Blogger : Jangan Paksa Diri Anda

Blogger, adalah seorang ‘penulis’ bagi sesebuah blog untuk topik tertentu. Blogger yang akan saya kaitkan di sini ialah blogger yang betul-betul menulis dari diri pemikiran, pengalaman dan pengetahuan mereka sendiri.

Ramai blogger yang tiada masa yang cukup untuk menulis, ketandusan idea, hilang semangat dan motivasi untuk meneruskan usaha blogging dan akhirnya blog akan jadi ‘hidup segan mati tak mahu’.

Jika anda ketandusan idea, saya ada berkongsikan panduan pada satu ketika dulu, link-nya akan saya berikan di akhir artikel ini.

Gunakan Jalan Alternatif

Jika anda rasa begitu susah untuk menulis dan rasa tertekan jika anda tidak mengemaskini blog (menulis), maka jangan cepat tertekan dan menekan diri sendiri. Jika anda menulis juga di dalam keadaan tertekan, tulisan anda akan kurang kualitinya atau dalam kata yang lain akan menjadi tulisan ‘entah apa-apa’.

Di dalam menulis, kita memerlukan perancangan yang rapi. Saya ada berikan panduan bagaimana cara menulis yang sistematik dan mudah dahulu (rujuk di akhir artikel ini).

Namun, jika anda tidak menulis dengan baik dan dalam keadaan tenang, anda akan merasakan tidak yakin pula untuk terbitkan (publish) artikel tersebut. Malah satu masa kelak, anda mungkin akan merasakan menyesal pula menulis dalam keadaan tertekan tersebut. Ya lah, sebab tulisan ‘entah apa-apa’.

Selain itu, jangan letakkan posisi anda sebagai seorang yang bersalah jika blog tidak dikemaskini, sebaliknya jika memang anda kesuntukan masa atau ada masalah, nyatakan sahaja di blog anda yang anda berehat seketika dari menulis (sebagai contoh). Mudah bukan?

Satu tip jika anda kesuntukan masa untuk menulis, dapatkan artikel-artikel yang lepas (link url) dan senaraikan di dalam satu Post (tulisan) dan tinggalkan. Boleh juga senaraikan artikel-artikel dari blog yang lain. Hal ini saya pernah lakukan dan juga usahawan-usahawan Internet yang lain tatkala mereka akan pergi bercuti.

Jangan sesekali menganggap dengan meletakkan link tulisan orang lain adalah satu kerugian. Tidak sesekali. Bahkan anda akan lebih dihormati, disegani dan akan dapat lebih ramai kawan.

Pantang Untuk Blogger: Jangan menulis dalam keadaan….

Selain sewaktu tertekan, elakkan menulis semasa anda sedang marah, sedih, kecewa dan sebagainya. Mungkin anda pernah melakukannya, begitu juga saya. πŸ˜‰ Sebaiknya, jangan sesekali menulis dalam keadaan emosi yang tidak bagus. Tutup blog anda jika boleh, atau ‘jauhkan’ diri dari Internet sehingga diri anda tenang.

Kesannya jika anda menulis juga dalam keadaan emosi yang kurang stabil adalah sama sahaja menulis di dalam keadaan tertekan, malah lebih teruk lagi impaknya. Sampai satu tahap, para pembaca sendiri akan rasa tidak selesa atau rasa seperti anda sedang menghadapi masalah. Ini boleh menjatuhkan kredibiliti anda.

Dalam bahasa yang lain, jangan kongsi perasaan marah anda, sedih anda dan apa-apa sahaja yang negatif di blog anda. Lagi-lagi blog anda adalah blog untuk perniagaan anda. ‘Please be profesional’. Soal peribadi, elakkan menyentuh secara berlebih-lebihan di blog.

Jalan Alternatif

Jika anda tiada idea atau kesuntukan masa untuk menulis, maka jalan alternatif tetap ada. Antaranya ialah:

1. Mengupah penulis pembunuh upahan. Dapatkan mereka yang tahu menulis atau mereka yang ada tawarkan khidmat menulis, dan masukkan artikel tersebut ke blog anda. Mungkin anda yang ada banyak masa, boleh cuba menawarkan khidmat menulis artikel untuk blog ini sama ada di dalam Bahasa Melayu Malaysia atau Inggeris.

2. Penulis jemputan. Teknik ini saya telah aplikasikan untuk blog ini. Jemputlah sesiapa sahaja untuk menulis bagi blog anda. Jika anda anggap cara ini merugikan, fikirkan sekali lagi. Anda akan mendapat banyak kelebihan berbanding apa yang anda sangkakan… Apakah kelebihan itu? Cuba lakukannya, dan anda akan tahu sendiri. πŸ˜‰

3. Penulis bersama. Cara ini lebih ‘advance’ berbanding cara kedua. Mereka boleh menulis terus ke blog anda. Sebenarnya WordPress membenarkan kita setkan individu tertentu sebagai editor atau admin dan sebagainya (multiuser).

wordpress multi-user

Sekian sahaja untuk tulisan kali ini. Semoga bermanfaat dan harapan saya juga agar blog anda sentiasa hidup dan bernyawa!

*Sabtu dan Ahad ini, blog ini akan ‘bercuti’.

Wassalam.

Sumber Rujukan Berkaitan:

1. Menulis dengan lebih terancang

2. Tip Elak Kehilangan Idea Penulisan

3. Tip Mendapatkan Idea Penulisan

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

40 thoughts on “Blogger : Jangan Paksa Diri Anda

  1. Menulis memerlukan keadaan yang tenang.Salah satu tips yang sentiasa saya lakukan ialah menulis selepas sembahyang subuh.
    Saya tidak tulis terus ke blog sebaliknya saya hanya mencatatnya di atas kertas.
    Selepas balik kerja,barulah saya menulis di blog.
    Jangan paksa diri… πŸ˜€

  2. slmt pg zul,
    saya sebenarnya kekurangan idea utk menulis blog…
    nak menulis pun tak tahu mcm mana cara utk dapat penulisan yang baik…

    kadang2 tu hilang semangat utk terus menulis…
    tapi skrg ni cuba buat blog utk imej dan sedikit tulisan…
    cara ni saya rasa lebih sesuai utk saya…

    han

  3. Betul²..Jangan terbawak emosi dalam blog terutama tentang blog motivasi. Reader boleh tahu emosi penulis sebenarnya. Ia boleh manjatuhkan kredibiliti dan mungkin akan kehilangan pembaca.

    Kadang² ia dilakukan secara tidak sengaja oleh penulis. Anda boleh tegur kalo anda perasan la. Tegur tu pulak,biar la dengan cara eloksebab anda ingin menegur bukan nak cari gaduh.:P

    Selamat blogging!

  4. Tulisan dalam bentuk sedih dan berkongsi kesedihan mmg tidak sesuai utk blog. Tapi saya pernah tulis juga di blog ini. Kenapa? Saya sengaja melakukannya dan bukan sebab tertekan atau stress spt anggapan ramai.

    Saya ada RAHSIA tersendiri di dalam penulisan dan saya pernah berkongsikan hal ini dgn Amirol. Saya rasa hanya Amirol yg tahu apa RAHSIA saya tersebut.

    Sebelum saya menulis hal-hal yg berkaitan dgn emosi, sedih, kecewa dan sebagainya, saya berfikir berkali-kali dahulu. Saya tidak akan memasukkan artikel yg beremosi begitu sahaja tanpa memikirkan baik dan buruknya. Tapi saya masukkan juga ke blog sebab ada satu tujuan. Saya rasa, biar saya rahsiakan dulu apa tujuan tersebut.

    Kadang2, kita sebagai pembaca, perlu bersangka positif apabila membaca tulisan yg bernada kecewa dan kesedihan. Biarkan si penulis blog itu berkongsikan perasaannya kerana mereka ada hubungan (two way) dengan pembaca mereka. Ini adalah salah satu tujuan blog: komunikasi dan berkongsi.

    Menulis sesuatu yg beremosi tidak semestinya bermaksud si penulis itu tidak bermotivasi. Ini pendapat saya. Tulisan, adalah pendapat dan luahan. Sebagai pembaca, kita mesti terima sahaja apa luahan mereka. Cuma sahaja tulisan berbentuk begini kurang elok dan enak untuk dibaca, tetapi tidak semestinya tidak boleh ditulis.

    Apapun, elakkan menulis sesuatu yg anda tidak boleh kawal kerana tulisan sebegini memerlukan skill dan pengalaman yg tinggi, lagi-lagi jika anda seorang blogger yg sentiasa diperhati oleh musuh dan lawan. Seperti saya.

