Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Pasaran Ebiz Tempatan Perlahan | Bayaran Komisen

Pasaran ‘Slow’?

Kepada para usahawan internet terutama yang menumpu di pasaran Malaysia, adakah pendapatan anda sedikit perlahan atau jatuh sejak dua tiga minggu lepas?

Untuk diri saya sendiri, saya dapati income saya sedikit jatuh terutama program affiliate yang saya sertai. Untuk produk sendiri, bukanlah tak dapat jualan yang Ok, tapi bilangan jualan tu sedikit perlahan.

Jika kita sedia maklum, dua minggu lepas Malaysia telah menghadapi musim pilihanraya dan sehingga ke hari ini, keadaan politik di Malaysia masih lagi belum stabil. Malah, sekarang pun sedang cuti sekolah (tamat pada 16 Mac 2008) di samping gaji belum masuk. ;)

Untuk melihat betul atau tidak teori saya ni, saya akan lihat income saya pada bulan depan. Kalau ada peningkatan, itu bermaksud betullah kuasa beli akan tinggi apabila bukan di hari cuti.

*Kadar jual beli bergantung kepada jenis produk atau servis yang anda lakukan. Ada jenis produk atau servis yang tak akan menerima kesan sebegini (tak rasa sangat).

Bayaran Komisen (Untuk Tempoh 16 Feb – 16 Mac)

Kepada para affiliate Pakej Kit Blogger, saya telah membuat bayaran komisen kepada anda. Sila semak akaun bank anda masing-masing. Biasanya Maybank2u akan hantar emel makluman kepada anda. Berikut adalah mereka yang berjaya mendapat komisen (nama mengikut username affiliate):

hexagold, annafatwat, signup, ronlia, zulzeoking, bizmalaya, abdfatah, wirasutra, dauz_91 dan discount.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai program affiliate untuk produk-produk saya, anda boleh sertai Group Rakan JV saya di sini: http://smartusaha.com/rakanjv

Dan kemudian daftar di sini:

http://www.bloggingsteps.com/kit/agen

http://www.pasaranlumayan.com/pro

Harap maklum.

Facebook comments:

11 Responses to “Pasaran Ebiz Tempatan Perlahan | Bayaran Komisen”

  1. labanon says:

    A’a saya sendiri juga agak merasa untuk pasaran tempatan tu :) Tapi takpa tempahan design dari luar tak pernah henti2 :D

    Saya ada cerita jugak tentang ni: http://flarebiz.com/tip-perniagaan/dilema-pru12-dan-perniagaan-internet/

  2. titan says:

    hehe. kalau tempatan. Memang cam gitu. Kalau dari forum luar. Takde masalah. Order sentiasa ada..:D

  3. so far alhamdulillah, produk saya masih lagi berjalan seperti biasa. belum menunjukkan sebarang penurunan walaupun pada awalnya saya jangkakan tsunami pilihanraya akan mengganggu jualan.

    p.s: terima kasih pembayaran komisyen tersebut. saya dah terima.

  4. sham says:

    memang drop masa pilihanraya & cuti…Buat kali pertama zul dapat sales sedikit dari komisen affiliate..

    yang menariknya,ramai yang dapat komisen kali pertama..saya still kene bayar lebih daripada rm300 komisen iaitu rm385 untuk affiliate kedua dua ebook saya..

  5. starline says:

    Betul tu Zul,

    musim pilihanraya memang drop sikit jualan,sebab utama mungkin sibuk memikir pilihanraya kut

  6. bizmalaya says:

    tq zul..i dah dapat first payment

  7. Han says:

    ramai juga yang dapat komisen ni…
    income saya tak jejas pun zul…hehe
    pasaran luar memang best…

  8. dauz says:

    Terima Kasih ZUl..
    Insyallah saya akan promote lagi pakej wordpress nie :)

  9. Raymond Chua says:

    Syukur, musim pilihanraya ni langsung tidak menjejaskan perniagaan saya.

    Duit dari Clickbank dan Paypal masuk seperti biasa, malah bulam Mac ini mencatatkan keuntungan tertinggi pada tahun ini.

    Mungkin pasaran saya tidak kena mengena dengan pilihanraya kat M’sia. :)

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)