Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

7 Dalil Anda Perlu Memiliki Blog Sendiri Hari Ini Juga

27 06 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Blog sendiri adalah blog dot com, bukan blog percuma.

Dalil 1# Jika hari ini tiada orang datang ke blog anda, percayalah, jika kena caranya, beberapa bulan atau satu tahun kemudian, orang akan mengenali anda dan juga sedar dengan kepakaran yang anda miliki melalui blog tersebut.

Dalil 2# Blog anda mudah mendapat tempat terbaik di enjin carian (ranking) kerana anda sudah banyak menulis dengan menggunakan keyword topik blog anda (perkara yang anda pakar). Blog anda sudah penuh dengan kata-kunci (keyword riches) dan artikel yang asli.

Jika tidak percaya, cuba taip perniagaan internet di google.com dan lihat, siapa No. 1? Kemudian cuba analisa dan compare dengan blog atau laman web lain. Mengapa yang No. 1 itu kekal di No. 1?

Dalil 3# Apabila mudah mendapat tempat terbaik di enjin carian, maka ramai prospek baru yang akan melawat blog anda dan mereka akan tertarik dengan penulisan anda! SEO adalah salah satu sumber trafik percuma. Bak kata pakar marketing, “SEO mengambil masa untuk kita mengecap hasilnya, tapi bila sampai masa, ia akan memberikan hasil!”. Fokuslah pada penghasilan sebuah blog yang penuh dengan tulisan yang asli dan berguna untuk orang lain. Say No to Black Hat SEO.

Kini saya sudah merasai hasilnya walaupun hanya untuk pasaran Malaysia. TAPI saya yakinkan diri sepenuhnya, saya ada peluang yang cerah di masa depan untuk membina ‘nama’ di persada Ebiz di Malaysia ini. Anda pula bagaimana?? Apakah bidang kepakaran anda?

Dalil 4# Apabila ramai prospek yang mengenali (know) anda, menyukai (like) anda dan mempercayai (trust) anda, maka tiada lagi masalah untuk menjual sesuatu produk atau perhidmatan. Percayalah… Jika anda berpegang kepada prinsip SABAR, kelak anda akan berjaya jua. Hanya mereka yang ‘tamak’ dan tiada ketahanan sahaja mudah rebah dan gagal.

Dalil 5# Blog tidak dapat disangkal kehebatannya. Bayangkan jika laman web statik, jika anda ada 1000 pages, 2000 pages laman web atau lebih daripada itu, lama-lama anda naik pening dan cerewet untuk menguruskannya.

Tidak dengan blog. Anda taip, edit dan publish!

Tak percaya? Lihatlah trend sekarang, dia tu cakap pasal blog, orang tu cakap pasal blog, Pak Menteri pun cakap juga pasal blog! ;)

Dalil 6# Ia satu kelengkapan di dewasa ini. Hebatnya blog, sampai ia dibincangkan di pihak kerajaan Malaysia kerana salah guna manusia akan teknologi ini. :) Ia satu bentuk media komunikasi yang pantas! Bayangkan, jika sebuah blog memiliki puluhan ribu pembaca setia, sesuatu berita itu tak kisah yang betul atau salah akan cepat tersebar.

Begitu juga dalam perniagaan Internet. Hanya tekan butang Publish di blog, beratus atau beribu orang akan tahu mengenai produk terbaru anda! Jelas, individu yang memiliki sesuatu kepakaran dan ilmu tetapi tiada blog, beliau memiliki satu kekurangan di zaman information age ini. Rugi!

Dalil 7# Semakin anda menulis, anda semakin berilmu. Jika anda tidak menulis, pembaca akan ‘memberontak’ dan mengeluh. Maka, mahu tidak mahu, anda terpaksa terus belajar, membaca dan mengkaji agar ilmu terus bertambah.

Apabila ilmu bertambah, maka kepakaran juga akan meningkat, dan kepercayaan orang kepada anda juga akan terus bertambah! Menulis dan terus menulis akan menjadikan kita semakin hebat. Itupun jika kita sedar dan berpaksi di atas jalan yang lurus (anda wajib pegang prinsip ini).

Dalil 8# Eh, cukuplah 7 dalil jerrr… :D

Kalau anda nak tambah, silakan…

“Akhir kata, sesuatu itu akan bertahan lama jika dilakukan dalam waktu yang ‘lama’. Yang cepat biasanya mudah terkubur begitu saja…”.

PS. Dapatkan Interview antara Gobala Krishnan dan Hafiz MalaysiaPal secara ‘percuma’. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

PPS. Jika anda menangguh sehari, bermakna anda telah ketinggalan selama sehari. Jika saya menangguh setahun yang lepas, anda mungkin tidak mengenali saya! Maka, mengapa perlu menangguh jika tidak mahu ketinggalan?

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Membina Perniagaan Internet : 4 Langkah, 3 Hari
  • Demo Sistem Maybank2u.Com
  • Perlukah Pendidikan Formal dalam Bidang Perniagaan?
  • Ebook Asas Blog Wordpress. Versi Terkini..
  • Membina Perniagaan Internet : Hari 1 Bermula
  • Ebook Panduan FTP Akan Dinaikkan Harga..
  • Teknik Pemasaran Internet Berkesan
  • ‘Curi Cara Mereka…’
  • Senyumlah!
  • Nak buat portal, web statik.. Hmmm, susahnya..

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    18 Comments »

    Comment by adila
    2007-06-27 10:56:09

    hm..blog, blog, blog
    semua orang sibuk dok bincang pasal blog…
    budak sekolah pun dah ada blog…
    cam zul kata…erk..dengan kata lain macam ngumpat la…kalau dah 3 orang tau…lepas ni 10 orang boleh tahu,,dan seterusnya.
    inikan pula blog yang banyak pelawat…sorang baca, 5 orang tau…

    paling penting…buatlah sesuatu yang mendatangkan keuntungan kepada kita dan orang lain…jangan hanya keuntungan sebelah pihak dan pihak yang lain mendapat bahang dan kesusahan dari penulisan blog seseorang…senang cakap..jangan tulis benda tak betul atau yang berunsur fitnah…sesungguhnya dosa fitnah tu lebih besar dari membunuh…

    p/s-zul dan yang lain2 dah tau pasal kempen doa 2Julai ni?jangan lupa sertai yer…untuk kesejahteraan umat islam sedania…untuk mereka yang menderita di sana..boleh jenguk kat sini http://www.shahdila.com

     
    Comment by shueqry
    2007-06-27 12:25:13

    Asmkm Zul, apa khabar? Shueqry di sini.

    tulisan dari Zul banyak memberi semangat, thanks Zul :-)

    Hmm, blog sebenar saya masih dalam proses pembinaan .. insya allah akan dipublish juga, setakat ini biarlah rahsia dulu..

    Pada saya, dalil #2 dan # 3 tu yang paling ‘umpph’..

    Good, interesting, motivating info.

    Wassalam.

    - shueqry -

    Comment by abdfatah
    2007-10-20 09:48:59

    tiada lagi alasan untuk tidak memiliki blog sendiri yang lebih menguntungkan…

    Comment by Han
    2007-10-20 11:13:21

    nak cari alasan lagi…
    semua dah ada di dunia sekarang ni…
    cuba perlu usaha untuk dapat kan nya saja…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by Abooain
    2007-06-27 13:35:32

    ya, jangan bertangguh untuk memiliki blog sendiri kerana setiap saat yang anda tangguhkan itu merupakan satu kerugian yang amat besar….

    saya teramat suka dalil 4 iaitu SABAR …….. kerana berusaha dan bersabar itu akan membawa anda ke puncak kejayaan

     
    Comment by Raymond
    2007-06-27 15:44:47

    Saya stuju dengan kata-kata SmartZul. Rasa lebih selamat dan lebih kawalan jika dihostkan di server sendiri.

     
    Comment by zool
    2007-06-27 16:52:32

    Hm 7 dalil tu dari Zul..
    Tapi memang sebenarnya Zul lah yang mencetuskan inspirasi kepada saya buat blog berbayar.. tapi dalam masa yang sama blog dari blogspot masih beroperasi… Seiring dengan blog bayar…
    Ye memang bile buat blog bayar nie rasa cam kerek sket… He he he.. Ye lah siap boleh buat emel sendiri…And nak ucap berbanyak terima kasih kepada Zul kerana menjadi orang yang kedua melakukan komen dalam posting blog berbayar saya….
    Harap2 blog ini akan menjadi trademark bagi diri saya..

     
    Comment by reezluv
    2007-06-27 19:05:56

    salam,

    akhirnya setelah sekian lama mengimpikan blog berbayar..hehhee..baru je beli hosting tadi dan dah boleh customize dah..belum wat pape lagi..so nantikan kemunculan my blog ok?anyway thanks pada zul yang rasanya banyak bagi tips kat WC khususnya…

    wish me luck..

    http://reezportfolio.blogspot.com

     
    Comment by JimieRay
    2007-06-27 20:45:51

    Memang betul dalil2 yg Zul berikan itu. Dulu, sebelum saya ada blog sendiri saya takut2 juga, ada ker org nak baca blog aku ni, apa yang aku nak tulis ni. Bila saya ikut nasihat Zul dalam ebook dia, saya terus jer beli domain.com sendiri. Orang kata main redah jer dulu sambil belajar pelan2 dengan ramai IM M’sia terutama SmartZul, SaifulSham, Shuth, Irfan Khairi dan byk lagi yg tak sempat saya nak sebut kat sini.

    Nah skrg dah 6 bulan blog saya berada di alam maya ni. Tak sedar pun PR2 dah skrg ni… :grin: Dan uniqevisitor pun mencecah 25-40 orang sehari. (Sikit sangat tu!!…kena tingkatkan lagi!)

    Bayangkan kalau 6 bulan dulu saya masih lagi menangguh dengan blog sendiri ni, dah tentu tiada orang akan kenali siapa ‘JimieRay’ ni… :razz:
    Dan sekarang ni saya dalam proses untuk blog yang kedua pula. Tunggukan kemunculannya. Saya pasti blog ini lain dari yang lain.

    Terima kasih Zul atas ilmu yang anda sudi kongsikan dengan kami.

    Comment by abdfatah
    2007-10-20 09:53:04

    saya pun bermula dengan blog percuma. agak lama jugak sebelum saya membeli domain sendiri dan kemudian terkial2 nak buat blog sendiri lantaran panduan blog belum kuar lagi dari smartzul…

    dah kuar lama dh panduan tersebut saya tertangguh lagi nak beli pulak lantaran takleh nak online secara tetap. dah dapat online terus aje beli panduan wordpress dari zul. memang berbaloi laa setakat yang saya mliki blog sendiri sejak dua menjak nih…

    anda memang patut memiliki blog sendiri bermula dari sekarang…

    Comment by Han
    2007-10-20 11:12:06

    nak belajar mula2 tu kenalah guna yang percuma dulu…
    kalau tak nanti rugi…
    saya pun guna blogger je dulu…
    sampai sekarang masih masuk lagi duit adsense…hehe..

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by ProFid
    2007-06-28 10:54:15

    mmg x boleh dinafikan ttg dalil yg zul berikan itu, dulu hanya pk … ala blog free pun apa kurangnya tp bila dh ada dot com sendiri dan semua diuruskan sendiri maka lahir rasa kepuasan yg tidak terhingga… itulah dia blog banyak yg boleh diperkatakan ttg blog… dr berniaga hinggalah ke personal info..

    kdgkala ada yg lebih advance idea mereka apabila mula membina laman utk anak2 mereka sendiri.. anda pk dan kaji apa yg boleh anda lakukan utk anak2 anda… (bg yg dh kawen :lol: ) just continuous work from his dad/mom

     
    Comment by abdfatah
    2007-06-29 15:41:58

    hoho… blog sendiri lagi… tambahan kepada blog percuma vs blog dot com…

    nak try promosi jugak laaa cerita pasal blog dot com…

    idea tambahan yang cukup bagus…

    sekian terima kasih…

     
    Comment by pyan
    2007-10-02 00:00:46

    :???: Dalil #8 Jika anda menguasai ke semua 7 dalil di atas dapatkan Pakej Kit Blogger segera. Anda akan lega sebab anda tahu cara memasang blog sendiri. :idea: Dalil #9 ..tolong sambung. Ubah tajuk 7 dalil + 1 mengapa anda mesti ada blog sendiri. :neutral:

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-02 00:09:54

    assalamualaikum…

    dalil ke 8 ke? dalil ke 8 mudah aje… anda sememangnya perlukan blog sendiri menarik komen dari pengunjung dan juga anda perlu membuat komen ke blog2 orang lain dengan penuh komitmen dan menjadikan ruangan komen sebagai alternatif untuk menarik lebih traffik ke blog anda sendiri. anda juga perlukan komentar dari ramai orang untuk menjadikan blog anda sebagai rujukan untuk apa-apa niche yang anda miliki…

    kalo anda komen dan anda tidak ada blog mereka nak komen apa di blog anda sedangkan anda tidak miliki blog?

    sekian terima kasih… :mrgreen:

    Comment by Han
    2007-10-20 10:49:48

    wow…
    abdfatah ada dalil 8 juga ek…
    takpe…
    tambah lagi…yang kesembilan pula ke…
    boleh kongsi2…

    han

     
     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: