Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Tekanan Ekonomi: Apa Tindakan Anda?

4 06 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Sekarang, di sana sini heboh memperbincangkan mengenai isu makanan sedunia yang dikatakan sedang di tahap serius. Manakala, harga minyak pula turun naik harganya di pasaran dunia. Di Malaysia, kemungkinan besar harga minyak akan naik lagi. :)

Sejurus harga minyak naik, sudah pasti harga barang lain pun akan naik juga. Ya lah, dalam segenap bidang minyak adalah keperluan utama. Kos naik, sudah pasti harga barang turut naik. Kalau tak, rugilah peniaga.

Yang berpendapatan rendah, semakin tertekan. Manakala yang berpendapatan tinggi pula, terus mencari usaha menambah lagi wang lebih banyak.

Di saat tahap ekonomi yang semakin mencengkam ini, apakah tindakan anda? Atau masih bersenang-lenang dan goyang kaki? Adakah sudah ada perancangan jangka pendek dan panjang?

Bagi saya, kita tidak dapat lari daripada perkara ini semua. Nak tak nak, kita perlu menghadapinya juga walau seperit mana pun. Kita tidak boleh hanya mengharapkan pihak kerajaan, kerana di belah kita, ada juga tindakan yang perlu dilakukan. Antaranya:

1. Berjimat-cermat

Mana barang yang tidak perlu, tak perlulah membelinya. Paksa diri agar hanya membeli barang yang diperlukan sahaja. Lainlah kalau ada kawalan dan perancangan, menggunakan duit untuk ‘menghiburkan diri’ tiada salahnya.

Selain itu, janganlah membazir terutama makanan. Masak atau beli apa yang perlu sahaja. Biasanya kita akan lihat pembaziran ini akan berlaku di bulan puasa. Sepatutnya di bulan puasa lah kita tidak membazir.

Jika di negara lain, amat susah untuk dapatkan secupak nasi, tapi kita sebaliknya di sini, amat mudah untuk membuang makanan begitu sahaja.

Berjimat-cermat dan janganlah membazir. Kedua-dua sifat ini adalah tanda syukur kita terhadap rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Jangan sampai Allah rampas balik nikmat tersebut. Menyesal sudah tak berguna..

2. Simpanan

Walaupun gaji atau pendapatan anda beribu-ribu sebulan, ia tidak bermakna jika ia masuk dan keluar sahaja. Sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan anda mesti disimpan dan ‘dilupakan’. Ia adalah untuk masa depan anda atau di saat memerlukan.

3. Pendapatan Tambahan

Mungkin gaji anda sekarang tidak mampu bertahan untuk sebulan. Rancang dan usahakan sesuatu untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Sudah pasti, salah satu caranya ialah melalui Internet. :)

Manakala bagi usahawan, gandakan lagi pendapatan harian dan bulanan anda. Caranya mungkin dengan menambah produk baru atau mempertingkatkan usaha promosi produk.

4. Jangan Tambah Hutang

Jangan berhutang jika tidak perlu. Lagi-lagi anda sedang menanggung hutang. Adalah satu perkara yang amat tidak digalakkan jika membuat hutang baru semasa masih ada hutang lain.

Namun jika terpaksa berhutang juga, rancanglah sebaik yang mungkin agar ia dapat dibayar tanpa sebarang masalah.

5. Beriman dan Bertaqwa

Sepatutnya ini adalah yang pertama dan utama sekali. Tak perlu saya hurai panjang sebab anda sudah tahu. Orang yang beriman dan ‘dekat’ dengan Allah, sudah pasti rezekinya mencurah-curah dan memiliki hati yang tenang. InsyaAllah.

6. …

Point ke-6, 7, 8 dan seterusnya saya serahkan kepada anda. Nyatakan pendapat anda, apakah yang perlu kita lakukan untuk menghadapi hari ini dan hari mendatang yang amat mencabar ini dengan sebaik-baiknya.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Kembali Dengan Lebih Bersemangat! | Pelajaran Puasa
  • Kata-Kata ‘Hikmat’ Irfan Khairi.. - Siri 1
  • Siri 2: Peringkat Usaha Perniagaan Internet
  • Perniagaan Internet : Kesalahan 1 dan Merugikan
  • Mengapa Kerjaya Usahawan Masih Diragui?
  • Boleh ‘Bantu’ Sahabat Saya Ini?
  • Anda ada masalah blog wordpress? Boleh saya bantu?
  • Selamat Berpuasa
  • Berbisnes Di Rumah aka SOHO : Sudah Sampai Masanya
  • Hubungi Saya

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    23 Comments »

    Comment by naieel
    2008-06-04 03:45:26

    tekanan ekonomi,lagi tertekan hidup saya. Kerja hotel basic rendah tp ada ponit.point 2 ikut kedatangan pelancong. ekonomi down, tak ramai gi bercutilah.

    cara saya nak menyimpan duit saya buka beberapa akaun bank. bila dapat gaji byr segala hutang, baki akan di pecah ke beberapa buah bank. jadi duit belanja hanya tertumpu pd 1 bank sahaja yang lain sebagai simpanan.

    1 lg kalau duit RM10 atau RM 50 ada di dalam dompet,sy akan lipat duit 2 sehelai2 dan di selitkan di bahagian lain di dalam dompet. yang nampak hanya duit RM1 dan RM5 sahaja.

    kenapa sy buat begini, sebab mata tak boleh tgk duit nilai yg besar.. ;)

    Comment by smartzul
    2008-06-05 14:32:36

    Seingat saya, lipat2 duit tu pun saya pernah buat dulu.. Good idea tu. :)

     
     
    Comment by olie
    2008-06-04 11:12:25

    Sekarang ni harga makanan semakin melambung. Beras mahal, sayur mahal, semua mahal. Ingat nak bercucuk tanam la sket2 kat depan rumah.

    Comment by smartzul
    2008-06-05 14:34:59

    Kalau ada tanah, lakukan jer. Tanam apa yg patut. Berbaktilah pada tanah. Apa kata tukarkan hobi tanam bunga hiasan kepada tanaman yg boleh sara hidup.

    Dulu masa sekolah, saya tanam pokok jagung kat belakang rumah. Pokok lada pun tanam juga. Skrg ni dah dok JB, tanah ’sekangkang kera’ tu dah berumput sahaja. :)

     
     
    Comment by Yusoff Kamil Subscribed to comments via email
    2008-06-04 11:45:32

    Assalamualaikum,

    Artikel SmartZul ni memang tepat pada waktunya. Memang skg ni macam-macam langkah kita kena ambil untuk berjimat cermat. Tapi tahap inflasi akan naik, bermakna nilai wang yang kita simpan tu akan menurun dari masa ke semasa. Oleh itu, cara paling baik untuk memastikan duit yang kita simpan tu tidaklah susut nilainya dengan teruk ialah melalui pelaburan. Pelaburan boleh dlm bentuk saham, unit trust ka atau dalam perniagaan terutama sekali dalam perniagaan internet sebab kos start up rendah. Tapi kena ingat pelaburan mestilah halal and boleh dipercayai. Mungkin juga, tekanan ekonomi ni berlaku sebagai satu bala kepada manusia yang memang telah banyak melakukan pembaziran. Diharap kita semua akan sedar untuk berubah. Semoga Allah melindungi kita. InsyAllah

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips for effective career marketing

    Comment by smartzul
    2008-06-05 14:36:22

    Saya tulis artikel ni sebelum kerajaan umum kenaikan harga minyak. Saya pun terkejut pihak kerajaan tiba-tiba sahaja umum benda ni. Hmm…

     
     
    Comment by beduz
    2008-06-04 14:50:44

    6. keperluan VS kehendak
    - dalam membeli apa2 barang kita kena utamakan keperluan berbanding kehendak. sebagai contohnya apabila kita hendak pergi membeli barang, kita “list” dulu senarai yang brg yg hendak kita beli. then potong mana2 barang yang kita rasa tidak perlu. dengan itu save la duit kita dr beli brg yang bukan keperluan kita.

    7.kurangkan tengok wayang.
    -point ni khas utk student U yang suka habiskan masa tengok wayang. anda bukan saja di “caj” utk wayang itu saja malah anda juga dikenakan cukai keatas wayang anda tonton itu (sebanyak 5%). baik beli dvd dan tgk kat laptop.

    8. cuba belajar tidur awal
    - ni khas utk orang yang da berkeluarga. pupuklah ahli keluarga anda tidur awal. kerana ia akan menjimatkan kos elektrik rumah anda. cthya jika anda tidur awal sejam dari hari biasa bermakna anda sudah jimatkan elektrik rumah anda sebanyak sejam.

    Comment by smartzul
    2008-06-05 14:37:34

    Download kat Torrent jer. :D Saya tak pernah buat, tapi member saya memang kaki download movie kat internet.

     
     
    Comment by zool
    2008-06-04 21:09:23

    Kurangkan pembaziran..
    Kurangkan berjalan, menghabiskan duit..
    Pakai selagi boleh pakai…

    p/s :- Nampak cam kedekut je si ZOol ni.. Memang pung..

    Comment by smartzul
    2008-06-05 14:38:17

    Kedekut bermanfaat tak apa. Tapi jangan kedekut menyusahkan diri.

     
     
    Comment by titan
    2008-06-04 22:14:45

    nampak gaya, basikal akan menjadi pilihan aku sekarang..

    Comment by smartzul
    2008-06-05 14:41:15

    Basikal aku dah dua kali kena curi. Dalam planning hajat nak beli lagi untuk exercise. :D

     
     
    Comment by Shauqie
    2008-06-04 22:34:14

    Assalamu’alaikum…

    Jadikan ubi kayu sebagai makanan ruji untuk ganti nasi. Silap2 haribulan kita akan kembali ke zaman penjajahan Jepun dulu.

    Sememangnya ini ujian berat yang terpaksa ditanggung oleh kita semua. Semoga ada hikmah yang tersembunyi… amiin.

    Comment by smartzul
    2008-06-05 14:43:20

    Adakah kerajaan sekarang adalah “penjajah jepun” dalam senyap? :D

    Kesian laa dengan orang yang susah. Hmm… Apa nak jadi..

    Hikmahnya? Maybe rakyat semakin jelas siapa yang patut dipilih sebagai pemimpin. ;)

     
     
    Comment by hairul
    2008-06-04 23:58:37

    5. Beriman dan Bertaqwa

    Poin ni yang paling mahal ni :)

    Poin ke 6, 7 tu memang boleh fikir, tapi poin no 5 tu memang takleh tinggal

     
    Comment by pakar ebook percuma
    2008-06-05 10:03:17

    inilah masa yang paling tepat bagi kita mencari pendapatan yang lebih dari perniagaan di internet,kerana pasaran global memang luas,cuma kita perlukan sedikit masa untuk berfikir apa yang kita nak buat dan seterus tu berusaha+masa=kejayaan

     
    Comment by mus
    2008-06-05 10:45:15

    ya….kita perlu lakukan perkara perkara tersebut demi untuk menangani masalah ni…plan dan plan

    Tips yang kelima itu penting….yakin dan percayalah

     
    Comment by zool
    2008-06-05 10:46:02

    Minyak dah naik harga..
    Tak lama lagi barang lain akan naik harga…
    Memang akan terasa terutama rakyat berpendapatan rendah

    Comment by smartzul
    2008-06-05 14:45:17

    Wait & see. Kita kan ada kerajaan yang bijak. :D

     
     
    Comment by asmid Subscribed to comments via email
    2008-06-05 10:57:47

    Setuju betul dengan idea makan ubi kayu tu. Biar semua tokey beras lingkup. Pasal dia, beras naik harga. Mana taknya dia orang banyak duit, boleh beli beras satu kapal pastu simpan dulu biar semua stock tak boleh diperolehi lagi dimana. Lepas harga diumumkan naik packing jual semula. Ini satu-satunya taktik orang yang banyak duit.

    Saya rasa patut kita pulaukan barang yang mahal dan fikirkan apa
    yang patut kita gantikan dengan barang tersebut untuk keperluan
    kita…

    Comment by smartzul
    2008-06-05 14:51:42

    Kalau ikut hukum, sorok barang ni satu benda yang amat tak digalakkan dalam Agama. Jangan berniaga macam ni, dapat murka Allah.

     
     
    Comment by smartzul
    2008-06-09 00:30:28

    Saya baru saja membaca artikel Dr. Asri di laman web Utusan. Katanya, rakyat jelata dah tak tahu apa yg perlu dijimatkan lagi. Pemimpin tak berjimat ke?

    Kalau dibandingkan pemimpin dulu kala dengan sekarang, jauh bezanya. Yg berjimatnya adalah rakyat, yang membazirnya adalah ??

    Kadang2 apabila memikirkan hal ini, boleh menangis. Semoga Allah mengurniakan lebih ramai ilmuan dan ahli politik Islam yg berani berjuang demi kesenangan hidup rakyat jelata. InsyaAllah.

     
    Comment by asmid Subscribed to comments via email
    2008-06-09 14:01:15

    Hi, takkan dalam keadaan seperti ini baru nak ingat berjimat. Dalam Islam berjimat bukan hanya dalam keadaan susah atau senang. Masa tengah senanglah kena berjimat cermat.

    Minyak dah naik baru fikir nak jimat cermat. Salah tu. Dalam keadaan seperti nie apa boleh buat. Kuasa ekonomi dunia dikuasi oleh orang yang bukan Islam.

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: