Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Modal Percuma Pengiklanan PPC - Artikel 2

7 05 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Pada artikel yang lepas, saya telah menyatakan secara asas mengenai kredit pengiklanan secara percuma untuk Google Adwords, Yahoo Search Marketing dan Microsoft Adcenter.

Bersama penerangan itu, saya menyatakan satu panduan di dalam Bahasa Melayu iaitu ebook PPC Percuma yang menerangkan secara lengkap mengenai pelbagai cara bagaimana untuk mendapatkan kredit (modal) pengiklanan secara percuma.

Ingin saya tekankan di sini, untuk mendapatkan modal pengiklanan secara percuma tersebut, anda memerlukan kos juga. Tapi kos itu hanyalah sedikit sahaja. Salah satu kosnya ialah kos pengaktifan akaun.

Tapi, ada juga beberapa cara lain yang dinyatakan di dalam ebook PPC Percuma ini 100% percuma tanpa memerlukan kos.

Walaupun memerlukan sedikit kos untuk dapatkan kredit pengiklanan secara percuma tersebut, namun semuanya berbaloi kerana nilai yang akan anda dapat adalah jauh lebih banyak berbanding kos yang anda keluarkan.

Kes Kajian (Case Study)

Seperti yang saya janjikan pada artikel pertama yang lepas, saya akan kongsikan hasil yang saya dapat setelah menggunakan cara-cara di dalam ebook PPC Percuma tersebut. Dalam percubaan ini, saya hanya lakukan untuk akaun Google Adwords baru saya yang telah saya daftarkan pada minggu lepas (1 Mei 2008).

Terdapat enam cara yang dicadangkan di dalam ebook tersebut. Enam cara ini hanya untuk Google Adwords sahaja, belum dikira lagi teknik untuk YSM atau Microsoft Adcenter. Namun, saya gunakan tiga cara sahaja.

Daripada tiga kaedah tersebut, hanya satu kaedah sahaja yang berjaya. Dua kaedah lagi bukan tidak berjaya, tapi untuk cara pertama, ia tak menjadi sebab saya tersilap langkah. Untuk cara kedua, saya perlu tunggu beberapa hari lagi untuk mengetahui statusnya.

Untuk cara ketiga, cara ini memang 100% menjadi kalau anda melakukannya. Cara ini lebih cepat dan mudah tanpa perlu menunggu lama. Cuma, anda perlu keluarkan sedikit kos sahaja. Seperti yang saya katakan, kos yang perlu dikeluarkan ini hanya kecil sahaja dan hasilnya anda akan mendapat kredit (modal) pengiklanan yang jauh lebih banyak daripada sedikit kos yang dikeluarkan tadi.

Ini bukti hasil yang saya perolehi:

kredit adword

(klik pada imej di atas untuk paparan lebih besar)

kredit adword percuma

Perhatikan pada petak merah. Pada bahagian itu akaun Adwords saya telah dikreditkan (dimasukkan) jumlah kredit sebanyak USD59.17 atau dalam Ringgit Malaysia ialah RM186.00. Banyak bukan? Kos untuk saya dapatkan kredit sejumlah ini tak pun sampai USD5.00 (RM15.00). ;)

Lihat, seperti yang saya katakan, anda hanya perlu keluarkan kos sedikit sahaja untuk dapatkan kredit percuma berganda-ganda lebih banyak daripada kos yang dikeluarkan itu. Dalam kes saya, saya telah keluarkan kos kurang daripada RM15.00 dan saya mendapat modal pengiklanan sebanyak RM186.00 ($59.17).

Nota: Tanda negatif pada bahagian jumlah Balance (-59.17) bermaksud saya mempunyai nilai yang perlu saya gunakan sampai habis. Jadi, saya tak akan dikenakan caj lah untuk semua iklan yang saya buat selagi ada ‘jumlah negatif’ tersebut di akaun Adwords saya. Saya akan dikenakan caj apabila nilai itu dah habis digunakan.

Kesimpulan

Menggunakan pelbagai kaedah di dalam ebook panduan PPC Percuma amat menarik sekali sebab selain anda akan mendapat kredit percuma, anda juga akan belajar banyak perkara baru.

Dengan mempunyai sejumlah nilai kredit di akaun Adwords saya ini, maka dapatlah saya membuat promosi dan percubaan untuk mengiklankan produk-produk saya dan apa sahaja promosi produk termasuk program affiliate tanpa dikenakan sebarang caj daripada pihak Google.

Tidak dikenakan caj ini adalah satu perkara yang amat penting di dalam percubaan seperti mengkaji bentuk iklan yang mana satu berkesan dan mana yang tidak. Pengenalpastian iklan yang bagus adalah amat penting di dalam pengiklanan menggunakan Google Adwords dan lain-lain kerana ia melibatkan kos.

Jadi, kalau percubaan tak menjadi atau produk yang dipromosikan tak ada orang beli, maka kita tak akan rugi sebab modal pengiklanan tadi bukannya terus dicaj pada kad debit, tapi ia adalah kredit percuma.

Begitu menjimatkan bukan? Inilah salah satu tujuan ebook PPC Percuma ini iaitu ingin membantu para usahawan Internet berjimat-cermat selagi mana yang boleh di dalam usaha pengiklanan.

Anda jangan risau mengenai sokongan (bantuan) jika ada persoalan. Penulis ebook ini iaitu Naem akan membantu anda sehingga anda berjaya mengaplikasikan sekurang-kurangnya satu cara. Saya jamin anda berpuas-hati sebab saya sendiri pun telah dibantu oleh beliau sehingga saya berjaya mendapat hasil yang dinyatakan di atas.

Klik di sini untuk dapatkan ebook ini dengan segera sebelum harga dinaikkan kepada harga yang lebih tinggi kelak. Harga sekarang hanya RM20.00 sahaja.

p/s. Dengan mendapatkan ebook PPC Percuma ini, anda akan mendapat diskaun sebanyak 30% untuk Ebook Panduan Mudah FTP (perlu bayar RM21.00 sahaja. Harga asal RM30.00).

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Modal Percuma Pengiklanan PPC - Artikel 1
  • Laman Web Artikel Percuma SmartUsaha.Com
  • Adakah Anda ‘Track’ Pengiklanan Banner Anda?
  • Pengiklanan Banner SmartUsaha Akan Dibuka - Siri 2
  • Belajar Bertanya Soalan Yang Betul
  • Pilih Mana Yang Sesuai Dengan Diri Sendiri
  • Ebook Percuma Lagi…
  • Panduan Pengiklanan Banner Dilancarkan!
  • Pengiklanan Di SmartUsaha.com Dibuka (Special Offer)
  • Buat duit dengan adsense + 1 kesalahan fatal..

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    4 Comments »

    Comment by Maizul
    2008-05-07 21:38:31

    Tahniah Zul. Tak rugi beli produk ni. Keluarkan modal sikit dapat lagi tambahan modal untuk pengiklanan.

     
    Comment by ammbiz
    2008-05-11 10:57:54

    saya ada menggunakan Adwords nie , nampaknya agak berkesan sebab baru dlm 2bln . Kena test tengok dlm 3-4 ads yang mana mendapat perhatian , saya der letak 4 ads .

    Salah satu promosi yang baik dan berkesan.

     
    Comment by mancai
    2008-05-26 13:53:43

    Menarik nie…terima kasih

     
    Comment by Business Center
    2008-05-27 13:52:57

    Saya dalam proses belajar Adwords.
    Jom join saya dalam URL ini:
    http://www.jutawanautomatik.com/recommends/ikhlas

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: