Anda Wajib Ada Gravatar!
2 11 2008Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Gravatar adalah satu imej yang akan terpapar pada bahagian komen apabila anda memberikan komen di mana-mana blog. Tidak kisah anda memiliki blog atau tidak (sekadar memberi komen di blog orang lain), anda perlu memiliki gravatar.
Bagi saya, tujuan gravatar adalah untuk mewakili identiti tersendiri di samping membina tarikan orang lain. Untuk lebih mudah faham, ini contohnya:
![]()
Kelebihan gunakan gravatar ni, selain daripada komen anda yang menarik, ia membuatkan pembaca yang lain ingin tahu lebih lanjut mengenai anda. Malah, ruangan komen di sesebuah blog akan nampak lebih ‘happening’.
Bagi saya, sebagai blogger, gravatar adalah wajib dan mana-mana blog pula haruslah enable-kan fungsi gravatar ini di blog mereka.
Bagaimana Nak Miliki Gravatar Sendiri?
Mudah sahaja. Anda hanya perlu buat dua langkah iaitu mendaftar di Gravatar.com dan sediakan satu gambar (imej) yang anda ingin gunakan sebagai gravatar.
Berikut saya tunjukkan langkah demi langkah untuk memiliki gravatar dengan mendaftar di gravatar.com.
Langkah 1: Pergi ke gravatar.com
Langkah 2: Klik link menu Sign Up Now!
Langkah 3: Masukkan emel anda dan klik button Signup:
![]()
Anda akan mendapat emel pengesahan.
![]()
Langkah 5: Buka emel anda dan pastikan anda telah menerima emel daripada mereka. Kalau tak terima dalam 24 jam, sila hubungi mereka di emel support[at]gravatar.com. Kalau ada emel tersebut, buka dan klik link pengesahan yang disertakan:
![]()
Langkah 6: Isi borang seperti berikut:
![]()
*Username dalam huruf kecil sahaja yang dibenarkan
Langkah 7: Siap! Sekarang anda perlu tetapkan imej/gambar. Klik pada link Add one by clicking here!
Ada tiga pilihan iaitu pilih dari komputer anda, dari internet atau setting dari wordpress.com jika ada. Untuk contoh di sini, saya gunakan pilihan mengambil imej daripada komputer.
![]()
Pilih imej yang anda mahukan daripada komputer anda:
![]()
Kemudian, klik Next:
![]()
Seterusnya, anda perlu crop imej jika ia terlalu besar:
![]()
*Kalau tak nak crop, terus sediakan imej bersaiz 416×512.
Dah pilih bahagian imej, klik button Crop and Finish.
Dah siap ke? Eh belum, satu langkah je lagi.
Langkah 8: Sekarang anda kena pilih apakah jenis gravatar anda tu. Ada empat pilihan iaitu G, PG, R, X. Alah, macam klafikasi cerita kat TV tu la (18SX, 18PL dan U). Kalau anda letak gambar yang sesuai untuk semua golongan, maka pilih G.
Pilihan ni tak ada apa-apa sebenarnya. Mudah ceritanya, letaklah sahajalah gambar yang baik-baik. :) Jadi, klik pada petak yang berkaitan. Bagi saya, saya pilih G.
![]()
Siap! Haa, lega rasanya. Akhirnya siap juga!
![]()
Ok semua pembaca. Penat juga saya buat panduan ni. Dekat sejam lebih juga. Balaslah usaha saya ini dengan membuat gravatar anda sendiri. Boleh kan?
Selepas anda siap buat gravatar, apakah langkah seterusnya? Mudah sahaja.
Apabila (setiap kali) melakukan sebarang komen di mana-mana blog, gunakan username dan emel yang anda daftar di gravatar.com. Saya ulang ya, username dan emel Gravatar.com anda. Maka baru imej gravatar akan keluar. Contohnya seperti ini:
![]()
Dan ini hasilnya:
![]()
Sekali lagi seruan saya, daftarlah gravatar anda sekarang. Kan best kalau pada bahagian komen blog keluar gambar (imej) yang berwarna warni. Tak gitu?
