Apa Itu Pakej Kit Blogger? :)

Apa khabar semua? Selepas balik dari kampung, kini saya kurang sihat pula. 😉 Kena selsema dan sedikit batuk. Hmm, sekarang ni musim demam, so hati-hati dengan pemakanan dan persekitaran. Jaga pemakanan anda juga…

Baiklah, sebenarnya banyak yang saya nak tulis, tapi sekarang saya dalam proses mengemaskini pakej kit blogger kepada versi terbaru. Tidak banyak yang diubah, cuma beberapa perkara ditambah dan telah dibuang. Saya kekalkan mana yang perlu dan yang berkaitan sahaja.

Satu perkara yang perlu anda tahu mengenai Pakej Kit Blogger adalah, ia bukan for advance user (blogger), tapi ia adalah set permulaan sahaja. Sebab itu saya meletakkan perkataan Kit Starter atau perkataan Asas. Jadi jika anda bakal pembeli dan juga sudah menjadi pembeli, skop support saya terhadap Pakej ini adalah untuk perkara-perkara asas permulaan sahaja.

Jika anda bertanya mengenai sesuatu yang lebih daripada skop yang disampaikan melalui pakej Kit Blogger, maka saya biasanya tidak akan menjawabnya kerana banyak lagi soalan-soalan yang perlu saya layani. Soalan-soalan yang akan saya bantu adalah yang berkaitan dengan kandungan Kit Blogger sahaja dan bukan persoalan Advance.

Mudah dikatanya, Pakej Kit Blogger adalah satu kick start untuk anda sebagai blogger yang baru. Ia satu panduan yang khusus untuk anda bermula sahaja dan bukan mengajar semua perkara yang berkaitan dengan blogging.

Untuk mengetahui perkara-perkara yang lebih advance, maka anda perlu mencarinya sendiri atau mendapatkan produk-produk yang berkaitan.

Jadi saya harap anda jelas, pakej kit blogger hanyalah sebagai pembuka pintu untuk anda berkecimpung dalam bidang blogging, sebaliknya ia bukan satu set penyelesaian yang menyeluruh. 🙂

Tip Menjadi Blogger Berjaya

Anda perlu bermula dengan betul, sabar, ada keinginan dan usaha yang kuat. Kebanyakan blogger-blogger baru yang saya perhatikan, mereka mahu banyak perkara dalam masa yang singkat. Ia bukan tidak boleh, tapi bergantung kepada keadaan dan syarat tertentu.

Jika anda seorang yang sibuk bekerja, mungkin anda hanya ada masa satu jam sahaja sehari untuk belajar dan membina blog. Jadi, anda sedikit lambat daripada orang lain. Itu bukan kekurangan, sebab anda perlu menjadi diri sendiri.

Jika anda seorang yang sedikit lemah dalam bidang komputer dan IT seperti asas komputer yang tak tahu sangat, maka bertambah sedikit kesulitan anda dalam membina blog. Maka di sini, tiada guna sifat mahu cepat sebab anda ada sedikit ‘halangan’.

Anda tanyalah mana-mana blogger atau pemilik blog yang sudah establish, adakah blog yang mereka miliki itu siap dan ‘sempurna’ dalam masa yang singkat? Dan tanya mereka lagi, adakah mereka sudah tahu banyak? Mereka akan jawab:

“Saya ambil masa yang lama juga untuk ‘menyempurnakan’ blog ini…”.

“Semakin saya belajar, semakin banyak perkara baru yang perlu saya pelajari…”. 🙂

Jika anda belum mendownload Interview dengan 7 orang blogger, downloadlah item percuma itu hari ini juga. Baca pengalaman dan tip mereka. Klik di sini untuk ke laman web 7 Blogger.

Begitu juga saya. Saya masih banyak perlu belajar dengan orang lain mengenai blog, WordPress dan blogging. Jangan sesekali anggap saya adalah the expert. 😉

Jadi sebagai penutup, jangan gopoh, buat perancangan dan lakukan sekurang-kurangnya satu perkara sehari dengan penuh kefahaman. Kegopohan tidak akan membawa anda ke mana-mana. Percayalah…

– SmartZuL

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

6 thoughts on “Apa Itu Pakej Kit Blogger? :)

  1. Ya, betul tu.gopoh tidak membawa kita ke mana2. Pada saya menulis blog ni ibarat larian marathon dan bukannya larian pecut. Sesiapa yang mampu bertahan lama dialah juara seperti anda. 😆

    TQ

  2. saya dah beli lama dah pakej kit bloger dari hari pertama dikeluarkan tp langsung tak buat apa-apa. tak guna namanya…hehe…saya tak mula bersebab….

    untuk anda yang ingin mula belajar buat blog, pakej kit blogger lah yang terbaik bagi saya… saya dah baca semua apa yang zul bagi….tp tak buat apa lagi….

    ni amaran dari saya, JANGAN JADI SEPERTI SAYA…kalu anda ingin belajar dengan cepat, teruskan bina blog anda… dan tidak lama lagi saya dah nak mula bina blog saya untuk produk saya…peperangan baru nak bermula…

  3. nak beli satu blog lagi … eh domain satu lagi… hosting satu lagi dengan pakej menarik dari team saifulsham sempena promosi hari merdeka ke 50 … bleh belajar buat blog lagi… 😆

    kiranya asas yang kukuh sbelum bergerak ke arah blog yang lebih advance sedikit demi sedikit…

    satu blog aje mana nak cukup maju… mari kita majukan lagi arena blogging malaya masa kini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *