Panggil saya “Mr. Newbie” atau “Mr. Overdeliver” :) + Cerita MENTOR

Apa khabar semua,

Semoga sihat di sana dan jika kawasan anda banjir terutama di Johor dan Negeri 9, saya doakan anda tabah dan selamat di sana. Walaupun saya di Johor, alhamdulillah, tempat ini tidak dinaiki air, jauh sekali. πŸ™‚

Ok, berbalik kepada tajuk, mungkin saya ni nak angkat bakul sendiri, tapi tak kisahlah apa orang nak kata. πŸ˜‰ Dalam dunia ni, setiap orang ada gelaran masing-masing dengan merujuk kepada sesuatu aspek. Jadi, saya juga nak begitu. πŸ™‚ Bila disebut internet marketer yang begini-begini, maka semua orang akan tahu, “oh, kalau nak banyak ebook free dalam bahasa Melayu, pergilah ke blog dia ni…”. Anak saper lah tu yer, baik betul tulis dan bagi banyak ebook percuma. πŸ˜€

Saya bukan nak riak saudara/i, cuma ingin menyatakan, itulah saya dan apa yang akan saya lakukan adalah tulis dan tulis sebanyak mungkin ebook percuma dan berikan kepada yang memerlukan. Tapi satu permintaan saya, dah download bacalah ya. Lainlah dalam bahasa inggeris, ebook yang saya tulis adalah dalam bahasa Melayu, semua orang faham dan reti baca. πŸ™‚

Selain ingin menulis banyak ebook percuma, saya juga lebih mahu dan suka menumpu kepada newbie. Memberikan semangat, inspirasi, motivasi, panduan dan perkongsian dalam bahasa yang mudah difahami dan tidak terlalu teknikal. Dalam bidang ebiz ini, ada 3 golongan:

1. Newbie (orang baru nak mula)
2. Intermediate (pertengahan yang dah mula)
3. Mentor (dalam bahasa lain, master, coach, sifu..) – advance

*Mungkin ada yang menafikan wujudnya golongan ke-3 dalam dunia ni, hmm, tu suka hati merekalah nak kata macam tu.. Takder paksaan. πŸ˜‰

Jadi, saya lebih suka banyak menumpukan kepada newbie, so, kalau anda yang dah terer dan advance, maka mungkin blog ini amat membosankan bagi anda sebab tulisan saya lebih 70%-nya fokus kepada newbie. Selebihnya kepada usahawan internet sedia-ada sama-ada yang pertengahan atau yang di tahap advance.

Di manakah saya? InsyaAllah, saya di peringkat ke-2 dan sedikit mencapai tahap ke-3 (baru sedikit, belum advance lagi). Sebenarnya, saya merancang 2 tahun lagi untuk mengadakan seminar ataupun bengkel (menjadi coach), namun disebabkan permintaan demi permintaan, maka saya mengalah dan akhirnya mahu berkongsikan ilmu yang ada di dada. Dan fokus saya adalah: newbie.

Jadi, gelar saya sebagai Mr.Newbie atau Mr.OverDeliver yer… hehe… πŸ˜† Psst, banyak lagi benda-benda percuma nak bagi ni. Dan semestinya hasil tangan saya sendiri lah. πŸ˜‰

Siapa mentor saya?

Ada orang kata, nak buat duit di internet, tak perlu ada mentor. Cari dan belajar sendiri jer. Komen saya, “silakan, jalan terbentang luas untuk anda…”. Tapi anda akan menempuh jalan yang panjang dan berliku-liku melainkan anda seorang yang amat hebat dan takdir Tuhan menentukan kejayaan anda dengan cara itu. Juga, jika 1000 orang melakukan cara ini, hanya sebahagian sahaja yang akan berjaya. Ia sudah terbukti, dan saya bukan hanya berkata kosong kerana saya telah mendengar ramai keluhan orang, “zul, saya dah baca banyak ebook, tapi tak tahu nak mula..”. Lihat, baca banyak ebook percuma yang di-download, tapi masih tak tahu nak mula, agak-agak kenapa yer? Bukan tak tahu atau sebab tak membaca, puncanya adalah: LAMBAT UNTUK FAHAM DAN MANTAP KEFAHAMAN ITU kerana tiada (lihat jawapan mudah di bawah). Adakah anda mahu melakukan trial & error dengan cara ini atau terus melakukan jalan yang sudah terbukti cepat dan mudah? Apakah jalan itu?

Jawapannya mudah: MENTOR

Dari tahun 2000 sehingga 2004, saya KELIRU. Mencari dan terus mencari. Takdir tuhan siapa yang tahu, saya dipertemukan dengan portal saifulsham.com. Kini, mereka adalah MENTOR saya. πŸ™‚ Kemudian, saya pergi ke seminar mereka dan mempelajari beberapa teknik yang efektif dan saya praktikkan untuk projek perniagaan internet saya. Anda nak tahu?

Hasilnya: RM1000 dalam satu minggu dan menghampiri RM2000 dalam 2 minggu (tanpa menggunakan agen affiliate). Target saya untuk satu projek ini adalah sekurang-kurangnya RM2000 dalam satu bulan TANPA promosi dan pemasaran yang agresif dan lebih daripada itu dengan pemasaran yang berterusan. Dan projek ini adalah fokus kepada pasaran Malaysia. πŸ™‚

Kini angka keuntungan projek tersebut terus dan terus meningkat naik. πŸ™‚ Psst, income saya ini melebihi gaji bulanan kawan saya (programmer) yang berhempas pulas siang dan malam untuk orang lain. πŸ™‚ Bukan riak atau nak menunjuk, tetapi sekadar perbandingan… Kepada yang sedang bekerja makan gaji, jangan pula letak jawatan sebab dengar pendedahan saya ini. Jangan pecat bos anda! πŸ˜‰

Kepada mentor saya, Sabri & Syazwan, maaf sebab baru membongkarkan rahsia projek ini tanpa pengetahuan anda yang sebahagiannya menggunakan teknik yang saya pelajari di seminar saifulsham, kerana saya nak “test”, adakah teknik “tersebut” berkesan. Dan ya, ia sangat berkesan dan ampuh! Nak tahu teknik-teknik yang saya gunakan? Silalah ke seminar mereka dan secara automatik anda akan menjadi anak didik mereka. πŸ™‚ Tak lupa juga kepada Dr. Irfan di atas sokongan dan pemerhatian anda selama ini. Saya amat amat menghargainya. Pembaca semua perlu tahu, penyuntik semangat saya dalam bidang ini yang kesannya sampai sekarang adalah Dr. Irfan (kesan suntikannya tak hilang sampai sekarang! – kalau Dr baca tulisan ni, harap tinggalkan komen sikit, hehe), dan mentor pertama saya secara ‘direct’ adalah SaifulSham. Mentor saya ini lebih muda 4 tahun daripada saya! πŸ˜‰

Kata saifulsham, mereka bermula dengan impian, dan saya juga bermula dengan impian. Anda? Anda juga perlu ada impian (matlamat). Tak cukup hanya impian, usaha yang betul dan efektif juga adalah penting.

“Belajar sendiri umpama seorang buta yang tak bertongkat, tetapi dengan bimbingan yang tahu (mentor), ia umpama sebatang tongkat yang membantu si buta itu berjalan di dalam kegelapan dunianya..”. — Harapnya perumpaan ni betul lah yer.. πŸ˜‰

Sebagai penutup cerita, anda tentukan jalan mana yang anda mahu tempuhi, semuanya betul, cuma cepat dan lambat sahaja. Saya tak kata belajar dan buat sendiri adalah salah, tidak sama sekali, sebab saya sendiri melakukannya. Sekali lagi, cuma cepat dan lambat sahaja. πŸ™‚ Bagaimana untuk mendapatkan mentor? Ada beberapa cara:

1. Sentiasa mendekati mereka samada dengan emel, blog mereka dan memberikan ‘sokongan’ kepada mereka. InsyaAllah, mereka akan kenal anda dan menjadikan anda sebagai seorang kawan dan dalam masa yang sama menjadi mentor anda secara tidak langsung. Jangan sesekali menghantar emel begini kepada mereka: “Ajar saya dari A sampai Z cara buat duit di internet”. Percayalah, mereka tak akan layan emel sebegini. Bukan mereka sombong, tapi cara itu tidak “beradab”. Agak kasar bunyinya, tapi itu realitinya. Umpama berjumpa dengan guru silat dan berkata, “tok, ajar saya ilmu silat ni dalam satu malam jer..”. Kalau saya guru silat tu, saya akan kata, “inilah manusia akhir zaman, tamak dan rakus!”. πŸ˜‰ Bersabarlah di dalam sebarang usaha, insyaAllah, hasilnya tak ke mana, Allah itu Maha Pemurah. Yang berusaha gigih, PASTI ada ganjarannya.. Yang malas dan rakus, pasti adalah penghujungnya yang tak dijangka..

2. Cara ke-2 adalah sertai seminar atau bengkel. Secara automatik, biasanya mereka akan menjadikan anda sebagai protege mereka dan terus menerus mendapat bimbingan. Saya tak kata di sini anda wajib sertai seminar, tidak sama-sekali kerana lain orang, lain kemampuannya. Tetapi, bagi mereka yang serius, berusahalah. Bulan itu tak akan jatuh ke riba, sebab memang tak akan jatuh pun. πŸ˜€ Melainkan dah ‘sampai masanya’, jatuhlah ia.. Tapi bukan ke riba anda sahaja! πŸ˜‰

Kalau orang lain sibuk-sibuk untuk menjadi protege bagi menjadi artis hiburan dan ramai (mungkin kita?) yang suka melihat mereka begitu, tapi kenapa tidak untuk perkara yang baik-baik ini (perniagaan internet)? Menuntut ilmu perlukan guru sebagai pembimbing dan ada adab-adab yang perlu ditelusuri dengan penuh sabar. Mentor adalah tempat ‘meluah permasalahan’ dan menjadikan mereka sebagai penyuntik motivasi dan inspirasi usaha kita. Jangan ego dan tertipu dengan diri-sendiri dalam hidup ini. Kalau tak dapat jadikan mereka mentor pun, sekurang-kurangnya simpanlah hasrat atau jadikan mereka sebagai panduan dan semangat untuk usaha kita dalam bidang ini. Itu pun, sudah memadai. Jika anda subscriber newsletter saya, semalam saya ada menghantar “kisah pelajar IPTA dan SmartUsaha..”. Yang tak daftar tu, rugi, sebab cerita tu memang best. Tu la, tak daftar sangat, kan dah tak tahu cerita yang menarik tu. πŸ˜‰

PS. Masa terus berjalan, sertai seminar ebizMalaysia di Kuantan 29hb Dis ini. Ia amat membantu anda yang baru mahu bermula. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Ikhlas,

SmartZuL

zul smartusaha

Imej: Terima kasih kepada partner design saya. πŸ˜‰

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

25 thoughts on “Panggil saya “Mr. Newbie” atau “Mr. Overdeliver” :) + Cerita MENTOR

  1. zul,

    bagi saya pulak, idola pertama adalah irfan.

    guru pertama, sham.
    guru kedua saya, zul.
    saya doakan kita akan terus menjadi rakan ebiz yg baik, zul pun teruskan usaha murni membantu newbie mcm saya ni.

    matlamat pertama saya, jika bergelar jutawan dalam masa 7 thn ni, saya akan letak jawatan sbg staf kerajaan.
    matlamat kedua saya, jika tak menjadi jutawan, tapi ada rezeki yg baik dgn ebiz ni, saya akan bersara drpd sektor kerajaan ni pd umur 47 nanti,(ada 20 thn lagi)

    ok ka zul?

    1. dah sampai 7 tahun nanti kembali ke sini dah bagitahu anda sudah jadi jutawan… kalo tak jadi jutawan dah tentu duit berkepul2 dalam akaun bank setelah berhempas pulas menjadi usahawan…

  2. Keep up the good work zul…InsyaALLAH, kejujuran tu lah sebenarnya buah kejayaan, di tambah pulak dengan over deliver…InsyaALLAH, semoga berjaya Zul, sebab kalau Zul berjaya pasti bukan sorang-sorang, tetapi mereka yang juga menjadikan Zul sebagai mentor mereka πŸ™‚

  3. Mr New B,
    Zul , seronok membaca blog Zul…sekarang dah nama baru lak tu..kengkawan Zul pun power2 orangnya… terima kasih memberi nasihat dan e-book percuma… saya masih melihatnya dari jauh, belom dapat turut serta lagi sebab benar2 terikat dengan masa. Akan datang mungkin….apa kata kalau saya panggil Zul Sifo… boleh tak ?

    Jumpa lagi Sifo..

    zali

  4. Terima kasih semua… πŸ™‚

    Hapisol, 7 tahun? InsyaAllah, kalau buat dengan betul, tak mustahil. Bahkan kurang dari 7 tahun pun saya yakin sesiapa jer boleh jadi jutawan kalau serius dengan bisnes ni. πŸ™‚

    zali, erkk, sifo ke sifu? πŸ˜† Ala, Mr NewB jer laa.. πŸ˜‰

  5. Opssss gambo sapo tu … Zul … maaf yek .. mcm guna Photoshop je .. nie mesti guna filter … nak sy wat gambo lukisan utk awk 1?? (Bukan bodek yeekkk..) … Anyway … mmg betul kita perlukan mentor dlm sesuatu hal, x kiralah bidang ape jua pun … cth yg plg dekat ialah Prgrm Mentor kat Tv3(Tp x pernah tgk pun) … cara pertandingan tu mmg bagus ttp show tu sy x minatlahh sy pun tgh tercari2 siapalah yg sudi jadi mentor sy … tp insya allah akan jumpa … heheheh …

    ps : Kalo nak sy tlg wat 1, antorlah gambo ori yek ..

  6. Hello Zul,

    memang baik pun gelarkan diri Mr Newbie.. hee hhe, sikit sebanyak memang banyak anda dah mengajar saya … lagipun saya sedang meninjau serta merancang membuka perniagaan di internet kerana pasaran yang meluas

    tapi he heh he memang betul… perlukan MENTOR jadi jangan le kecik hati bila ada yang minta ajarkan A to Z..yang penting tu sebab nak dapat ilmu. Bimbingan memang diperlukan walaupun anda jauh nun di Johor sana.

    Sudikah anda…Mr Newbie

  7. hello zul,

    satu pun saya tak paham, cakap2 itu.. ini.. bis, impian.. jutawan… cerita menarik.. tapi tak nampak ape pun.. he he he

    betul saya tak faham.. apa yang dibebel.. @ keliru

    hehe…

  8. hi zul..selama ni saya cuma membaca blog awak tiap hari..tulisan awak amat memberi kesan kepada saya,terutama bahagian motivasi..saya dulu bekerja makan gaji semenjak feb 2003, tapi saya sanggup bekerja jadi internet marketer sepenuh masa kerana minat, passion dan kesukaan yang teramat sangat pada internet.. kat sabah ni tak ramai internet marketer, peluang bisnes intrnet pula amat cerah..saya kagum dengan awak!

  9. Assalamualaikum En Zul..
    Sy br jer terjmpa blog ni.. nampak menarik n isi pon menarik..
    cuma sy tercari2 kat mana u letak ebook2 percuma tu? yg sy nampak just Asas Paypal n Rahsia Buat Duit dgn Adsense. ada yg lain lagi tak? kalau ada leh x u watkan page asing n letakkn ruangan download ebook percuma?

    terima kasih..

  10. Ok en Wan, saya memang dalam perancangan nak kumpulkan semua ebook percuma yang telah saya hasilkan dan jadikan satu pakej. So, mudah untuk orang download nanti. πŸ™‚

    Shueqry, semoga berjaya!

    Sham, thanks.. πŸ˜‰

  11. Tahniah untuk Saudara,

    Saya percaya dan yakin dengan apa yang diperkatakan oleh saudara.

    Bisnes internet ni bukannya mudah,banyak penyangak,dan saya pun pernah jadi mangsa.

    Oleh itu berhati-hati.

    tq.

  12. erm..post kali ni buat sy terpanggil utk komen. Sy merupakan antara newbie yg overloaded dgn ebook dan pelbagai lagi. Then, oneday saya kepenatan dgn semua ni dan takdir Allah sy dpt mentor dikalangan kawan2 yg sy kenal dlm forum. Sy seorang yg penuh dgn idea dan sukekan brainstorming, tp tak mampu pergi jauh jika berseorangan.

    Saya tekad bln lepas, sy akan beranikan diri ajak kawan buat JV. Saya tahu tanpa pemangkin semangat mcm JV ni..saya mesti tak bertindak sampai bile. Jadi partner saya skang bukan shj seorang partner tp MENTOR terbaik utk sy. Kena marah/sebagainya itu adat belajar..

    1. memang begitu caranya kalo belajar, kena tahan sikit dengan kerenah mentor yang akan mengajar kita itu ini begitu begini… siap sedia engan pertahanan mental dan fizikal… hihiiii

    2. kena marah dari mentor tu berbaloi…
      bertuah betul surfanddict ni…
      JV dengan mentor…
      mana nak cari mentor yang boleh ber JV dengan kita…

      han

  13. mentor memang ada. cuma kena cari laa… dan sekarang newbie dah tentu perlukan mentor untuk berjaya. shortcutnya dah ada… maka carilah mentor jika anda mahu berjaya sebagai usahawan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *