Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Sukarnya Membina Minisite Yang Lengkap

Minisite adalah sejenis laman web ringkas yang biasanya digunakan untuk menjual satu produk sahaja. Contoh minisite adalah seperti:

Minisite yang lengkap bermaksud ia dilengkapi dengan borang pesanan dan juga sistem Affiliate (jika perlu). Bagi mereka yang telah biasa atau mempunyai kemahiran teknikal, mungkin tiada masalah. Namun bagi mereka yang masih baru, ia merupakan cabaran yang menduga juga.

Terus terang saya katakan, sepanjang pengalaman saya di dalam menyiapkan sesuatu produk untuk dijual, salah satu perkara yang betul-betul membuat “mood” saya tercabar adalah membuat minisite yang lengkap terutama untuk membuat laman pembelian (borang pesanan – order form-), laman terima kasih dan lain-lain halaman (page).

Laporan “Kegagalan Membina Minisite”

Mungkin anda mengenali Team Flarebiz. Mereka terkenal dengan sistem Niagakit yang telah mendapat hebohan sebahagian besar Internet Marketer dan juga blogger, malah telah mendapat liputan media.

Pada pertengahan tahun lepas, mereka telah mengadakan sebuah bengkel (kursus) membina minisite. Daripada bengkel itu, mereka membuat keputusan bahawa hampir 70% para peserta “gagal” menguasai kemahiran membina minisite walaupun seharian suntuk berada di bengkel! Ia amat mengejutkan.

Jika anda mahu membaca laporan “kegagalan” itu, anda boleh download dengan klik di sini. Bersama laporan itu, anda juga akan mendapat sebuah modul membina minisite bernilai RM197.00! Ya, modul inilah yang digunakan oleh Team Flarebiz di bengkel yang dinyatakan itu. Kini menjadi milik anda secara percuma.

Apakah Solusinya?

Pada tahun 2007, saya hadir memberikan solusi dengan sistem EMS bersama produk Panduan Mudah FTP. Namun sistem ini masih ada banyak kekurangan. Walaupun ada banyak permintaan untuk mengubahsuai sistem itu, saya biarkan sahaja dengan mengharap ada solusi terbaru.

Kini, pihak Flarebiz.com hadir dengan sebuah sistem yang telah diuji dan digunapakai oleh sebilangan besar usahawan internet Malaysia. Saya sendiri juga sedang mengujipakai sistem tersebut dan saya amat-amat berpuas hati. Masakan tidak, keinginan saya untuk melihat wujudnya pelbagai pilihan kaedah membina minisite akhirnya direalisasikan.

Apakah nama sistem itu? Berapakah harganya?  Bagaimana ia berfungsi? Sejauh mana ia memudahkan? Segalanya akan terjawab nanti. Namun, untuk menghilangkan sedikit segala pertanyaan tersebut, anda boleh melawati laman web berikut:

http://www.mininiaga.com

Nantikan ulasan saya terhadap sistem ini, pro dan kontranya sekali. Tandakan pada kalendar anda, 28/6/2010 (Isnin) ini, sistem itu akan mula dilancarkan kepada umum.

-

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • minisite flarebiz
  • bengkel minisite
  • kursus membuat minisite
  • membina minisite ebook
  • panduan buat minisite percuma


13 Responses to “Sukarnya Membina Minisite Yang Lengkap”

  1. Hadi says:

    Salam sejahtera.

    Saya akui bahawa pembinaan minisite menyebabkan mereka yang ingin memulakan langkah pertama di alam perniagaan internet akan menjadi rungsing memikirkannya. Sebenarnya ia boleh menjadi mudah iaitu dengan menyerahkannya kepada yang pakar. ;-)

    Semoga MiniNiaga ini akan membantu, memudahkan segala urusan dan menjimatkan masa. :-)

    Setia menanti pelancarannya dan juga ulasan daripada saudara SmartZul mengenai pro dan kontranya. :mrgreen:

    Sekian, wassalam.

  2. imran says:

    Dah tengok salah satu beta tester. Memang mengancam…!!

    p/s : Url Laman Web Mininiaga tu ada kesilapan sikit. Terlebih 1 w :D

  3. Aqif says:

    Terima kasih kerana sudi mempromosikan MiniNiaga! :D

  4. abgzol says:

    ..tahniah kepada team FlareBiz kerana produk MiniNiaga ini dah tentu akan banyak membantu di kalangan mereka yang ingin memulakan perniagaan internet khususnya yg tidak tahu teknikal membina laman web. Saya juga tak sabar nak menunggu ulasan daripada zul tentang produk ini :-)

  5. Labanon says:

    Semoga yang mendowload laporan tersebut mendapat manafaat yang besar.

    Terima kasih kepada tuan Zul kerana sudi menyebarkan laporan hangit ini. :D

  6. saharol says:

    Thanks.
    Bolehlah tmbah ilmu lagi secara free..:P

  7. Hadi says:

    Betul tu, hangit tapi sedap. Kenapa ia sedap? kerana ianya percuma. he2. jangan marah, sekadar berguran memecah kesunyian. ewah! ;-)

  8. Amirol Asraf says:

    dah cuba test drive dengan mininiaga, memang best!

  9. Mr. Jobby says:

    Yes, totally agree with you. The minisite itself contribute to the greatest achievement of th blog.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)