Panduan Asas Paypal: Percuma Untuk 5 Orang

TERKINI (12.45PM): PENYERTAAN TELAH DITUTUP.

Penyertaan telah ditutup. Maka ruangan komen juga telah ditutup. Pengumuman lima orang pemenang akan dilakukan dalam masa terdekat dan mereka akan dihubungi terus melalui emel. Terima kasih.

Ebook Panduan Asas Paypal yang digembar-gemburkan baru-baru ini telah pun siap. Hanya tunggu masa untuk dibuka jualan kepada umum dengan harga pengenalan kepada 50 orang sahaja.

Baik, berbalik kepada tajuk entri ini, saya mahu memberikan ebook ini secara percuma kepada lima orang yang memberikan komen terbaik. Tetapi ada syaratnya:

  • Belum ada akaun Paypal
  • Sudah ada akaun Paypal, tapi masih belum ‘menguasai asas-asasnya’.
  • Memberi paling kurang tiga point mengenai Paypal (seperti kepentingan Paypal, mengapa Paypal dan lain-lain), atau mengapa ebook ini diperlukan.
  • Memasukkan emel yang betul pada bahagian komen.

Tiada format komen tertentu. Anda bebas menulis dalam apa jua gaya, kaedah atau kreativiti.

Bagi pemberi komen yang terpilih, anda berhak mendapat ebook ini secara percuma dan juga berhak mendapat kelebihan-kelebihan yang lain seperti bonus dan menyertai forum komuniti tertutup untuk pembeli ebook ini.

Saya akan menutup ruangan komen ini sebaik sahaja jumlah komen mencecah 25 orang. Pemenang akan diumumkan di entri baru dan hadiah pula akan diberikan terus ke emel selepas pengumuman dibuat.

Selamat mencuba!

PS. Peluang untuk menjadi agen affiliate bagi ebook Panduan Asas Paypal juga akan dibuka kepada umum. Nantikan pengumumannya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

26 thoughts on “Panduan Asas Paypal: Percuma Untuk 5 Orang

  1. Sejak mengenali tuan dan tip-tip niaga internet yang diberikan,semakin meluap-luap rasa untuk turut serta menceburi perniagaan alam maya ini.Dulu langsung tidak memahami tentang di internet pun boleh mendapatkan wang,semoga tuan terus berkarya dan memberi panduan kepada kami yang ingin bersama-sama dialam maya.Salam sukses Tuan Zul.

  2. Kalau dulu, saya memang suka guna PayPal. Kenapa? Sebabnya, dulu saya takde online banking (sebab bawah umur) So, pada saya, ini adalah altenatif kepada online banking. Lebih menguntungkan lagi, kalau nak buat payment untuk pembelian antarabangsa seperti ebay dan sebagainya, PayPal adalah penyelesaiannya kerana ramai usahawan di luar menggunakannya serta ia dijamin selamat. Kepada sape2 yang nak berurusan secara online ni, anda wajib memiliki satu akaun PayPal sebagai satu cara pembayaran dan juga penerimaan duit secara online. Sebenarnya, masih banyak lagi perkara yang saya belum tahu mengenai PayPal. Contohnya, caj dia dan lain2. Kena pulak polisi dan fungsi terbaru PayPal ni sentiasa berubah. So, memang ebook ini amat saya perlukan.

    1. I LOVE PAYPAL……..

      Saya tidak pasti sudah berapa byk saya mempunyai akaun PAYPAL. Yang masih aktif 5 akaun..yang kurang aktif melebihi 20, yg dikenakan akses limit pun byk juga (tak ingat).

      Kebanyakkan Paypal saya gunakan untuk bisness di ebay. Faham-faham ajalah bisness di rumah org(ebay) silap sikit jer kena kick, begitu juga dengan Paypal.

      ———————————————–

      Dengan adanya eBook ini saya pasti ia dapat menolong ramai usahawan dan bakal usahawan untuk lebih aktif berbisness di market international mahupun di Malaysia.

      ———————————————–
      PAYPAL
      Ianya amat penting jika anda terlibat dengan bisness internet. Walaupun byk songgeh tetapi menjadi pujaan hatiku..hehehehe.

      ———————————————–

  3. Saya sangat memerlukan maklumat yang tepat dan betul untuk melebarkan lagi perniagaan fizikal saya di alam maya. Sudah lama berhasrat untuk membuka akaun paypal untuk membolehkan saya menembusi pasaran luar negara dan berjinak-jinak dengan cabang perniagaan internet lain seperti e-bay. Terima kasih

  4. 2005 – Merupakan tahun pertama saya melibatkan diri sebagai usahawan internet secara separuh masa dan hanya berbekalkan buku-buku panduan Irfan Khairi. Walau bagaimanapun faktor kerjaya memaksa untuk berhenti dalam jangka masa yang agak lama. Seawal tahun ini saya mengorak kembali langkah untuk bergelar usahwan internet dan syukur Alhamdulilah saya di temukan dengan blog “Smartusaha.com” yang memberikan rangkaian ilmu dan pendidikan berkenaan hidup dan perniagaan sekaligus membuka mata saya bahawa dunia perniagaan internet bukanlah satu skop yang kecil. Selama ini saya cuma melihat irfan khairi sebagai satu simbol guru usahwan internet, dan ternyata saya silap , rupa-rupanya masih ada sehebat beliau. Smartusaha.com @ Mohd Zulfadli merupakan orang kedua yang banyak membantu saya walaupun selama ini saya cuma merupakan “Pembaca Senyap” di blog beliau tanpa meninggalkan sebarang komen. Terima Kasih..

  5. wow! tak sangka ilmu yang saya cari sejak 2005 akan diberikan percuma! Boleh la mulakan akaun paypal dan mula shopping online secara global! terlalu banyak produk yang saya inginkan tetapi tidak wujud di website-website Malaysia!
    TQ En Zul 😉

  6. Salam tuan zul.
    satu ebook yang bermanfaat untuk seorang seperti saya ni yang masih belum mempunyai asas tentang paypal ni. Dah lama teringin memiliki akaun paypal sendiri tapi sampai sekarang tidak dapat menunaikan hasrat saya itu.
    Memiliki akaun paypal seperti memiliki wang elektronik yang dapat digunakan pada bila2 masa sahaj. Saya tengok semakin ramai usahawan yang menyediakan paypal bagi melakukan transaksi urusan jual beli secara maya. Ianya sangat memudahkan kerja memudahkan urusan bagi seorang penjual dan juga pembeli.Malah paypal diterima dalam urusan luar negara juga jika melibatkan urusan jual beli luar negara.

    p/s:saya masih tercari2 satu panduan yang dapat membantu saya untuk mengetahui bagaimana asas untuk memiliki akaun paypal sendiri..=)

  7. Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Saya merupakan salah seorang yang telah pun mempunyai sebuah akaun Paypal. Secara asasnya, pada awal penglibatan saya didalam urusan jual beli di internet menggunakan Paypal ini, saya mengalami beberapa masalah teknikal untuk menguruskan beberapa bahagian penting didalam akaun Paypal.

    Puncanya adalah disebabkan terdapat beberapa terma yang kurang difahami memandangkan bahasa asas (default) yang digunakan di Paypal adalah didalam Bahasa Inggeris. Penyelesaiannya? Saya terpaksa ‘Google’ setiap terma di Paypal secara satu persatu!

    Sudah semestinya ia akan menghabiskan banyak masa, bahkan sehingga kini masih terdapat beberapa fungsi di Paypal yang masih belum dapat saya dikuasai. Contohnya, bagaimana menghasilkan butang ‘Buy Now’ berkonsepkan dimana pembeli boleh melakukan ‘refund’ bagi setiap produk yang dibeli oleh mereka secara automatik melalui Paypal.

    Kesimpulannya, bagi usahawan yang melakukan urusan jual beli secara online di internet, memiliki sebuah akaun Paypal merupakan satu kelebihan bagi anda.Bakal prospek akan mempunyai kaedah pembayaran yang pelbagai iaitu sama ada melalui Paypal, kaedah bank in, deposit tunai, atau transfer bankin.

    Sekian.

  8. Assalamualaikum, saya belum pernah mendaftar akaun paypal walaupun saya ada sedikit pengetahuan mengenai PAYPAL..

    Kepentingan PAYPAL – salah satu alat pembayaran (Payment processor). Secara “detail” Pengguna internet dapat membeli barangan yang mereka suka dari dalam atau luar negara melalui internet dengan mudah kerana PAYPAL satu sistem universal “satu cara satu dunia”

    Kenapa saya harus miliki BUKU PANDUAN ASAS PAYPAL ini…

    Dengan PAYPAL saya mudah melebarkan pengrusan perniagaan ONLINE saya… satu lagi koleksi ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk generasi akan datang..

    “sampaikan olehmu daripadaku walau sepotong ayat”- maksud hadis

  9. Salam..bagi orang baru mengenali internet marketing macam saya panduan asas paypal ni hadir tepat pada masanya.Banyak kelebihan jika memiliki akaun paypal.Melalui yg saya lihat Kebanyakan perniagaan internet menggunakan kemudahan transaksi melalui paypal.Dengan adanya akaun paypal transaksi tidak terhad dalam Malaysia malah ke seluruh dunia.Urusan online jadi mudah serta aktiviti menjana pendapatan kita mampu ke peringkat global seperti yang dilakukan usahawan2 IM sekarang.Dengan adanya panduan ni mudah untuk belajar terus dan praktik.So tak perlu pening2 cari maklumat pasal paypal lagi..Blajar terus dari pakar.

  10. Salam Tuan Zul,

    Biasa sangat dengar mengenai Paypal tetapi tidak mendalami akan kegunaan dan kebaikannya sehingga satu ketika saya terbaca tentang niat Tuan Zul baru-baru ini untuk menyediakan e-book “Panduan Asas Paypal” yang berbayar bagi membantu dan membuka mata lebih ramai rakyat Malaysia untuk melengkapkan urusan perniagaan mereka di internet. Saya sangat TERUJA dan rasa ketinggalan kerana tidak mendapatkan ilmu percuma yang pernah Tuan berikan sedikit masa dahulu tetapi rasanya masih belum terlambat untuk belajar sesuatu yang baru kita tahu.

    Teruskan perjuangan Tuan dengan berkongsi ilmu.

  11. Assalamualaikum wbt,

    Terima Kasih kpd SmartZul kerana membuka “peluang” ini.Terima Kasih juga kerana selama ini menjadi lubuk ilmu bagi saya untuk mempelajari mengenai perniagaan internet dengan mudah dan baik.

    Pertama-tama sekali,
    saya tidak mempunyai akaun Paypal.

    Kedua,
    -PayPal sangat penting bagi seorang IM yang betul2 menceburi bidang IM.
    -PayPal sebuah jenama yang dipercayai sebagai merchant account di seantero dunia.
    -Dengan PayPal,saya dapat menjalankan Perniagaan Internet untuk ‘market’ tempatan dan antarabangsa.

    X gitu SmartZul? heheheh..
    (Ya Allah,bukakanlah hati insan bernama Zulfadhli ini untuk memberikan ebook tu kepada aku..Amin)

  12. Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

    Terlebih dahulu saya mengucapkan Sekalung Tahniah kpd Usahawan Interent yg sangat saya kagumi, saudara Zulfadli. Sejak 2006, pelbagai tips, motivasi serta ilmu telah saya pelajari di sini!

    Tahniah di atas penerbitan eBook Panduan Asas Paypal yang sudah pastinya akan banyak membantu usahawan dalam perniagaan di Internet yang kebanyakkan masih kabur tentang fungsi Paypal sebagai platform penerimaan pembayaran di Internet yang semakin popular masakini.

    Bagi saya, setiap Usahawan Internet wajib mempunyai satu akaun Paypal. Paypal menawarkan pelbagai fungsi yang memudahkan Usahawan dan pelanggan untuk berurusan. Sehingga kini, saya amat berpuas hati dengan mutu dan tahap kestabilan Paypal yang sememangnya secured dari ancaman scammer.

    Kesimpulannya, Paypal adalah salah satu medium perkhidmatan terbaik (bagi saya) setakat ini kerana ianya amat membantu saya menjalankan perniagaan internet saya terutamanya di eBay. Dan sudah pastinya panduan asas paypal ini akan membuka mata lebih ramai usahawan untuk berkecimpung dalam perniagaan internet..

    Sekian, Wassalam.. 😀

  13. Terima kasih banyak2 Tuan Zul. Tiada apa2 lagi yg boleh saya mintak. Screenshot langkah demi langkah disediakan. Ada pula video penerangan tambahan dan juga forum komuniti yang pasti menyediakan ‘after sales service’ dan juga ‘support team’. Memang terbaik. Silap2 harganya lebih murah berbanding dengan usaha yang dilakukan oleh Tuan Zul utk menyiapkan ebook ini.

  14. salam

    saya adalah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan di internet tetapi ada satu perkara yang amat memalukan saya iaitu saya masih tidak mempunyai akaun paypal dan apabila saya ingin mendaftar akaun paypal ia memerlukan kad kredit mana mungkin seorang yang masih bergelar pelajar mempunyai kad kredit, debit kad pun saya masih belum mahir. Kejahilan saya di dalam asas paypal ini sedikit sebanyak menghalang saya untuk terus mengembangkan perniagaan kerana mana mungkin orang asing luar Malaysia mempunyai akaun maybank dan saya tidak mahu digelarkan sebagai jaguh kampung kerana hanya berjaya di negara sendiri.

  15. Masa saya mula-mula kenali dunia IM, saudara zul orang yang banyak membantu saya.Setiap soalan yang saya ajukan walaupun simple.Tetapi penjelasan beliau memang “meticulous”

    Terima kasih kerana menyediakan bonus ini..

    Paypal sangat penting sebagai medium perantaraan antara pembeli & penjual.Saya rasa amat layak untuk memilikinya kerana saya akan menggunakan ilmu tersebut dalam business saya.Kerana saya major “produk fizikal”

    Terima kasih 🙂

  16. Sebelum komen saya, saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Encik Zul kerana telah sanggup berkongsi segala tips untuk kami yang baru menceburi bidang bisnes alam maya ini. Akaun PayPal tidak dinafikan mempunyai banyak kelebihannya kerana ianya menjangkau sempadan luar negara kita. Kita boleh berurusan dan berurusniaga tanpa had dan sempadan. Namun, penggunaan akaun ini memerlukan bimbingan pakar , agar tidak tersalah menggunakannya. Oleh yang demikian, EBook PayPayl yang Encik Zul lancarkan ini amat bertepatan sekali.

  17. Sejak Jun 2009 lalu sehingga sekarang(dah masuk setahun), saya menjana ‘sedikit’ pendapatan sampingan setiap bulan dari perniagaan internet melalui penjualan produk sendiri iaitu ebook. Saya hanya menyediakan kaedah pembayaran melalui cimb dan maybank sahaja, tetapi tidak melalui PAYPAL.

    Kenapa?

    1) Akaun PAYPAL saya kena ‘Account Access Limited’ sejak tahun lepas. Saya tak tahu macam mana nak settle masalah ni sejak tahun lepas lagi. Lagipun, leceh la nak contact diaorang, pastu nak kena speaking lagi…malas.

    2) Saya dah syok tengok duit masuk dari cimb/maybank setiap hari…boleh terus cash out, buat apa perlu paypal yang mana kena kumpul dulu banyak-banyak baru boleh keluarkan cash(cara nak keluarkan duit dari PAYPAL pun saya tak tahu)

    3) Selama ni saya anggap PAYPAL ni hanya perlu bagi bisnes Ebay atau market oversea je, tidak bagi market tempatan.

    Tapi baru-baru ni…11 Mei 2010, seorang rakan saya, newbie..(saya pun newbie, cuma dia ni lebih newbie dari saya) launch ebook pertama (dalam bahasa Melayu) dan menyediakan kaedah pembayaran melalui cimb, maybank &…guess what..PAYPAL. Didapati, hampir 20% pembeli membayar melalui PAYPAL.

    Mereka ini terdiri daripada 3 golongan:

    1)Orang yang ada kad kredit.
    2)Orang Malaysia yang tinggal kat oversea spt UK dan Negara Arab.
    3)Orang Brunei, Indonesia dan Singapore.

    Baru saya sedar, saya dah kehilangan 20% dari pendapatan saya setiap bulan ….sejak setahun lepas..oh..:(

    Ebook Panduan Asas Paypal ini keluar tepat pada masanya …ketika saya amat memerlukan…

  18. Salam sejahtera.

    Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada saudara SmartZul kerana menghasilkan satu e-buku yang akan memberi manfaat kepada para usahawan internet, khususnya bagi mereka yang ingin memulakan langkah pertama.

    Saya tergolong di kumpulan 2, iaitu sudah mempunyai 1 akaun Paypal. Namun begitu saya masih belum menguasai beberapa perkara asas yang berkaitan dengannya. Oleh itu, sejak e-buku ini diumum akan dilancarkan, saya tertunggu-tunggu sehinggalah ke hari ini. 😉

    Berbalik kepada Paypal, ia merupakan satu perkara yang penting di dalam menjalankan perniagaan internet. Hal ini kerana dunia internet adalah sangat luas dan menjangkaui ke serata tempat. Oleh itu, memiliknya adalah suatu kemestian kepada para usahawan.

    Selain itu, transkaksi wang di alam perniagaan internet juga luas dan melibatkan beberapa akaun daripada beberapa buah tempat. Jika institusi perbankan tempatan, ia hanya sesuai untuk pasaran tempatan. Jika pasaran antarabangsa pula, maka Paypal adalah sangat sesuai.

    Di samping itu, soal keselamatan juga menjadi satu isu di alam perniagaan internet. Alam internet merupakan alam maya. Kebarangkalian berlakunya penipuan itu ada khususnya urusan yang melibatkan wang ringgit. Oleh itu, Paypal telah diakui selamat sama ada daripada pihak para usahawan mahupun pelanggan.

    Akhir kata, Paypal itu merupakan suatu kemestian. Selain itu, ia perlu dimiliki oleh mereka yang ingin menceburkan diri di alam perniagaan internet sama ada para usahawan dan lainnya. Oleh itu, Paypal sangat diperlukan di alam perniagaan internet.

    Sekian. 🙂

  19. Salam.. saya ingin mencuba untuk memberi sedikt komen.Mungkin komen2 saya tak sehebat komen2 IM yang lain. Untuk pengetahuan Tuan Zul,saya pernah membuka akan Paypal. Tapi belum menguasainya. Sudah lama dibiarkan begitu saja. Bercadang ingin membuka akaun baru, tapi tiada panduan. Saya keliru untuk menggunakan paypal. Dengan adanya ebook ini, saya yakin ia dapat memberi sedikit sebanyak panduan kepada kami sbg newbie.Jika tiada asas, sesatlah jalan.. Pada pendapat saya paypal itu penting adalah tujuan kita untuk melakukan transaksi kewangan jika kita membuat jual beli / pengurusan online dan juga menyertai affiliate sama ada di dalam & luar negara. Itu kefahaman saya, jika silap maafkan saya. Lagi sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Zul menyediakan panduan yang hebat ini. ikhlas dari saya ,Tokey Topup 🙂

  20. assalamualaikum bro smartzul,

    Harap dapatlah kiranya mencuba untuk memberikan komen. Sebenarnya saya masih tak tahu menggunakan akaun paypal dan tahu kelebihan serta keistimewaan yang ada antara paypal dengan cara pembayaran yang ada di internet ini.
    Saya hanya mempunyai online banking seperti m2u sahaja sekiranya berurusan dengan
    internet-internet marketer yang lain.
    Dahulu ada juga mendaftar tetapi disebabkan seperti tidak mempunyai asas-asas penggunaan jadi saya tinggalkannya.

    Kalau boleh Panduan Asas Paypal yang bro Smartzul lancarkan ini tidaklah terlalu asas
    sebab saya ada juga ebook berkenaan Paypal tapi untuk mempraktikkan dan cara menggunakannya saya tidak tahu.
    Jadi macam saya ada sebuah motorsikal tapi xpandai hendak menunggangnya. Baik saya guna basikal. Begitulah perumpamaannya.

    Saya tahu kelebihan mempunyai akaun Paypal, orang kata ianya mudah untuk kita berurusan dengan orang lain diluar negara.
    Kadang-kadang bila ingin meyertai sesuatu program luar negara diorang minta akaun Paypal terus lemah semangat hendak sertainya.
    Macam kalau tak ada akaun Paypal tak boleh sertai mana-mana program di luar negara.
    kelebihan lain paypal ini juga ada yang mengatakan ianya mudah digunakan tak tahulah sebab orang lain yang pakai, saya yang tak
    mempunyai asas penggunaan ini hanya mampu melihat sahaja.

    Saya lihat ramai internet-internet marketer Malaysia rata-rata sudah mempunyai akaun Paypl mereka. Jadi saya ini juga ingin sertai mereka untuk terus bersaing dalam industri perniagaan internet ini.

    Diharap industri Perniagaan Internet Malaysia dapat bersaing dengan industri perniagaan internet luar negara.

    p/s : kadang-kadang sesuatu ilmu jika tidak dipraktikkan tidak berguna juga. saya harap tidak tergolong dalam golongan tersebut.

  21. Salam Zul.

    Saya telah memiliki akaun Paypal. Membeli secara online akan menjadi lebih mudah dan selamat bila menggunakan paypal.

    Walaupun masih banyak perkara yang saya tidak faham dengan paypal ini tapi, paypal banyak membantu terutama bila akaun bank tidak cukup untuk membayar sesuatu produk atau perkhidmatan yang dibeli secara online. Ini kerana masih sempat bernafas kerana bayaran hanya perlu dibuat sebulan selepas menggunakan perkhidmatan ini.

    Satu perkara yang saya tahu lagi dengan kelebihan paypal ini, saya boleh arahkan paypal menghentikan bayaran bagi sesuatu perkhidmatan yang perlu dibayar setiap bulan contohnya bila kita menggunakan perkhidmatan autoresponder seperti aweber atau getresponde atau lain-lain perkhidmatan.

    Ha.. ada satu lagi yang saya ingat. Jika kita ada credit di akaun paypal, kita boleh guna terus untuk buat pembayaran.

    Kita juga boleh keluarkan duit kita yang ada di akaun paypal itu. Tapi saya tak pernah buat lagi. Lagipun saya tidak tahu bagaimana nak buatnya..

    Itu sahaja perkongsian saya. Terima kasih.

  22. Syabas Zul kerana usaha menerbitkan ebook Panduan Asas PayPal. Walaupun saya dah daftar akaun PayPal tetapi masih kurang menggunakannya. Setakat ini baru 2 kali saya membeli produk digital dengan PayPal. Memang saya akui sesiapa sahaja yang ingin berurus-niaga di internet sebaik-baiknya mesti memiliki akaun PayPal kerana ianya amat-amat memudahkan urusan jual & beli. Paling penting ianya sangat selamat kerana sistem keselamatannya dijamin.

    Cuma jika tidak berhati-hati mungkin juga pemilik akaun PayPal akan menanggung kerugian kerana jika pembeli tidak berpuas-hati mereka boleh minta pihak PayPal memulangkan semula duit mereka daripada akaun pemilik akaun PayPal. So, di sini sebab musababnya saya masih kurang berani menerima pembayaran menggunakan PayPal..mungkin kerana kurang faham polisinya. Semoga dengan terbitnya ebook Panduan Asas PayPal ini akan memudahkan lebih ramai orang untuk memahami & seterusnya menggunakan PayPal sebagai medium urusan jual & beli di Internet terutamanya sekarang PayPal menerima Malaysia sebagai negara yang diiktiraf untuk transaksi kewangan mereka menggunakan (MYR) Malaysian Ringgit.

  23. Salam sejahtera kepada tuan zul@smartzul,
    Jika disebut tentang kaedah pembayaran bagi pelbagai jenis menggantikan kad kredit,paypal adalah satu sumber kaedah pembayaran yang tidak asing lagi bagi kalangan warga usahawan-usahawan internet dimalaysia mahupun luar negara.
    Walaubagaimana sekalipun..masih ramai juga yang tidak mengetahui apa itu’paypal’.Meskipun dimasa sekarang ini,terlalu banyak panduan paypal percuma yang boleh didapati melalui pelbagai sumber di internet,tetapi ini tidak bermakna panduan yang diberikan itu selengkap panduan berbayar yang telah dihasilkan oleh tuan zul ini.
    Sejajar dengan pelbagai perubahan yang telah banyak berlaku didalam menggunakan servis paypal ini,saya rasa dengan penghasilan ebook up to date dari tuan zul ini akan banyak membantu ramai usahawan-usahawan internet dimalaysia ini.Tidak kiralah anda pernah,memiliki atau mempunyai akaun paypal sebelum ini sekalipun,ini tidak bermakna segala fungsi atau kaedah yang selengkapnya tentang paypal anda mengetahuinya,oleh itu dengan memiliki ebook paypal terbaru keluaran tuan zul ini,pasti tidak akan memberikan diri anda rasa penyesalan sekalipun ia adalah berbayar..!!!
    Pelaburan ilmu untuk hari ini,mungkin akan menjamin sedikit kejayaan anda dimasa hadapan..!!!Percayalah..!!!

  24. Pertama sekali.. TAHNIAH BRO~!!! Dlm diam make new eBook.. Congrats!!!!

    Apa pun, pada pandangan saya.. Mengapa dan kenapa kita perlu memilih PayPal?

    1- Mudah
    2- Murah
    3- Simple

    Mengapa saya katakan MUDAH?

    Mudah dibentuk dan mudah untuk membuat akuan baru.. Perlu paling kurang DEBIT KAD Maybank yg BUAH CERI. Owh.. MUDAH bukan?

    Mengapa MURAH?

    Tak ler semurah mana.. Bagi yang baru nak guna.. Saya syorkan PayPal.. Kerana ia merupakan pembayaran online yang tidak mengenakan YEARLY FEE.

    So, dengan itu akan membuat pengguna baru seperti aku akan merasa selamat walaupun pendapatan melaluinya tidak mencapai apa yang dihajati.. Dah jimat duit… 🙂

    Mengapa Simple?

    Simple jika kita menggunakan untuk website semudah ABC. Mungkin dengan panduan bro Zul lagi memudahkan dan membuat PayPal lebih SIMPLE digunakan… 🙂

    Keseronokan luar jangka…

    Sekarang dah boleh withdraw @ keluarkan melalui bank2 tempatan.. YERGHG!!!!

Comments are closed.