Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Mahirkan Diri Dengan Asas HTML

6 06 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Definisi HTML (HyperText Markup Language) adalah bahasa atau kod yang digunakan untuk menghasilkan laman web. Ia terdiri daripada kod-kod (dipanggil sebagai Tag) yang mana Browser (seperti IE dan Firefox) akan ‘menterjemah’ kod-kod tadi kepada sebuah paparan laman web berdasarkan kod tersebut.

Contoh:

1. Tag <b> : Digunakan untuk menghitamkan huruf atau teks.

<b>Bold</b> - Hasil > Bold

2. tag <i> : Digunakan untuk menyondongkan (italic) huruf atau teks

<i>Italic</i> - Hasil > Italic

Tak Perlu Tahu HTML??

Ada orang mengatakan, anda tidak perlu tahu HTML untuk membina laman web. Sebaliknya, perlu pakai perisian sahaja. Ya, saya pun setuju dengan kenyataan ini.

TAPI, ia hanya di permulaan sahaja. Apabila anda sudah membina laman web, atau sedang membina laman web, ada ‘task’ yang memerlukan anda mengubahsuai laman web melalui kod HTML.

Inilah yang mengerikan ramai orang terutama newbie. HTML seolah-oleh begitu susah untuk dipelajari dan dimahiri. Padahal, ia amat seronok untuk dipelajari. Selagi mindset susah itu ada di dalam minda dan fikiran, selagi itulah HTML itu seolah-olah satu benda yang teramat susah.

Dengan mengetahui HTML, anda akan:

[1] Dapat membina dan menghasilkan laman web dengan lebih cepat

[2] Dapat mengubahsuai laman web dengan lebih mudah

[3] Dapat memperbaiki masalah laman web walau tanpa perisian

[4] Dapat mengoptimumkan rekabentuk dan kualiti laman web

[5] Dapat menguruskan dan mengedit blog anda dengan lebih mudah

[6] Dapat melakukan perniagaan internet yang lebih berjaya. :)

Banyak lagi kelebihan jika anda tahu HTML.

Pengalaman saya di dalam belajar HTML, ia amat menyeronokkan. Teringat saya ketika saya baru belajar HTML. Saya beli buku, rujuk di Internet, pinjam buku di perpustakaan dan sebagainya untuk belajar HTML ini. Kemudian mencubanya sendiri.

Alhamdulillah, sekarang saya boleh membina dan menguruskan laman web dengan lebih mudah. Nak edit blog, nak urus laman web, saya tidak perlu lagi meminta bantuan orang lain. Sebab ia hanya benda yang simple sahaja.

Tip saya, anda jangan terlalu bertanya apa itu HTML. Bagaimana kod-kod tadi boleh jadi laman web? Ia soalan teknikal. Sebaliknya, anda hanya perlu tahu penggunaannya sahaja. Kod <b> untuk apa, kod <i> untuk apa dan begitulah untuk kod-kod yang lain.

Nak Belajar HTML?

Sekarang, sudah ada panduan lengkap Asas di dalam Bahasa Melayu. Tiada lagi alasan untuk tidak belajar HTML dengan cepat dan mudah.

Panduan yang saya maksudkan ialah Panduan HTML yang dihasilkan oleh Mazlie Nadzri:

panduan html

>> http://smartusaha.com/panduanhtml

Untuk tempoh sehingga 12 Jun 2008 ini, jika anda membeli melalui link di atas, anda akan mendapat hadiah percuma daripada saya seperti berikut:

[1] Temuramah Gobala Krishnan bersama Hafiz (pengasas Malaysiapal.com) mengenai teknik ‘Viral Marketing’.

[2] Perisian eWriterPro (bersama lesen Master Resell Rights). Perisian ini adalah untuk menghasilkan ebook PDF dengan mudah.

Dapatkan item di atas secara percuma dengan membeli Panduan HTML tersebut. Caranya, anda hanya perlu membeli melalui link yang saya berikan di atas sahaja. Kemudian saya akan hantar link download item di atas kepada anda.

*Mazlie akan maklumkan kepada saya siapa yang membeli melalui link saya di atas.

Dapatkan Panduan HTML ini sekarang di http://smartusaha.com/panduanhtml

Salam maju jaya.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Asas Penting HTML
  • Ebook Percuma
  • Percubaan File Audio Flash
  • Panduan Asas Paypal
  • ‘Tools’ untuk SEO website anda..
  • Panduan Asas Cpanel - Pertama Dalam Bahasa Melayu
  • Bengkel ASAS Perniagaan Internet : Edisi Pantai Timur
  • Panduan Membeli Secara Online
  • Meta-Tag : Kunci SEO
  • Tiga Berita Terkini!

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    9 Comments »

    Comment by lie
    2008-06-06 16:13:38

    Wow…kena beli ni….thanks zul…

     
    Comment by Raymond Chua Subscribed to comments via email
    2008-06-06 21:19:07

    Ha … saya belajar HTML 2 tahun dahulu bukan melalui buku atau ebook tetapi melalui perisian NVU.

    Mula-mula saya taipkan sedikit perkataan pada WYSIWYG. Kemudian saya tengok source codenya.

    Lepas tu, saya bold-kan perkataan yang ditaipkan dan lihat bagaimana source codenya berubah dan seterusnya dengan “eksperimen” italic, underline, bullet, table dan sebagainya. :)

    Those were the days … di mana saya menghabiskan banyak masa untuk belajar sedikit tag sahaja. Kalaulah aku tahu ada ebook masa tu. :)

    Comment by titan
    2008-06-07 00:56:08

    Betul. Lebih senang belajar dengan NVU. NVU + panduan asas html ni, mesti korang dah leh wat site sendiri..

    Time dulu, mana la ada ebook melayu camni. Usaha yang baik dari Mazlie. :)

     
     
    Comment by pakar ebook percuma
    2008-06-07 09:21:28

    Brother Smartzul memang pandai memilih produk yang sesuai kepada pembaca,saya sekarang belajar html melalui suatu website english,tetapi kalau ada ebook dalam B.melayu lagi best,senang difahami..

     
    Comment by zool
    2008-06-07 21:59:14

    betul tu.. belajarlah asas2 html nanti senang..
    Nak alter blog pun dah tau…
    Nak letak banner affiliate pun tau camne..

    Saya sendiri masih mempelajari html lagi…

     
    Comment by mazlienadzri
    2008-06-07 22:18:42

    Salam…

    pakar ebook percuma…dah ade dah buku dalam BM tu :)

    Comment by smartzul
    2008-06-08 02:00:32

    Mazlie, ebook di internet lebih meluas pasaran dia berbanding di kedai buku. ;)

     
     
    Comment by mazlienadzri
    2008-06-08 09:31:31

    Salam

    :) saya silap tulislak…maksud saya tu…dah ade ebook dalam BM…hhhehehe

     
    Comment by asmid Subscribed to comments via email
    2008-06-08 13:03:17

    Saya dah ada 2 buah buku tentang kod html. Sekarang nie saya hanya gunakan perisian Microsoft Front Page lagi cepat dan mudah.

    Sekarang nie saya nak cari satu ebook atau buku tentang script php dalam Bahasa Malaysia.

    Saya rasa belum ada lagi ebook atau buku tentang script php dalam Bahasa Melayu.

    Kalau ada beritahu ya…..

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: