Pelaburan ‘HARAM’..

Hehe, tarik nafas dulu… Apa yang saya nak citer hari ni bukan fatwa atau hukum syari’at. Saya nak kongsi dari segi hukum undang-undang negara. 😉

Semalam saya sudah berjanji untuk kongsi satu fakta mengenai pelaburan haram mata wang asing di dalam negara kita samada secara online mahupun offline.

Apapun, apa yang akan saya taip ini hanya overview sahaja dan saya akan mengedarkan salinan pdf yang lengkap mengenai hal ini. Ops, ini bukan cerita dongeng saya, tapi saya merujuk kepada satu prospektus oleh bank Negara Malaysia yang saya dapatkan dari bank semasa pergi berurusan beberapa hari lepas.

Jadi, mari kita lihat apa yang dinyatakan dalam prospektus tersebut:

1. Di Malaysia, semua urusan di dalam mata wang asing mesti dibuat dengan atau melalui peniaga mata wang asing yang diberi kuasa. Seseorang (individu atau syarikat) yang bukan peniaga mata wang asing yang diberi kuasa tidak dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan atau berdagang dalam mata wang asing.

2. Berdagang dalam mata wang asing ialah aktiviti pelaburan dalam mata wang asing dengan tujuan untuk mendapat pulangan yang tinggi daripada pergerakan kadar tukaran mata wang asing. Oleh itu, jika anda diajak untuk melabur wang anda dalam mata wang asing, tidak syaklah ia adalah satu sindiket dagangan HARAM mata wang asing.

3. Tindakan ke atas Pedagang haram mata wang asing. Bank Negara Malaysia sentiasa memantau kegiatan dagangan mata wang asing untuk mengesan kegiatan haram. Tindakan yang diambil adalah termasuk menjalankan serbuan dari masa ke semasa ke atas pengusaha haram oleh Unit Penyiasatan Bank Negara Malaysia. Wang yang disita semasa sebuan ini akan dirampas dan pengusaha akan dihukum mengikut saluran undang-undang. 8)

Sumber rujukan:
Prospektus Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing
Program pendidikan pengguna oleh Bank Negara Malaysia dan Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia.

Komen SmartUsaha:

Bagaimana? Terkesima mendengar cerita best di atas? Satu persoalan saya, adakah FOREX di internet dan juga pelaburan SwissCash termasuk dalam pelaburan haram di atas? Saya bertanya, bukan mengata.. 😉

PS. Kepada yang aktif atau dalam istilah menjadi dalang / ‘kepala’ perdagangan mata wang asing ni, hati-hatilah sebab dalam tak sedar, ada mata-mata manusia yang sedang memerhati kita yang menunggu masa sahaja untuk menyerbuuuu.. hehe. Ingatlah orang yang tersayang. Jangan akhiri hidup anda di dalam lokap. 🙂

PPS. Seorang kawan saya menyatakan, di Malaysia hanya beberapa buah pihak sahaja yang dibenarkan oleh bank negara melakukan perdagangan / pelaburan mata wang asing atau FOREX. Tapi katanya amat pelik, begitu banyaknya wujud syarikat atau pihak yang menguruskan pelaburan ini. Mengapa begitu? Hehe, anda sebagai pengguna, berhati-hatilah.

Disclaimer: Segala info di atas adalah mengikut cetakan prospektus dan bukan nasihat rasmi dan tidak boleh dijadikan sebagai rujukan muktamad atau rujukan dalam kewangan dan pelaburan anda. Segala fakta dan maklumat boleh berubah bila-bila masa. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihat guaman.

UPDATE TERKINI: Kepada pelabur forex, jangan cepat melenting kerana tulisan ini tak menuju kepada forex. Tulisan ini adalah umum mengenai pelaburan matawang asing yang tidak sah di sisi undang-undang! Cuma, di dalam tulisan ini saya hanya bertanya sahaja mengenai forex! Bukan menuduh dan menuding.. Harap memahami, kerana ada beberapa pelabur forex begitu ‘hot’ dan marah terhadap tulisan ini. Please be profesional.. Jika anda benar, kenapa nak takut kan? 😉

Satu lagi, baca 3 kali part disclaimer tu..

Kalau anda faham apa yang saya nak sampaikan melalui tulisan ini, saya yakin anda tak akan marah-marah. 😉

Puasa dah tak lama.. 😆 So, berbukalah dengan rezeki yang halal dan jelas. InsyaAllah.

Jangan malas untuk bekerja, tiada jalan mudah untuk mudah. Nak seribu daya.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

40 thoughts on “Pelaburan ‘HARAM’..

  1. smartusaha, saya ada dengar ttg pelaburan swisscash, saya rasa memang haram pelaburan swisscash tu, tapi masih ramai yang percaya dan masih ramai yang melabur, saya dengar juga ada org kuat bank negara (gabenor bank negara) sendiri melabur dlm swisscash, sebab tu lah ramai yang percaya pelaburan swisscash ni, saya nak halang mereka melabur pun tak tahu macamana, saya dah cakap, swisscash ni kalau dia nak cabut, bila2 je, tapi ramai yang masih percaya, itulah masalahnya.. macamana nak benteras ni ye…

  2. Emmm… memang sah pelaburan FOREX dan pelaburan Swish Cash di Internet adalah pelaburan haram kerana tidak dapat kebenaran daripada Bank Negara nasib tak baik boleh dikenakan tindakkan di bawah BAFIA. Jadi kita semua perlu berhati-hati dan hindar dari menyertai pelaburan-pelaburan seperti tu.

  3. Kadang kala di internet transaksi yang kita tidak telus. Kita tidak tahu bagaimana ‘laluan’ wang kita.. Yang kita tahu kebanyakan payment gateway atau fund manager akan menyalurkan ke destinasi.

    Ini menjadi satu masalah sehingga kini. Ketelusan dalam pengaliran wang di internet. Tambahan pula, kebanyakan pengurus dana bukan di Malaysia. Pernah attend kursus Anti Money Laundering Act dulu.. Antaranya, internet transaction masih blur. Susah nak menyabitkan sebarang kesilapan.

    p/s: Kenapa perlu main dengan wang? Kan perniagaan tu sentiasa ada untuk diusahakan. Yang penting halal..

  4. Yup, kalau nak fikir mendalam, sakit kepala.. Yang tak telus tu biarlah, sebab kita tak nampak dan tak ada upaya nak halang. So, ambil yg mana patut sahaja.. Wang kat dunia sekarang ni semuanya melalui bank konvensional yg ada riba. bersih2 kanlah dengan zakat dan sadaqah, hehe..

    Saya tulis info di atas bukan nak katakan benda tu salah, benda ni salah atau nak kacau periuk nasi sesiapa, tapi saya rasa amat bertanggungjawab dalam menerangkan hal ini demi kebaikan bersama.

    So sesiapa yg buat transaksi dan pelaburan haram dari segi undang2 tu (dari segi agama tak tahu lah apa hukum dia), fikirlah sesuatu agar anda tidak membuat orang yg menyayangi anda menitiskan air mata… Think about it. 🙁

    PS. Bayangkan, kita beri rezeki yg statusnya tidak jelas kepada anak isteri dan mak ayah kita. Atau silap haribulan kita ditangkap oleh pihak berkuasa kerana dituduh menjalankan pelaburan haram.. Anda mahu? Saya tak mahu.

  5. bahaya-bahaya .. (Sambil geleng kepala kalau benar program di Internet sama dengan yang kat luar sana) Saya belum pernah menyertainya. Ada sesapa yang ada pengalaman menyertai program ini? 😀

  6. memang ada akta kat M’sia yg tak benarkan FOREX dan yg seumpamanya… kecuali 3 jenis perniagaan sahaja…
    saya pernah pergi BNM… jumpa org di bhgn penyiasatan… bincang pasal benda ni sebab member saya telah ‘diambil’ bekerja utk satu company ni… org company ni ckp company dia legal la dan mcm² lagi… byk company mcm ni kat Megan Avenue…
    org kita masih nak percaya benda² mcm ni sebab nak cepat kaya… FOREX ni risiko dia tersangatlah besar… turub naik matawang kejap aje… BNM latih org dia pun tiga pat tahun gak…
    pada sesiapa yg nak percaya jugak, terpulanglah tapi pd undang² negara memang salah lebih² lagi kalo individu yg buat…

  7. Assalamualaikum Zul..

    Hari ni td dlm utusan tulis mcm ni

    “Forex Tidak Bercanggah Dgn Syariah”

    Sape2 tlg ulaskan dgn lbh lanjut lg..
    Saya nak tau…

    ANTI-SKIM CEPAT KAYA, SCAM Dan PROGRAM YG SWAKTU DGNNYA

  8. Fai, memang FOREX sah di sisi agama. Tapi persoalan sekarang, forex-forex yg tumbuh bak cendawan sekarang terutama di internet, adakah mereka termasuk dalam yg sah tu? 🙂

    Sebagai Islam, kita tak boleh ambil jalan mudah. Memang dah ada mufti Perak bagi fatwa atau jawapan kepada persoalan ni. Tapi FOREX bagaimana? Itu yg tak dijelaskan oleh ‘fatwa’ tersebut.

    Wallahu ‘alam.

  9. Thanks Zul..

    Bkn ape cuma nak tau dgn lbih lanjut je..

    Lbih baik buat netbiz sndiri drpada mgharap sesuatu yg tak tau status halal haramnya..

  10. Woah! Keluar akhirnya isu ini. Saya tak tahu pulak tentang Forex tapi swisscash memang saya tak setuju/ragu-ragu its legitimation.

    FOREX sah di sisi agama? FOREX nih sistem dia cam saham kan? Untung dapat daripada perbezaan nilai matawang kan?

    Sebagai Islam, kita tak boleh ambil jalan mudah. Memang dah ada mufti Perak bagi fatwa atau jawapan kepada persoalan ni. Tapi FOREX bagaimana? Itu yg tak dijelaskan oleh ‘fatwa’ tersebut.

    Owh.. di ulang kembali soalan tersebut: FOREX yang macamana?

    ps: FOREX ada banyak jenis ker?? -blur-
    pps: blog saya telah berpindah ke Ro.botys.com. Jemputlah datang. Ada banyak ebook (10++) percuma untuk anda download!

  11. zul, teruskan usaha menyampaikan apa yg betul. mmg susah terutamanya kalau org tu dah dapat hasil, dia akan pertahankan apa yg dia wat tu betul.

  12. Harap zul dapat cepatkan penulisan ebook pasal swisscash tu. Kalau ada pasal profitswinger pon bagus gak kalau ade point sbb ramai budak2 utp dah terpengaruh.

    Adela satu forum kat utp tu saya mod utk bahagian bisnes internet tapi terlalu berleluasa psl autosurf ni. saya tak mampu nak halang dak2 junior ni…

  13. KPDHEP juga ada mengeluarkan guideline kepada pengguna seperti kita ni (saya sendiri tidak berminat dengan saham2 ni, tapi bila dah terjumpa dengan info, boleh dikongsi disini – rujuk sedikit maklumat di blog saya).

  14. Saya rasa tidak ada salahnya kita melabur dalam jual beli mata wang ni, sebabnya PS bukanlah berpangkalan di malaysia dalam melakukan aktiviti perniagaannya, dan dengan itu PS tidak melakukan apa apa kesalahan dalam undang2 perdagangan forex di malaysia, dan sekaligus kita sebagai pelaburnya juga tidak melakukan kesalahan kepada negara. Yang bersalah di sisi undang2 hanyalah syarikat atau individu yang tidak berdaftar yang menjalankan aktiviti forex secara illegal DALAM negara Malaysia sahaja. Di sisi agama juga telah dijelaskan oleh mufti yang mana forex adalah sah dan tidak HARAM!!!!!

  15. Maksud peniaga mata wang asing yg dlm penyataan tuh aku rasa…money changer yg kite boley tengok bersepah2 kat KL tu.
    Mmg bab tuh kerajaan mmg strict……

    Tp broker forex aku rs bab yg laen.Nk bukak nroker bukan leh sebarang2….sistem n apa2 sumer kene lengkap.kat malaysia pun kebanyakan broker forex berpengkalan kat luar negeri…sbb tuh biler investor masuk RM….diorang kene buat wired gaks ke luar negara…….
    so, hampir mustahil nk establish broker haram forex kat sini……

    Mcm P$=online program =mmg takkan tertakluk dgn mana2 undang2 yg ader dalam Malaysia.Tak kirela P$ declare die maen forex ker apa2 ker……samer mcm 12DP……
    Yg 12DP skang under court action tu sbb charis(pemilik 12DP) sendiri yang failkan kes terhadap stormpay.Prog 12DP tuh sendiri setau aku mmg tak tertakluk dgn mana2 undang2. Sbb tuh berapa byk prog online earning yg scam sampai ke harinih sbb diorang mmg tau takder undang2 leh kejar diorang…

  16. PS sah disisi UNDANG UNDANG!!..faham?

    smartusaha ni siapa, betul betul smart atau pandai ke?…

    tunggu la..

  17. woww Jongkong.. Saya ada kata ke yang PS tu tidak sah? Atau saya kata haram? Baca ler balik apa yg saya tulis..

    SAYA TANYA, BUKAN MENUDUH! Ada faham?? Nak tanya satu soalan boleh tak??

    1. Kalau PS sah, apa buktinya yer? takkan marah dan melenting jer kot.. Be pro lah kalau betul. 😉 Kan mudah. Tak pasal2 nak marah ekk..

    PS. Tunggu? huhu, ugut nampak… Kita ni berAgama bro.. Ingat Tuhan banyak2.. 8)

  18. Heheh,.. ader mender best yang saya nak cakap kat sinih;
    Merujuk kepada duitbiz:

    Mcm P$=online program =mmg takkan tertakluk dgn mana2 undang2 yg ader dalam Malaysia.Tak kirela P$ declare die maen forex ker apa2 ker

    Pendek kata, xder undang2 khas di malaysia untuk program2 buat duit nih. So, kalau dah takder undang2, macamana lak si Jongkong cakap PS tuh sah? Padahal takder undang2 yang mengatakan itu adalah sah. 😉 .

    rujuk Jongkong:

    PS sah disisi UNDANG UNDANG!!..faham?

    Dahlah, takyah gado2. Saper rasa betul buatlah, saper rasa tak betul, jgnlah wat. Saper rasa nak wat–>buatlah.

    Tapi ingatlah… SENDIRI BUAT, SENDIRI TANGGUNG! 🙂

  19. pada pendapat aku plak,

    yg aku nampak mende ni jadi salah pasal kes main mende2 ni tak kena cukai je.. pasal nak berniaga apa2 , institusi kewangan ke, foreign exchange ke, kena register dan kena bayar tax pd government.

    sebab tu wujudnya satu area yg dipanggil offshore sites.

    pelaburan2 di luar ni (internet especially) boleh dikira sebagai offshore investment. Itupun kena tengok jugaklah dia buat kat mana, betul2 ke kat tempat offshore center.

    Rujuk definisi offshore investment :
    http://en.wikipedia.org/wiki/Offshore_investment

    pasal offshore center ni boleh dikatakan sebagai satu tempat yg direservekan oleh sesetengah negara sebagai satu tempat yg tax free atau tax rendah.

    pasal kalau nak buat apa2 syarikat atau institusi kewangan di negara, kena ada tax.

    so, kalau nk ikutkan, maksudnya kite invest di luar negara (kalau site tu betul2 bertempat di offshore site la) dan bukan di Malaysia, cuma hanya menggunakan internet sebagai medium.

    pasal forex tu plak, site forex tu mungkin kat luar, tapi kite main forex kat dalam mesia..cuma guna internet pasal takyah la kite ke sana, so nak kira mcm mana tu..

    dan mcm mana plak dengan transaksi jual beli egold? sah ke jual beli egold disisi undang2 mesia? let say, dua2 buyer di malaysia, site egold di US. yg tekan kibodnya dua2 di dalam mesia, tp transaksi sebenar yg berlaku ialah di server egold sana tu..

    dan masalahnya lagi, egold tu mende yg sah ke utk dijual beli?
    pasal kite hanya menjual mende yg kite ada pd org yg nak pd harga yg dipersetujui. dan egold tu plak bleh dikatakan e-currency , kira satu matawang jugak la, so ini dah kira foreign exchange jugak la..
    dan mende tu berlaku di mesia.. komunikasi pun biasanya melalui messenger.

    so, masih samar2, so BNM nampaknya kena detailkan lagi la..

  20. itulah kuasa internet….berilah ulasan yang detail mengenai hukum ni..kata beragama..Ingat..syak wasangka salah satu sifat mazmumah…dan Kita manusia tidak boleh menjatuhkan hukuman ke atas manusia lain..itu kuasa Allah…

  21. ermm… maaf mencelah.. sy harap semua pembaca dapat membzeka anta tukaran mata wang yang haram dilakukan dan yang sah dilakukan… yang haram itu ialah dimana bila kita membuat pelaburan tukaran dalam sekelip mata dpt duit seperti yang berlaku di money changer di malaysia..

    yang berbezanya dengan forex ini ialah…forex ini ialah foreign exchange dan bukannya money changer…

    apakah perbezaanya?

    pandangan atau fatwa mufti perak itu adalah benar bg FOREX…sudah dijelaskan termaktub dan tidak berselindung penerangan mufti adalah lengkap..masalahnya disini ialah..manusia ni..atau lebih tepat kita org melayu ni…suka salah faham dan menggembar gemburkan berita..

    jadi saya petik petikan zul

    Fai, memang FOREX sah di sisi agama. Tapi persoalan sekarang, forex-forex yg tumbuh bak cendawan sekarang terutama di internet, adakah mereka termasuk dalam yg sah tu? 🙂

    Sebagai Islam, kita tak boleh ambil jalan mudah. Memang dah ada mufti Perak bagi fatwa atau jawapan kepada persoalan ni. Tapi FOREX bagaimana? Itu yg tak dijelaskan oleh ‘fatwa’ tersebut.

    Wallahu ‘alam.

    FOREX tiada nama lain..kecuali forex…dan forex itu menjurus kepada istilah FOREX EXCHANGE.. dan tolong bezakan dgn money changer.. kenbanyakkan yang membuka money changer tidak tahu mana pun ttg forex.. yang mereka tahu ialah spread jual beli yang dilakukan oleh mereka tinggi utk mendapat untung..

    berbalik kepada perbezaan..mengapa sy kata ada perbezaan kerana..
    FOREX merupakan juga satu bidang pekerjaan yang memerlukan masa ilmu dan sifat tidak tamak untuk menjana pulangan yang baik..
    Forex bukanlah sistem duduk diam dpt duit mcm swisscash. Tapi FOREX perlu sekurangnya latihan minimum 3 bulan utk menguasai..itu pun utk pulangan yang rendah.. persoalan disini ialah tentang usaha…utk mendapat faedah pelaburan di forex..memerlukan usaha. dan ilmu..bukan duduk diam mcm nombor ekor then dapat duit..usaha dan ilmu yang digunakan dalam forex merupakan suatu pekerjaan

    jadi sy harap..ia sedikit sebanyak dapat mebuka mata org2 melayu yang selalu salah tafsir dan suka menyamakan sesuatu menda tanpa mengenalpasti sendiri..

    ingat..manusia bukanlah sempurna mana..cailah ilmu di merata2..
    sy harap…artikel sy ini dpt memberikan sedikit maksud yang jelas ..

    sy hanya insan biasa yang lemah

  22. Aidil, thanks.. Di dalam penulisan saya di atas, saya tak ada kata FOREX ni tak boleh, salah atau haram. Saya cuma mempersoalkan sahaja dan saya akan sentiasa menerima pendapat daripada mereka yang tahu mengenai FOREX yang sebenar, pro dan kontra, yang mana ok dan tidak ok. Itu sahaja..

    Yang saya selalu dapat adalah, kritikan atau pandangan -ve daripada mereka yang melakukan pelaburan forex online. Atau mudahnya, saya lebih banyak kena lentingan mereka. Saya begitu pelik, sebab saya hanya bertanya dan sepatutnya mereka menulis pandangan yang sebenar mengenai forex. Bukannya lontar batu dan sorok tangan. Satu budaya yang tidak profesional dan pengecut. Jika forex benar, jelaskan sahaja. Saya sentiasa menerima pandangan dan penerangan daripada sesiapa sahaja..

    Penulisan saya di atas bukan menuju kepada forex semata. Saya menulis dari kesemua sudut. Kadang2, kebanyakan orang tidak mahu menyentuh hal ini sebab takut orang salah faham mengenai apa yang mereka buat. Tapi saya tidak, jika orang kata B, saya akan kata C. Ini penting agar tidak wujudnya pandangan yang sehala. Jika wujud pandangan yang pelbagai, konteks perbincangan terhadap sesuatu topik itu akan lebih terbuka luas dan TIADA perkara yang diselindungkan. 😉

    Dan saya sentiasa berterus terang kepada mereka yang ingin membuat duit di internet, bahawa pelaburan di internet adalah berisiko besar. Ini realiti dan saya saya tidak mahu menyoroknya. Dan ini pegangan saya sampai bila-bila. Dan saya akan terus menyatakan, membina perniagaan internet sendiri lebih mempunyai jangka hayat yang lama dan rendah risikonya (bukan tiada risiko).

    Jika anda berminat melakukan pelaburan online, silakan. Setiap orang ada minat dan kehendak tersendiri. Tiada paksaan. Pokok pangkal, saya lebih suka menyatakan realiti sesuatu itu tanpa mahu berselindung.

    Akhir kata, yang penting adalah kita melakukan sesuatu yang sah di sisi Agama dan undang-undang, sebab kita mencari rezeki untuk sesuap nasi yang akan menentukan siapa diri kita di sisiNya.

    Buat sendiri, tanggung sendiri.

    Wallahu ‘alam.

  23. a;kum..
    syabas..tahniah atas segala macam artikel yang amat berguna dan cukup berfaedah yang saudara post kan samada di web atau weblog sdr. Teruskan usaha murni saudara ini. Saya akui saya mendapat sebegitu banyak maklumat tentang bisnes di sini. Lagi sekali terimakasih!

    wassalam

    sudin
    studio69
    kg charok kemuning,
    Kemelong
    sik, kedah
    malaysia

  24. Salam.
    Isu Swisscash ni saya rasa dah banyak dibincangkan. Ramai yang beranggapan ianya salah mengikut akta bank negara dan salah juga dari sudut hukum syara’ kerana wujudnya unsur riba kerana keuntungannya terlebih dahulu ditetapkan. Namun semua pandangan-pandangan tersebut dikeluarkan oleh mereka yang tidak mempunyai outhority. Jadi saya bependapat pihak Bank Negara Malaysia dan juga Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan penyelidikan tentang perkara ini kerana jika dibiarkan jutaan ringgit wang rakyat Malaysia akan terus mengalir keluar dan akan menjadi lebih malang jika tiba2 wang tersebut lebur ditengah jalan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku. Pihak BNM perlu lebih perihatin demi menjaga dan memelihara kepentingan rakyat. Satu kenyataan tegas dari BNM dan Majlis Fatwa Kebangsaan adalah perlu bagi menyelesaikan kemelut ‘mahu cepat kaya’ ini.
    wassalam.
    Dr Nik Rahim Nik Wajis
    Miri Sarawak.

  25. tak tahu la.. bos saya pun baru melabur dlm swisscash.. kawan kat kedah pun dah melabur swisscash dia cakap kawan dia sampai resign kerja (memang betul dpt untung 300% dlm 450 hari.. nampak menarik jugak rasa nak join.. nak confirmkan forex ni halal ke haram dulu.. takut lah kalau haram..

  26. Syahril, jangan cepat teruja especially swishcash tu. Pendapat peribadi saya, ia adalah scam. Ya, walaupun sekarang dapat duit, but future? Ramai yang ingin jalan singkat mencapai kekayaan, tapi ia satu langkah yang amat amat silap.

    So, binalah perniagaan sendiri. Lebih kukuh dan terjamin.

    Pasal forex, wallahu ‘alam. Seperti kata saya, ia berisiko tinggi. Pasal halal haram, asasnya forex sah di sisi Agama, tapi sekarang ni banyak orang kata program yang dia join adalah halal, tapi saya tak berani nak nyatakan halal atau haram. Sebab dunia sekarang banyak sangat simpang-siurnya. Berbelit-belit..

    Wallahu ‘alam.

    PS. Saya rela bersusah dengan usaha yang jelas berbanding melakukan sesuatu yang meragukan.. Ingat pesan Nabi, tinggalkan yang diragui.

  27. ermm….

    Q: Forex = Foreign Exchange

    Q: Cam na niaga dier ? Cam na nak register? Kat sapa nak transfer fund? Berapa minimum nak start? Dier buat niaga dimana? Sama ka cam swisscash/ Scammer program?

    Camni la… nak tgk org Malaysia hidup-hidup niaga forex… pi website nih… http://www.marketiva.com... register free kat situ…. kemudian join chat group… Select Malaysia…kalo nak tau kat situ “free overnight interest”… takde kene interest kalo pasang position lebih dari satu hari…

    Forex business kene belajar… amik course… tu biz orang professional buat… hari-hari ader naik turun nilai matawang.. diorang niaga mata wang asing… RM tak masuk list… semuo matawang asing…

    Nak belajar free pasal forex pi kat website http://www.babypips.com

    Forex bukan jenis duduk goyang kaki…. cam Swisscash or autosuft or HYIP program… Forex adalah orang yang sanggup niaga High Risk…. err… tu jugak sejenis niaga… cuma high risk… cam orang jual kapal terbang/kapal laut… tu jenis niaga high risk….

    uhuk…. harap dapat terangkan sikit kpd yg “blur” lagi pasal forex ni… err…tu info free… bukan mengata…..Adios…!!

    P/S : Hehe, anda sebagai pengguna, berhati-hatilah. (err…tanya BNM … forex tuh aper kebendanyer….silap tanya….dapat silap info….just tanya FOREX tu ape?)

  28. “Emmm… memang sah pelaburan FOREX dan pelaburan Swish Cash di Internet adalah pelaburan haram kerana tidak dapat kebenaran daripada Bank Negara nasib tak baik boleh dikenakan tindakkan di bawah BAFIA. Jadi kita semua perlu berhati-hati dan hindar dari menyertai pelaburan-pelaburan seperti tu. ”

    Berikut diatas adalah petikan daripada mesej RRC sebelumnya.
    Saya bukan pro mahu pun kontra dengan kenyataan tersebut. Persoalan saya adalah:
    1. Perlukah institusi pelaburan melalui internet dari luar negara yang tidak beribupejabat di Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak BNM terlebih dahulu. Jika ada sebutkan aktanya dengan jelas sebab anda ada menyatakan “memang sah”.

    2. Sebutan “haram” yang digunakan terhadap FOREX melalui internet serta swisscash itu agak umum. Tolong jelaskan samada BNM sendiri ada mengeluarkan kenyataan mengenai status “haram” tersebut serta siaran mengenainya (surat pemberitahuan rasmi) termasuk tarikhnya sekali.

    3. Adakah anda seorang pelabur yang aktif dalam FOREX. Jika ya, saya ingin menyertai “FOREX SAH” anda itu. Apa nama syarikatnya atau laman webnya, tentu tidak salah promote “FOREX SAH” kan.

    4. Apa sebabnya tidak dapat diambil tindakan terhadap FOREX online dan swisscash. ( yang ini biar saya jawab )
    jawapannya: Mereka tidak melakukan apa – apa kesalahan terhadap sesiapa serta tidak terbukti kesalahannya setakat ini.

    saya tidak memihak kepada sesiapa cuma berasa agak hairan mengapa tidak ramai orang yang bising apabila SOLIDINVESTMENT melesapkan diri. Begitu juga dengan WEALTH2U serta beratus program HYIP yang lain. Mengapa cuma fokus kepada segelintir program yang ternyata kekal membayar pulangan dan tidak kepada yang benar – benar SCAM.

