Program Affiliate : Permulaan Yang Terbaik + Teknik Muktamad

Program Affiliate, Permulaan Terbaik

Jika anda memang seorang yang baru di dalam bidang membuat duit di Internet, maka saya amat yakin apabila dikatakan mengenai membina laman web, kajian pasaran, customer support, dan apa sahaja istilah teknikal, maka anda akan pening… Hal-hal sebegini sudah tentu akan dibicarakan jika model perniagaan Internet yang sebenar mahu dilakukan.

Namun, jika anda menyertai apa-apa program Affiliate, soal kajian pasaran, penghasilan produk, customer support dan sebagainya tidak perlu lagi difikirkan atau dilakukan. Tugas anda hanyalah melakukan promosi.

Kini, tidak kisah di pasaran Malaysia atau luar, memang sudah banyak program Affiliate yang wujud. Boleh dikatakan, setiap produk yang ada di pasaran Internet akan disertakan sekali peluang menjana pendapatan melalui program Affiliate. Anda boleh sertai mana-mana program Affiliate yang anda minat, cuma asas yang penting adalah komisen yang diberikan adalah tinggi, produknya bagus dan sudah pasti pengurus Affiliate masih ‘wujud’ (aktif).

Cara Promosi Produk Affiliate

Terdapat banyak cara untuk mempromosikan program Affiliate. Ianya sama sahaja seperti mempromosikan produk sendiri. Tak beza sangat pun. Cuma, asas program Affiliate jika anda mahu berjaya adalah, mewujudkan sebuah blog yang diisikan dengan tulisan-tulisan yang fresh (unik) mengenai topik yang berkaitan dengan produk Affiliate.

Kemudian, anda wajib mempunyai Mailing List sendiri untuk melakukan follow up dan promosi berkala. Anda perlu tahu, mailing list (senarai nama dan emel) adalah antara teknik berkesan di dalam dunia pemasaran Internet. Melalui list, kita bukan sahaja boleh mempromosikan satu produk, malah produk-produk lain kepada prospek atau orang yang sama.

Kesilapan Besar!

Kesalahan besar di dalam melakukan program Affiliate adalah anda melakukan promosi terus ke laman web produk Affiliate.

Promosi (link Affiliate) —> Web jualan produk Affiliate : Tidak menguntungkan!

Sebaliknya yang menguntungkan adalah seperti ini:

Promosi —> Blog/web sendiri (pre-sell) —> Mailing list —> Web Jualan Produk

Ya, mungkin anda keliru sebab tak faham. Apa yang saya terangkan di atas hanya ringkasan sahaja. InsyaAllah, jika ada masa kelak saya akan tuliskan secara praktikal.

Langkah Mudah:

Di sini saya kongsikan teknik mudah tetapi BERKESAN yang boleh anda cuba.

1. Pergi ke web berikut dan pilih mana-mana program Affiliate yang anda mahu:

http://wangcyber.com – Lihat pada bahagian Program Affiliate Malaysia

Pilih satu program Affiliate yang anda mahu daripada senarai program Affiliate tersebut. Satu dulu yer. Kita praktik dulu.

Katakan anda join program Affiliate yang produknya berkaitan dengan Google Adsense, jadi topik utamanya sudah tentu berkaitan dengan cara buat duit, pendapatan tambahan, dan seumpamanya. Tentukan topik yang berkaitan dahulu sebelum ke langkah kedua…

2. Pergi ke http://www.blogger.com

Setup blog di sana yang akan siap dalam beberapa minit sahaja. Topik blog anda adalah yang berkaitan dengan produk Affiliate yang bakal anda promosikan.

Masukkan sekurang-kurangnya satu artikel, tetapi pastikan kemaskini secara konsisten. Jangan biarkan ia terbiar…

Salah satu artikel yang boleh anda masukkan adalah review mengenai produk itu atau review secara general topik yang berkaitan dengan produk. Masukkan link affiliate di dalam artikel (tulisan) anda itu.

*Kalau nak keluarkan sedikit kos bagi nama domain dan Hosting, boleh buat blog sendiri di domain dot com anda.

3. Mailing List dan Autoresponder. Ok, langkah ke-3 ni adalah tidak wajib, tapi jika mahu ada dua pilihan:

a. Guna Autoresponder berbayar

b. Guna Autoresponder yang percuma

Yang berbayar adalah seperti GetResponse.com (saya guna yang ni), EmailAces dan juga Aweber. Yang percuma pula adalah seperti sendfree.com dan freeautobot.com.

Saya tidak akan ajar di sini bagaimana untuk membuat ‘squeeze page’ dan juga cara guna sistem Autoresponder… Cuma secara asas, jika anda serius, mungkin anda perlu membeli domain name dan Hosting sedikit untuk meletakkan squeeze page. Atau mungkin anda juga boleh letakkan subscribe form di blog anda (blogger.com, wordpress.com).

*Sahabat saya Mohd Amirol ada menyediakan Panduan Web Jualan Lengkap yang mengajar cara membuat laman web, setup sistem Affiliate dan juga cara memasang sistem Autoresponder. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

4. Lakukan promosi ke blog anda dan juga ke squeeze page. Antaranya letak signature di forum yang anda aktif, melawat blog orang lain, PPC Ads, beli ruang iklan dan lain-lain lagi.

Sekali lagi, ini aliran yang asas:

Promosi —> Blog/web sendiri (pre-sell) —> Mailing list —> Web Jualan Produk

Jika orang masuk ke blog anda, mereka akan baca review, klik pada link Affiliate dan jika mereka berminat, mereka beli produk di web jualan itu dan anda dapat komisen. Lihat, anda hanya mempromosikan sahaja tanpa melakukan sebarang urusan jual beli.

Jika mereka berminat mahu menyertai newsletter anda (anda tawarkan sesuatu seperti Ebook percuma), mereka akan berikan nama dan emel mereka. Untuk itu, sediakan sebuah squeeze page untuk mereka mendaftarkan nama dan emel mereka. Dengan mempunyai senarai prospek (list), anda boleh menghubungi mereka dengan menghantar tips, panduan atau berita mengenai sesuatu produk…

Email Marketing (Mailing List): Teknik Muktamad!

Bayangkan, jika anda mempunyai 1000 orang subscriber katakan, anda boleh promosikan apa sahaja produk Affiliate kepada mereka. Jika satu komisen adalah RM30, berapakah anda akan dapat jika 10 orang membeli? Ya, RM300! Jika 100 orang? RM3000!

Sebab itulah tidak salah jika dikatakan Mailing List adalah LOMBONG EMAS di dalam perniagaan Internet. Jika anda menangguh untuk tidak mewujudkan list anda sendiri, anda sebenarnya tergolong dalam golongan yang kerugian.

Anda perlu tahu, Affiliate Marketer yang berjaya adalah mereka yang mempunyai ribuan orang di dalam Mailing List mereka. Ewen Chia contohnya apabila ditanya berapa orang subscibers yang dia ada, jawabnya puluhan ribu. Maka sebab itu lah dia kaya raya dengan program Affiliate sahaja dan mudah membuat duit dengan Affiliate…

*Tidak perlu ribuan sebenarnya, tetapi utamakan subscriber yang berkualiti

Tahukah anda. Teknik Email Marketing (List) adalah topik yang paling kurang dibincangkan sebab ia adalah teknik muktamad yang amat-amat berkesan. Hanya mereka yang tahu sahaja yang mengamalkan teknik ini dan mereka diam-diamkan. Kalau diceritakan pun hanya pada ‘kulitnya’ sahaja. Sebab, teknik ini memang akan mengayakan seseorang usahawan Internet itu… So, buat apa kongsi lebih-lebih dengan orang lain. πŸ˜‰

Jika anda serius, dapatkan servis Autoresponder yang berbayar. Untuk getresponse dan lain-lain, ia sekitar USD17++ sahaja sebulan. Jangan fikirkan rugi atau untung, sebab jika kena strateginya, bayaran untuk kos itu akan balik berlipat kali ganda. Saya sendiri memang dah balik modal + untung berganda sebab mempunyai senarai emel (mailing list) sendiri.

Cara Lain: Anda boleh juga gunakan Yahoo Groups atau Google Groups untuk diaplikasikan sebagai Sistem Newsletter (autoresponder). Apa yang perlu dilakukan adalah, anda setkan diri anda (moderator) sahaja yang boleh menghantar emel dan jika ada orang yang mahu mendapatkan sesuatu info, mereka perlu mendaftar.

Cara alternatif ini saya tak akan huraikan bagaimana kerana anda boleh cuba dan belajar sendiri. Cuma apa yang ingin saya katakan, ada seorang usahawan Internet yang low profile hanya menggunakan Yahoo Groups untuk menghantar tips kepada prospek beliau. Dan bisnes beliau boleh dikatakan berjaya juga.

Namun pada pendapat saya, jika anda mahu kejayaan jangka panjang, gunakan yang berbayar. Jika anda minta nasihat saya, saya akan wajibkan anda beli. Inilah yang saya suruh setiap kali ada mereka yang bertanya. Gunakan yang berbayar!

Saya berhenti di sini dahulu sebab rasanya dah panjang ni. Kita bincang di lain kali mengenai hal-hal yang berkaitan. Semoga tulisan saya kali ini tidak membuatkan anda overload… Kalau overload, Ebook bertajuk Penyakit Alaf 21 mungkin sedikit membantu. Klik di sini jika belum download.

Program Affiliate: Pendapatan Tambahan ‘Automatik’

Disebabkan program Affiliate tidak memerlukan kita berurusan dengan pelanggan, tidak perlu mewujudkan customer support dan tidak perlu menguruskan jual beli produk, maka model ini amat sesuai untuk mereka yang bekerja 8am-5pm atau yang tidak mempunyai masa yang banyak.

Tidak salah jika dikatakan program Affiliate adalah sumber pendapatan auto pilot untuk kita yang melakukannya. Hanya buat kerja tertentu dan promosi, kemudian dapat komisen tanpa perlu berurusan dengan pelanggan.

Apa yang perlu dilakukan adalah, mewujudkan laman web atau blog, mailing list (digalakkan, tapi tak wajib) dan juga squeeze page untuk dapatkan nama dan emel ‘prospek’. Upload web dan setup blog, masukkan artikel ke blog (tapi dikemaskini secara konsisten) dan lakukan promosi.

Kesimpulan

Jika anda seorang yang sibuk atau seorang yang amat-amat newbie, atau seorang yang tak banyak masa untuk buat itu dan ini, atau anda seorang yang tak ada duit banyak nak beli itu dan ini atau anda seorang yang hanya mahukan pendapatan sampingan, program Affiliate adalah yang terbaik untuk anda…

Dan dengan artikel ini diharapnya secara asas anda sudah tahu dan sedar, mengapa anda tidak dapat hasil yang lumayan melalui Program Affiliate walau telah melakukannya bertahun-tahun. Antara sebabnya: Anda tiada blog, anda tiada List!

A. Rujukan Tambahan:

1. Asas Program Affiliate

2. 5 Tips Program Affiliate

3. Teknik Mudah Program Affiliate

4. Rahsia Affiliate Terbongkar!

5. Affiliate Model KISS

6. Ebook Terbaik Panduan Affiliate (English) – Ebook ini adalah yang terbaik bagi saya (ianya percuma). Formula yang digunakan di dalam Ebook ini adalah:

Content –> Traffic –> PREsell –> Monetize

Jumlah muka suratnya adalah 165. Saya galakkan anda membaca sekitar 15 muka surat sehari selama 10 hari. Baca, faham, catat dan amalkan.

B. Contoh Squeeze Page:

1. http://smartusaha.com/news/news-perniagaaninternet.html

2. http://www.bloggingsteps.com/kit/tips-teknik-blog.html

 

Disclaimer: Saya bukanlah super Affiliate sebab program Affiliate HANYA sebagai sumber pendapatan sampingan saya sahaja. Saya lebih kepada pembinaan perniagaan dan produk sendiri. Jadi, saya tidak janjikan apa yang saya kongsikan di sini berkesan dan menjadi untuk anda walaupun ia berhasil untuk saya.

Sekian, wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Nasihat yg baik utk program affiliates. Kadang2 tu kena diulang selalu walaupun dah tahu. Sebab kita ni selalu lalai. πŸ˜‰

    p/s – boleh tak zul jgn pedulikan mereka yg ‘kaki dengki’? Maksudnya, jangan masukkan dalam tulisan dan artikel zul kat blog ni apa2 tentang mereka. Saya rasa ia mencacatkan artikel zul yg menonjolkan emosi yg negatif (ada 3 perenggan khas utk ‘mereka’). 😳

  2. Benjol, thanks.

    Ya, saya tahu ia mencacatkan dan saya sengaja memasukkan. Saya ada tujuan tersendiri memasukkan dan bukan saja2 atau nak ambil kisah atau think negatif. Secara mudah dapat saya katakan, ia adalah ‘style’ penulisan saya. πŸ™‚ Tapi style ni saya tak buat selalu lah…

    Ia hanya perkongsian sahaja dan tidak bermaksud mahu membazir masa utk ambil kisah pasal mereka…

    ps. Utk lebih pro, saya buang 3 perenggan tu dan akan masukkan ke dalam tulisan yg lebih berkaitan. Dgn tujuan tidak mahu mengganggu emosi pembaca. Thanks Benjol…

  3. wah…lama betul nak tunggu zul menulis semula…
    keluar-keluar artikel yang power mcm ni…

    thanks 4 artikel ni…memang menarik…

    han

  4. Saya suka cara tu. Kadang² anda boleh selitkan affiliate ketika posting yang menyebut tentang tentang suatu perkara..Caranya pada perkataan tersebut,masukkan link affliate yang dicloak..nak masukkan terus pun tak pe..

    p/s:Zul, Url saya & tuaheamas salah kat sitebar tu.. ada 2 kali http zul letak..

  5. Saya berminat nak tau pasal email marketing. Buat masa ni saya pun takde email autoresponder samada percuma atau berbayar.Saya ingat dalam beberapa bulan ni saya nak mula mendapatkan autoresponder berbayar. Ada tak dalam blog ni topik khas tentang email marketing ni? Saya cuba juga cari dalam blog ni tak jumpa pulak.Mungkin terselit di topik lain kot.

    saya ada terbaca juga salah satu cara nak mendapat subscriber dengan mudah adalah dengan JV dengan org yang ada subscriber banyak. Tapi mestilah win-win situation, kalau tidak takkan nak promote free je kan πŸ™‚

  6. Salam Zul πŸ™‚

    Selamat kembali dari bercuti πŸ˜€

    artikel yang bagus. kebetulan pulak saya baru publish pasal subscribers. tapi artikel Zul lagi mantap, dan menjurus ke arah affiliate πŸ™‚

    artikel yang menyengat.. . πŸ™‚

  7. Azahari, sebelum ni saya tak ada tulis sangat pasal Email Marketing sebab saya nak amalkan dahulu sebelum kongsi apa-apa. Ikhlas saya katakan, selepas menggunakan Autoresponder berbayar… Hasil pendapatan saya amat-amat lumayan! πŸ˜‰

    Cuma satu petua yg paling penting, jangan selalu dan terlalu menjual kepada subscriber kita. 90% mestilah lebih kepada content spt tip, panduan, berita dan sebagainya. Pandai2 lah selitkan ayat utk promosi produk.

    InsyaAllah, mungkin jika ada masa saya akan tulis secara bersiri pasal email marketing ni.

    So, langkah pertama kalau nak belajar email marketing ni adalah, kena ada Autoresponder dululah. πŸ™‚ Gunalah yg berbayar kalau kita serius dalam ebiz. Banyak kelebihannya…

    Bayaran sekitar USD17++ sebulan tu tak ada masalah jika kita betul2 buat bisnes. Jadikan bayaran tersebut sebagai momentum untuk kita dapatkan income bg membayar caj bulanan tersebut.

    Pasal nak dapatkan subsciber tu, banyak caranya. Salah satu adalah buat squeeze page (SP) tu lah. Ni pun satu bab juga ni SP ni. Promotekan SP tu dgn apa sahaja cara yg kita sedia maklum. Sama spt promote laman web, blog dan sebagainya.

    Fatah, order scr SMS? Hehe, sy tak faham…

    Maizul, ya sudah tentu… Nak guna yg free boleh, tapi berbayar lagi bagus sebab buat kerja sekali je. Kalau guna yg free, kelak bila kita dah kaya dan nak alih data dari database free ke yg berbayar, akan banyak susahnya. Rugi…

    Raymond, tulisan ni sekadar panduan biasa jer. πŸ™‚

    Dikmal, thanks…

  8. zul,
    saya tahu artikel ni umum tp saya baca je terus terasa sgt menarik…ia buat saya terasa nak dapat kan apa yang ada di dalam artikel ni…ia buat saya buka mata lebih luas lagi berbanding sebelum ni…

    tp kalu boleh buat step by step utk setiap tajuk lagi bagus…bolehlah kita semua sama-sama belajar…

    sekali lagi terima kasih utk artikel ni…

    han

  9. wah seminggu bertapa ke zul…
    jumpa puteri gunung ledang ?? He he he..
    program affiliate nie memang best tapi biasalah kena ada cara tariknya…
    saya masih belajar lagi untuk program affiliate nie..
    masih dalam pembelajaran…
    biar lambat asal selamat… He he he

  10. Info yg menarik… saya tercari-cari info pasal nak buat affiliate program ni gak… Blur gak skit sblum ni.. tertanya-tanya steps ape yang nak kene buat?? Thanks kpd zul… kalau zul ble cite lbih detail or kuar ebook pasal nak buat program ni mesti lg best! Dgn info yg zul bg ni, lbih nampak laa cara2 nak buat bende ni…

  11. first time post comment kat sini.. abg2 n kakak2 tu.. kalau salah maaf ye..

    mmg info yg menarik… walaupun newbie cam sy ni.. senang nak faham ape yg zul sampaikan.. buku n ebuku yg sy baca sblm ni pun susah nak faham..

    anyway.. tq zul.

  12. @Han –

    zul,
    saya tahu artikel ni umum tp saya baca je terus terasa sgt menarik…ia buat saya terasa nak dapat kan apa yang ada di dalam artikel ni…ia buat saya buka mata lebih luas lagi berbanding sebelum ni…

    tp kalu boleh buat step by step utk setiap tajuk lagi bagus…bolehlah kita semua sama-sama belajar…

    sekali lagi terima kasih utk artikel ni…

    han

    Han, insyaallah. Ada masa saya akan buat step by step.

    @zool –

    wah seminggu bertapa ke zul…
    jumpa puteri gunung ledang ?? He he he..
    program affiliate nie memang best tapi biasalah kena ada cara tariknya…
    saya masih belajar lagi untuk program affiliate nie..
    masih dalam pembelajaran…
    biar lambat asal selamat… He he he

    zool, takper slow2. Tapi jangan slow sangat… hehe.

    @BestCompProtection –

    Info yg menarik… saya tercari-cari info pasal nak buat affiliate program ni gak… Blur gak skit sblum ni.. tertanya-tanya steps ape yang nak kene buat?? Thanks kpd zul… kalau zul ble cite lbih detail or kuar ebook pasal nak buat program ni mesti lg best! Dgn info yg zul bg ni, lbih nampak laa cara2 nak buat bende ni…

    Actually rahsia besar program Affiliate dan Ebiz adalah List. Tu jer. πŸ™‚

    @emzek –

    first time post comment kat sini.. abg2 n kakak2 tu.. kalau salah maaf ye..

    mmg info yg menarik… walaupun newbie cam sy ni.. senang nak faham ape yg zul sampaikan.. buku n ebuku yg sy baca sblm ni pun susah nak faham..

    anyway.. tq zul.

    TQ emzek.

    @amirol –

    menarik tips zul ni. Akan saya email pada affiliates saya untuk layari ke artikel ini. πŸ˜€

    Amirol, ini hanya perkongsian. Saya ni bukanlah Super Affiliate. Kongsi apa yg tahu sket2 jer. πŸ™‚

  13. Patutlah saya tak jumpa artikel pasal email marketing ni…hehe… Saya tengah kumpul modal ni nak beli Autoresponder. InsyaAllah dapat juga satu hari nanti.Betul Zul cakap tu, jangan terlalu menjual…nanti orang pun tak suka kat kita.Kita kena bila hubungan yang baik dengan subscriber dulu baru menjual.Tak gitu?

    Saya rasa kalau macam saya ni tak pandai sangat nak bagi tips, mungkin saya akan beri sesuatu yang percuma.Mesti orang suka ye tak πŸ™‚

  14. Kaedah mendesak orang membeli ini bukan sahaja memberi kesan buruk sekejap sahaja tapi juga boleh jadi selamanya. Yalah, mulut orang mana kita boleh tutup. Tambah-tambah cerita mengenai keburukan orang. Lagi orang suka bercakap. Ayat menjual yang terbaik ialah kata-kata yang meransang, bukannya mendesak

  15. hohooo mailing list oh mailing list. nampaknya kalo trafik ramai tapi takder mailing list memang merugikan betul… rugi sakan jugak laa.

    dan tidak kusangka trafik tumpuan semasa menjadi-jadi traffiknya. tak tau laa kalo dah suam2 kuku traffiknya nanti… hohooo

  16. Zul,
    Nak tambah sikit. Setakat ada list, tapi ayat tak power pun tak jadik juga. List tu pulak kena tengok kualitinya, sama ada cold list ke hot list. Kalau cold list, kita promote gila gila pun diorang tak akan beli. Tapi kalau hot list, juallah apa pun, insya allah, akan ada hasilnya. Sebab tulah kualiti list penting.

    Satu lagi tip, kalau nak list tu beli apa yang kita promote, pastikan kita ada rapport yang baik dengan mereka. Caranya selalu bagi tips2 yang power, bagi hadiah ke (ebook lah apa lagi) dll.

  17. Salam, Zul…saya memang berminat dengan internet marketing dan perniagaan internet. Nak mintak jasa baik dan pandangan Zul dalam :

    1) Apakah autoresponder terbaik? Bayarannya mcm mana?
    2) Apakah hosting domain terbaik? Patut ambik dlm malaysia ke oversea punya?
    3) Saya ada idea nak pasarkan autoresponder buatan Malaysia. Tap tu sekadar idea jerla, macam mana nak realisasikan dengan perniagaan internet?
    4) Saya suka /minat dalam graphic novel dan komik. Bolehlkah itu jadi niche saya dlm internet bisnes?

    • Salam Radzuan.

      1) Autoresponder terbaik adalah Aweber.com. Bayarannya boleh lihat di sini:

      http://www.aweber.com/pricing.htm

      2) Hosting terbaik adalah hostgator.com. Oversea atau dalam Malaysia, bergantung pada target. Kalau target pembeli dari Malaysia, beli hosting dalam. Kalau target oversea, beli hosting di oversea.

      3) Nak buat autoresponder? Bukan saya tak galakkan. Tapi ia mencabar dan banyak faktor kejayaan untuk buat benda tu. Better promosikan autoresponder sedia ada sahaja.

      4) Jika minat yang tu, fokus pada pasaran luar sebab marketnya lebih besar dan peminat komik/novel yg sdra minat tu pun ramai di sana.

      Idea tu, nak buat novel/komik atau nak jual produk sedia ada? Jika buat sendiri, pasaran Malaysia pun Ok. Usahalah bina brand sendiri sehingga dikenali dan ada pengikut sendiri. Dan jual apa yg patut.

  18. Pingback: Apa Itu Program Affiliate? | SmartUsaha.com

  19. Pingback: Pra-Pelancaran Produk Melalui Facebook | Nota Pemasaran Facebook

  20. Pingback: Cara buat duit di Internet untuk pekerja sepenuh masa | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

  21. salam tuan. saya berminat dalam perniagaan internet. macam mana konsep affiliate membantu? sebab saya masih kurang jeles. seperkara lagi, adakah affiliate ini dikenakan sebarang bentuk yuran pendaftaran atau sebagainya.