Panduan Melajukan Komputer Anda…

Semalam, saya telah membeli sebuah Ebook yang amat praktikal bagaimana melakukan proses “tweak” kepada komputer (sistem pengoperasian). Ebook tersebut ialah “PC Secret Formula“…

how to tweak pc

>> Klik di sini untuk ke laman web Ebook

Sebaik sahaja membayar, saya terus mendownload Ebook tersebut dan tanpa membuang masa saya terus mempraktikkan apa yang diberikan di dalam Ebook tersebut. Kedatangan Ebook ini memang kena dengan keadaan saya yang sedang menghadapi masalah PC yang perlahan dan speed Firefox tidak begitu laju.

Sebagai seorang usahawan, saya tidak mahu bazirkan masa jika ada rujukan yang mampu untuk saya beli, lagi-lagi di waktu kesibukan. Kesannya, saya hanya perlu luangkan masa kira-kira sejam sahaja untuk mendapat hasil yang dimahukan. Berbanding dengan mencari sendiri, mungkin saya akan mengalami information overload.

Biar saya berterus-terang, Ebook tersebut setebal 26 muka surat sahaja termasuk bahagian mukadimah. Tapi hanya 21 page sahaja yang menerangkan mengenai langkah yang praktikal.

Namun, walaupun ia ‘sedikit’ mungkin pada pandangan kita, saya semalam hampir sejam juga meluangkan masa untuk melakukan proses ‘tweak’ kepada komputer saya. Komputer di sini bermaksud sistem pengoperasian seperti Windows XP.

Jangan risau, jika anda tak tahu banyak mengenai hal sebegini, panduan yang diberikan sangat simple dan mudah difahami.

Apa yang diterangan di dalam Ebook ini ialah:

1. 5 langkah pertama untuk melajukan dan ‘membersihkan’ komputer. Pada langkah 1, Kris kongsikan perisian percuma untuk digunakan bagi mencuci komputer (hard disk) anda. Saya sukakan perisian tersebut sebab saya pernah menggunakannya dahulu.

Kemudian di langkah kedua, anda akan ditunjukkan satu langkah yang mudah tetapi tak ramai yang tahu terutama yang non-computer punya user. Tapi Kris tunjukkan dengan mudah bagaimana melakukan setting yang perlu.

Pada langkah ketiga, ia amat mudah. Siapa pun tahu melakukannya.

Di langkah ke-4 pula, Kris mencadangkan agar pengguna komputer mengemaskini komputer mereka. Ini kebanyakan sudah ramai yang tahu. Tapi, tak ramai yang melakukannya. 🙂

Langkah pertama yang ke-5 ialah melakukan proses validasi Windows. Step ni saya gagal melakukannya. Saya dah hubungi Kris dan sedang menunggu ‘bantuan’ dia…

2. Keselamatan Windows (Windows Security)

Kris mencadangkan beberapa perisian yang boleh dipakai untuk sekuriti Windows dan sebahagian perisian adalah percuma. Haa, jangan cepat anggap yang percuma itu tak bagus ye. Antara perisian itu saya sendiri sudah memakainya sekian lama…

Perisian itu ialah antivirus, Anti-spyware dan juga perisian Firewall.

Kris (penulis Ebook) ini tahu apa yang terbaik sebab dia dah 13 tahun berpengalaman dalam bab-bab komputer di daerah dia…

3. Ini step yang best! System Tweak. Kalau sebelum ini atau sekarang, anda nak start Windows pun lambat kan? Kadang-kadang nak buka satu perisian pun ambil masa beberapa minit. Melalui Ebook ini, anda akan ditunjukkan bagaimana nak “tweak” sistem Windows anda dengan mudah.

Kris mencadangkan satu perisian berbayar, jika anda mahu, belilah. Tapi tak mahu guna pun tak apa. Ia cuma cadangan sahaja. Bukan langkah utama dalam Ebook ini. Untuk langkah ke-3 ni, anda akan ditunjukkan bagaimana nak tweak sistem Windows dengan begitu mudah dan apakah setting default yang tak diperlukan pun.

4. Window Services Guide. Jika anda ingin tahu, sebenarnya ada beberapa servis Windows yang tak perlu pun anda pakai. Maka, ia perlu di”off”kan untuk mendapatkan kelajuan Optimum PC. Selain menggunakan setting di Windows, Kris juga mencadangkan beberapa perisian. Antaranya perisian defragment. Kata dia, tool defragment sedia ada di dalam Windows tidak begitu berkesan dan optimum hasilnya…

5. Ini yang paling best! Kepada mereka yang gunakan Firefox, ada dua rahsia yang dikongsikan oleh Kris. Satu cara ‘setting’ biasa dan satu lagi menggunakan perisian yang tak ramai tahu. Kesannya, pecutan Firefox bertambah berkali ganda. 🙂

Beliau juga mengatakan, browser Firefox adalah yang terbaik lagi-lagi jika dikombinasikan dengan perisian _________ tersebut. Browser lain katanya yang memuaskan juga ialah Safari dan juga Opera. Kasihan, Internet Explorer tidak disentuh sama sekali pun oleh Kris. 😀

Akhir sekali, anda akan dicadangkan dengan ‘jadual’ mingguan, apakah yang perlu dilakukan untuk menjaga kesihatan sistem komputer anda.

Jika anda mahu melihat contoh hasil, di laman web Ebook ini ada diletakkan satu video untuk menunjukkan ‘speed’nya.

Jangan beli Ebook ini jika…

Jangan beli jika anda sukakan Ebook yang panjang berjela.

Jangan beli jika anda tidak serius atau sekadar nak tahu.

Jangan beli jika anda rasa tidak perlu keluarkan belanja untuk ‘kesihatan’ PC anda.

Jangan beli jika anda seorang pakar komputer.

Jangan beli jika anda rasa sudah ada maklumat percuma sebegini di Internet…

Jangan beli jika anda tak suka komputer yang laju.

Kesan….

Selepas saya melakukan proses yang ditunjukkan, produktiviti saya semakin meningkat mendadak kerana speed Internet dan juga komputer saya semakin laju. Wow! Itulah kata hati saya selepas selesai melakukan apa yang diajarkan oleh Kris Mainieri melalui Ebook ini.

Sebagai seorang usahawan Internet, kelajuan PC amat menentukan produktiviti kerja atau tugas anda. Sesekali, saya yakin anda kecewa dengan komputer anda. ‘Slow’ lah, ‘hang’ lah, lambatlah. Tapi kalau anda tidak menjaga kesihatan PC anda, maka andalah yang bersalah, bukan PC. 🙂

Panduan membeli

Ini sedikit panduan saya jika anda berminat untuk mendapatkan Ebook ini.

Jika anda tidak biasa menggunakan Paypal untuk membeli, pastikan selepas membayar, klik pada button Back To Merchant untuk kembali ke laman web produk. Ini amat penting.

Selepas anda membuat bayaran menggunakan Paypal, anda akan dibawa ke satu page OTO untuk satu produk lain iaitu video yang menunjukkan apa yang diterangkan di dalam Ebook. Jika anda ingin membeli video itu, maka silakan. Jika tidak mahu, teruskan ke langkah seterusnya dengan klik pada link “No Thanks” di bawah sekali.

Kemudian, anda akan dibawa ke page pendaftaran (daftar nama dan emel) dan selepas itu anda akan dibawa ke page download. Seperti biasa, anda juga akan menerima satu emel pengaktifan akaun dan link download Ebook.

Faktor Berkaitan

Walaupun panduan ini sangat bagus, namun saya sarankan satu perkara penting untuk anda. Pastikan komputer anda mempunyai spesifikasi yang Ok. Jika komputer anda jenis lama, ia umpama sebuah kereta yang enjinnya sudah rosak. Setiap kali selepas baiki, tetap akan rosak lagi…

Sama juga nak jimat minyak kereta. Gunalah apa cara pun, apa jenis minyak pun, alat penjimatan apa pun, jika enjin kereta dah teruk rosak, tak guna juga.

Beli PC baru. Harga sebuah komputer sekarang teramat murah. Malah jika anda beli hari ini, seminggu dua kemudian harga akan jatuh atau spesifikasi akan naik atau ditambah. Jika mampu, belilah yang baru demi meningkatkan daya produktiviti perniagaan anda.

Harga Terkini Ebook

Semasa saya membelinya, ia cuma berharga $9.97 sahaja. Tak tahulah kot-kot akan naik. 🙂 Saya amat rekemenkan Ebook ini.

Akhir sekali…

Anda perlu tahu, penulis Ebook ini, Kris Mainieri, adalah seorang “hacker“. 😈

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

20 thoughts on “Panduan Melajukan Komputer Anda…

  1. Ya Amirol. Kesannya sekarang, saya semakin bermotivasi nak guna Internet. Memang terasa pertambahan kelajuannya. Malah kalau pasang software yg berat2 pun, dah tak mudah ‘hang’ dah…

    Kalau Mirol dah beli dan apply, kongsi2lah komen kat sini yer. 🙂

  2. dah beli dah tadi dari link zul. :D.. Saya akan test malam ni.. InsyaAllah nanti saya akan kongsikan komen tentang panduan ni… :D… memang tensen buat kerja pc slow, internet slow.. huhu… Mula – mula ingat nak format dah pc ni.. tapi nasib terbaca artikel zul ni.. nak test dulu.. kalau ok, tak yah format lagi… 😀

  3. Saya pun memang nak format. Tapi lepas buat tu, saya tangguh lah dulu. Tapi akan nak format juga + nak pakai hdisk baru. Nak tambah satu lagi… 😀

    Sbnrnya, Ebook tu not just utk pc yg slow, malah kita boleh guna panduan tu utk maintain pc kita…

  4. ye ke hackers..

    bagus betul..memang bijak betul dia gunakan ilmu “hackers” untuk bantu orang lain sambil buat duit..idea sama seperti seorang pakar mencuri dipasar raya menulis ebook cara nak mencegah dari pencuri mencuri barang dan ebook itu dijual pada pemilik pasar raya…seingat saya idea ini dari ebook luar biasa en tazilan:) …

    1. kata ayah saya… mereka nih pandai aje cipta virus kemudian jual pulak antivirus…

      sedangkan orang antivirus memang kerja dia menyekat antivirus dari terus berleluasa… ada juga pembuat virus dan hackers nih dihambik bekerja untuk membanteras penyangak2 siber.

      takkanlah mereka nak buat naya kpd pengguna antivirus pulak…

      buat antivirus lepas tu cipta virus pulak… habis tu camana nak percaya dengan syarikat antivirus?

  5. Zul, asal nak tambah harddisk kena format pulak?? Setahu pengalaman saya, tidak perlu kerana OS boleh install dekat salah satu harddisk.. Zul nak tukar harddisk lama ke harddisk baru ker??

  6. slmt mlm zul,
    kalau nak PC laju, gunalah PC booster… mesti laju…
    tp kena pandai tweak lah… kalau salah buat boleh hang komputer tu…

    han

  7. zul, ini kali pertama saya tinggalkan komen di blog ni. lama dah baca blog smartusaha ni tapi malu la nak komen sbb tak reti lagi. tapi lepas beli starter kit blogger, semangat dah ada.

    btw, bagus jugak ebook tu sbb komputer saya pun dah mula hang apabila download grafik dan image.

    thanks for the info.

    aj

  8. Zul… saya dah test… memang ada perubahan… Agak laju juga… memang bagus panduan ni. Rupa2nya byk juga sampah sarap dalam PC yang tak perlu digunakan ya? 😉 Dulu takut2 nak delete, rupa2nya memang tak berguna pun benda2 tu.. 😈 .. so, rakan2, kalau rasa nak lajukan PC + Internet Connection + panduan maintain PC, boleh la dapatkan ebook ni. 😀

  9. saf-one, Hard disk sy skrg jenis IDE, yg sy nak beli tu adalah SATA punya. Laju sikit.

    Kedua, saya perlukan size yg besar sebab projek lepas ni banyak kaitan dengan video. 🙂

    Amirol, yup, sebenarnya banyak file yg tak perlu digunakan. 😉

    ps. Nak tambah size RAM jugak. Maybe 1Gb total…

  10. selain software, produktiviti kerja boleh dinaikkan dengan tambah hardware. ramai yang suka upgrade cpu, tambah memori etc, tapi saya gunakan 2 monitor untuk pc saya. jd, tak perlu tukar2 tetingkap bile nk tgk tetingkap lain. lagi2 masa pakai software byk tetingkap macam photoshop atau gimp. ruang kerja jadi luas.

    sori, kalu zul dah pakai 2 monitor… 🙂

  11. Buat masa sekarang masih okay lagi komputer ini. Tak tahulah masa mendatang bila dah berjaya jadi SUCCESSFUL BLOGGER dan IM. Masa itu mungkin menghadapi situasi seperti saudara Zul dan rakan-rakan kot 😛

  12. ebook ni saya rasa nak beli jugak…
    untuk menambahkan lagi ilmu komputer…
    tapi buat masa sekarang masih belum memerlukan lagi…
    kira tangguh kan dulu lah…

    ada sapa2 tahu mcm mana kita nak tahu yang komputer kita ni hard disk nya jenis apa?
    mcm mana nak tahu?

    han

  13. panduan yang cukup berguna. nampaknya beliau dah nampak fokus kpd permintaan ramai yang mahu tahu bagaimana nak lajukan komputer dengan caranya yang tersendiri… dengan sedikit idea dan beliau sudah berjaya menghasilkan produk yang menguntungkannya…

    bijak, bijak dan bijak…

  14. dia pandai menggunakan kepakaran nya dan jadikan produk untuk mendapat hasil…
    mesti banyak sale yang dia dapat ni…
    pasaran dunia tu…
    satu produk je jadi jutawan…

    han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *