Letak Harga “Besar-Besar” Pada Laman Jualan Anda!

Hari ini saya akan menulis dua artikel. Dan artikel yang anda baca ini adalah tulisan yang pertama pada hari ini.

Tulisan yang anda baca ini tiba-tiba sahaja mahu saya tulis dan saya rasa ia adalah daripada pemerhatian saya selama ini iaitu berkaitan dengan perletakan harga.

Kebanyakan laman web terutama yang berbahasa Inggeris (pasaran luar), ada yang tidak meletak harga pada laman web mereka. Kononnya, itu adalah trik agar pelawat/pembaca klik pada button ‘buy’ dan terus membeli.

Kalau saya bertemu dengan laman web begini, saya amat susah (tidak mahu) klik pada button buy. Sebaliknya saya akan klik button Close sahaja. Ia terlalu menyusahkan bagi saya…

Walaupun trik sebegini andaikata boleh menjerat bakal pelanggan, namun bagi saya ia menyusahkan mereka. Keyakinan dan kemahuan mereka untuk mengambil tahu lebih lanjut mengenai produk akan menurun, apatah lagi kemahuan untuk membeli. ‘Mood’ untuk membeli mereka perlulah dikekalkan sebaik mungkin sehingga mereka membuat bayaran. Dan salah satu perkara yang perlu ialah memudahkan mereka tahu berapa harga produk anda.

“Eh, berapa harga produk ni?”

“Hmm, mana harga produk ni, tak nampak pun”.

Itulah beberapa keluhan hati mereka.

Selain tidak meletak pada laman web, ada juga laman web yang menulis harga dengan saiz yang kecil di mana terselit di antara baris-baris ayat. Ini saya rasa satu kesalahan yang besar di dalam ‘copywriting’.

Apakah salahnya meletak harga ‘besar-besar’ dan dari situ bakal pembeli anda akan memberikan sedikit masa untuk berfikir-fikir mahu membeli atau tidak. Jika tiada harga di laman web, atau harga produk itu tidak dapat dijumpai oleh mereka, maka kemahuan membeli mereka akan hilang. Orang kata, ‘sudah hilang selera’.

Oleh itu, letaklah harga di beberapa tempat di laman web jualan anda dan nyatakan harga produk anda dengan sejelas-jelasnya. Mudahkan mereka untuk membeli, sebaliknya bukan menyusahkan.

Wassalam.

PS. Di laman web Pakej Kit Blogger, saya menyatakan harga produk itu beberapa kali. Dan salah satunya dengan saiz huruf yang besar. Selain itu, saya juga menyediakan satu link ‘pembelian’ di atas sekali pada laman web untuk mereka terus ke page pembelian.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

16 thoughts on “Letak Harga “Besar-Besar” Pada Laman Jualan Anda!

  1. Betul tu zul…

    Kadang – kadang terpaksa saya klik butang “buy now” mereka semata – mata nak tahu berapa harga produk tu (itu kalau produk yang saya rasa menarik)… πŸ˜€ mana taknya, Scroll punya scroll, tak juga jumpa – jumpa harga.. So, last option, klik je butang buy.. Memang rasa agak menyusahkan teknik mereka ni.

  2. Ada satu lagi teknik Zul, langsung tak ada harga dan butang buy pada website. Dia suruh kita subcribe dan akan diberikan ebook. Pada ebook itu nanti diaorang ceritakan mengenai produk dan di letakkan harga ebook tu sekali. Teknik nie kiranya dia nak follow-up kita kot kalo tak beli melalui email list πŸ™‚ Lagi la menyusahkan πŸ‘Ώ

  3. Apa2 teknik pun tak kisah mcm mana kita nak guna. Sebab kita ada hak. Tapi kalau fikir pasal hak sahaja, rasanya tak baguslah. Sebab kita kena ambil kisah bahawa bakal pelanggan ni banyak jenis.

    Mungkin sesetengah orang tak kisah trik dan teknik yg kita guna, tapi dalam masa yg sama ada yang tak suka.

    Saya rasa, cara yg terbaik ialah gunakan cara yg termudah. Sebab ia asas dan semua boleh digunapakai untuk semua orang.

    Utk teknik yg Jebat katakan tu, bagi sayalah, subscribers yang perlu kita dapatkan cukup mereka yang berminat sahaja. Jangan dipaksa. Dalam kes ni akan ada dua keadaan:

    1. Tak daftar langsung
    2. Daftar, dapat info dan kemudian un-subscribe πŸ˜‰

  4. Pada pendapat saya,

    Cara yang terbaik adalah buat split testing. Daripada keputusan split testing, maka tahulah anda cara mana yang terbaik.

    Tom Hua dan Brett Mcfall mencadangkan supaya harga tidak diletakkan supaya orang baca salesletter dahulu dan bukan skrol terus ke bawah untuk melihat harga dulu. πŸ˜•

    Laman-laman Corey Rudl atau Derek Gehl meletakkan harga yang bersaiz kecil dan terselit dalam salesletter mereka. Saya amat yakin bahawa mereka pernah melakukan testing dan mendapati cara ini adalah terbaik bagi conversion mereka. 😎

    Setiap daripada guru-guru ini mempunyai pendapat yang berbeza serta sebab-sebab yang tertentu.

    Apa yang baik untuk orang lain tak semestinya baik untuk kita. Ini adalah kerana terdapat perbezaan dari segi pasaran, cara hidup, jenis customer dan lain-lain lagi.

    Sekadar berkongsi. πŸ˜€

  5. slmt tgh hari semua,
    saya setuju dengan pendapat raymond…
    setiap orang ada caranya sendiri… mungkin mereka dah buat kajian yang mana lebih baik…
    tapi bagi saya, saya tak suka dengan saleletter yang takde harga sebab kena klik button buy dulu baru boleh tahu harganya… kadang2 buat hati ni jadi tawar nak beli dari penjual tu…hehe… πŸ˜€

    han

  6. Saya rasa hati rasa tawar sebab harga dia mahal kan? Kalau harga dia murah-murah atau free, mesti melompat-lompat rasanya kan? hehe :mrgreen:

    Saya setuju. Harga tulis besar-besar, jelas dan di banyak tempat. Sebabnya? Sebabnya walaupun ada produk saya yang dah tulis berapa harga pun orang masih tulis dan isi di ruangan komen, “Berapa Harga ni?” πŸ˜‰

    Lebih parah lagi, ada yang isi form dan kemudian dihubungi berkata; “laa… ingatkan free”

    Mcm mana boleh jadi macam tu, saya sendiri pun tak tahu.

    Cuma, kita kena buat justification la, kenapa harga kita macam tu. Kalau kita ulang kali state harga tanpa memberi sebab kenapa harga dia sekian2, saya takut laman web tu kelihatan “pushy” dan buat pelanggan turn off.

  7. Saya rasa letak harga kat banyak tempat lagi bagus. Bila teringat berapa harga , scroll down dah ada. Saya pernah jumpa web yang panjang, pastu harganya bawah sekali. Akhirnya tak da mood nak beli.

    Kalau letak kat atas, tengok harga , pastu ke tengok kandungannya, baru boleh fikir , berbaloi ke tak , kita beli. 😐

    Kat supermarket , offer discount besar-besar ditulis , kita tengok harga , pastu kita tengok barang. Berbaloi ke tak.

    Kalau berbaloi, grab it. Kalau tak berduit forget it. πŸ˜†

  8. saya setuju dengan zul.. sy sendiri pun lepas baca salesletter saya akan cari berapa harga produk tersebut.

    kalau yang menyuruh kita untuk subscribe, saya akan fikir byk kali melainkan kalau IM tu dah memang terkenal cam Zul. yang tu memang tak fikir panjang untuk subscribe la.

  9. kalau tak silap Perkara mcm ni saya pernah kena sekali :mrgreen:
    lepas baca surat scroll up,down eh eh mana harga ni?
    tensyen rasanya lebih² lagi surat jualan yang panjang.

  10. saya setuju dgn sabri…
    kalau letak harga banyak2 tanpa sebab, mungkin orang tutup laman web kita…
    makna nya..bye bye la…hehe.. πŸ˜†

    letak harga ni agak sukar juga…
    serba salah nak letak berapa harga untuk produk kita…
    kalau rendah jadi murah sgt…dan org sangka takde kualiti…
    kalau tinggi jadi mahal pl…org takut nak beli…
    memang susah…

    han

  11. Hu hu nak berniaga bukan senang ek.. :mrgreen:
    kena ada banyak skill untuk menarik minat pelanggan πŸ˜‰

    sokong gak pasal harga yang dikatakan oleh Han
    senang citer ambik tengah².

  12. harga besar? mahal looo harga besar… tapi harga berdiskaun memang nak laaa. harga yang tertulis dan terang menderang memang orang suka. orang nak tahu harga supaya boleh sediakan bajet yang secukupnya untuk membeli satu2 produk tersebut.

    satu hari jika harga dah naik pulak… eh eh hari tu harga lain sekarang harga lain pulok? memang harga lain laa kalo dah tulisnya tanda harga kecik sangat…

    sekian terima kasih… πŸ™‚

  13. harga ni sebenarnya susah utk kita tentu kan…
    kalau tinggi org kata mahal…
    kalau rendah orh kata takde kualiti…
    kalau kita, sudah tentu nak benda murah dan berkualiti bukan…
    hehe…

    jadi kita kenalah pandai buat andaian…

    han

  14. Ini semua bergantung kepada pandangan masing masing. Tiada yang salah dan tiada yang betul. Ada sebahagian orang ingin mengetahui harga terus, ada sebahagian suka baca saleletter terlebih dahulu.

    Yang pastinya kalau dalam bisness harga jualan pasti akan diberi. kalau tidak camne nak belikan. πŸ˜›

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *