Panduan Membina Laman Web

belajar laman web

Saya sebenarnya mempunyai beberapa tulisan saya sendiri yang “terperap” di dalam komputer. Dan saya juga ada salinan cetakan untuk tulisan-tulisan saya tersebut yang terdiri daripada modul perniagaan internet, tutorial membina laman web (dua versi: Frontpage dan NVU) dan ada lagilah yang lain..

Dalam fikiran saya sekarang, “kan bagus kalau edit baik-baik dan jadikannya buku. Ada mana-mana penerbit mahu tak? Hehe… Gurau jer.”. 😉

Setelah difikirkan, saya akan kemaskini semula tulisan-tulisan saya tersebut dan menjadikannya sebagai produk berbayar. Sebelum ini, saya ada juga menyebarkannya secara percuma. Namun selepas saya memerhatikan dan membuat sedikit analisis, barang percuma biasanya tidak begitu dipandang serius oleh kebanyakan orang (maaf kalau ada yang tak setuju).

Lagipun, saya mahu fokus kepada mereka yang betul-betul serius dalam perkara-perkara yang berkaitan. Saya tidak akan membazir masa begitu sahaja untuk mereka yang hanya ingin tahu, saja-saja nak tahu atau saja-saja mencuba.

Di dalam perniagaan internet, tiada istilah cuba-cuba. Apa yang ada ialah, anda mesti usaha sebaik mungkin sampai berjaya.

Tapi, Ebook percuma tetap akan ada. Berbayar pula, tetap berbayar. Kedua-dua jenis Ebook ni akan sentiasa beriringan. Sebenarnya, saya akan lancarkan satu Ebook Interview khas bersama seorang usahawan Internet muda. Tunggu masa sahaja.

Perancangan Saya

Mengikut perancangan yang terkini, saya mungkin akan membuat versi cetakan untuk panduan membina laman web tersebut. Seperti biasa, saya akan membuat versi cetakan dalam bilangan yang terhad. Anda tahu sendirilah, saya ni jenis kurang suka membuat pembungkusan dan penghantaran (pos). Jadi, sebab tu saya mahu buat dalam bilangan yang terhad. Al-maklum, saya bekerja seorang diri. 😉

Mengapa Saya Mahu Cetak?

Apa yang saya tulis di Post hari ini bertujuan untuk mengumumkan akan perkara ini iaitu saya akan terbitkan Panduan Membina Laman Web. Namun di sebalik yang lain, saya mahu mengaplikasikan lagi apa yang telah saya kongsikan dengan anda dahulu. Masihkah anda ingat? Jika tidak, apa kata kita ulangkaji sekali lagi. Boleh baca di sini:

>> Strategi Melipat-gandakan Keuntungan Ebook

Selain daripada tu, saya rasa ramai yang lebih suka membaca sesuatu yang dicetak kan? Jadi, untuk memuaskan hati mereka, maka saya akan cetaklah dan ‘binding’ dalam bentuk modul.

Nota: Panduan laman web ini lebih fokus kepada pembinaan mini-site dan sales letter seperti laman web FTPCaraMudah.com dan juga BloggingSteps.com.

Tujuan ketiga saya menulis perkara ini ialah, saya ingin kongsikan satu tip iaitu “jual produk terperap anda”. Jika anda mempunyai apa-apa tulisan anda sendiri seperti Ebook, mengapa tidak cuba menjadikannya sebagai produk berbayar? Tidak yakin? Takut tidak laku? Tak bagus? Siapa yang kata begitu? 🙂

Di dalam perniagaan dan pemasaran internet, kita tidak boleh menyatakan sesuatu itu tidak bagus, tak berkesan, tak menjadi atau apa-apa sahaja selagi kita tidak mencuba dan mengujinya dahulu.

Salah satu cara yang digunapakai oleh kebanyakan usahawan Internet yang berjaya ialah, mereka akan buatkan beberapa projek (contohnya Ebook). Katakan sebanyak 5 buah laman web yang masing-masing untuk satu Ebook. Setelah menjalankan promosi dan pemasaran dalam tempoh tertentu, mereka akan mula menganalisa, produk mana yang lebih laku dan produk mana yang tak laku.

Akhirnya, daripada lima itu, mungkin hanya dua yang betul-betul menguntungkan. Manakala tiga lagi, mungkin perlu ditutup atau ditamatkan jualannya. “Kalau tutup, rugilah..”. Tak semestinya. Jikalau menumpu banyak masa pada produk yang tak menguntungkan, cuba kita kira, betapa ruginya masa kita kerana sepatutnya kita mesti lebih fokus kepada yang lebih menguntungkan.

Saya tak mahu hurai panjang lebar mengenai ‘tutup-tutup projek’ ni sebab saya dah tulis mengenai hal ini di sini:

>> Kurangkan Projek, Tingkatkan Keuntungan

Saya sendiri telah menutup beberapa buah projek perniagaan internet saya. Kesannya, produktiviti saya semakin meningkat dan keuntungan tetap ada walaupun tak banyak produk. Yang penting, fokus pada yang menguntungkan dan strategi yang perlu kita gunakan.

Daftar Ke List Saya

Jika anda mahukan pengumuman terkini, tip perniagaan internet, panduan, info produk dan sebagainya, boleh daftar newsletter saya:

http://smartusaha.com/news

Sebaik sahaja produk ni siap nanti, saya akan umumkan kepada anda.

Salam maju jaya. Kita jumpa lagi di tulisan esok yang berkaitan dengan satu strategi pelancaran produk untuk mendapat ‘fast income’.

ps. Tahun depan nak tulis novel cinta buku pulak. 🙄

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

25 thoughts on “Panduan Membina Laman Web

  1. Selamat pagi bro Zul,

    Betul cakap Zul,ramai orang suka benda yang boleh dipegang cam buku.Kalau ebook ni masih baru lagi,kadang2 diorang tak berapa yakin sangat tapi tak semua la.

    Wahhh..Banyak perancangan projek Zul tahun depan.Tahniah,selamat maju jaya 🙂

  2. slmt pg zul,
    wah buku lama pun ada lagi…
    boleh buat duit pula tu…

    kalau saya zul, saya lebih suka buka yang ada kulit cantik2 mcm kedai jual tu zul…hehe
    kalau yang print kertas A4 tu saya tak suka…
    bagi saya, saya lebih suka ebook dari yang print dgn kertas A4 tu…

    han

    1. Han, bagi saya panduan yang praktikal mcm panduan membina laman web ni lebih sesuai dicetak dalam bentuk A4 dan dibinding berbentuk modul. Kalau dicetak seperti buku, pengalaman sayalah, ia sukar untuk digunakan.

      So, panduan teknikal sebegini bagi saya ia lebih sesuai dalam saiz A4. Ia adalah modul, bukan buku.

  3. Baru ingat nak mintak kebenaran Zul untuk edarkan panduan tu secara percuma. Tapi Zul dah nak buat produk berbayar.

    Rugi ler sape2 yang donlod percuma. 😉

    p/s: Dari hati cakap ni, panduan memang mudah. Sebab sekarang saya dah mula guna frontpage untuk buat web. Sebelum ni guna dreamweaver kat opis. frontpage lebih mudah.
    NVU ok gak bagi yang berminat. Opensource lak kan. x perlu bayar. option yang baik untuk newbie.
    Yang saya dah donlod tu boleh ke bagi percuma dengan produk yang saya nakjual Zul? 😉

    1. Seingat saya, saya ada nyatakan dalam panduan tersebut (versi percuma) yg mana ia hanya untuk kegunaan peribadi sahaja. 🙂 Maksudnya tak boleh diedarkan secara percuma mahupun dijualbelikan.

      Saya akan kemaskinikan panduan ni. So, ada bezalah sikit dgn versi percuma.

      – zul

  4. Pembetulan ayat…:)

    –> rugi ler sape2 yang x donlod panduan tu secara percuma..
    p/s- selalu ape yang kita sebut x sama ape yang ditaip. Tapi adakah apa yang kita sebut selalu x sama dengan hati kita…????;)

  5. Saya setuju dengan pendapat Zul yang ebook percuma ni kurang mendapat sambutan.

    Saya ada beri banyak ebook percuma. Tapi sambutannya lebih dingin daripada ebook berbayar.

    Pelik.

    Mungkin ini satu berita yang baik bagi kita. :mrgreen:

    1. Raymond, salah satu sebab kenapa sambutan tu dingin ialah, betapa banyak sangatlah ebook percuma skrg ni. So, kita jual jer lah. Dapat 2,3 order jadilah. 😉

      Sambutan dingin ni ada dua maksud:

      1) Tak ramai orang download

      2) Mereka download, tapi hanya buat koleksi. 😉

      1. ya, saya banyak download dan baca. pastu isteri saya baca. then no more………. 😆
        cuma satu dua hari ni saya mula terfikir sesuatu …… martial art dan grafik.

        Pertanyaan : ebook yang banyak picture ada apa apa masalah tak……. atau blog yang banyak gambar ada problem tak. 😕

        which one better……….. blog atau ebook. dua dua topik tu saya mahir ❓

  6. Saya setuju 2 zul.
    kdang2 eBook lama2 yang terpakai leh gak dijual..
    😀
    tapi saya kurang bermint sket nak jual produk2 percuma..
    bukan takut tak laku, tapi yang dah free 2 biar free je la..
    =+

    1. Ermm, percuma ni banyak bentuk Hafidz. Ada yg elok dijual dan tak salah diberi percuma. Ada yg diberi percuma, tak manis kalau dijual.

      Tak semestinya pemilik asal tak boleh nak menjualnya sebab dia ada hak nak buat apa sahaja untuk barang miliknya. Bahkan kalau kita tengok, ada produk berbayar diberikan begitu sahaja tanpa caj. Tapi dalam masa yg sama, ada juga yg menjualnya.

      Dalam kes saya ni, ada produk percuma saya adalah ‘special’. Maksudnya,

      1) Ia untuk kegunaan peribadi sahaja. Tak boleh jual, tak boleh edar. Guna untuk diri sendiri.

      2) Ada ebook free saya untuk tempoh masa tertentu sahaja dan siapa yg dapat, dapatlah. Yg tak dapat, tak dapatlah. 🙂 Ia adalah pemberian ikhlas daripada saya (hadiah).

      Dalam dunia nyata, cuba kita lihat. Ada produk2 berbayar diberikan sebagai hadiah atau diberi scr percuma. Bentuk inilah yg saya maksudkan. Yg berbayar, tapi diberi percuma dalam masa tertentu, kepada orang tertentu. Tapi in the same time, ia juga ada dijual (dikenakan harga).

      *Pemberian itu walaupun percuma, tapi ia tidak bermakna tiada harga/nilai.

      p/s: kalau nak tahu, modul web saya tu adalah modul untuk bengkel web yg saya handle. So, ia amat-amat bernilai.. Sebab tu saya tak izinkan ia diedarkan begitu sahaja.

      1. Oic..
        saya pahamla kalau gitu…
        Saya pun bercadang nak wat camtu jugak..
        tenagh wat rngka utk membuat lapran sendiri..

  7. saya setuju dengan pendapat pyan, sebagai printer kecil-kecilan, buku size A5 (separuh a4) adalah amat praktikal sekali. Ianya mudah dibawa dan boleh disimpan didalm handbag (utk pompuan la), senang untuk dibawa dan praktik

    1. Memang mudah dibawa ke mana-mana, tapi untuk panduan praktikal, adalah lebih sesuai dalam bentuk cetakan modul & saiz lebih besar sikit. Sebab panduan praktikal ni, ia bukan untuk dibaca sambil santai, tapi ia adalah ‘hands on’ punya pembacaan. Baca > Buat. 🙂

    1. Ebook adalah bermaksud electronic book. Ia wujud dalam pelbagai bentuk (format file) seperti PDF dan EXE. So, walau 1 mukasurat pun, ia tetap dipanggil ebook.

      Ya, apa yg saudara eddyra hasilkan tu adalah ebook.

      – zul

  8. salam…sy student n baru2 ney sy dapat 1 projek, lect sy suruh membuat 1 website (sebagai exsingment).. sy nak tanya software apa yang bagus untuk membuat website dan boleh tak en.Zul bagi pandangan tentang website ne..????? ne email sy y_na321@yahoo.com.my.

  9. Salam…hebat juga cerita bina laman web ini. Masih lagi ada ceritanya hingga hari ni..Bagus juga idea tu..cari barang terperap untuk diberi percuma atau dijual. Insyallah sy pun nak check tengok barang-barang lama sy tu..Manaler tau kalau-kalau ada yang boleh saya kongsikan bersama dengan sesiapa yang berminat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *