Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Apa Itu Pakej Kit Blogger? :)

9 07 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Apa khabar semua? Selepas balik dari kampung, kini saya kurang sihat pula. Wink Kena selsema dan sedikit batuk. Hmm, sekarang ni musim demam, so hati-hati dengan pemakanan dan persekitaran. Jaga pemakanan anda juga…

Baiklah, sebenarnya banyak yang saya nak tulis, tapi sekarang saya dalam proses mengemaskini pakej kit blogger kepada versi terbaru. Tidak banyak yang diubah, cuma beberapa perkara ditambah dan telah dibuang. Saya kekalkan mana yang perlu dan yang berkaitan sahaja.

Satu perkara yang perlu anda tahu mengenai Pakej Kit Blogger adalah, ia bukan for advance user (blogger), tapi ia adalah set permulaan sahaja. Sebab itu saya meletakkan perkataan Kit Starter atau perkataan Asas. Jadi jika anda bakal pembeli dan juga sudah menjadi pembeli, skop support saya terhadap Pakej ini adalah untuk perkara-perkara asas permulaan sahaja.

Jika anda bertanya mengenai sesuatu yang lebih daripada skop yang disampaikan melalui pakej Kit Blogger, maka saya biasanya tidak akan menjawabnya kerana banyak lagi soalan-soalan yang perlu saya layani. Soalan-soalan yang akan saya bantu adalah yang berkaitan dengan kandungan Kit Blogger sahaja dan bukan persoalan Advance.

Mudah dikatanya, Pakej Kit Blogger adalah satu kick start untuk anda sebagai blogger yang baru. Ia satu panduan yang khusus untuk anda bermula sahaja dan bukan mengajar semua perkara yang berkaitan dengan blogging.

Untuk mengetahui perkara-perkara yang lebih advance, maka anda perlu mencarinya sendiri atau mendapatkan produk-produk yang berkaitan.

Jadi saya harap anda jelas, pakej kit blogger hanyalah sebagai pembuka pintu untuk anda berkecimpung dalam bidang blogging, sebaliknya ia bukan satu set penyelesaian yang menyeluruh. Smile

Tip Menjadi Blogger Berjaya

Anda perlu bermula dengan betul, sabar, ada keinginan dan usaha yang kuat. Kebanyakan blogger-blogger baru yang saya perhatikan, mereka mahu banyak perkara dalam masa yang singkat. Ia bukan tidak boleh, tapi bergantung kepada keadaan dan syarat tertentu.

Jika anda seorang yang sibuk bekerja, mungkin anda hanya ada masa satu jam sahaja sehari untuk belajar dan membina blog. Jadi, anda sedikit lambat daripada orang lain. Itu bukan kekurangan, sebab anda perlu menjadi diri sendiri.

Jika anda seorang yang sedikit lemah dalam bidang komputer dan IT seperti asas komputer yang tak tahu sangat, maka bertambah sedikit kesulitan anda dalam membina blog. Maka di sini, tiada guna sifat mahu cepat sebab anda ada sedikit ‘halangan’.

Anda tanyalah mana-mana blogger atau pemilik blog yang sudah establish, adakah blog yang mereka miliki itu siap dan ’sempurna’ dalam masa yang singkat? Dan tanya mereka lagi, adakah mereka sudah tahu banyak? Mereka akan jawab:

“Saya ambil masa yang lama juga untuk ‘menyempurnakan’ blog ini…”.

“Semakin saya belajar, semakin banyak perkara baru yang perlu saya pelajari…”. Smile

Jika anda belum mendownload Interview dengan 7 orang blogger, downloadlah item percuma itu hari ini juga. Baca pengalaman dan tip mereka. Klik di sini untuk ke laman web 7 Blogger.

Begitu juga saya. Saya masih banyak perlu belajar dengan orang lain mengenai blog, Wordpress dan blogging. Jangan sesekali anggap saya adalah the expert. Wink

Jadi sebagai penutup, jangan gopoh, buat perancangan dan lakukan sekurang-kurangnya satu perkara sehari dengan penuh kefahaman. Kegopohan tidak akan membawa anda ke mana-mana. Percayalah…

- SmartZuL

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Produk Kami
  • Ingin Jadi Blogger? Ingin Ada Blog Sendiri?
  • Si Dia Sudah Hampir Tiba…. ;)
  • Ebook Percuma Lagi…
  • Pemenang ‘Contest’ + Bayaran Affiliate
  • Projek 7 Blogger LIVE!
  • Pakej Kit Blogger - Komisen RM25.00
  • Ebook Percuma
  • Just Do It! Let Your Customer Talks!
  • Perkembangan Terkini Produk SmartUsaha.com

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    6 Comments »

    Comment by Afzai Afandi
    2007-07-10 00:03:29

    Ya, betul tu.gopoh tidak membawa kita ke mana2. Pada saya menulis blog ni ibarat larian marathon dan bukannya larian pecut. Sesiapa yang mampu bertahan lama dialah juara seperti anda. LOL

    TQ

     
    Comment by smartzul
    2007-07-10 03:19:31

    Hehe, satu analogi yang bernas Afzai. Wink

     
    Comment by hanrz
    2007-07-10 09:34:33

    saya dah beli lama dah pakej kit bloger dari hari pertama dikeluarkan tp langsung tak buat apa-apa. tak guna namanya…hehe…saya tak mula bersebab….

    untuk anda yang ingin mula belajar buat blog, pakej kit blogger lah yang terbaik bagi saya… saya dah baca semua apa yang zul bagi….tp tak buat apa lagi….

    ni amaran dari saya, JANGAN JADI SEPERTI SAYA…kalu anda ingin belajar dengan cepat, teruskan bina blog anda… dan tidak lama lagi saya dah nak mula bina blog saya untuk produk saya…peperangan baru nak bermula…

     
    Comment by abdfatah
    2007-07-14 18:29:57

    nak beli satu blog lagi … eh domain satu lagi… hosting satu lagi dengan pakej menarik dari team saifulsham sempena promosi hari merdeka ke 50 … bleh belajar buat blog lagi… LOL

    kiranya asas yang kukuh sbelum bergerak ke arah blog yang lebih advance sedikit demi sedikit…

    satu blog aje mana nak cukup maju… mari kita majukan lagi arena blogging malaya masa kini…

     
    Comment by saiful
    2007-07-17 13:27:41

    kalau newbie pastu buat blog byk2….berpeluh beb…buat perlahan2 dan yang penting terus kayuh dan kayuh….

     
    Comment by abdfatah
    2007-07-18 19:19:34

    blog banyak2 kena ada perancangan yang kemas baru besssssssssssst…

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: