Panduan Paypal: Harga Pengenalan Tamat
Alhamdulillah. Dalam dua hari sahaja (tidak sampai 48 jam), iaitu bermula pada 27hb (Jun) malam sehingga 29hb petang, tawaran harga pengenalan RM20.00 Panduan Asas Paypal untuk 50 orang pembeli pertama telah pun dipenuhi. Maka secara automatiknya tawaran ini ditutup, dan harga telah pun dinaikkan kepada RM30.00.
Ada mereka yang terlewat (tidak sempat) untuk melakukan bayaran dengan harga promosi, namun saya tidak membukanya lagi untuk mereka. Saya perlu berpegang pada janji.
Terima kasih saya ucapkan kepada para pembeli bagi fasa pertama pelancaran ebook ini. Dan terima kasih juga kepada rakan-rakan JV dan agen affiliate kerana membantu promosikan ebook ini.
“Perjalanan” ebook ini masih terlalu muda. Baru dua hari dan akan masuk hari ketiga. Saya berharap dengan wujudnya panduan ini, ia merancakkan lagi bidang perniagaan internet di Malaysia. Malah, Paypal akan masuk ke Malaysia tidak lama lagi dan bekerjasama dengan pelbagai pihak. Contohnya kelak, pengguna talian Maxis boleh membayar bil melalui Paypal.
Persoalannya, apakah perancangan saya seterusnya untuk projek ebook ini? Buat masa ini, saya mahu berehat seketika dan mahu siapkan beberapa projek lain dahulu. Biar sahaja jualan ebook ini secara autopilot buat sementara tanpa promosi besar-besaran. Selain itu, saya juga mahu fokus kepada promosi Sistem MiniNiaga.

PS. Ada yang tanya saya: “Tiada versi Resell Rights (RR) untuk ebook ini?” Jawab saya ringkas, “ADA. Tunggu makluman saya nanti.” INFO RINGKAS: Peluang RR ini dibuka kepada 28 orang sahaja dan terus terang saya katakan, harganya bukan seperti kebanyakan produk RR lain yang murah-murah. Saya amat ‘sayangkan’ ebook ini dan ia dihasilkan bukan dalam sehari dua atau secara tangkap muat.
PPS. Bagi yang belum menjadi agen untuk produk ini, boleh daftar dengan klik di sini. Komisyen untuk satu jualan adalah RM15.00.
Artikel berkaitan:
- http://blog.smartusaha.com/mengapa-perlu-akaun-paypal/
- http://blog.smartusaha.com/menerbitkan-produk-informasi-asas/
-
Incoming search terms:
- panduan paypal
- pengenalan paypal
- panduan paypal smartzul
- panduanpaypal
- paypal smartusaha















Salam sejahtera saudara SmartZul.
Tiada apa yang ingin dikatakan melainkan ucapan tahniah.
Tahniah.
Salam maju jaya.
Terima kasih saudara Hadi. Semoga ebook itu berguna dan mudah difahami.
arrgh……… terlepas plak.
Tak apa Paklong. Kandungan pakej ini saya akan tambah sedikit demi sedikit. Dalam masa terdekat ini, saya akan tambah beberapa video lagi. Saya akan pastikan pembeli ebook ini gembira dan puas hati.
Produk berkualiti selalunya memang laris macam ‘pisang goreng panas’
Tahniah bro Zul!
Terima kasih Hamirul.
Memang macam pisang goreng panas! Belum sempat promote harga promosi, dah laris jualan nya
Ya, betul. Semoga sambutan berterusan secara konsisten walaupun tidak besar.
Sempat juga dapat satu sale melalui link affiliate saya… hehe
Terima kasih tuan. Tidak mengapa. Projek ini untuk ‘long term’. Saya tidak berharap hasil yang besar. Sebab itu promosi biasa-biasa sahaja.
salam, tuan zul… tahniah atas kelarisan e-book ini….
Terima kasih tuan.
panduan menarik untuk dimiliki oleh semua orang yang ingin berjaya dalam perniagaan internet