Ok, anda cuba siapkan gravatar anda dulu dan kemudian cuba komen di blog ini. Komen ya, saya nak tengok gravatar anda! Dan kalau rasakan artikel ini bermanfaat bagi orang lain, bolehlah anda linkback ke artikel ini di blog anda.
‘Happy Gravataring’.
-smartzul
>> Inginkan artikel terbaru dari blog ini terus ke emel anda? Klik di sini.
Atau jika ingin membaca melalui RSS Reader sahaja, klik di sini.
ps. Jemput ke Blog Tip Blogging dan Wordpress. Buat Duit Dengan Blog.
pps. Mencari penyedia Pakej Laman Web Perniagaan Internet? Klik di sini.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:














Salam ceria Zul,
Memang seronok kalau komen-komen ni ada gravatar. Nampak lebih ceria.
Saya pun dah lama daftar gravatar dan enable kan di blog saya. Memang mudah aje nak buat.
I see… nampak best jerk. Dah buat :D
memang best. tapi ada tersangkut sikit masa register. saya buat emel baru.
saya sedang mencuba kalau boleh appear disini , sorry ini bukan spam .
Takpe..
Dah keluar tu. ;)
Saya try..ade ke tak ni? :p
Ada Mazlie.. ;)
Barulah menarik kan ada gambar kat sebelah.
wahh…ilmu yg amat berguna nii.. mesti praktikan. bukan nak kata la..blog smartusaha MEMANG BEST Giler.. thanks zul. :)
Thanks Pak Teh! :D
ehm..nampak gaya kene wat gravatar baru nih..
Testing dulu…
Ye memang bagus guna gravatar ni, saya dah lama guna. kira promosi secara tak langsung gak ni.
Testing2..huhuhu…
Mana avatarnya? :)
Tu yang pelik nya..nape avatar saya x kuar erk..huhuhu,Coz buat tadi kat choose rating for your gratar saya klik ni R bukan di G..Rasa tu yg silap kot x ikut apa yg sifu zul bagitau..hehe, ni dan setting balik dah..harap kuar leh gravatar nya…
OooO..dah jumpa dah apa yg silap..rupa nya email yg kita daftar di gravatar kena sama baru avatar kuar bila kita post comment erk…harap kuar la kali nie…(x cakno nie hehe)..
Yup, seperti yang saya nyatakan di dalam artikel. :)
Lama dah dengar pasal gravatar ni skrg baru add gambar.. Huhu..
Thanks Zul
PS: Err.. Testing 1,2,3 :lol:
Bukan tak tau gravatar ni..
Tapi ntahlah apsal tak buat2..
Okaylah sekarang juga nak buat..
Terima kasih atas tutorialnya.
Muda2an ia membantu sy. :)
Sama-sama, dah keluar tu avatarnya. :)
Testing. :D
Testing…”keluarlah kau wahai Gravatar ku”..fuhhh….
Dah keluar. :)
Dah letak pic dalam gravatar…
Ada ke yang tergoda..
ha haha,…
Bagus tul tutorial ni.Taniah!
Salam. Sj cube ni. Trm ksh ya tutorial nya zul’
Zul Salam Terima Kasih,
Nak cuba juga lah jadi tak..
Assalam Zul,
Nak cuba juga lah ..jadi ke ni
Assalam Zul,
baru nak cuba…
nak test jugak
salam bro smartzul :) saya pun baru daftar tadi nih…
Testing guna gravatar sahaja..
saya baru daftar gravatar nie
nak test dulu, menjadi ke idak nih
Terima kasih Zul,
Panduan yang anda buat ni boleh diikuti dengan jelas. Saya baru saja buka akaun Gravatar dan ini komen pertama menggunakan Gravatar.
Baharom
Salam…
Tq bro..sy yg jahil nie dh dpt 1 ilmu arinie…
saya pn nk try gak.Fuhh!kuar la ko gravatar…