12 Pelajaran Penting Bisnes

Beberapa pelajaran penting yang saya pelajari dalam bisnes. Senarainya begitu panjang, namun berikut adalah sebahagian daripadanya:

1. Sebahagian besar kesilapan, ia boleh diurus tanpa perlu menuding jari kepada sesiapa. Fokus pada penyelesaian, pemantapan dan penambahbaikan, bukan pada ‘siapa’. Rakan-rakan bisnes dan pekerja adalah nadi perniagaan yang diperlukan dalam masa yang panjang. Jadi elakkan mengkritik dan mengulas kesilapan mereka.

Meminjam praktik Nabi Muhammad, beliau tidak menyebut nama-nama individu yang mana idea mereka ditolak sewaktu pemilihan idea untuk memaklumkan masuknya waktu solat. Nabi Muhammad juga tidak mengulas mengapa idea mereka ditolak, sebaliknya memilih satu cadangan dan terus meminta idea itu dilaksanakan. Rujuk: http://www.youtube.com/watch?v=wKQ2dJl8Lsw

2. Rakan tangis sukar dicari, tetapi apabila memiliki rakan sebegitu, jaga mereka sebaik-baiknya.

3. Memilih rakan bisnes bukan kerana kita mengenali mereka ataupun hebatnya mereka, tetapi kerana kita benar-benar memerlukan mereka.

4. Saat awal perniagaan benar-benar memerlukan pengorbanan dari segala segi, termasuk tuntutan ketahanan mental.

5. Mengurus individu yang hebat dan bijak lebih sukar berbanding individu biasa.

6. Tidak ada orang yang mahu ambil tahu sama ada kita sudah makan ataupun belum, ikat perut ataupun tidak. Lapar ataupun kenyang perut kita adalah 100% tanggungjawab kita sendiri. Elakkan diri mengharapkan sesuatu daripada orang lain. Perlu berusaha keras dan berdikari.

7. Pilih rakan bisnes yang boleh merealisasikan sesuatu (make something happen). Satu idea biasa-biasa yang berjaya disempurnakan, lebih baik berbanding sejuta idea yang hebat tetapi terbengkalai layu.

8. Buang perkataan “AKAN” dalam kamus perniagaan. Lakukan (bertindak) sehingga mendapat hasilnya. Kredibiliti kita tidak terletak pada perkataan “akan”, tetapi pada tindakan yang dilakukan.

9. Semakin usahawan banyak bercakap perkara yang tidak perlu, semakin lambat sesuatu matlamat akan dicapai. Usahawan sepenuh masa, utamakan percakapan yang boleh memberikan sesuatu hasil dan manfaat kepada bisnes.

10. Pelanggan mahukan kepuasan, kepantasan dan layanan terbaik. Sebaik mana percubaan kita, pelanggan tidak akan melihat ‘ukuran terbaik’ yang kita tetapkan, sebaliknya mereka mengikut ukuran mereka sendiri. Berhenti mengharapkan pujian dan sanjungan, tetapi harapkan perkembangan yang lebih baik.

11. Pujian dan sanjungan yang berlebihan adalah umpama ubat yang diambil melebihi dos yang ditetapkan. Sama ada kita tetap selamat ataupun terus terpejam selamanya.

12. Tidak perlu sesekali memberikan apa-apa alasan kepada pelanggan setiap kali berlaku sesuatu perkara berbangkit. Berikan saja apa yang mereka mahu, selesaikan apa sahaja perkara berbangkit dan penuhi apa yang dijanjikan.

“Melakukan perniagaan umpama mengemudi sebuah kapal di lautan luas. Adakala ganasnya reda seketika, ada masa datang tidak disangka. Namun akhirnya, hadiah buat kecekalan diri adalah sebuah pulau impian.”

Kepada ALLAH jua kita berserah.

(c) MohdZulfadli-IM

.

 

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

4 thoughts on “12 Pelajaran Penting Bisnes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *