Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Letak Harga “Besar-Besar” Pada Laman Jualan Anda!

17 09 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Hari ini saya akan menulis dua artikel. Dan artikel yang anda baca ini adalah tulisan yang pertama pada hari ini.

Tulisan yang anda baca ini tiba-tiba sahaja mahu saya tulis dan saya rasa ia adalah daripada pemerhatian saya selama ini iaitu berkaitan dengan perletakan harga.

Kebanyakan laman web terutama yang berbahasa Inggeris (pasaran luar), ada yang tidak meletak harga pada laman web mereka. Kononnya, itu adalah trik agar pelawat/pembaca klik pada button ‘buy’ dan terus membeli.

Kalau saya bertemu dengan laman web begini, saya amat susah (tidak mahu) klik pada button buy. Sebaliknya saya akan klik button Close sahaja. Ia terlalu menyusahkan bagi saya…

Walaupun trik sebegini andaikata boleh menjerat bakal pelanggan, namun bagi saya ia menyusahkan mereka. Keyakinan dan kemahuan mereka untuk mengambil tahu lebih lanjut mengenai produk akan menurun, apatah lagi kemahuan untuk membeli. ‘Mood’ untuk membeli mereka perlulah dikekalkan sebaik mungkin sehingga mereka membuat bayaran. Dan salah satu perkara yang perlu ialah memudahkan mereka tahu berapa harga produk anda.

“Eh, berapa harga produk ni?”

“Hmm, mana harga produk ni, tak nampak pun”.

Itulah beberapa keluhan hati mereka.

Selain tidak meletak pada laman web, ada juga laman web yang menulis harga dengan saiz yang kecil di mana terselit di antara baris-baris ayat. Ini saya rasa satu kesalahan yang besar di dalam ‘copywriting’.

Apakah salahnya meletak harga ‘besar-besar’ dan dari situ bakal pembeli anda akan memberikan sedikit masa untuk berfikir-fikir mahu membeli atau tidak. Jika tiada harga di laman web, atau harga produk itu tidak dapat dijumpai oleh mereka, maka kemahuan membeli mereka akan hilang. Orang kata, ’sudah hilang selera’.

Oleh itu, letaklah harga di beberapa tempat di laman web jualan anda dan nyatakan harga produk anda dengan sejelas-jelasnya. Mudahkan mereka untuk membeli, sebaliknya bukan menyusahkan.

Wassalam.

PS. Di laman web Pakej Kit Blogger, saya menyatakan harga produk itu beberapa kali. Dan salah satunya dengan saiz huruf yang besar. Selain itu, saya juga menyediakan satu link ‘pembelian’ di atas sekali pada laman web untuk mereka terus ke page pembelian.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Ebook Panduan FTP Akan Dinaikkan Harga..
  • Sistem EZSurvey Telah Dilancarkan!
  • Video Panduan Upgrade Wordpress Versi Resell Rights
  • Panduan Asas Cpanel - Pertama Dalam Bahasa Melayu
  • Video Panduan Upgrade Blog Wordpress
  • Produk Perniagaan Internet: Harga Bukan Soal Utama
  • SmartZul ‘Berehat’ Buat Sementara..
  • Tip Persaingan Sihat + Harga + 1 Perkataan
  • “Projek RM20.00″: Apa Kata Mereka?
  • Designer Banner: Sedia Berkhidmat

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    16 Comments »

    Comment by amirol
    2007-09-17 06:31:06

    Betul tu zul…

    Kadang - kadang terpaksa saya klik butang “buy now” mereka semata - mata nak tahu berapa harga produk tu (itu kalau produk yang saya rasa menarik)… Grin mana taknya, Scroll punya scroll, tak juga jumpa - jumpa harga.. So, last option, klik je butang buy.. Memang rasa agak menyusahkan teknik mereka ni.

     
    Comment by Jebat Mesranet
    2007-09-17 06:55:41

    Ada satu lagi teknik Zul, langsung tak ada harga dan butang buy pada website. Dia suruh kita subcribe dan akan diberikan ebook. Pada ebook itu nanti diaorang ceritakan mengenai produk dan di letakkan harga ebook tu sekali. Teknik nie kiranya dia nak follow-up kita kot kalo tak beli melalui email list Smile Lagi la menyusahkan Evil

     
    Comment by smartzul
    2007-09-17 07:07:59

    Apa2 teknik pun tak kisah mcm mana kita nak guna. Sebab kita ada hak. Tapi kalau fikir pasal hak sahaja, rasanya tak baguslah. Sebab kita kena ambil kisah bahawa bakal pelanggan ni banyak jenis.

    Mungkin sesetengah orang tak kisah trik dan teknik yg kita guna, tapi dalam masa yg sama ada yang tak suka.

    Saya rasa, cara yg terbaik ialah gunakan cara yg termudah. Sebab ia asas dan semua boleh digunapakai untuk semua orang.

    Utk teknik yg Jebat katakan tu, bagi sayalah, subscribers yang perlu kita dapatkan cukup mereka yang berminat sahaja. Jangan dipaksa. Dalam kes ni akan ada dua keadaan:

    1. Tak daftar langsung
    2. Daftar, dapat info dan kemudian un-subscribe Wink

     
    Comment by Raymond
    2007-09-17 10:22:24

    Pada pendapat saya,

    Cara yang terbaik adalah buat split testing. Daripada keputusan split testing, maka tahulah anda cara mana yang terbaik.

    Tom Hua dan Brett Mcfall mencadangkan supaya harga tidak diletakkan supaya orang baca salesletter dahulu dan bukan skrol terus ke bawah untuk melihat harga dulu. Confused

    Laman-laman Corey Rudl atau Derek Gehl meletakkan harga yang bersaiz kecil dan terselit dalam salesletter mereka. Saya amat yakin bahawa mereka pernah melakukan testing dan mendapati cara ini adalah terbaik bagi conversion mereka. Cool

    Setiap daripada guru-guru ini mempunyai pendapat yang berbeza serta sebab-sebab yang tertentu.

    Apa yang baik untuk orang lain tak semestinya baik untuk kita. Ini adalah kerana terdapat perbezaan dari segi pasaran, cara hidup, jenis customer dan lain-lain lagi.

    Sekadar berkongsi. Grin

     
    Comment by Han
    2007-09-17 12:02:21

    slmt tgh hari semua,
    saya setuju dengan pendapat raymond…
    setiap orang ada caranya sendiri… mungkin mereka dah buat kajian yang mana lebih baik…
    tapi bagi saya, saya tak suka dengan saleletter yang takde harga sebab kena klik button buy dulu baru boleh tahu harganya… kadang2 buat hati ni jadi tawar nak beli dari penjual tu…hehe… Grin

    han

     
    Comment by Sabri SaifulSham
    2007-09-17 12:28:35

    Saya rasa hati rasa tawar sebab harga dia mahal kan? Kalau harga dia murah-murah atau free, mesti melompat-lompat rasanya kan? hehe Alien

    Saya setuju. Harga tulis besar-besar, jelas dan di banyak tempat. Sebabnya? Sebabnya walaupun ada produk saya yang dah tulis berapa harga pun orang masih tulis dan isi di ruangan komen, “Berapa Harga ni?” Wink

    Lebih parah lagi, ada yang isi form dan kemudian dihubungi berkata; “laa… ingatkan free”

    Mcm mana boleh jadi macam tu, saya sendiri pun tak tahu.

    Cuma, kita kena buat justification la, kenapa harga kita macam tu. Kalau kita ulang kali state harga tanpa memberi sebab kenapa harga dia sekian2, saya takut laman web tu kelihatan “pushy” dan buat pelanggan turn off.

     
    Comment by pyan
    2007-09-17 14:34:10

    Saya rasa letak harga kat banyak tempat lagi bagus. Bila teringat berapa harga , scroll down dah ada. Saya pernah jumpa web yang panjang, pastu harganya bawah sekali. Akhirnya tak da mood nak beli.

    Kalau letak kat atas, tengok harga , pastu ke tengok kandungannya, baru boleh fikir , berbaloi ke tak , kita beli. Neutral

    Kat supermarket , offer discount besar-besar ditulis , kita tengok harga , pastu kita tengok barang. Berbaloi ke tak.

    Kalau berbaloi, grab it. Kalau tak berduit forget it. LOL

     
    Comment by emzek
    2007-09-17 20:55:53

    saya setuju dengan zul.. sy sendiri pun lepas baca salesletter saya akan cari berapa harga produk tersebut.

    kalau yang menyuruh kita untuk subscribe, saya akan fikir byk kali melainkan kalau IM tu dah memang terkenal cam Zul. yang tu memang tak fikir panjang untuk subscribe la.

     
    Comment by Hamid
    2007-09-27 22:55:22

    kalau tak silap Perkara mcm ni saya pernah kena sekali Alien
    lepas baca surat scroll up,down eh eh mana harga ni?
    tensyen rasanya lebih² lagi surat jualan yang panjang.

     
    Comment by Han
    2007-10-01 20:39:53

    saya setuju dgn sabri…
    kalau letak harga banyak2 tanpa sebab, mungkin orang tutup laman web kita…
    makna nya..bye bye la…hehe.. LOL

    letak harga ni agak sukar juga…
    serba salah nak letak berapa harga untuk produk kita…
    kalau rendah jadi murah sgt…dan org sangka takde kualiti…
    kalau tinggi jadi mahal pl…org takut nak beli…
    memang susah…

    han

     
    Comment by Hamid
    2007-10-02 00:04:37

    Hu hu nak berniaga bukan senang ek.. Alien
    kena ada banyak skill untuk menarik minat pelanggan Wink

    sokong gak pasal harga yang dikatakan oleh Han
    senang citer ambik tengah².

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-02 02:10:05

    harga besar? mahal looo harga besar… tapi harga berdiskaun memang nak laaa. harga yang tertulis dan terang menderang memang orang suka. orang nak tahu harga supaya boleh sediakan bajet yang secukupnya untuk membeli satu2 produk tersebut.

    satu hari jika harga dah naik pulak… eh eh hari tu harga lain sekarang harga lain pulok? memang harga lain laa kalo dah tulisnya tanda harga kecik sangat…

    sekian terima kasih… Smile

     
    Comment by Amer
    2007-10-02 11:43:49

    Sebagai tambahan, biarlah HARGA setimpal dengan KUALITI yang diberikan Smile

     
    Comment by Han
    2007-10-02 11:47:51

    harga ni sebenarnya susah utk kita tentu kan…
    kalau tinggi org kata mahal…
    kalau rendah orh kata takde kualiti…
    kalau kita, sudah tentu nak benda murah dan berkualiti bukan…
    hehe…

    jadi kita kenalah pandai buat andaian…

    han

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-16 11:41:15

    kalo jualan murah lagi mahal jadinya. dan tanda harganya jugak dah tentu lebih besar dari biasa untuk menarik perhatian orang ramai…

     
    Comment by Saleh
    2007-11-27 15:52:18

    Ini semua bergantung kepada pandangan masing masing. Tiada yang salah dan tiada yang betul. Ada sebahagian orang ingin mengetahui harga terus, ada sebahagian suka baca saleletter terlebih dahulu.

    Yang pastinya kalau dalam bisness harga jualan pasti akan diberi. kalau tidak camne nak belikan. Razz

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: