medan untuk cuba-cuba.

    Tiada istilah cuba-cuba di dalam mencari rezeki melalui perniagaan, sebaliknya anda mesti bersungguh-sungguh, ada perancangan, matlamat, visi dan diaturnya strategi yang berkesan.

    Anda mahu berniaga? Kenapa anda tidak bermula dengan modal yang minima terlebih dahulu?

    Kenapa harus mencuba sedangkan ia suatu perniagaan yang memerlukan komitmen yang bersungguh-sungguh. Perniagaan bukan suatu permainan untuk menguji nasib untung atau rugi hari ini atau esok lusa. Itu suatu pembaziran namanya.

    Ò€eleh… kita nak try berniaga je. Modal hangus pun takper la. Sekadar nak mencuba je. Kalu rugi tak payah nak berniaga ler.Ò€

    Nampaknya anda memerlukan satu revolusi minda yang cukup drastik. Minda anda perlu dipupuk dan disemai dengan minda niaga. Bukan sekadar untuk mencuba nasib untung rugi esok lusa je.

    Jika anda sebagai penganggur, anda boleh mulakan revolusi minda ke arah minda niaga dari sekarang dengan merekacipta kerja. Apa-apa kerja yang boleh menghasilkna keuntungan yang berganda. Komitmen yang berterusan untuk berjaya. Jika hanya untuk sehari dua sahaja anda merugikan diri sendiri.

    Kenapa anda perlu berniaga untuk suka-suka sedangkan bidang perniagaan menjanjikan keuntungan yang cukup lumayan jika anda melakukannya dengan cara yang lebih berkesan.

    Perniagaan dengan gaya cuba-cuba akan melingkupkan sumber kewangan kita je. Sekadar nak main-main dan tak bersungguh-sungguh. Memang perniagaan apa-apapun takkan menjadi dengan gaya main-main.

    Kalu nak berniaga, berniaga sungguh-sungguh. Jangan main-main. Hari ini buka, esok lusa tutup. Esok lusa buka. Minggu depan tutup. Hah, main-main ler tu jawabnya.

    Maaf ler, sekadar pendapat je.

  16. ohohoo… nak berniaga dn bayar pinjaman?

    dah tentunya berniaga kena sungguh-sungguh baru menjadi perniagaan yang sebenar dan untungnya jugak begitu menguntungkan. kalo nak berniaga suka-suka baik buka pasar ramadhan sahaja… sekali setahun.

    berniaga perlukan keseriusan yang maksima… kalo skadar nak mencuba dan untung entah ke mana baik dapatkan kursus perniagaan dan mulakan berniaga dengan serius biarpun modal seciput cuma….

  17. Salam! Saya seorg pelajar IPTS. Sekarang tgh buat degree pertama saya. Saya mmg berminat sgt untuk buat perniagaan online semasa tgh blaja lagi ni. Kalau boleh ia boleh jd advantage untuk sya FYP nanti. Tetapi….. ys… saya tidak ada modal… Tiap2 hari bila saya ada idea baru untuk product marketing strategi, saya akan catit di buku saya. Hari2 mengenangkan masa itu emas takut peluangan dan idea saya org lain akan guna and buat research untuk cari peluang buat pinjaman perniagaan, semestinye dgn yg brtauliah la… haha! boleh tak saudara Mohd Zulfadli, email saya jika saudara Mohd Zulfadli boleh tolong an terangkan saya tentang pinjaman perniagaan untuk pelajar IPT seperti saya ni.

    1. Salam kembali. πŸ™‚

      Saya cadangkan tidak perlu lagi membuat pinjaman untuk memulakan bisnes di Internet. Mulakan dengan “zero modal” atau kos yang rendah.

      Boleh saya tahu, bidang apa yang cikpuan ambil di IPT sana? Atau, apakah kepakaran atau kebolehan yang dimiliki?

      Jika tidak mahu jawab di sini, beritahu kepada saya melalui contact form di atas.


      smartzul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *