Pelaburan entah apa-apa? JANGAN offer kat saya!

Saya banyak nak tulis artikel lain dan daripada senarai, saya nak tulis benda ni dulu. 🙂 Tak kisah lah orang nak kata saya ni ego ke apa, tapi yang pasti, ia adalah prinsip saya sampai ke mati.. 😉

Sebab apa saya nak tulis pasal ni, sebab dah naik menyampah dengan emel-emel ‘sampah’ yang mengajak saya melabur ke sini dan ke sana. Tak cukup dengan pelaburan SSSS, datang pula dengan emel ‘jemputan’ untuk saya join pelaburan TeamFFFF yang dikatakan tengah panas tu.. Emel-emel macam ni, saya terus delete sebab ia menyakitkan mata saya dan mengganggu saya. Ia bukan emel spam, sebab ia emel khas untuk saya sahaja. Kononnya saya ada ‘nama’ dan ia merupakan tiket untuk zul berjaya dalam pelaburan ni. Kononnya laa..

Kepada mereka tu, maaflah yer. Saya tak akan buat pelaburan-pelaburan macam ni sampai mati. Mungkin agak kasar bunyinya tetapi ia menunjukkan tahap keseriusan saya terhadap perkara ini. Saya TIDAK BERMINAT dengan benda-benda pelaburan sebegini yang tiada dasar yang jelas dan hujung pangkalnya tak nampak terang. Prinsip saya, saya tak akan masuk ke jalan yang ragu-ragu, tapi ramai yang saya lihat, walau mereka ragu-ragu, mereka tipu diri-sendiri kononnya mereka tidak ragu (lucu bukan?). Saya hanya akan buat sesuatu yang jelas dan dah nampak jalannya. Biarlah saya berpeluh, banyak masa habis, biarlah saya lalui pahit maung, namun yang penting, saya tahu dari mana duit itu datang, berbanding dengan melabur dengan sesuatu skim yang statusnya masih diragukan. Jadi, ini prinsip saya, ini jalan saya. Jika anda tak setuju, anda ikut jalan anda. Habis cerita.

Saya juga tak akan mempergunakan ‘nama’ yang saya ada. TIDAK SESEKALI! (tanda seru tu..). Saya tak akan ajak orang lain buat sesuatu hanya semata-mata WANG, WANG DAN WANG. Saya lebih kepada pembinaan perniagaan yang tulus dan sesiapa yang berminat, boleh sama-sama bina bisnes. Siapa tak minat, mungkin bidang ini bukan untuk anda. 🙂 Bidang bisnes hanya untuk mereka yang tahu apa itu sabar, apa itu kejayaan yang sebenar, yang sedar dan mengerti apa yang dilakukan. Saya rela, walaupun di peringkat permulaan income tidaklah seberapa dalam bidang ini, namun dengan bisnes yang kukuh dan kena caranya, ia dapat mengalahkan pelaburan yang dikatakan hebat itu! Percayalah! Tak perlu susah-susah nak taja-taja orang atau main-main lot atau berteka-teki untung atau rugi. Ia menyeksakan!

Apa yang saya perhatikan sekarang, ramai yang menyalahgunakan perkataan e-commerce. Nama pelajar dipergunakan, kononnya membantu ekonomi pelajar. Mahasiswa menganggur dipergunakan kononnya pelaburan XYZ itu telah membantu mereka. Malah, artis-artis dan datuk-datuk juga turut terlibat! Wahh, mudahnya e-commerce kan? Bayar sekian-sekian untuk sekian lot, taja orang, tunggu duit masuk. Atau, bayar sekian-sekian, duit anda dilaburkan ke bidang sekian-sekian. Tapi bila ditanya, mana bukti pihak terbabit melaburkan wang tersebut ke bidang-bidang itu? Mana data dan maklumat pelaburan pihak terbabit? Mereka sampai sekarang tidak menjawab. Yang dikatakan, pelaburan ni halal, pelaburan ni sah, bukan scam, tak labur ke bidang arak atau yang haram. Tapi, buktinya tiada. Tauke-tauke atasan masih lagi menyorok. Ye la, ada apa-apa. mudah sikit nak cabut. 😉 Pokok pangkalnya, istilah ecommerce telah disalah-ertikan. Yang jadi mangsa adalah mereka yang malas berusaha dengan pelbagai jalan lain yang ada.. Macam-macam alasan diberikan..

Tak apa lah. Saya hanya memberi pandangan, bukan memaksa. Cuma apa yang ingin dikatakan, apalah gunanya wang berjuta yang diperolehi dengan ‘jalan mudah’ dengan mempergunakan orang lain? Bila sampai satu masa, ia akan tepu dan wang akan surut. Ya, anda sudah tidak dapat menggunakan ‘seni’ mendapatkan balik wang yang banyak itu kerana ia sudah tepu dan juga seni itu bukan seni yang hakiki! Jika kini dengan pelaburan XYZ itu anda boleh tidur 24 jam sehari dan duit masuk tiap-tiap hari, satu masa kelak, anda tidak dapat tidur 24 jam kerana pelaburan itu sudah terkubur dan anda perlu bekerja keras untuk mendapatkan wang dengan jalan yang lain.. Ya, ramai yang telah terkena racun dunia dan harta, mereka terus jadi alpa.. 😉 Hanya yang sedar sahaja akan terselamat.

Semua mereka ni sudah tertipu dengan diri sendiri. Macam-macam alasan. “Ala zul, cuba-cuba jer..”. “Hmm, kalau dapat, dapatlah, kalau tak, taklah..”. “Apa salahnya mencuba..”. “Eh, kawan aku masyuk giler duit dia dapat join benda ni.. Nak cuba laa..”. Ada seorang yang katanya pernah belajar Agama dan beliau beritahu pada saya, “pelaburan SSS ni bagi saya, membantu orang Islam juga sebab ramai yang miskin dan ini merupakan satu jalan untuk mereka..”. Soal saya, “encik, jalan lain nak campak kat mana?”. Nampaknya, golongan terdidik sudah mula terkeliru dengan ilmu mereka sendiri. Ini semua kerana: RACUN DUIT. Ilmu yang mereka ada telah diracuni.. Tak cukup dengan itu, yang ada phD pun boleh tertipu.. Sekali anda memulakan pelaburan sebegini, anda sudah nak berhenti. Hati-hati.
Renung-renungkan kata-kata ini:

“Andaikata diri ini gilakan harta, tak perlu daku menulis hal ini. Cukup sudah join pelaburan karut dan buat duit masyuk… Tapi bila dikenang janji Ilahi, aku rela berlapar dahaga, kerna ku tak mahu, terseksa di sana..”. 😉

Jadikanlah pegangan dan prinsip para sahabat Nabi dalam soal makan minum dan rezeki sehari-hari.. Mereka dijanjikan syurga, namun mereka tetap menjaga diri mereka dalam soal itu sebaik mungkin. Inikan pula kita manusia biasa, masih mahu membuat fatwa sendiri!

PS. Ruang komen saya off sebab isu sebegini sudah banyak kali dibicarakan dahulu.. Jadi? TEPUK DADA, TANYA IMAN. Dan jangan buat fatwa sendiri! Jangan emel saya lagi untuk ‘jemput’ saya join benda-benda mengarut sebegini!

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments