Pelancaran Pakej Kit Blogger Ditangguh + “Si Dia” + Motivasi + Keusahawanan

Bersedia sekali lagi untuk membaca tulisan yang agak panjang juga ini… Akibat motivasi saya naik dan meledak, saya mahu menulis lebih panjang pada hari ini. πŸ™‚

Pelancaran Kit Blogger Ditangguhkan

Seperti yang saya janjikan semalam, sepatutnya Pakej Kit Blogger dilancarkan pada hari ini. Namun, akibat daripada beberapa perkara teknikal yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa menangguhkannya dahulu.

Persoalannya bila? Saya tidak dapat menjawab persoalan ini. Cuma bagi anda yang berminat, pastikan anda sentiasa datang ke blog ini atau mendaftarkan Emel anda di sini untuk mengetahui status pelancaran melalui Emel. Cuma jika diikutkan pertimbangan sekarang, saya mahu ia dilancarkan esok, 1/8/2007. “No” tangguh-tangguh lagi.

Semuanya telah siap. Cuma ada beberapa masalah yang timbul di akhir-akhir masa…

Siapakah Si Dia?

Jika anda masih ingat beberapa minggu yang lepas, saya ada membuat ‘teaser’ mengenai “si dia”. Inilah imej yang saya berikan dan rasanya tiada siapa pun yang dapat meneka dengan yakin walaupun ada seorang yang meneka secara tepat.

Perniagaan Internet

Baiklah, sebagai mengubati penantian anda, inilah si dia…

Tarik nafas panjang-panjang…

panduan bina blog

Apa macam? Cantik tak “si dia” tu? πŸ™‚ Itulah design terbaru dan terakhir bagi Pakej Kit Blogger. Mesti ada yang tersenyum sambil berkata, “La, ini si dia rupanya. Ingatkan apa…”.

Itu saya hanya baru mendedahkan design terbaru, belum lagi anda melihat laman webnya dan juga tawaran istimewa untuk pelancaran versi terkini. Dan sebenarnya, untuk versi terbaru ini, ia ada nama tersendiri secara tidak rasmi. Saya berikannya panggilan sebagai:

Pakej Kit Blogger Re-Born!

Kepada dik mal, tahniah! Anda telah meneka dengan tepat. Tunggu emel saya masuk ke Inbox anda. Ada sesuatu yang special dari saya. πŸ™‚

Ok, selesai satu “misteri”.

Tunggu! Ada satu lagi “sia dia” sebenarnya. Saya akan berikan kepada anda secara percuma nanti, mungkin minggu hadapan. Si dia kali ini pasti akan memberikan anda semangat dan motivasi untuk melakukan perniagaan Internet. Si dia kali ini bukan produk, tetapi seorang insan yang kini sudah mempunyai tapak yang kukuh juga dalam perniagaan Internet. Tunggu je lah yer. “Ish Zul ni, suka betul buat orang tak senang duduk yer”. πŸ˜‰

Versi Update Terakhir

Pakej Kit Blogger telah berusia hampir 9 bulan. Versi demi versi dan kemaskini demi kemaskini dilakukan dan saya rasa, inilah versi kemaskini terakhir. Versi terkini sudah menitik-beratkan soal-soal kecil dan yang berkaitan, malah ia semakin dimudahkan agar ia senang difahami.

InsyaAllah, selepas selesai pelancaran ini dan masa sudah tenang nanti, saya akan mulakan The Next Project. Ia bakal mewarna-warnikan lagi industri perniagaan Internet ini di Malaysia. Pesan saya kepada usahawan Internet, sebenarnya tidak ramai yang nampak potensi pasaran Malaysia, sebaliknya yang dinampak adalah masalah dan kekurangan. Sehinggakan ramai yang ‘buta dan gelap’ dengan peluang-peluang yang ada…

Ramai yang asyik memikirkan “how to solve that problems” tapi TAK RAMAI yang cuba mengambil peluang… Maka, seimbangkanlah di dalam menyelesaikan masalah dengan mengambil peluang yang ada.

Sebab itulah bisnes saya 80% adalah menumpu pasaran Malaysia dan selebihnya International. Sebenarnya, saya dalam senyap-senyap sedang ‘menjalinkan’ kerjasama dan persahabatan dengan usahawan-usahawan di luar sana. Inilah strategi yang saya panggil sebagai “from local to global”.

Bila kita sudah ada asas walaupun di pasaran tempatan, kita akan MUDAH untuk pergi lebih jauh di arena antarabangsa. Kita sudah ada ‘tiket’. Saya harap, ini dijadikan sebagai satu motivasi untuk usahawan Internet pasaran tempatan.

Maka bagi saya, tak akan wujud persoalan pasaran mana paling bagus? Sebab kalau kita ada strategi dan serius dalam bisnes iaitu dalam erti kata MEMBINA sebuah perniagaan, mana-mana pasaran pun sama sahaja. Cuma yang penting adalah, apakah matlamat terakhir kita? Ia sebenarnya bergantung kepada usahawan itu sendiri.

Keunikan Produk

Jika anda mahu betul-betul berjaya sebagai usahawan, anda perlu memiliki produk sendiri. Seeloknya ia unik dan berbeza. Apabila menyebut usahawan, saya biasanya tidak akan mengaitkan dengan program Affiliate, Adsense dan lain-lain yang termasuk di dalam kategori Program. Jika anda lihat di atas blog ini, tertera ayat “Blog Usahawan dan Perniagaan Internet, Sumber Rujukan Perniagaan Internet Anda. Tips & Triks Keusahawanan InternetÒ€.

p_132.jpgBlog ini lebih kepada KEUSAHAWANAN yang sebenar iaitu ada produk sendiri untuk diniagakan dan mempunyai matlamat meluaskan perniagaan secara Offline. Bermula dengan bekerja sendiri (self employed), sehinggalah satu masa nanti melantik staf dan lebih elok jika ada Pejabat sendiri.

Sebab itulah mungkin sesetengah daripada pembaca yang masuk ke blog ini pening dan keliru sebab perkara yang saya bincangkan bukan mengenai cara yang mudah seperti program Affiliate. I’m more to build the real business.

Saya sebenarnya lebih kepada keusahawanan yang sebenar. Membina perniagaan yang nyata. Ada pelanggan sendiri dan berhubungan dengan mereka. Bermula Online, saya akan bawa ke Offline. Kemudian membuka perniagaan di dalam bidang yang lain juga. Lihatlah dan perhatilah usahawan Internet yang berjaya. Rata-rata mereka tidak ‘stick’ pada perniagaan Internet sahaja, sebaliknya setelah mereka berjaya, macam-macam mereka lakukan. Contoh terbaik adalah, Dr. Irfan. Kita sepatutnya mencontohi beliau…

Namun sebagai seorang usahawan Internet, saya pasti juga akan membincangkan malah melakukan model-model Ebiz yang lain seperti Affiliate dan Adsense sebagai pendapatan sampingan. Malah, sejak saya bermula dahulu saya sudah mendapat hasil daripada program Affiliate dan Adsense. Salah satu Affiliate tempatan yang saya lakukan telah memberikan saya hasil dalam RM600++ dalam masa lebih kurang 5 hari sahaja.

Boleh dikatakan, setiap bulan saya mendapat komisen daripada program Affiliate yang saya sertai walaupun tidak serius melakukannya. Walaupun tidak banyak, tapi saya bersyukur. Lagipun saya tidak serius lagi dengan model Ebiz sebegini. Maka wajarlah saya dapat sedikit sahaja. πŸ™‚ Hakikatnya, saya lebih kepada menjual produk sendiri.

Adsense? Saya tidak serius juga, tetapi sudah dapat sekali cek hijau. πŸ™‚

Program Affiliate antarabangsa? Saya dalam proses untuk mendapatkan USD200++ sekarang dalam satu pertandingan. Ssekarang juga ada dua keping cek USD (kedua-duanya USD50 sahaja setiap keping) yang belum ditunaikan ke akaun bank saya. Itu pun dilakukan sambil lewa sahaja tapi dapat juga komisen. Salah satu program adalah berbentuk recurring, bermaksud setiap bulan saya akan menerima cek komisen. πŸ™‚

Ia walaupun tidak banyak, tetapi saya membuktikan bahawa:

1. Produk sendiri + Affiliate + Adsense + Lain-lain = Multiple Streams of Income

Jika kita lakukan pelbagai model dan cara, kita akan ada banyak sumber pendapatan. Tapi AWAS, jika anda masih teraba-raba, mulakan dengan satu model dahulu!

2. From local to global. Apabila kita mempunyai kekuatan di pasaran tempatan, sebenarnya kita boleh ‘membawanya’ ke pasaran global. Setakat ini, saya telah berjaya mengenalkan diri walaupun tidak secara serius dengan beberapa orang IM yang dikenali juga di luar sana. Antaranya, saya pernah mendapat jemputan untuk melakukan JV bagi projek mereka dan yang satu lagi diberi peluang menjadi moderator di forum mereka.

Jelas. Jika kita sudah ada asas, tapak dan pemahaman dalam perniagaan Internet, kita mudah pergi jauh. Buktinya? Saya sendiri telah melakukannya. Ia amat mudah sebenarnya… CUMA, perlu ada langkah pertama dan juga KESABARAN.

InsyaAllah, nanti produk SmartZul akan berlegar-legar di pasaran antarabanga. πŸ˜‰ “From local to global”. Ingat tu…

Wajib Ada Produk Sendiri

Sekali lagi. Sebagai seorang usahawan, anda wajib mempunyai produk sendiri terutama produk digital kerana ia lebih mudah dihasilkan. Ini kerana, anda mempunyai kekuatan apabila mempunyai produk sendiri. Sebaliknya jika menjual produk orang lain, ia bukan milik anda dan ia bukan kekuatan bagi anda. No offense.

Ebook Cara Buat Ebiz? Bengkel?

Jika anda tanya saya, tak nak buat ke Panduan Perniagaan Internet? Jawab saya, tunggu… Mungkin setahun dua lagi. πŸ™‚

Jika ada yang bertanya (memang ada yang tanya), bila nak buat seminar atau bengkel? Saya juga akan jawab, tunggu… Cuma yang pasti tahun ini saya tidak melakukan apa-apa seminar atau bengkel lagi.

Ada juga yang tanya, tak nak tulis buku ke? Osman Affan dah, Irwan Dahnil dah, Sham dalam proses tu, Shuth pun tak lama lagi rasanya, SaifulSham dah, Zamri Nanyan pun dah. Saya? Tiada siapa yang tahu. Buat masa sekarang rasanya belum tiba masanya.

Jika diizinkanNya, satu demi satu projek akan dilancarkan. Cuma tunggu masa sahaja. Saya mahu pasaran Internet Malaysia ini penuh dengan produk SmartZul, hehehe.. Sham RajaAdsense kata, buat masa sekarang, SmartZul lah paling banyak tulis Ebook Percuma di Malaysia ni. Hmm, saya tidak pasti, tapi kalau syok sendiri, saya rasa betul. πŸ˜‰

Antaranya anda boleh dapatkan di web Projek Gelombang Pertama.

Banyak dan banyak lagi yang ingin saya kongsikan di sini. Tetapi masa tidak mengizinkan saya sebab perut sudah beri isyarat, “waktu sarapan!”.

Semoga bermotivasi!

Yang ikhlas,

usahawan internet

PS. Kepada Reseller Pakej Kit Blogger, design terbaru itu adalah HANYA untuk kegunaan saya sahaja. Tiada beza antara design lama dan baru, cuma warna sahaja yang berbeza. Maka tiada sebab untuk anda mahu menukar design. πŸ™‚ Saya hanya akan berikan Ebook yang terkini sahaja kepada anda.

Tips: Dalam model (Master) Resell Rights dan PLR, adalah digalakkan kita membina design sendiri dengan syarat tidak menyalahi peraturan yang ditetapkan oleh pemilik asal produk.

PPS. Mahu mengiklan? Ramai yang bertanya saya, ada tak saya buka ruang iklan di blog ini. Sebenarnya ada, tapi saya stop dahulu. Satu berita gembira untuk anda, the next project saya adalah “pengiklanan gaya baru” terutama di pasaran Malaysia. Tak percaya tak apa. Tapi salah satu projek saya yang lepas “SOLD OUT” dalam masa 24 jam sahaja akibat keunikan ideanya. Tunggu….

* Jika anda berminat untuk menerima tips, panduan dan berita terus melalui Emel, anda boleh daftarkan Emel anda di sini: http://smartusaha.com/news.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

23 thoughts on “Pelancaran Pakej Kit Blogger Ditangguh + “Si Dia” + Motivasi + Keusahawanan

  1. Wah menarik sekali pakej baru nie..
    memang ada gak cita-cita untuk buat ebook nie..
    tapi masih dalam peringkat praktikal apa yang ingin ditulis..
    sebab kalau dengan diri sendiri tak menjadi tak berani nak sebarkan kat orang kan zul??

  2. Zool, tulis apa yg kita tahu. πŸ™‚ Apa kata tulis pasal Futsal? Tak ramai yg tahu termasuk saya walaupun dekat rumah ni ada gelanggan futsal.

    Mulakan dengan Ebook percuma… Elakkan terus membuat Ebook berbayar. Kita kena kenalkan diri kita, buat orang suka dan bina kepercayaan sebelum menjual apa2 produk. Ini cara sayalah. Ada lagi cara lain, tapi Ebook percuma lagi baik bagi saya for starting.

    Soal2 lain tu, tolak tepi dulu. Yg penting cuba. πŸ™‚

  3. Tahniah saya ucapkan kepada SmartZul atas kejayaan yang telah dicapai setakat ini. Ia memang mengagumkan.

    Harap bisnes SmartZul terus berkembang maju. πŸ˜›

  4. wahh..berkilatnya ebook en.zul, mesti ambil masa lama tu nak kilatkan πŸ˜‰ hehe..

    tahniah ye dengan re-born ebook anda. anda memang pakar dalam niche blog ini.. teruskan mencurah ilmu anda di blog ini, kami sangat2 menghargainya setiap ilmu yang anda curahkan πŸ™‚

  5. Salam Zul,

    Wah si dia dah reveal πŸ™‚ Betul pula saya teka? Kalau selalu baca posting Zul disini, memang agak mudah untuk teka πŸ™‚

    APa-apa pun, tak sabar nak tau update di dalamnya. πŸ˜€ Best2… Tahniah Zul!

  6. tak sabar menunggu update Kit Blogger yang baru, ini kali pertama saya komen disini, saya juga pelanggan anda πŸ˜€

    saya dah jumpa hosting sesuai, bulan Ogos ni tercapai la, hasrat nak ada blog sendiri

  7. :mrgreen: tengok..kan dah hijau muka saya terperanjat akan “si dia”…hehe..saya ni reseller yang masih malap..tak berusaha lagi pun nak menjual..insyaAllah….

    ps: abg zul, cuba abg zul datang blog saya.Pada hari ni saya baru mula lancarkan satu kempen..masih dalam percubaan tapi esok launch kan..saya mencuba je..harap2 berjaya

  8. wah bersinar sinar cover tu….mcm mana zul buat?
    pedih mata melihatnya….hehe πŸ˜€

    tak sabar rasa nak download update tu…ingatkan ari dah boleh download… πŸ™‚

    han

  9. Tahniah zul, memang memberangsangkan especially merah coz it’s my favourite colour .. heh heh …

    Ia memang sesuatu yang sudah dijangkakan tetapi diluar jangkaan kerana pada pendapat saya ia adalah sesuatu yg unik dan tersendiri …. x sabar rasanya nak download versi terbaru yang tentunya lebih hebat ini …

  10. erm..taktau la camne Zul ni baik sangat kasi memacam FREE kat blognya..kagum sungguh rasanya..aku pun tak mampu nak menulis cam gitu..hope for the best la erk? :mrgreen:

  11. Tak ada banyak pun perubahan, cuma setelah mengambil kira pendapat pelanggan dan melihat apa yg perlu, so saya modify sikit agar ia lebih mudah difahami.

    Apa yg ketara HANYAlah design sahaja. Dari segi isi pula, saya buang mana yg tak perlu dan kurang sesuai utk mereka yg baru nak start.

    Haa, mcm mana saya kilatkan tu? Bukan saya yg buat. Kalau nak tahu, tunggulah nanti. πŸ˜‰

    Apapun, terima kasih semua.

  12. Zul, tahniah for your repackaging of product.. Good presentation & concept.. Jangan lupa branding πŸ™‚

    Maybe sebagai tambahan, selain dari local to global dimana kita buat produk yang boleh dikembangkan ke dunia offline, mungkin juga boleh pertimbangkan keadaan dimana sesiapa yang dah ada product dalam dunia offline dikembangkan menjadi online…

    Potensi untuk mencapai market lebih besar (baik dalam Malaysia atau global)

    Kadang-kala kita asyik melihat perniagaan online, sehingga kita lupa apa yang kita ada (offline business) sebenarnya boleh dionline kan.

    Balik, cuma tengok2 apa yang boleh dionlinekan.. πŸ™‚

    Salam Usahawan!

  13. Saharman, actually tak kisah nak guna banner lama pun. Yg penting produknya tetap sama. πŸ™‚

    Apapun, saya dah buat banner yg terbaru yg juga “bling bling”. πŸ˜‰

  14. InsyaAllah, pagi esok. πŸ™‚

    ps. mata-it ada tanya apa no. 1 kat cover tu. Sebenarnya dalam topik blog ni, ada banyak perkara. So, for the 1st product, adalah cara pasang blog. Kiranya 1 tu adalah siri pertama lah. Produk ke-2, 3 dan seterusnya akan dihasilkan nanti yg topiknya sekitar blogging juga. Means, ada rantaian produk lah. πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *