Pelaburan Swisscash, FOREX Online = Dipertikaikan..

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Kali ini, saya ingin menulis mengenai sesuatu yang sedang ‘hot’ pada masa sekarang. Nak tahu lebih lanjut? Klik..

Maafkan saya juga kepada pelabur forex yang aktif, walaupun saya tahu, forex itu berbeza dengan HYIP, tetapi apa salahnya kita bertukar-tukar pandangan bukan? Saya, lebih suka memberi pendapat yang tidak se-arah agar perbincangan mengenai sesuatu itu lebih nampak terbuka luas dan dengan harapan kita tidak tercicir sesuatu yang mungkin bermanfaat.

Pelaburan. Saya tidak tahu sangat mengenai melabur, cuma apa yang saya tahu, kita jangan hanya melihat dari segi pandangan undang-undang sahaja dan JANGAN mempergunakan fatwa yang agak umum. Ramai yang aktif di dalam swisscash dan juga forex menggunakan fatwa-fatwa tertentu untuk membolehkan aktiviti mereka. Mereka junjung dan membawa fatwa yang sama ke mana sahaja mereka pergi. Juga, mereka memberikan alasan Dr, Prof, pegawai, menteri dan datuk, ramai yang menyertai program mereka. Ketahuilah, bijak belajar belum tentu bijak wang, seperti kata shuth. πŸ˜‰
Swisscash

“Orang kita kedekut untuk pergi ke seminar kejayaan diri, sebaliknya ‘rakus’ di dalam membuat pelaburan yang berisiko yang belum pasti dan layak untuk diragui. Dunia sudah terbalik dan sudah hampir kiamat.”unknown

Pelaburan swisscash yang dijanjikan dengan keuntungan 300% dalam tempoh tertentu sungguh memelikkan. Mengapa pelik? Sebab pihak lain di pelaburan yang benar hanya mampu memberikan keuntungan beberapa peratus sahaja, sebaliknya pihak penganjur pelaburan swisscash menjanjikan keuntungan yang besar. Di dalam Islam, penetapan peratus keuntungan TETAP adalah TERLARANG! Boleh baca artikel yang akan saya berikan link-nya nanti.

“Risalah pelaburan SwissCash saya nampak diletakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dalam sebuah surau di stesen minyak Dungun,” Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Terengganu. – bernama.com

“SwissCash and Swiss Mutual Fund are not registered companies in Switzerland. The contact telephone numbers provided by the website of these entities are in New York and the Commonwealth of Dominica.

Regrettably, companies and individuals with no relation to Switzerland sometimes use the word Ò€œSwissÒ€ or images of the Swiss flag in an effort to associate themselves with the reputation of Swiss companies.

Please be aware that SwissCash and Swiss Mutual Fund are unrelated to Switzerland and are not subject to Swiss government regulation or their conduct in any manner.”

http://www.eda.admin.ch/kualalumpur_emb/e/home.p.html

Klik imej di atas untuk baca lagi berita..

FOREX

Ops.. Maafkan saya kawan-kawanku yang ‘bermain’ forex. Harap kita dapat bertukar-tukar pendapat dengan profesional dan tidak ber-emosi. πŸ˜‰

Forex, indah bunyinya, bak kicauan burung di samudera. πŸ˜‰ hehe.. Seperti yang saya kata di atas, saya tidak tahu mengenai pelaburan. Tetapi apa yang saya INGIN komen di sini adalah, penggunaan fatwa mufti Perak yang selalu digunapakai di dalam memberikan keyakinan kepada pelabur baru forex. Saya tidak mahu bercakap banyak, sebab dah letih untuk menulis hal-hal sebegini…. Marilah kita membaca satu tulisan ustadz kita yang ada kepakarannya di dalam bidang ekonomi dan kewangan dari aspek Agama Islam.

http://www.darulkautsar.com/pemurniansyariat/forex.htm

Semoga bermanfaat. Bacalah dengan hati terbuka.

AWAS: Saya tidak mengatakan yang FOREX itu tak boleh, haram atau seumpamanya. Saya cuma kecewa, ramai yang mempergunakan fatwa mufti Perak untuk program mereka padahal mufti perak tu tak tahu pun pasal program mereka!

TIDAK. Saya hanya memberi pandangan peribadi agar kita tahu banyak maklumat yang berkaitan. Ada dua jenis forex, yang OK dan yang tak OK. Anda sedang ‘main’ yang mana yer? πŸ˜‰ Yang OK? Ya, yang sah di sisi Agama dan di sisi undang-undang. Yang tak OK? Sudah semestinya yang TERLARANG di dalam syarak dan undang-undang.

Pssst, ehem. Cuba anda taip keyword ‘pelaburan forex‘ atau ‘pelaburan swisscash‘ tanpa tanda quote. Tak sangka, blog saya tip top! Hebat tak blog smartusaha? (riaknya aku…).. πŸ˜‰

“Sudah menjadi adat orang-orang kita, sudah kena sekali, akan buat lagi. Selepas swisscash jatuh nanti, apa pula yang datang? Dulu autosurf, kini swisscash, lepas ni..?? Usah bertanya, kerana orang kita ramai yang tidak pandai mengambil pelajaran. Manusia semakin rakus!”oleh, unknown.

Kembalilah di atas jalan yang lurus dan membuat penilaian dengan hikmah dan tenang di dalam sesuatu perkara. Keputusan berdasarkan nafsu yang membuak dan berdasarkan keter-ujaan dengan janji-janji kekayaan, hanya memberikan senyuman yang sementara. Kaya harta hanya sementara, namun walau sementara, harta yang sementara itu jugalah yang akan dijadikan kayu ukur amalan kita di dunia ini. Maka, pastikan, harta milik anda adalah suci dan diredhaiNYA. Semoga senang hisab kita di hari pengadilan kelak. InsyaAllah.

Anda marah dengan tulisan ini? Saya berhak menulis apa sahaja, kerana kita adalah saudara semuslim, wajib berpesan-pesanan seperti termaktub di dalam surah al-‘Ashr.

1.Demi Masa;

2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,

3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Hidup hanya sementara, jalan Agama yang terang sahaja yang menjamin kebahagian di dunia dan akhirat. Biar lapar dahaga, daripada menelan harta yang belum pasti.

Jika ada tersalah fakta, saya hanya insan biasa. Kepada Allah jua kita serah segalanya.

Wassalam.

PS. Nantikan Laporan Khas yang boleh anda sebarkan kepada kawan-kawan dan saudara-mara.. πŸ˜‰

HOT! πŸ˜‰

RUJUKAN TERBAIK:

http://www.saifulsham.com

http://www.mohdsuhaimy.com

http://www.tuahemas.com

http://wangcyber.com/forum

http://www.zaharuddin.com

Nak komen tulisan ini? Tak perlu, sebab kita semua dah tahu perihal swisscash sebenar. Baca saja lah yer.. πŸ˜‰

Tambahan:

* Saya ada terjumpa satu tulisan atau pernyataan menarik dari seorang kawan. Katanya:

“Terlalu banyak bukti keraguan SWISS CASH cuma sesetangah orang walaupun sudah melihat tapi masih tak nampak sebab dia cuma nampak $$$$$$$$$$ segera.

Bank Negara hanya boleh buat kenyataan sebab segala transaksi perlaburan tidak berlaku melalui bank malaysia. Mereka (pihak swisscash) hanya bayar / online bonus melalui bank malaysia, dan ini bukan dikira sebagai pengambilan wang dari pelabur, sebaliknya pemberian wang dari pihak ke 3 dari luar negara.

Mengapa mereka memilih Republic od Dominica (sebuah kepulauan di France) adalah kerana undang2 perbankan disana adalah amat longgar sekali. Memang benar mereka membenarkan pasaran bebas tapi dari segi undang2 terlalu banyak peluang untuk melepaskan diri dari taukey2 skim cepat kaya begini.

Bagi mereka yang dah lama (awal) melabur di SWISS CASH anda adalah di antara orang yang beruntung kerana anda telah menerima bayaran melalui “PONZI SCHEME” ini.. sebab syarikat telah mengambil duit pelaburan orang yang masuk kemudian untuk dibayar keatas orang yg terdahulu.

Bagi mereka yang baru melabur… maka tidur malam anda pasti tidak lena… sebab semakin hari semakin hampir masanya untuk SWISS CASH ini akan gulung tikar. Sampai ketikanya nanti, kedua2 laman itu tidak lagi respond kepada anda.. sekadar menjadi dormant web. Ramai yang dah gadai tanah,juallembu jual kambig, duit simpanan anak dan simpanan kawin telah dilaburkan di sini demi harapan untuk mendapatkan impian keuntungan segera.

Bagi mereka yang telah kaya dengan SC jangan terlampau gembira… kerana ramai orang yang telah kehilangan segala2nya diluar sana kerana manis mulut anda. They have nothing and they have nothing to loose if they hurt you… sejarah lama pak man telo bakal berulang kembali.

Kita pernah dengar Seorang atuk dan anak ditembak mati sementara anak kecilnya dibiarkan hidup di dalam Mercedesenya di PLUS highway beberapa tahun sudah…apa yg ramai org tidak tahu adalah, mereka adalah taukey investment game… sejarah lama bakal berulang kembali.

NO BODY KNOW WHO IS THE OWNER OF SWISS CASH TILL TODAY….but they know YOU are the want who tell them to INVEST!!”

Satu lagi pernyataan oleh seorang yang juga menarik:

“Months back masa aku dgn kawan2 IT trace asal usul laman web SWISS CASH & SWISS MUTUAL FUND ini yang kami dapati:

1) Pada awal tahun ini server SWISS CASH didapati dialamatkan di sebuah permis di MID VALLEY
2) Beberapa bulan kemudian ianya telah ditukarkan alamat ke US
3) A simple phone call kepada seorang kawan yg kebetulan berada berdekatan alamat tersebut menyatakan bahawa ia ada lah sebuag restauran dia sana.
4) Simple search di laman WHOIS.NET kita boleh lihat bahawa DNS SERVER SwissCash dan Swiss Mutual Fund menggunakan FREE SERVER satu perkara yang amat mustahil jika ianya sebuah organisasi yang mengendalikan berbillion USD pelaburan offshore.
5) Registration pada laman Swiss Mutual Fund juga dibuat secara alah kadar dengan tanpa sebarang maklumat terperinci.
6) Kedua-dua laman mendaftarkan nombor talipon yang tak wujud (NOT IN SERVICE)
7) Yang paling menarik sekali adalah…. kedua2 laman ini telah didaftarkan pada bulan Mei 2005, walhal ianya dikatakan telah beroperasi sejak 1948!!”


Disclaimer:
Segala info tambahan di atas adalah pendapat mereka dan ‘kajian’ mereka. Yang berhak menentukan swisscash betul atau tidak adalah, DIRI ANDA SENDIRI. Fikirlah yang terbaik. Anda adalah diri anda sendiri. Usah terbelenggu dengan skim ponzi sebegini & usah terperangkap dengan fakta2 palsu mereka yang mengajak anda.. Banyak lagi peluang pendapatan lain yang lebih tahan lama dan terjamin.

P/S: Jika anda adalah orang kuat swisscash dan tidak setuju dengan tulisan ini, ketahuilah, ini adalah pendapat kami. πŸ™‚
Wassalam.** Saya disablekan fungsi komen untuk post ini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments