Panduan Membeli di Google Play

Google Play sudah dikenali ramai terutama oleh pengguna Smartphone Android. Banyak apps yang percuma boleh diperolehi melalui Google Play, termasuklah buku-buku bercetak versi digital (ebook). Buat masa ini, saya telah mempunyai satu ebook berbayar dan satu ebook percuma di sana.

Saya amat yakin, ramai yang sudah biasa mendapatkan apps percuma melalui Google Play, tetapi jarang membeli sesuatu di sana. Cara pembelian menggunakan Google Play mudah sahaja, tetapi untuk pertama kali, ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.

Saya menyiapkan panduan berikut agar lebih ramai rakyat Malaysia membiasakan diri membeli ebook ataupun apps melalui Google Play.

PANDUAN MEMBELI EBOOK / APPS DI GOOGLE PLAY

Ikuti langkah demi langkah berikut satu per satu:

1. Anda perlu mempunyai akaun Google/Gmail. Login terlebih dahulu ke akaun anda itu.

2. Selepas anda login ke akaun Google, anda perlu mendaftar Google Wallet di https://wallet.google.com.

  • Pilih negara MALAYSIA dalam senarai lokasi.
  • Isi alamat iaitu alamat yang didaftarkan semasa anda mendaftar kad debit/kredit.
  • Masukkan maklumat kad seperti no. kad, tarikh luput kad dan kod CVC.
  • Klik Accept and Create.

google-wallet-2

google-wallet-3

3. Kemudian anda masuk semula ke bahagian Google Books dan klik Sign In. Login dengan menggunakan akaun Google tadi.

4. Mulakan proses pembelian. Bagi ebook percuma (RM0.00), walaupun anda klik Buy, tetapi anda tidak akan dicaj.

PENTING: Anda perlu lakukan langkah demi langkah di atas agar proses pembelian anda di Google Play berjalan dengan lancar.

Apakah itu Google Wallet?

Untuk mudah faham, ia sama seperti Paypal. Kita perlu memasukkan maklumat kad debit/kredit ke dalam akaun kita. Apabila ingin melakukan pembelian di mana-mana laman web, dan jika ada logo Google Wallet dipaparkan, maka kita boleh login saja dengan akaun Google kita dan teruskan pembayaran dengan Google Wallet dengan selamat, tanpa memasukkan maklumat kad terus di laman web produk.

google-wallet-1

CONTOH PEMBELIAN EBOOK DI GOOGLE PLAY

1. Sebaiknya anda login terlebih dahulu ke akaun Google anda (jika guna web). Jika anda guna smartphone, biasanya anda sudah bersambung ke akaun Google melalui aplikasi Google Play. Jika belum, login terlebih dahulu.

2. Katakan anda mahu mendapatkan ebook bertajuk “SENARAI IDEA PERNIAGAAN“. Anda boleh dapatkan ebook itu sama ada melalui tablet, smartphone ataupun laptop (mana-mana browser, tetapi sebaiknya Google Chrome).

3. Masuk ke bahagian ebook itu di Google Play Books. Jika melalui apps Google Play, anda search Senarai idea perniagaan. Jika anda guna browser, anda boleh masuk ke http://play.google.com dan taip carian yang sama.

4. Anda akan dibawa masuk ke bahagian maklumat ebook. Ebook dalam contoh ini adalah PERCUMA. Jika ebook berbayar, akan dipaparkan harganya. Klik pada Free ataupun pada Buy bagi ebook berbayar.

buy1

(ebook percuma)

urus-soho

(ebook berbayar: ada harga)

5. Satu paparan baru akan keluar seperti ini. Klik pada BUY.

buy22

(anda tidak akan dicaj apa-apa walau klik Buy, bagi ebook percuma)

6. Tunggu sekejap sehingga “pembelian” anda selesai diproses.

buy33

7. Pembelian berjaya. Anda juga akan mendapat satu emel makluman pembelian. Sekarang anda boleh klik Read jika mahu.

buy4

8. Urus akaun Google Wallet di sini: https://wallet.google.com/manage/

9. Lihat senarai ebook yang telah anda beli di sini: https://play.google.com/books

Transaksi gagal? Kemungkinan kad debit/kredit yang anda masukkan tidak sah, maklumat tidak tepat ataupun kad tidak boleh digunakan untuk transaksi online. Rujuk pihak bank yang mengeluarkan kad anda.

Klik SHARE pada artikel ini agar lebih ramai yang tahu. Saya tidak galakkan copy & paste sebab panduan ini akan diubah dari semasa ke semasa. Jadi lebih baik kongsikan sahaja link artikel ini agar pembaca dapat membaca versi kemas kini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Panduan Membeli di Google Play

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *