Panduan Menyertai Bengkel Perniagaan Internet

Dewasa ini, bengkel perniagaan dan pemasaran internet tumbuh melata bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ia satu usaha yang bagus. Namun… Di sebalik kebaikan, pasti ada sedikit yang negatif. Saya tidak mahu menyatakan yang negatif atau yang buruk-buruk sebab ia adalah normal kerana kita tidak mungkin boleh sempurna 100%.

Saya menyatakan demikian kerana saya juga pernah mengadakan bengkel dan teramat sukar untuk kita memenuhi semua kehendak orang atau peserta. Hanya pembaikan sedikit demi sedikit berdasarkan kepada respon dan hasil pemerhatian. Orang kata, perubahan yang berterusan.

Tetapi… Kata-kata saya itu hanya untuk mereka yang melakukan bengkel dengan seikhlas hati dan bukan kerana untuk keuntungan semata-mata termasuklah langsung tidak mahu peduli pendapat dan kehendak-kehendak peserta atau bakal peserta. Mereka hanya mahu duit dan peserta itu soal yang kedua.

Di sini, saya hanya mahu berkongsikan beberapa perkara penting sebelum anda atau sesiapa sahaja yang mahu menyertai sesebuah bengkel perniagaan internet atau bengkel yang bertemakan buat duit di internet.

Tulisan saya ini dirasakan amat penting kerana saya dapati, ramai mereka yang kecewa selepas menyertai sesebuah bengkel kerana ia indah khabar dari rupa. Sebahagian besar duit gaji mereka habis dilaburkan untuk menyertai bengkel, tapi yang diharapkan hanya mimpi semata-mata…

1. Jangan hanya menilai sesuatu program seminar atau bengkel pada testimonial mengenai perjalanan dan pengisian program semata-mata. Contohnya, “Bengkel ini sangat menarik”, “Bengkel ini sungguh santai”. Ia bukan penilaian muktamad untuk menyatakan bengkel itu berkesan untuk para peserta.

Sebaliknya, lihat juga kepada hasil mutakhir para peserta yang menyertainya. Adakah mereka ada improvement? Hasil? Ini yang dapat menentukan bagus atau tidak pengisian bengkel tersebut. Namun, penilaian sebegini amat sukar kerana ia bergantung juga kepada usaha si peserta. Maka dengan sebab itu, baca tip berikut..

2. Ada pemantauan yang konsisten daripada pihak penganjur selepas bengkel. Jika bengkel tersebut mahal (harga tinggi), sepatutnya ada pemantauan yang diberikan oleh pihak penganjur. Pemantauan ini dari segi gerak kerja peserta (pelajar) dan juga hasil semasa dan mutakhir. Dengan adanya pemantauan ini, maka ada track record yang mana pihak penganjur boleh jadikan bukti bahawa pengisian itu berkesan atau tidak.

Dan saya sama sekali tidak bersetuju jika para peserta meletakkan beban sepenuhnya pada pihak penganjur seperti mereka perlu dibantu buat website dari A-Z, perlu diberitahu semua perkara, perlu dibantu itu dan ini dan sebagainya. Sebetulnya, sudah memadai pihak penganjur memantau, memberi saranan dan membimbing. Selebihnya, peserta perlulah berusaha dan melakukan sendiri, serta bertanya apabila perlu.

*Pemantauan bukanlah satu kewajipan. Tapi jika ada, ia satu kelebihan untuk para peserta. Pihak penganjur perlu menyatakan awal-awal sama ada program mereka ada pemantauan selepas bengkel atau tidak.

3. Utamakan bengkel yang akan menunjukkan ‘real case study’ dan bukan hanya ‘teori tunjuk-tunjuk’. Melainkan jika seminar itu seminar asas atau teori (dinyatakan awal-awal), maka ia tidak mengapa. Anda sebagai peserta sepatutnya melihat, mendengar dan belajar bagaimana melakukan sesuatu secara ‘tepat’. Contohnya, jika mereka mengatakan promosi di forum, mereka perlu tunjuk bagaimana melakukannya dan memberikan contoh yang pernah mereka lakukan.

4. Bertanya pihak penganjur. Sebagai bakal peserta, anda BERHAK bertanya soalan-soalan berkaitan. Sama ada dari segi sokongan selepas bengkel, material, pengisian dan apa saja soalan. Anda berhak bertanya kerana anda membayar mereka. Jangan mudah terpengaruh dengan promosi dan janji manis di laman web. Saya rasa, tidak ramai peserta melakukan pertanyaan sebelum bersetuju menyertai bengkel.

Pertanyaan juga boleh dilakukan kepada bekas-bekas para peserta. Bandingkan pro dan kontra pendapat-pendapat mereka. Anda perlu bertanya dan mengkaji terlebih dahulu kerana biasanya di laman web, hanya pendapat yang baik-baik sahaja yang diletakkan.

Pertanyaan teramat penting agar kita tahu bengkel itu sesuai untuk kita, dapat bersedia beberapa perkara sebelum ke hari bengkel, malah dapat membantu pihak penganjur bengkel menambah topik atau pengisian yang mungkin mereka terlepas pandang.

5. Faktor-X Kejayaan. Jangan mudah terpengaruh dengan testimoni-testimoni mereka yang berjaya melalui sesebuah bengkel. Ini kerana, mungkin mereka itu sudah ada asas perniagaan internet, komputer dan juga Internet. Bagaimana pula dengan peserta yang langsung tiada asas?

Kaji dan siasat untuk kepastian. Jika mereka yang didedahkan itu (testimonial) ada faktor-x seperti sudah ada asas atau sudah ada sedikit pengalaman, kemungkinan besar bengkel tersebut kurang sesuai untuk para pemula (newbie) atau mungkin mengambil sedikit masa untuk mendapat hasil dan melaksanakan proses.

6. Jangan membuat keputusan dengan emosi. Gunakan fakta, analisa dan kaji selidik. Ramai yang mahu jalan mudah dan hasil cepat. Maka mereka rela membayar ratusan atau ribuan ringgit untuk menyertai bengkel, asalkan mereka dapat hasil dengan mudah dan cepat. Namun, mereka jatuh tersungkur kerana tertipu. Tertipu dengan orang dan tertipu dengan diri sendiri.

7. Bengkel perniagaan internet biasanya ada pemanisnya iaitu screenshot pendapatan. Hati-hati dengan perkara ini. Antara yang perlu anda tahu:

  • Screenshot pendapatan apa yang digunakan itu? Ada yang letak contoh pendapatan, tapi itu bukan pendapatan melalui model ebiz yang mereka mahu ajarkan di bengkel. Ramai juga IM yang gunakan cara ini terutama dari luar negara.
  • Ada juga screenshot yang dibuat-buat (diedit). Biasanya screenshot berbentuk imej amat mudah untuk diedit.
  • Pendapatan mereka itu bercampur-campur. Bahkan ada pendapatan yang bukan melalui perniagaan internet pun dimasukkan sekali…
  • Pokok pangkal, jangan jadikan contoh pendapatan sebagai penilaian utama. Banyak lagi aspek lain yang perlu dipertimbangkan.

    8. Utamakan bengkel yang praktikal. Praktikal di sini tidak semestinya menggunakan komputer dan internet semasa bengkel berlangsung. Praktikal di sini bermaksud latihan. Memberikan latihan kepada peserta semasa bengkel adalah amat digalakkan. Contohnya, selepas selesai satu modul atau topik, berikan mereka latihan agar mereka faham apa yang telah dipelajari. Dari situ, pihak penganjur akan tahu perkara yang peserta kurang faham..

    Kesimpulan

    Nasihat kepada diri saya sendiri dan juga kepada mana-mana penganjur bengkel perniagaan internet atau apa jua bengkel cara buat duit di internet, sampaikanlah ilmu sebaik mungkin. Jangan utamakan keuntungan semata-mata, tetapi sediakanlah modul dan pelajaran yang berkesan. Kebanyakan peserta adalah ditaja oleh duit gaji bulanan mereka. Bimbinglah mereka sebaik mungkin dan pantaulah mereka dari semasa ke semasa.

    Akhir kata, tiada guna bengkel yang bagus jika para peserta malas bertindak, malas belajar dan malas serba serbi. 90% hasil kejayaan adalah daripada usaha diri kita sendiri dan 10% lagi adalahΒ bantuan bimbingan (tunjuk-ajar) daripada orang lain.

    No pain, no gain.

    Utamakan pertimbangan akal, bukan emosi.

    Semoga artikel di atas memberikan serba sedikit manfaat.

    *****
    Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, kongsikan di blog atau atau di mana sahaja tetapi dengan syarat meletak info ini dan juga pautan (link) berikut di akhir post blog anda tersebut:

    Sumber:Β SmartUsaha.com: Panduan Menyertai Bengkel Perniagaan Internet

    *****

    Penulis: Mohd Zulfadli


    (SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

    SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
    Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
    Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

    Komen Guna Facebook:

    comments

    24 thoughts on “Panduan Menyertai Bengkel Perniagaan Internet

    1. terima kasih diatas tips yang diberikan.Saya akan jadikan ia sebagai panduan jika ingin memilih untuk menyertai sebarang seminar kelak.

    2. Salam Smartzul,
      Terima kasih atas penulisan kali ini. Memang sangat menarik. Info tuan akan saya jadikan sebagai penambahbaikan lagi untuk bengkel praktikal saya.

      Memang betul kata tuan tu… ada juga beberapa orang peserta yang datang ke bengkel saya timbulkan isu tak puas hati selepas hadir seminar tu @ seminar ni. Biasanya saya diamkan je la.. (dengar & senyum aje) komplen diarang tu… pada saya setiap seminar @ bengkel tu berbeza objektifnya… jadi terpulanglah pada peserta nak sertainya… cuma kalau objektif yang diceritakan tu tak sampai.. tu yg masalahnya… mungkin salah peserta @ penganjur…

      Pada saya sebelum sesuatu bengkel@seminar yg kita anjurkan kita mestilah tahu apa yg peserta nak kan. Untuk tujuan itu saya selalu meletakkan diri saya sebagai peserta dengan masalahnya…. sekiranya mereka dapat apa yang mereka nak… pasti mereka tak kecewa…

      Dalam perniagaan internet (apa jua perniagaan pun sama sebenarnya) tiada hasil yang boleh didapati sekelip mata (yg sekelip mata tu memang no. ekor… hahaha). Semuanya memerlukan proses dan teknik yang betul… kerap kali saya ingatkan peserta2 saya…supaya praktis apa yang telah diajar … bahan2 rujukan yang diberikan gunakan sepenuhnya… jangan simpan ‘bawah bantal’… nanti lupa… dan kalau ada apa2 masalah hubungi saya… itulah komitmen saya… memang tiada gunanya kalau bengkel bagus.. semua tools lengkap tapi empunya diri sendiri tiada ambil tindakan seterusnya….. apa pun jika kedua2 pihak saling memahami peranan masing2 InsyaAllah semua pihak akan disenangi….

      1. Untuk bengkel tuan Zaki dan beberapa bengkel lain, saya amat-amat merekemenkannya kepada sesiapa yang mahu belajar perniagaan internet.

        Seperti yang saya katakan di atas, tidak guna jika bengkel bagus, tapi peserta serba serbi malas. πŸ˜€

    3. Mula-mula ingin pelajari bisnes internet ini, saya ada memasuki satu seminar yang begitu top pada masa itu.

      Saya tak salahkan pihak pengajur, kerana beliau pun ada banyak kerja ingin dilakukan sekiranya ia terus fokus kepada bekas pelajar seminar tersebut.

      Cuma hari saya hadir itu, saya dikelilingi oleh mereka yang pernah melakukan jualan di internet, ada produk sendiri, mempunyai website sendiri dan macam-macam lain. Jadi saya rasa seperti terpencil kerana tidak tahu apa-apa ketika itu.

      Apa-apa pun seminar tu memang best πŸ™‚

    4. Seminar hanya tunjukkkan cara sahaja dan salah satu cara untuk menpercepatkan pembelajaran.

      Samada berjaya atau tidak, 90% bergantung kpd peserta.

      Sama-lah macam, bila dapat degree, Tiada University yang boleh menjanjikan kerjayaan

      1. Betul. Seminar biasanya teori sahaja. Seterusnya, bergantung kepada peserta nak buat apa. Kalau nak lebih mendalam, masuk bengkel dan seterusnya personal coaching.

    5. Sebuah artikel yang amat menarik untuk menyedarkan para pembaca mengenai seminar buat duit di internet dan sewaktu dengannya.

      Btw, terdapat juga seminar yang diberikan percuma. Tetapi fokusnya adalah untuk menarik mereka untuk menyertai seminar yang berbayar.

      Bagi saya tidak salah berbuat demikian, asalkan mereka mengikuti perkara-perkara yang dibincangkan dalam artikel Zul. Maklumat yang bermanfaat serta step-by-step guide.

      Sebab mereka menaruh harapan kepada penganjur apabila hadir ke seminar tersebut berdasarkan janji-janji sales letter.

      1. Apa saja yang dilakukan, selagi masih dalam batas etika perniagaan, undang-undang dan Agama, maka lakukan saja. Kebanyakan mereka yang mengkritik hanya berdasarkan kepada emosi dan persangkaan mereka semata-mata.

    6. Saudara Smartzul sememangnya concern dengan perkembangan semasa.
      Lately, bengkel dan seminar dah jadi macam trend.
      Terkadang, saya ada terfikir, jika teknik yang akan diajarkan dalam sesebuah seminar mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan, mengapa perlu mereka susah-susah buat seminar. Bukankah di situ kita nampak mereka penganjur sebenarnya beroleh pendapatan lumayan hasil dari penganjuran seminar.

      Namun, bila fikir balik, normal lah tu. Penganjur bengkel adalah USAHAWAN. Dimana ada permintaan, di situ ada USAHAWAN.

      Cuma, pengguna yang perlu BIJAK memilih. Jadilah pengguna BIJAK.

      1. Seminar, bengkel dan seumpamanya juga adalah salah satu cabang perniagaan sejak dulu kala lagi. Yang mempersoalkan tu biasanya adalah individu dan bukan institusi. Sesebuah jabatan, institusi dan sebagainya memerlukan sesebuah pihak memberi training atau input kepada pihak mereka dan mereka akan bayar dalam jumlah yang besar. Ia bukan masalah bagi mereka kerana mereka ada budget. Sebaliknya, kebanyakan individu pula beranggapan negatif terhadap industri sebegini kerana mereka biasanya bergantung sepenuhnya kepada duit gaji. πŸ™‚

        Jadi… Mempersoalkan bidang perniagaan seperti seminar, bengkel dan seumpamanya adalah bukan satu tindakan yang wajar. Alasan pihak yang menganjur itu sudah jadi jutawan atau kaya raya bukanlah satu alasan yang logik untuk dijadikan sebagai penafian terhadap usaha sebegitu. Ia adalah sejenis perkhidmatan dan perhidmatan tidak haram di sisi Agama. Dan sesiapa sahaja dapat melakukannya selagi masih di dalam batas Agama dan undang-undang.

    7. Pada pandangan saya ada sedikit perbezaan di sini antara ‘bengkel’ dengan ‘seminar’.

      ‘Bengkel’ ada tempat untuk kita mempelajari sesuatu asas atau bidang yang akan kita ceburi di mana di dalam bengkel tersebut kita akan mula pelajari apakah step2 permulaannya hingga kita hingga kita tahu bagaimana untuk kita mengembangkannya.

      Manakala ‘Seminar’ pula adalah tempat untuk kita manambah input sesuatu bidang yang telah kita ketahui. Selalunya di dalam seminar mereka2 yg pakar di dalam badang2 tertentu akan menurunkan ilmu2 mereka kepada kita. Ini seolah2 seperti sesuatu mesin. Kadang2 kita perlu mengetatkan kembali ‘bolt n nut’ yg mana sudah longgar. Untuk menjadi usahawan yg betul2 mantap perkara mengetatkan ‘bolt n nut’ inilah yang perlu anda selalu lakukan.

      Walau bagaimana pun samada di dalam ‘bengkel’ atau ‘seminar’ kejayaan individu itu bergantung di atas usaha anda. Cuma 10% sahaja datang dari ‘bengkel’ atau ‘seminar’ manakala 90% atas usaha anda sendiri.

      Wassalam.

      1. Saya setuju Jimiey. Sebab itu saya lebih menyetuh bengkel. Bengkel biasanya level lanjutan selepas seminar. Biasanya, seminar adalah asas & teori. Ermm, penting tahu beza dua ni. Kalau tidak, ramai yang akan memberi harapan tinggi pada program seminar bahawa mereka akan belajar secara praktikal.

    8. Salam Saudara SmartZul.

      Di pihak penganjur, saya setuju dengan pendapat saudara. Penganjur perlu sediakan yang terjujur dan terbaik ‘semampu’ mereka.

      Saya pernah ikuti satu kursus melalui email oleh IM luar negara, dan ia memang berbaloi.. kita dapat lebih dari apa yang kita jangkakan.

      Di pihak peserta, ini cara saya untuk ‘kaji’ penjual sesuatu produk:

      Pertama, join newsletter dia. If newsletter dia konsisten n berqualiti macam Dr Ik, Eruwan Gerry (sekadar beberapa nama) memang berbaloi untuk kita beli/ sertai program mereka. If siri email dia kebanyakkannya hanya email promo, program ppl etc; baik berhati2.

      Kedua: Gunakan keyword “[nama IM+penipu]” and buat carian di google. Saya terselamat daripada promosi ‘seorang IM tempatan’ baru2 ini dengan menggunakan kaedah ini. (Surat jualan dia memang superb:-)..)

      Di pihak peserta, ya walau macammana bagus pun guru/ penganjur; tanpa usaha dan kesungguhan memang tidak akan ke mana2..

    9. Salam sejahtera sdr SmartZul

      Satu pandangan dari IM berjaya yang benar-benar ikhlas. Saya selalu dipelawa untuk menyertai seminar / bengkel ttp satu pun belum menyertainya. Sekarang ni tengah studi dulu apa camna nak buat dgn bisnes internet ni sambil mencuba teknik dan tool dari ebook yg dibeli. Try and error gitu.

      Apa yg saya rasa, IM baru macam sy ni tak de fokus mcm kata sdr Zaki Yusof dlm blognya, tak tau nak tulis apa-apa, hangat2 **** ayam. Kejap affiliate, adsense, buat ebook, auto viral dan mcam-mcm lagi. Tak de fokus. so.. camna nak berseminar / berbengkel kalau target sebenar bisnes dlm bidang ni masih samar. Macam kita nak berniaga kedai runcit, mesti pernah ada pengalaman jadi kuli di kedai runcit mamak ke baru senang kerja kita kalu buka sendiri. Kalau tidak, bisnes buluh kasap le. Ramai yg buat blog tp tinggal mcm tu je..

      Kekuatan dlm diri perlu ada dulu sbb sy rasa bidang ni bukan mudah seperti yg diiklankan dalam minisite/ landing page tu. Berbengkel boleh bila dah nampak/ berkeyakinan ruang bisnes internet yg ingin kita ceburi. Betul ke sifu..

      Wallahua’lam

    10. Tahniah Zul. Satu artikel yang baik.

      Saya nak berkongsi pendapat tentang perkara yang dibincangkan.

      Banyak jenis perniagaan yang terkandung dalam Perniagaan Internet. Jadi sebagai peserta, seseorang itu haruslah memilih bengkel yang sesuai dan menjurus kepada bidang perniagaan internet yang dia akan/sedang jalankan.

      Sebagai penganjur, tidak salah kiranya memberikan sesuatu yang lebih dari sepatutnya tetapi jangan membebankan diri dan juga menyebabkan peserta tidak berusaha dengan sendiri.

      Harga yang diletakkan untuk sesuatu bengkel tidak semestinya melambangkan kualiti bengkel itu.

      1. Memang itulah yang patut dilakukan oleh para peserta. Perlu buat kajian serba sedikit untuk kenal pasti apa yang perlu mereka belajar dan buat kajian terhadap pihak pengendali bengkel.

    11. Salam Tuan Zul dan rakan2,

      Apa yang Zul tulis tu yang positif tu ada dalam seminar saya dan negatif tu tak de.. πŸ™‚

      Yang penting adalah borang maklumbalas dan kita perlu bersedia dengan perubahan yang baik.

      Saya hanya caj yang berpatutan untuk peserta. Pada saya ia adalah berpatutan. Di tambah pula saya menyediakan perkhidmatan bimbingan selepas seminar kerana saya tidak gembira jika peserta saya tidak mempraktikkan atau tidak berpuas hati..

    12. Tips utk newbie nii.. thanks smartzul, ilmu yg dikongsi pasti akan mendapat ganjaran. Smartzul memang seorang yg tak kedekut ilmu. pujian ikhlas dari hati saya πŸ™‚ Ikut resmi padi, semankin tunduk semakin berisi.

    13. Pingback: Tip Menyertai Bengkel Perniagaan Internet | blog.sempoicrew
    14. Salam semua.

      Smartzul, satu lagi artikel yang BAGUS dari anda.
      Saya nak tambah sket: Salah satu perkara yang perlu diutamakan adalah niat pemilik-pemilik bengkel/seminar/workshop untuk mengajar peserta-peserta. Harga macam mana pun yang kita letakkan, tetapkan di fikiran kita, setiap apa yang kita ajar adalah untuk kebaikan peserta dan meningkatkan ilmu dan diri mereka.

      Di setiap bengkel saya, ada peserta yang berumur 50 tahun keatas. Saya tabik dan respek mereka-mereka ini kerana masih mahu mengubah diri mereka.

      Kepada peserta-peserta, ingat bahawa setiap RM yang anda laburkan untuk mencari ilmu itu, MESTI ada pulangan. Jangan membazir. Buat kajian terdahulu di atas apa yang anda perlukan. Prepare sebarang persoalan upfront.

      Dan satu lagi, bukan semua mentor/moderator yang FAMOUS dan GLAMOUR memberikan ilmu yang maksima kepada anda.

      Jumpa lagi.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *