Laporan Khas Pelaburan Maut oleh Azizi Ali
27 03 2007Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Apa khabar semua? Sihat-sihat belaka? Apapun, mulakan setiap hari anda dengan keceriaan walaupun anda ada banyak masalah. :) Saya pernah membaca satu buku dan ia memberikan satu tips, “Tak kisah anda bangun lewat pun, anda tetap perlu ada azam untuk hari tersebut sebaik sahaja selepas bangun!”. Ya, itulah salah satu cara yang saya buat selama ini kalau saya terbangun lewat! ;)
Baiklah, saya bukan nak cerita pasal motivasi hari ni walaupun umur saya baru jer cukup 25 tahun pada hari semalam. :) Apa yang saya ingin kongsikan dengan anda di sini adalah, laporan khas yang ditulis oleh pakar kewangan dan pelaburan iaitu Azizi Ali. Jika anda minat melabur, maka beliau adalah salah seorang pakar yang boleh dirujuk. Sebaliknya, anda jangan pula merujuk mereka yang buat-buat tahu pasal pelaburan, termasuk saya! Saya bukan pakar pelaburan, tapi saya tahu pelaburan jenis macam mana yang kemungkinan ada unsur penipuan! ;)
Tulisan saya ini adalah respons kepada tulisan Shuth di blognya mengenai laporan ini dan mengenai istilah SCAM & FRAUD. Sila ke blognya untuk membaca tulisan beliau. Ok, tajuk laporan Azizi Ali ialah Mencari Maut: Expose Tentang Swisscash, Skim Cepat Kaya dan Lain-lain Pelaburan Maut.
Saya belum lagi membaca laporan Azizi Ali tersebut, tetapi insyaAllah, dalam sehari dua lagi saya akan menelaah laporan ini. Untuk makluman semua, saya baru sahaja membeli laporan tersebut di laman web Azizi Ali. Untuk rujukan, berikut adalah link laman webnya:
http://www.millionairesplanet.com/books_specialreport.htm#MMBL
Jika anda ingin membeli, sila ke laman web tersebut atau, tunggu saya membuat ulasan setelah saya menelaahnya ok. :)
Setelah ustaz, mufti dan ulama’ bersuara, kini pakar pelaburan/kewangan pula tampil untuk bersuara mengenai skim-skim yang memang MAUT jika disertai. Saya harap, mereka tidak diam sehingga skim-skim ini habis diperangi dan rakyat Malaysia khususnya telah sedar dan tahu. Sebelum ini, geng-geng skim cepat bersorak gembira dengan ‘kemenangan’ sementara mereka, tetapi kini atau dalam masa yang kelak, mereka akan keluh dan kesah, kecewa, bermusuh sesama sendiri, dibenci kerana menipu, hidup tak tenteram atau baru mereka kenal mana langit dan mana bumi. Rupanya, mereka ditipu oleh bangsa sendiri yang tamak haloba.
Anda? Adakah anda juga pelabur-pelabur skim cepat kaya, skim binari, piramid, skim ‘derma-menderma’ atau yang seangkatan dengannya? Ketahuilah, ia tidak kekal lama. Dalam masa hampir 3 atau 4 tahun yang lepas, saya telah tengok satu persatu skim-skim pelaburan atau piramid atau binari telah hancur empayarnya. Kegemilangan hanya untuk si tauke penganjur dan orang-orang terawal sahaja, bukan yang lambat masuk. Syukur kepada Allah, saya bebas daripada perkara-perkara terkutuk ini. Menipu orang, makan duit orang cara batil, riba, judi, menindas, bentuk pelaburan yang tidak sah dalam Islam.. Semua ini ada dalam semua model pelaburan yang tidak berlandaskan kepada hukum Syari’ah.
Sedarlah kepada mereka yang sudah terlanjur, masih ada lagi ruang dan peluang untuk berbalik ke jalan yang benar. Skim cepat kaya sebegini banyak kesan buruknya kepada diri sendiri, keluarga dan juga kepada masa depan negara.
Oklah, cakap banyak tak guna juga kalau kita semua tak ambil kisah. :)
PS. Saya menulis mengenai hal ini bukan sebab dengki melihat kejayaan orang yang buat skim cepat kaya, tetapi saya menganggap ia satu tanggungjawab. Adalah menjadi satu ‘kebodohan’ jika kita mampu ‘menegur’ tapi kita diam. Cara yang saya mampu adalah dengan menulis, terutama di blog ini. Adalah satu kepelikan juga jika kita anggap hanya skim cepat kaya / pelaburan XYZ sahaja cara nak kaya…
Wassalam.
* Seperti biasa, tulisan topik seperti ini saya akan tutup ruangan komen.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:
