    Pendek kata, andaikata anda perasan yg saya ada menulis dengan ber-emosi dan mengikut perasaan, ketahuilah bahawa, saya mempunyai tujuan tersendiri. Dan hanya saya sahaja tahu apa tujuan tersebut. Saya perlu melakukannya di sini kerana ia adalah medium dan tools untuk pembelajaran, marketing dan testing. Dari situ, saya telah belajar banyak perkara…

    Wassalam.

    ps. Ketahui 17 Rahsia untuk menjadi Blogger yang berkredibiliti dan dihormati melalui free report sy yg seterusnya nanti. Maklumat ini tiada di mana-mana. Ia satu kajian yg telah saya lakukan sendiri. InsyaAllah.

  5. :mrgreen: ini yang best ni..mampu menulis tak semestinya pandai menulis. Bagaimana kita mempengaruhi orang lain itu suatu yang subjektif..tapi dari pengalaman ia akan menjadi perkara yang objektif..

  6. Memang betul zul,
    Idea tak boleh di perah bila beremosi, ia jadi tak karuan ….. susah di adun dan di susun. Tapi kalau nak buat novel tak apa lah ya.. πŸ˜†

    Tapi kekadang ada benda yang kita kena paksa , baru berjaya…. ya tak ?

    Sallam

  7. Sebenarnya perkara pertama yang perlu kita buat ialah berfikir terlebih dahulu sebelum menulis. Berfikir samada tulisan yang kita akan tulis itu akan memberi kesan atau tidak kepada orang lain. Memberi kesan yang baik atau sebaliknya. Kalau beri kebaikan, Alhamdulillah. Cuma kita takut, bila beri kesan sebaliknya, kita jugak dapat ‘share’ dosa sebab puncanya dari kita sendiri πŸ™‚

  8. menulis secara teremosi akan menjadikan tulisan seperti ada yang tidak kena. macm mana nak menulis kalo emosi kacau bilau haaa? sekiranya satu hari time marah2 anda menulis… dah tentu takkan terhasil apa-apa bahan penulisan yang menarik dan ia akan menjadi tidak begitu tersusun.

    cuba jenguk pembaca berita… macam mana nak baca berita kalo keadaan penuh dengan emosi. emosi oh emosi…

    sekian terima kasih… πŸ™‚

  9. saya memang teringin untuk menulis dalam blog sendiri, tapi masa tak cukup. Lagi pun saya cuma guna blog free jeh. teringin nak blog sebenar, tapi dalam perancangan, banyak perkara yang perlu saya pelajari. saya nih masih terlalu muda dalam dunia perniagaan internet. Apa pandangan smartusaha dengan blog free? Boleh buat duit jugakah? (selain adsense)

  10. ronald,
    blog free pun ada kelebihannya…
    tapi kekurangan nya adalah bila kena ban oleh tuan punya blog tu…
    habis lah tulisan kita dan kerja kita…
    sia-sia usaha kita selama ni…

    kalau sendiri punya, kita boleh buat apa saja…
    tak kena ban walau buat salah…tp jangan lah sampai buat kerja salah pula…

    han

  11. pendek kata kena tahu dari segenap sudut nak hentam atau nak kritik atau nak mengkomplen itu ini dengan cara yang tersendiri dan berhikmah… kalo berterusan dengan emosi… takkanlah nak layan emosi tetiap hari. ini kerana emosi kita akan sentiasa berubah2 dari semasa ke semasa.

    bayangkanlah kalo orang tu menulis setiap ahri dengan nada marah-marah-marah dan marah… haru biru dibuatnya…

    sekian terima kasih… πŸ™‚

  12. Saya pernah menulis blog di dalam keadaan tertekan dan akibatnya orang ramai memulaukan saya.Buat perkara yang anda sukai jika berasa tertekan kerana ia akan menyejukkan anda.

  13. Salam.

    Emosi memang antara perkara yang selalu tanpa disedari masuk ke dalam penulisan kita. Tak kira sama ada kita sengaja masukkan atau tak sengaja masukkan. Namun seperti kata Zul, orang yang menulis dengan emosi tak bermakna tiada motivasi. Mungkin dia sengaja menulis dengan emosi, mungkin juga memang dia ada masalah emosi masa tu.

    Namun, saya tak nafikan, ada cabang/niche blog tertentu yang memerlukan elemen emosi dalam penulisan mereka. Sebab itulah tarikan pembacanya. Dan, pembaca memang tertarik pada tulisan yang beremosi. Tapi, dalam masa sama juga, kadangkala orang naik jelek dengan penulisan beremosi. Itu terpulang kepada sebab apa kita menulis (penulis) dan apa yang anda cari untuk baca (pembaca).

    Sudah tentu orang yang nak dengar cerita tentang pertanian meluat bila terbaca artikel dari orang yang putus cinta πŸ™‚

    p.s : apa pun, majulah penulisan untuk semua.

  14. kalau nak beremosi, buka satu blog utk lepas geram anda tu…
    di situ takde org nak benci kita…(kalau betul lah nak beremosi)…hehe…

    kalau nak buat blog yang baik, jangan sesekali beremosi di blog tu…
    orang akan pandang kita tak profesional…

    han

  15. kalo gitu kena buat blog emosi laa pulok. blog senyum… blog marah2… blog sedih… blog huru hara… haaa?? huru hara… huru hara mana boleh laa…

    apohalpun emosi kena kawal dengan sebaiknya untuk menghasilkan kualiti yang bagus2 untuk kesihatan masa depan…

  16. emosi boleh pengaruh hidup manusia…
    kalau terlalu beremosi, kadang2 boleh sengsara hidup kita ni…

    contoh org putus cinta
    kerja tak buat…
    makan pun tak…
    blog entah kemana…
    perancangan pun kucar kacir….
    keluarga pun susah…

    kan susah kan tu…
    buat apa nak beremosi sangat buat je selamber…hehe…

    han

  17. Yang beremosi berpada-pada,
    Yang BAIK kita teruskan,
    Bermotivasi semat di minda,
    Amalan ,sikap terpuji kita war-warkan.

    Wassalam.

  18. EMOSI
    Elok jauhkan bila terganggu( jangan menulis/bertenanglah),
    Mesti cari yang BAIK DAN MEMBANTU dalam apa2 bidang,
    Olah lah sikit biar berinovasi dan menarik,biarpun penulis upahan,
    Suluh lah biar terang sebagai panduan untuk semua,
    Ingatlah ,kawal emosi & peganglah amanah Allah.

    INSYALLAH BOLEH DI KAWAL.

  19. Untuk memestikan blog kita terus wujud… kita mestilah mempunyai idea, ilmu dan pengetahuan yang banyak. contonya, jika blog kita mengenai komputer…kita mestilah ada ilmu tentang komputer…

    Janganlah kita biarkan blog kita ‘hilang’ di tengah jalan… jika ‘hilang’..maka carilah idea lain..yg sebati dengan jiwa kita.

    1. betul tu nayanmohd,
      nak tulis blog pun kena ada ilmu..dan pengetahuan…
      kalau tidak nanti hilang begitu saja…
      sia2 jadi nya…

      han

  20. Untuk memastikan blog kita terus wujud… kita mestilah mempunyai idea, ilmu dan pengetahuan yang banyak. contonya, jika blog kita mengenai komputer…kita mestilah ada ilmu tentang komputer…

    Janganlah kita biarkan blog kita ‘hilang’ di tengah jalan… jika ‘hilang’..maka carilah idea lain..yg sebati dengan jiwa kita.

  21. sebelum anda kecewa dengan ketidaktenangan untuk menulis dengan baik ada baiknya anda ambil wuduk dan solat hajat dahulu sebelum apa-apa penulisan hendak dihasilkan… hihiii…

    satu lagi harapnya kalo dah berkecamuk dengan seseorang, maafkanlah seseorang tersebut agar fikiran anda tenang buat sementara waktu. lepas tu suka hati laa nak buat apa… :mrgreen:

    1. maafkan orang memang boleh tenang kan hati abdfatah…
      kalau nak maafkan orang tu kena juga tengok apa dia buat…
      kalau setakat perli, kutuk, kritik boleh lah..
      tapi kalau dah melampau, isk memang susah nak maafkan orang tu…

      han

  22. Betul gak..kadang2 bila emosi mengganggu kita, maka tulisan akan jadi lebih bercelaru dan banyak diperngaruhi emosi..

    So, kenela elakkan menulis dalam keadaan tertekan..kang orang yg membaca blog kite lak yg akan tertekan.. πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *