Panduan Asas Paypal
9 11 2008Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Sejak tahun 2006, Ebook Panduan Asas Paypal saya terus menerus dimuat-turun (download) sehingga mencecah ribuan orang. Ya, sudah dua tahun berlalu. Dengan harapan Ebook Percuma ini memberi manfaat kepada mereka.
Malah, ada yang menghubungi saya mengatakan bermula dengan Ebook ini lah mereka mengenali dunia keusahawanan internet dan juga mengenali laman web yang lain seperti WangCyber.com dan IM-IM Malaysia.

Namun, sebahagian besar kandungan di dalam Ebook ini perlu dikemaskini agar lebih terkini terutamanya mengenai proses pemindahan dana daripada paypal ke akaun bank.
Dahulu, tak boleh transfer terus ke Malaysia. Kena landing dulu di negara lain. Tapi sekarang sudah boleh melakukannya dengan transfer dana tersebut ke akaun kad debit/kredit Visa.
Selain itu, ada beberapa bahagian yang perlu diubah agar tidak jauh berbeza dengan perkembangan terkini yang berkaitan dengan paypal.
Apa pun, saya mempunyai perancangan tersendiri selepas ini. Kemungkinan besar saya akan wujudkan dua versi iaitu versi berbayar dan juga versi percuma. Jangan risau, versi percuma bukan sekadar ‘teori’, tapi ia tetap membantu seperti sekarang.
Tujuan ebook ini hanya satu iaitu menggalakkan rakyat Malaysia memiliki akaun paypal agar para usahawan internet Malaysia dapat menggunakan paypal semaksima yang mungkin bagi penerimaan bayaran selain menggunakan sistem manual (online banking).
InsyaAllah, Panduan Asas Paypal versi berbayar akan menemui anda selewat-lewatnya awal tahun hadapan. Saya telah pun merancang apa isi kandungannya.
Semoga bidang perniagaan internet dan pembelian secara Online di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hanya ini sumbangan yang mampu saya lakukan melalui SmartUsaha.com.
Harap maklum.
ps. Belum download ebook ini? Klik di sini.
pps. Sudi kiranya menjawab poll berikut:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:


















Saya dah ada paypal n verified..
Sekarang tengah mencari-cari cara untuk menambahkan kantung paypal yang masih sikit je tu………
Harap2 dalam ebook zul ada cerita sikit cara nak tambahkan duit kat situ..
he he he..
Banyak caranya zool. Tapi mula2 ni buat satu2.
Boleh rujuk blog saya satu lagi:
http://bloggingsteps.com/tips
Satu cara yg biasa tapi lumayan adalah review. Setup satu blog, tarik trafik, naikkan Google PR sikit, insyaAllah ramai orang order untuk kita buat review.
byk cara sebenarnya nak tambah income ke paypal ni…yang paling penting rajin2 kan diri berforum ya….
PayPal memudahkan urusan pembayaran online, terutamanya untuk kita menerima pembayaran dari pelanggan luar negara :airplane:
dah ada. verified dan leh wat duit dr intertent gak..
Btl! Mula2 aku pun masih mencari-cari cara utk buat duit. Alhamdullilah la nie tgh cari cara nak mainten pendapatan aku.. :)
Saya kenal Zul pun melalui ebook ni la. Trimas Zul :wink:
Terima kasih kerana smartzul sedia berkongsi ilmu.