Panduan Menjadi PAKAR Internet Marketing yang FOKUS

Menjadi Pakar Internet Marketing yang FOKUS [INTERNET MARKETER ULTIMATE GUIDE]

Anda ingin menjadi seorang Internet Marketer yang mempunyai kepakaran tertentu? Tetapi kadang-kadang sering tertanya, bagaimana langkah permulaannya.

Saya telah menulis banyak artikel berkaitan kerjaya Internet Marketer. Post ini adalah merupakan satu ‘rumusan’ penuh terhadap topik ini.

Terdapat ramai Internet Marketer di Malaysia. Mereka terdiri daripada pakar SEO, pakar affiliate marketing, pakar email marketing, pakar copywriting dan banyak lagi.

Seorang Internet Marketer biasanya memfokus kepada sekurang-kurangnya SATU KEPAKARAN. Manakala USAHAWAN INTERNET adalah individu yang membangunkan sebuah organisasi perniagaan.

Bagi mereka yang ingin menjadi Internet Marketer yang terbaik, saranan saya adalah pilih topik yang paling diminati dan sudah ada pengalaman mengenainya. Kemudian asah lagi kemahiran dan pertajamkan lagi teknik.

Internet Marketer tidak dapat mengelak daripada beberapa perkara berikut:

1. Menjual ebook berkaitan teknik pemasaran tersebut.
2. Menganjurkan seminar, bengkel, coaching, konsultasi dan seumpamanya.
3. Menulis mengenai subjek fokus tersebut sama ada di blog, Facebook dan forum online.

Perkara paling penting apabila kita mengatakan kita Internet Marketer adalah HASIL. Hasil ini tidak semestinya dalam bentuk pendapatan. Contoh:

  • Pakar SEO: Mempunyai kaedah SEO yang terbukti berkesan untuk dapatkan ranking muka pertama dalam masa 24 jam. Ia juga hasil.
  • Copywriter: Menulis salescopy yang menyebabkan klien mereka mendapat puluhan dan ratusan ribu, walaupun mereka sendiri tidak mendapat sebanyak itu.

Tugas Internet Marketer adalah membantu klien. Tidak semestinya diri sendiri perlu hebat, mewah dan berpendapatan besar. Yang paling penting adalah kita mempunyai “senjata rahsia” tersendiri yang mampu menggandakan jualan dan prestasi perniagaan para klien.

Internet Marketer ibarat seperti seorang SAINTIS yang menghabiskan masa untuk mengkaji, meneleti, menguji, bereksperimen dan mendokumentasikannya.

Cara Menjadi Pakar?

Ingin jadi pakar dalam satu-satu topik Internet Marketing? Saya mempunyai beberapa tulisan berkaitan seperti berikut:

1. Internet Marketer Vs Usahawan Internet v1

2. Internet Marketer Vs Usahawan Internet v2

3. 42 Cara Menjadi Pakar Bidang

4. Buat Duit Dengan Kepakaran

5. Kerjaya-kerjaya Internet Marketer

6. Baca juga ulasan PENTING saya ini [Internet Marketing di era Web 2.0] – Internet Marketer Dahulu Vs Sekarang

Mempunyai SATU KEPAKARAN adalah satu kelebihan. Orang lebih mudah mengenali kita, selain kita dapat FOKUS sepenuhnya. Apabila fokus sepenuhnya, kita MAMPU memberikan yang TERBAIK.

Sekian untuk kali ini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Berikan Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.