  29. Dalam perniagaam samada online atau offline target utama seseorang itu adalah untuk mendapat profit atau keuntungan lagi banyak lagi bagus. Kadang-kadang dek kerana keghairahan untuk memaxumunkan keuntungan ramai antara tidak meletakkan Islam sebagai landasan utama penilaian serta kepentingan peribadi lebih diutaman daripada membuat kebajikan.
    Dalam menentukan halal dal haram sesuatu perkara bukan hanya dengan congakan dan agak-agak saja. Sejak akhir-akhir ini pelbagai bentuk perniagaan dan peluang pendapatan muncul dalam bentuk online antaranya hyip, autosurf, matrix sistem, forex dan sebagainya. Dalam usaha untuk memberi pandangan terhadap sesuatu sisitem baru maka ‘alim ‘ulamak terpaksa membuat kajian terhadap nas-nas umum dari al-quram dan hadis serta melihat apakah ada di sana sebab kiasan yang boleh disandarkan untuk menetapkan sasuatu hukum.
    Saya rengkaskan dahulu supaya mudah difahami.
    Forex adalah suatu perniagaan berbentuk pertukaran nilai sesuatu matawang dengan matawang yang lain. Nilai sesuatu matawang bertukar menjadi tinggi dan rendah atas beberapa faktor termasuk ekonomi, politik dam kestabilan sesebuah negara. Kecanggihan dunia it dan telekomunikasi hari menjadikan perniagaan matawang adalah yg tersibuk didunia. Sebab itu kadang-kadang dalam masa beberapa saat saja nilainya boleh berubah dan memberi kesan untung/rugi kepada trader.
    Beberapa perkara perlu dilihat sebagai asas penilaian kita terhadap forex:
    1. Akad. didalam islam akad jual beli perlu antara kedua-dua pihak. bentuk persetujuan ini sebaiknya melalui lafaz antara keduanya. Walaubagaimanapun dengan perkembangan hari ini bebrapa pendekatan yg diharuskan dalam Islam sebagai tanda persetujuan seperti penerimaan resit dan no id payment yg menunjukkan pengesahan berlakunya akad jual beli antara kedua pihak. Dalam forex ini secara asasnya semasa sell/buy telah berlakunya akad jual beli ( real time ) seperti yang yg terpapar kat akuan info dalam bentuk no id payment. Makanya sudah berlaku jual beli disitu dan tidak ada keraguan lagi ianya dalah real time dalam perniagaan pertukaran matawang ini. Adapun sell dulu adalah merupakan istilah saja. Sebenarnya sell juga bermakna kita membeli tapi pada nilai harga yg rendah untuk kita jual nanti bila berlaku kenaikan nilai matawang tersebut.
    2. Berkaitan keuntungan yang diperolehi dikategorikan sebagai riba nasiah ( disebabkab penangguhan ). Kat forex ni keuntungannya bukan disebabkan oleh penangguhan tetapi disebabkan oleh perubahan nilai. Riba nasiah bermaksud anda memberi pinjaman kepada seseorang dan orang tersebuat perlu membayar balik dalam tempoh tertentu dengan ada penambahan beberapa persen atas kadar pinjaman tersebut sprti yg berlaku dikebanyakkan bank dimalaysia hari ni. Jadi hujah menyatakan forex ini adalah haram kerana ada unsur riba nasiah yg berpunca kerana penangguhan adalah tidak tepat.
    3. Berbalik kepad open pending nak disamakan dengan seperti membeli ikan di air atas alasan suatu yg tak pasti adalah juga kurang tepat. Open pending stop/limit adalah seperti kita mem’booking’ pada price tersebut kerana kita ingin membeli diwaktu tersebut. Maknanya ianya hanya tempahan dan jual beli yg sebenarnya berlaku ketika touch price tersebut baru;ah kita akan mendapat id payment dalam akaun kita menunjukkan tika dan saat iru sudah berjalan jual beli tersebut.
    4. Berkaitan kenyataan yg menyatakan pendapat fatwa majlis agama islam negeri perak dibawah pimpinan datok Harussani hanya pada forex yg ada panel syarak saja. Rasanya pendapat itu perlu diperhaluskan.Secara asasnya tidak ada dalil atau nas yg menyatakan bahawa perlu ada panel syarak barulah sesuatu perniagaan itu sah dan halal. Tidak ada. Dalam Islam ada 2 asas utama untuk menetukan sesuatu muamalh atau perniagaan itu sah pertama tidak melanggar syarak dan niat yg ikhlas. Dimalaysia tetbentuknya panel syarak adalah desakan daripada rakyat utk memastikan setiap urusan perniagaan perlu diawasi supaya menepati syarak. Berkaitan forex ni platform kebanyakkannya adlah orang barat mana nak ada panel syarak. Kalau macam tu kita tak boleh niaga langsung dg orang barat sebab mereka tak da panel syaraj. Bukan niat untuk mempermudahlan sesuatu perkara. Tanggungjawab kita sebelum berurusan dg orang smada Islam atau belum Islam ialah memastikan apa yang kita nak berurusan tu adalah tidak melamggar syarak. Kalau ada di sana panel syarak bagi syarikat tersebut lebih baik dam kalau tidak ada bukan bermakna tak boleh cuma teliti dulu.

    sekian assalamualaikum

  30. Biasa lah, kalau melibatkan pelaburan yang tak jelas depan mata, ramai yang akan bermain dengan spekulasi mengatakan itu dan ini. Semua fakta berkaitan dengan kesahihan dan undang2 perdagangan matawang di keluarkan untuk menyatakan sesuatu “program” itu tidak sah dari segi itu dan ini.

    Pada pendapat saya juga, mmg tak boleh nak katakan pelaburan swisscash atau forex ini haram sebab sememangnya hanya transaksi pelaburan sahaja yang berlaku di M’sia.. Haram di sini bukan dari segi hukum atau syarak, tetapi dari segi pendaftaran sebagai agent keuwangan di negara ini..

    Pada pandangan saya, BNM tidak mahu membangkit kan hal ini kepada umum kerana bimbangkan prestasi instisusi pelaburan dalam negara terjejas apabila suber pelaburan mula bertumpu pada pelaburan luar (asing) lebih2 lagi pelaburan yang diluar kawalan BNM sendiri.. Keuntungan yang diperolehi sepenuhnya oleh palabur dan BNM tidak mendapat sebarang keuntungan malah pengaliran matawang keluar dan masuk juga susah hendak dikawal.. Dari sini juga kita boleh perhatikan kenapa perkataan “Haram” ini ujud, boleh lah dikatakan pelaburan ini “Haram” kerana ia tidak didaftar kan di BNM, sama juga dengan pendatang “Haram” bermakna pendatang yang tidak didaftar kan.

    Pemantauan dari segi hukum syarak pula terletak pada tangan pelabur sendiri, forex dan swisscash tidak melaksanakan konsep pelaburan berlandaskan hukum islam kerana institusi ini bukanlah institusi pelaburan islam, jadi tuan puan fikir lah sendiri hasil dari pelaburan seperti ini, nasihat saya (jangan jadikan darah daging)

    Kalau tak silap saya, pagi ini ada tersiar berita mengulas tentang pelaburan swisscash oleh BNM, memberikan peringatan supaya pelabur tidak termakan kata2 individu (agen) yang terlibat dengan swisscash (yang tidak berdaftar).. ‘Think!’

  31. bernas jg pandangan dan hujuh2 para peserta forum ini tp nasihat tok supaya sebelum kt mengeluarkan sesuatu pandangan, pastikan ianya difikirkan dahulu sbb kalau ianya salah, mungkin akan menjadi ikutan/pegangan org lain.

  32. ni nak tanya sikit.. berkenaan dgn matawang iraq..

    saya nak terangkan pon panjang, oleh itiu saudara2 boleh layari laman web ni..

    http://www.mydinar.net

    saya cuma nak tahu, adakah ini sama seperti isu swisscash yg dibincangkan pada awal forum? dan adakah ia salah dari segi undang2?

  33. ” Pemantauan dari segi hukum syarak pula terletak pada tangan pelabur sendiri, forex dan swisscash tidak melaksanakan konsep pelaburan berlandaskan hukum islam kerana institusi ini bukanlah institusi pelaburan islam, jadi tuan puan fikir lah sendiri hasil dari pelaburan seperti ini, nasihat saya (jangan jadikan darah daging) ”
    ————————————————————
    “Pasal forex, wallahu ‘alam. Seperti kata saya, ia berisiko tinggi. Pasal halal haram, asasnya forex sah di sisi Agama, tapi sekarang ni banyak orang kata program yang dia join adalah halal, tapi saya tak berani nak nyatakan halal atau haram. Sebab dunia sekarang banyak sangat simpang-siurnya. Berbelit-belit..”

    saya nak komen sikit apa yang saudara katakan diatas..dan lepas tu komen saudara..saya bersetuju dengan comment tok janggut..jika kita ingin mengeluarkan sesuatu..mestilah berlandaskan ilmu yang betul2 kita yakin dan tahu.. masalahnya kenapa saudara bercakap BERBELIT2??? saya kagumi saudara berkongsi ilmu disini..tetapi jangan mengelirukan orang ramai..Permulaan saudara mengatakan “”forex dan swisscash tidak melaksanakan konsep pelaburan berlandaskan hukum islam kerana institusi ini bukanlah institusi pelaburan islam, jadi tuan puan fikir lah sendiri hasil dari pelaburan seperti ini, nasihat saya (jangan jadikan darah daging)” jika saya tak tahu apa2 saya terbaca ayat itu..dalam kepala saya anda mengatakan itu adalah haram walaupun tidak ada sebut perkataan “haram” dlm forex (swisscash saya tak tahu) .. dan selepas itu saudara memberi komen..””Pasal forex, wallahu ‘alam”” dan mengatakan forex itu sah..apabenda ni??? tolong la jangan mengelirukan orang ramai..kalau terasa post terawal salah..katakan saja yg anda salah.. semua orang boleh terima… kalau anda tak tau kesahihan sesuatu benda tu..jangan post suka hati..tak semestinya saudara kursus sana sini saudara berhak membuat keputusan/fatwa sendiri..ini boleh mengelirukan..Untuk makluman Tuan Puan.. Hukum Perniagaan Wang Asing (forex) adalah HARUS.. ini bukan saya yang suka2 nak keluarkan fatwa ni..apa yang saya katakan ini adalah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada 11 Zulkaedah 1425 bersamaan 23 Disember 2004 buat kali ke 164..dan yang bersidang itu adalah mufti-mufti… untuk rujukan tuan-puan http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1239

  34. RUANG KOMEN DI-TUTUP.

    Sebab segala mengenai swisscash sudah tersurat. Pasal forex, kita tunggu juga apa kata mufti-mufti yang pakar. Nak dengar juga fatwa terkini yang lebih khusus.. 😉 Sekali lagi saya ulangi, tulisan saya di atas TAK MENUJU kepada forex ok! Anda jer yang terasa.. 😉

    Akhir kata daripada saya, kalau nak melabur, rujuk pihak yang dipercayai dahulu dan mereka yang pakar terutama di dalam bidang pelaburan dan kewangan terutama di dalam muamalah Islam. Ni tak, ramai yang merujuk kat “mufti ekspress”.. 😉

    Namun, jika anda berani menanggung risiko, terserah. Merana, anda yang tanggung.

    Saya menulis, tidak terlepas daripada kesalahan. Tujuan saya menulis, agar pandangan kita lebih meluas. Tujuan saya juga, hanya mengingatkan. Ambil yang betul, buang yang salah. Kepada yang komen suruh saya menulis baik-baik, ermm, saya rasa anda ‘tercabar’ kot.. ?? Adakah anda dah ter-join benda2 tu? 😉

    Saya menulis, hanya sekadar pandangan, dan bukan suatu yang muktamad. Keputusan tetap di tangan anda.

    Kepada Allah jua kita berserah. Yang salah, dari kita yang lemah ini. DIA Yang Lebih Mengetahui.

    Wallahu ‘alam.

Comments are closed.