Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Wordpress 2.5: Apa Pendapat Anda?

21 03 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Saya sedang menunggu pihak Wordpress melancarkan sistem Wordpress versi terbarunya iaitu 2.5. Saya mungkin tidak akan upgrade blog saya ini kepada 2.5, tapi apa yang akan saya lakukan ialah saya akan gunakan versi 2.5 tu untuk blog saya yang akan datang. Dengan cara ni, saya akan dapat rasa kedua-dua bentuk versi ini dengan seimbang.

Bagi anda yang sudah sedia maklum, rekabentuk bahagian admin dalam versi Wordpress pada kali ini dan seterusnya memang akan berubah habis. Berikut adalah imej paparan yang saya ambil daripada laman web Wordpress.org.

Paparan Dashboard:

wordpress 2.5

Navigasi:

wordpress 2.5 navigation

Bahagian Write:

wordpress 2.5 write

Terdapat beberapa penambahan dan pengurangan terutama dari segi kedudukan dan penggunaan menu. Sehinggakan paparan dashboard nampak lebih ringkas daripada versi sebelum ini. Tapi kesan di peringkat awal kepada pengguna Wordpress dengan design baru ini ialah, mereka perlu ambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan rekabentuk navigasi terbaru ini.

Rujukan: 2.5 Sneak Peak

Persediaan sebelum Upgrade

Jika anda mahu melakukan upgrade blog anda kepada versi 2.5 ini, dua perkara yang perlu anda titik-beratkan dan ambil kira ialah plugins dan themes. Inilah dua isu utama yang sering melanda setiap kali Wordpress melancarkan versi terbaru. Plugin yang sedang anda gunakan sekarang tidak semestinya akan berfungsi dengan versi yang terbaru ini. Begitu juga dengan theme.

Penyelesaiannya ada dua cara: Pihak developer plugin dan theme tersebut perlu update plugin mereka kepada versi yang compatible dengan versi 2.5 ini. Atau jika mereka sudah tidak meneruskan pengemaskinian plugin/theme tersebut, maka anda perlu mencari plugin lain yang mempunyai fungsi yang serupa. Jika tiada, maka tak dapatlah anda menggunakan lagi fungsi melalui plugin tersebut. Lainlah jika anda seorang pakar pengaturcaraan, anda boleh mengubah kod-kod plugin tersebut.

Anda boleh baca serba sedikit mengenai versi 2.5 ini di laman web Wordpress.org. Dan anda juga boleh mencuba versi 2.5 ini di hosting anda. Sila download di sini. Ingat, jangan upgrade lagi blog anda sebab versi 2.5 ni belum release lagi.

Ia masih lagi di dalam peringkat Release Candidate iaitu satu fasa terakhir sebelum ia dikeluarkan sebagai final product (release). Masih ada beberapa perkara yang perlu mereka pastikan betul-betul sudah ok sebelum mengeluarkannya. Apa pun, versi 2.5 ini sudah pun bersiap sedia untuk dilancarkan. Saya dah tak sabar-sabar menunggunya. :)

Setelah melihat dan mengetahuinya serba sedikit, apakah pendapat anda mengenai versi terbaru ini? Bagi saya, apa-apa versi tetap ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Tak memadai untuk dikomen lebih-lebih. Akhir kata, syabas kepada Team Wordpress dengan versi terbaru ini.

ps. Proses dan cara upgrade akan tetap sama kecuali ada perubahan. Anda boleh belajar upgrade blog Wordpress melalui Video Panduan di sini.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Theme Wordpress : 2 Column Vs 3 Column
  • Wordpress 2.0.3 - Sila Upgrade
  • Versi Terbaru Wordpress : 2.0.6
  • Seminar Perniagaan Internet
  • Pendapat Peribadi Berbeza..
  • Wordpress Versi 2.1 “Ella”
  • Antara Diam dan Bercakap: Mana Satu Yang Terbaik?
  • Percuma: Ebook Bernilai RM30.00
  • Tak ada kad kredit? Ruginya…
  • Are You Ready…??? :)

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    12 Comments »

    Comment by En Dlie
    2008-03-21 10:30:37

    Saya dah tengok tapi saya tak berminat sebab macam susah je.. susunannya mungkin kemas, tapi tak pe la.. tengok dulu apa kata pengguna selepas ni… kalau kata ok, mybe saya tukar la kot..

    Saya lebih senang dengan version yang sekarang ni.. selasa menggunakannya..

    Comment by smartzul
    2008-03-21 10:32:38

    Yup. Untuk benda baru ni, kita tunggu dulu. Apa pun, saya akan guna untuk blog saya yg lain. Nak rasa juga sendiri selain dengar pendapat orang. :)

    Comment by Raymond Chua
    2008-03-21 10:39:19

    Nampaknya saya kena upgrade blog baru saya yang masih belum dilancarkan. Buat masa ini saya pakai version 2.3.1 je.

    (Comments wont nest below this level)
     
    Comment by En Dlie
    2008-03-21 14:51:07

    Kalau feedback dari customer menarik & x byk komplen, insyaAllah saya akan cuba guna ver 2.5 ni.. mybe zul boleh ceritakan sedikit pengalaman mengenai ver 2.5 ni bila dah gunakan 100% untuk blog yg lain..

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by dauz
    2008-03-21 11:10:34

    Saya rasa agak susah versi wordpress 2.5 tetapi ada pro n con dalam setiap versi wordpress kan??

    Tetapi bagi saya cukuplah menggunakan seadanya ini.
    Takut ada masalah nanti wordpress 2.5 tu

     
    Comment by nuwa
    2008-03-21 14:34:02

    GUI nampak mcm menarik jer.. tapi kalau nk kena tukar plugin n themes.. susah jer tu.. apapun, pro n con tetap ada..kalau tak xkan la mereka sentiasa update versi wordpress nie.

    Buat masa sekarang, saya lebih selesa gunakan versi 2.3 nie.. hehe

    Comment by En Dlie
    2008-03-21 14:49:07

    Sama la.. saya pun lebih selesa guna ver 2.3 ni..

     
     
    Comment by zaifulzin Subscribed to comments via email
    2008-03-21 14:51:41

    bahaya lagi kalau nak upgrade..almaklumla bender baru belum pas Quality Assurance lagi….pe2 pun backup lar dl sebleum nak uat aper2..masa nak update ke 2.3 dulu pun saya nyer blog ada problem nak integrasikan ngan plugin yg sy pakai..2 3 hari gak nak atasi masalah tu…

     
    Comment by titan
    2008-03-21 19:53:38

    entahla. Tak berminat lagi.

     
    Comment by Din Beramboi Subscribed to comments via email
    2008-03-23 03:03:54

    Nampak lebih cantik…tapi cantik tak selalunya membawa bahagia kan… Awek cantik lebih mudah utk di kebas orang…Hehe.

     
    Comment by smartzul
    2008-03-23 04:00:52

    Lepas saya pasang untuk cuba mencuba, memang best jugak versi 2.5 ni. Very simple design yg mana pada kali ni designnya lebih menumpu kepada fungsi yg kerap diguna.

    Contoh: Menu Write Post & Page terus terpampang kat muka dashboard. Begitu juga beberapa menu yg lain.

    So far, dah ada plugins & themes yg compatible dgn versi 2.5 ni. Dan senarainya akan terus bertambah dari semasa ke semasa. Saya amat yakin, kalau dah banyak themes dan plugins yg support 2.5 ni, versi terbaru ni memang akan dapat sambutan besar.

    Pengalaman guna lepas pasang semalam buat saya ‘geram’ nak upgrade. Tapi, sabar je lah dulu. Benda baru kita bagi dia masa kejap. Kot2 ada bugs yg tak terjangka. :)

     
    Comment by mancai
    2008-03-27 16:07:56

    assalamualaikum….

    Saya telah pun mendownload wordpress 2.5RC nie..Memang menarik…Saya gunakan Xampp 1.6.6a sebagai offline testing…Memang terujamenggunakannya…banyak perkara telah diperbaharui dalam versi ini…agak berlainan dengan versi -versi yang sebelumnya.
    Cuma bila saya cuba menguploadkan gambar kekadang hang…itu kelemahannya harap sebelum di lancarkan masaalah ini selesai…saya perlu refresh beberapa kali untuk penguploadtan gambar itu berjaya…

    Terima kasih zul…blog yang penuh dengan ilmu ni…
    Happy Birtday

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: