Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Panduan Membina Blog | Adsense + Blog = $$$$

Saya sebenarnya tidaklah pakar dalam bidang adsense, tetapi saya bercita-cita juga untuk menjana pendapatan sampingan secara passive income melalui program ini kelak. Tanpa layan karenah pelanggan, tanpa pening-pening dengan produk atau bersibuk-sibuk menguruskan order. Maksudnya, saya nak juga melakukan sesuatu yang passive seperti ini..

Tapi, siapa kata program google adsense itu mudah? Jika inilah apa yang anda letakkan pada permulaan pada minda anda, maka saya yakin anda tidak sempat menerima cek pertama adsense, blog atau laman web entah ke mana hilangnya.

interview.gif

Seperti yang anda lihat pada imej cover simple di atas ni, itulah salah satu item yang pembeli akan perolehi melalui pakej kit blogger saya. Interview khas bersama Mr. S.

Tak kisah lah siapa Mr S itu, saya telah bersoal-jawab dengannya mengenai beberapa perkara asas mengenai adsense. Tak perlulah pergi lebih jauh di peringkat awal, jika perkara-perkara asas pun kita tak tahu. Sebab itu, saya melakukan interview ini bukan sahaja untuk rujukan saya, malah untuk anda juga (jika anda pembeli pakej kit blogger).

Kami juga ada menyentuh serba sedikit mengenai blog dan kenapa bukan laman web statik untuk melakukan program google adsense. Dipersoalkan juga mengenai hala tuju program adsense ini pada masa hadapan dan juga penggunaan template adsense. Saya berharap, interview ini akan menjadi satu panduan bagi mereka yang berminat melakukan program google adsense.

Ikhlas saya katakan, blog amat mudah dipasang samada secara manual atau secara automatik. Tak percaya? Cuba lihat apa kawan saya bagitahu melalui emel ni:

emeltesti2.gif

http://www.imoimora.com

Selama ini beliau tidak yakin yang beliau mampu membina blog sendiri, lantas saya ‘memaksanya’ mencuba dan mengikut panduan saya satu demi satu langkah. Akhirnya, beliau gembira sangat-sangat seperti ini:

bisnes.jpg

Tak cuba, maka tak tahu. Ramai yang takut hatta untuk bermula. Tapi apabila telah melakukannya, barulah tahu, mudah rupanya. Namun ikhlas saya nyatakan, anda perlulah mempunyai asas dalam internet dan komputer jika ingin terlibat dengan hal-hal sebegini seperti pemasangan blog. Saya tidak mahu sembunyikan kebenaran, saya cakap awal-awal, anda perlu bersedia melalui pengalaman dalam hal-hal teknikal sebegini.

Kisah-kisah kejayaan pembeli saya memasang blog itu bukan seperti semudah memetik jari atau ajaibnya ebook saya. Mereka sabar orangnya, tahu apa yang dibuat, dan yang pasti, mereka ikut langkah demi langkah yang saya berikan. Kalau saya kata buat A dulu, jangan anda buat S, jika tidak, anda pasti akan menghadapi masalah. Anda perlu ada asas komputer, kemahuan yang amat sangat, ada kesabaran dan tidak kenal putus-asa. Itu sahaja. Jika tidak, ebook entah ke mana, akhirnya blog hanya menjadi mimpi semata-mata.

Namun insyaAllah, selagi saya mampu membantu anda, dan anda juga mahu membantu diri anda, saya akan bantu setakat mana yang termampu untuk anda membina blog sendiri. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Mungkin lebih 1000 kot. :)

Berbalik kepada topik adsense dan blog, di dalam pakej kit blogger juga saya mengajar pembeli cara memasang plugin google adsense. Jika anda ingin buat program ini, maka saya juga menyediakan panduan kajian topik (keyword research) agar topik yang ditetapkan untuk blog menguntungkan atau kurang pesaing (kajian demand & supply).

Adsense, jika kena caranya, setiap bulan anda akan mendapat cek yang berwarna hijau dan saya telah merasainya sekali. Sebab itulah saya menemu-bual Mr.S itu untuk bermula dari asas secara betul dan seterusnya membina pendapatan melalui program ini. Saya ingin menjadikannya sebagai side income saya di samping mengeluarkan produk sendiri untuk diniagakan di internet.

PS. Tidak perlu anda menunggu bila pakej kit blogger dilancarkan. Pastikan sentiasa datang ke blog ini, atau ke forum wangcyber, atau daftar newsletter smartusaha jika belum mendaftar. Klik di sini untuk mendaftar. Saya akan umumkan melalui saluran-saluran tersebut.

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

24 Responses to “Panduan Membina Blog | Adsense + Blog = $$$$”

  1. The Box says:

    Agak-agak le..bila akan di’lunch’kan Pakej tu? hari ni ke? ….maso mano tu..nak standby dulu…..

  2. Tazilan says:

    Saya juga sehingga kini belum mulakan perniagaan internet berasaskan Adsense. Pernah cuba tapi tak jumpa rentak yg mantap terutamanya niche yg sesuai dgn saya. Lagipun saya buat satu-satu dulu dgn tumpukan pada ebook biz… tak mahu info overload dan terburu-buru.

    Tak sabar juga dapatkan updated version Kit Blogger dari Zul!

  3. wes says:

    saya dah lama baca cerita pasal adsense nih, dengar cerita gembira mereka dapat duit best betul, tetapi buat masa kini sy belum lagi menumpukan perhatian tentang adsense, hanya dalam mengumpul maklumat sahaja.

  4. Imo Imora says:

    Adeh.. tapi saya masa gembira tu x pakai baju kot tau. Mekasih Zul.. memang senang sangat la.

    Just follow step by step. Baca e-book tu berulang kali kalo x faham. Tu la yang saya buat.

    Rugi kalo x buat time sekarang. Sekurang2nya blog kita 3 atau 4 tahun akan datang sudah ada ‘nama’. :)

  5. mariam says:

    Information dan nasihat yg berguna dari Zul. Sama-sama kita tunggu package kit blogger Zul (edisi baru), semuga dapat di manafaatkan. Terima kasih Zul.

  6. amok says:

    nice stuff bro. keep it up!

  7. Mior Hasafi says:

    Memang mudah kalau tau caranya. Tapi kena selalu mengikuti perkembangan semasa Google terutamanya tentang cara enjin carian mereka bekerja. Dia orang pun bijak jugak. Agak2 ramai dah dapat formula carian Google, maka formula itu akan di ‘upgrade’ kan.

  8. smartzul says:

    Thebox, sabar. Saya boleh jer nak launch skang, tapi nak pastikan anda berpuas-hati.. InsyaAllah.

    Tazilan, betul tu. saya skang just study slow2 jer dulu pasal adsense ni. Tak nak kalut sangat. :)

    Imora, tahniah!

    mariam, insyaAllah, pakej kit blogger ni akan anda dapat juga nanti.

    Mior, that right! Sama juga dengan adwords dan lain2, kena ikut perkembangan semasa. Ramai yg anggap adsense ni mudah, tapi lepas 1 sen pun x dapat, mula la nak klik sendiri… hehe.. Panduan asas yg saya rekemenkan adalah panduan RajaAdsense, dah ramai yang rujuk ebook tu. Saper nak potongan RM10 untuk ebook tu, sila dapatkan pakej kit blogger saya. Saya ada kupon RM10 daripada Sham.

    Thanks all. Maaf jika ramai yg menunggu. Sikit lagi.. Huuhh.. Relaks yer.. Cool!

  9. hapisol says:

    Thanks all. Maaf jika ramai yg menunggu. Sikit lagi.. Huuhh.. Relaks yer.. Cool!
    said zul:)

    biar lambat, asalkan selamat.
    takpa, kami setia menunggumu.

  10. hyzat says:

    bukan kate hari ni ke nak release?

  11. smartzul says:

    hyzat, kita hanya merancang.. Kesulitan amat dikesali..

    * Just datang ke blog ni, atau stay kat forum wangcyber atau daftar newsletter saya. Saya akan umum melalui saluran tersebut.

    Allah itu Lebih Mengetahui, kita hanya merancang.. :)

  12. hyzat says:

    Yup. Ok. saya setia menanti. (jiwangs je bunyi) haha

  13. hapisol says:

    ya zul, perancangan Allah maha hebat.
    sebagai hamba, kita hanya boleh berusaha sepenuh jiwa raga kita saja.
    selepas itu, kita berserah kpdNya.

  14. JimieRay says:

    Takper Zul, kami sabar menanti. Biar terlewat tapi kita akan dapat yang terbaik dari buah tangan Zul.

  15. sham says:

    Baru perasan kat footer ada nama company zul.. Inspirasi Maya Enterprise..hehehe..Saya pun akan masukkan kat site saya nanti..Saya tengah update rekod pelanggan saya..Data lama hilang xsempat nak backup dalam pendrive gan hardisk..Kene trace balik..Rupenye dah lebih dari 500 orang yang dah beli ebook Raja Adsense tu..dari pagi ambik data dari email..ni pun xsiap lagi data bulan 9 gan 10.. RM20K lebih dalam masa 8 bulan..

    Kepada pelanggan Raja Adsense,setelah saya update rekod,saya akan emailkan ebook terbaru dari saya.Ia khas untuk pelanggan sahaja..

  16. Busy keje minggu nie.. K SmartZul postpone lama sikit la dulu kitblogger tu :-) Nanti saya dah free baru lancarkan ;-) . Yang lelain kena sabar menunggu yer.. SmartZul dah kata semua pasti dapat. Bukan senang nak puaskan ati orang, tapi SmartZul nak pastikan anda semua berpuas ati dengan produk versi terbaru tu.. Bukan seperti sesetengah orang seperti melepaskan batuk ditangga jer :-( . Tapi macam tak sabar jugak nie tunggu versi kit blogger SmartZul tu :-) .

    Untuk rajaadsense.. Ehh sukanya.. Saya salah seorang dari pelanggan Sham tu.. Ada lagi ker Ebook terbaru dari Sham nie!! K dah ada nanti email yer..

  17. smartzul says:

    Hmm.. InsyaAllah, saya berusaha secepat mungkin yer.. :) Semua tarik nafas, cool, relaks… Apa2 seperti yang saya maklumkan, datang ke blog ni selalu dan saya juga akan umumkan melalui emel. InsyaAllah.

  18. hapisol says:

    Kepada pelanggan Raja Adsense,setelah saya update rekod,saya akan emailkan ebook terbaru dari saya.Ia khas untuk pelanggan sahaja..

    sham, saya nak tukar email baru, ok?
    hapisolothman@yahoo.com
    500 pembeli? tahniah. next year, saya akan lancarkan
    sebuah ebook yg setanding kualitinya spt zul & sham, ok?

    dah ada company ker zul?
    bila kita boleh JV?

  19. mirul says:

    Assalamualaikum Zul,

    blog + adsense memang kombinasi terbaik.. sebab pelawat memang suka melayari blog untuk mencari maklumat.. then, enjin carian juga “mesra” dengan blog ;-)

    so, lebih ramai pelawat.. lebih banyak peluang untuk KLIK!

  20. ijoi7007 says:

    Tak sabar nak buat blog sendiri. Lar ni tengah study sikit-sikit sebab banyak keje kat ofis. Hope saya dapat buat blog utk website saya secepat yang mungkin…

    Gud luck

  21. sid says:

    boleh tak ajar saya tips ringkas dapat minimum $100 sebulan menggunakan google adsense…sesiapa sj? saya dah ada blog sendiri:

    http://www.islam-is-life.blogspot.com
    atau e-mail:
    mohdjamsid@gmail.com

  22. abdfatah says:

    blog+adsense memang bagus untuk mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan produk yang kita miliki dan yang kita mahir. ia memudahkan mereka yang dtang ke blog kita untuk mencari maklumat yang berkaitan…

    kalo citer pasal kereta, maka citer info berkenaan kereta yang akan kuar dalam blog+adsense tersebut….

  23. Han says:

    blog + adsense memang menguntungkan…
    tapi bukan senang nak maintain blog kita tu…
    kadang2 tak terurus…
    senang2 buat blog bergambar…
    lebih senang…hehe…

    han

  24. kereta says:

    betol tu.. tapi kalo buat video blog (vblog) lagi untung. ada je skrip yang dorang jual untuk wat adsense pakai vblog nih.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)