Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Peluang Pendedahan Percuma

Salam sejahtera.

Dengan sukacitanya, saya ingin membuka satu peluang ini, tetapi secara terhad.

Secara ringkasnya, sekarang saya sedang berusaha mengumpul cerita-cerita ‘kejayaan’ ataupun mengenai usaha bisnes Online yang tuan/puan lakukan. Cabang bisnes itu termasuklah seperti menjual produk melalui Internet, perkhidmatan secara Online dan juga produk digital.

Peluang ini juga dibuka termasuklah kepada mereka yang melakukan cabang usaha ‘buat duit’ seperti Affiliate, Adsense, pengiklanan Online, ‘blogging’ dan sebagainya.

Kepada yang terpilih, saya akan ‘dedahkan’ tuan/puan melalui mana-mana slot ceramah yang saya lakukan dari masa ke semasa. Cerita tuan/puan juga akan dimasukkan ke dalam produk yang akan saya hasilkan kelak (dalam bentuk video DVD). Dan jika ada rezeki, kami akan usahakan untuk menemubual tuan/puan dalam bentuk video. InsyaAllah.

Dengan pendedahan ini, salah satu kelebihannya adalah bisnes dan laman web tuan/puan akan dimasukkan dalam penyampaian yang saya lakukan dan mendapat liputan yang berpanjangan. Secara tidak langsung, ia adalah satu bentuk promosi percuma.

Jika tuan/puan berminat, hantarkan maklumat berikut ke emel fb@smartusaha.com:

  • Nama penuh dan nama panggilan (jika ada).
  • Foto bersama produk (amat digalakkan). Jika boleh gambar yang ‘happening’; paling kurang ada senyuman. ;)
  • Jika bukan produk fizikal, maka cukup berikan foto tuan/puan sahaja. Foto adalah wajib agar pendedahan yang dilakukan akan lebih berkesan.
  • Jika pernah mendapat liputan akhbar atau media, boleh sertakan (imej) keratan akhbar tersebut.
  • URL laman web atau blog. Boleh juga berikan URL FB jika melakukan jualan hanya melalui FB. Bagi yang melalui bisnes melalui Ebay, blog niche, Lelong dan sebagainya dan mahukan ‘kerahsiaan identiti’, maka beritahu kami. Cukup hanya berikan cerita mengenai usaha yang dilakukan dan pencapain yang telah diperolehi.
  • Produk yang dijual atau usaha Online yang dilakukan.
  • Cerita mengenai bisnes yang dilakukan.
  • Pencapaian perniagaan. Tidak semestinya jumlah pendapatan bulanan. Mungkin mempunyai ramai pelanggan tetap, ada ramai pengikut, mampu beli rumah, kereta, mampu menggajikan staf yang ramai, beli premis perniagaan dan sebagainya.

Atas dasar ‘privacy’, kami tidak akan mendedahkan jumlah pendapatan tuan/puan, malah kami tidak memintanya seperti senarai di atas. Kami hanya mahukan cerita sahaja yang boleh dikongsi buat dijadikan ‘inspirasi’ kepada audiens. Namun jika mahu, boleh beritahu kadar purata yang diperolehi jika melakukan bisnes/usaha sebegitu. Atau boleh berikan contoh pendapatan seperti ‘screenshot’ cek ataupun ‘online statement’ (contoh: income Adsense, Affiliate dan sebagainya).

Syarat penting penyertaan peluang ini:

  • Masih aktif dan akan terus melakukan usaha/bisnes tersebut.
  • Sekurang-kurangnya sudah lebih 3 bulan melakukannya. Mengapa syarat ini? Ia merupakan satu kayu ukur konsistennya usaha tuan/puan tersebut.
  • Skim cepat kaya, program buat duit, peluang bisnes yang belum stabil dan MLM yang diragui operasinya, tidak akan diterima.

Kami akan memilih beberapa sahaja, namun kepada yang tidak terpilih, kami akan cuba usahakan jalan lain jika ada. Untuk terpilih, tuan/puan perlu berikan maklumat yang lengkap seperti di atas dan kedua, bisnes yang dilakukan adalah sah di sisi undang-undang dan halal di sisi Islam. Namun kami berhak untuk senarai pendekkan yang tertentu sahaja jika ada banyak penyertaan.

Sebarang pertanyaan, boleh terus mesej ke Inbox saya atau emel ke fb@smartusaha.com.

Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih untuk ‘penyertaan’ tuan/puan nanti.

ps. Jika tuan/puan ada mengenali rakan-rakan yang berpotensi untuk peluang ini, boleh kongsikan berita ini kepada mereka. Terima kasih.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

Incoming search terms:

  • KERATAN AKHBAR USAHAWAN INTERNET

15 Responses to “Peluang Pendedahan Percuma”

  1. Salam zul,ini satu usaha yang sangat bagus bagi membantu para usahawan untuk mendedahkan perniagaan mereka.Cumanya saya masih lagi ditahap awal dalam belum lagi masuk 3 bulan.

    Yang keduanya saya belum memulakan penjualan sebarang produk atau perkhidmatan.Cuma baru diperingkat mempromosi laman blog saya.

    Satu lagi,peluang ini untuk mereka yang menjalankan perniagaan secara online sahaja ke atau termasuk perniagaan secara offline juga boleh merebut peluang ini?

    • smartzul says:

      Terima kasih kerana berminat dan bersungguh-sungguh.

      Buat masa ini peluang ini untuk mereka yang buat usaha perniagaan secara online 100% dan telah mendapat hasil.

      InsyaAllah, ada peluang lain, tuan boleh ikut serta. :)

  2. ohcikgu says:

    wahh. bagus ni. teringin juga nak tahu tentang cerita orang lain.

  3. Hanafi Wawi says:

    Sayang tak dapat hantar coz tak cukup syarat lagi tp mungkin akan datang dan bila dah kukuh saya pasti hantar

  4. ali says:

    Alhamdulillah, dah hantar sebentar tadi. Terima kasih Zul…

  5. Peluang yang sangat menarik dan berguna. Bukan hanya untuk saya malah untuk pembaca lain juga. Terima Kasih ya. Insyaallah takkan lepaskan peluang ini.

  6. sudaryadi says:

    info yang bagus, salam kenal dari indonesia

  7. Amir Azros says:

    Dengan pendedahan tentang kejayaan para IM, ianya akan memberi suntikan semangat dan motivasi kepada orang-orang baru seperti saya untuk sama-sama menerpa kejayaan dalam bidang ini. Insya-Allah. :)

  8. wan says:

    Usaha yang sangat bagus. Mudah-mudahan dapat memberi inspirasi pada yg lain.

    Ebay Income

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)