Panduan Membeli Ebook di Internet

Di zaman yang serba canggih ini, penggunaan teknologi semakin hari semakin berkembang dengan pesat, sampai tidak terkejar oleh kita. Kini, salah satu penggunaan teknologi yang boleh dikatakan ‘wajib’ adalah penggunaan internet. Dengan memaksimakan penggunaan internet, pelbagai urusan boleh dilakukan. Pemindahan dan pertukaran maklumat, kaji selidik dan urusan jual beli di internet adalah antara sebahagian dari manfaat teknologi yang sering diguna-pakai oleh kita semua.

Berkisar tentang penggunaan jual-beli di internet, ia telah mewujudkan pelbagai ruang dan peluang buat sesiapa sahaja. Ia telah menjadi satu lubuk emas dan sesetengahnya memanggilnya sebagai “medium mencetak wang”. Maka atas pemahaman tersebut, tidak hairanlah saban hari ramai usahawan internet yang lahir dalam pelbagai bidang.

Fenomena “usahawan internet” ataupun “I.M” yang dahulunya dianggap asing di Malaysia, kini telah menjadi buah mulut dan ikutan oleh sesiapa sahaja. Sekarang, tiada apa yang mustahil tidak dapat dijual di internet, dari produk fizikal seperti kain, cover handphone hinggalah ke produk digital seperti lagu, permainan video hinggalah ke ebook.

Berkenaan dengan produk digital, atau lebih khusus lagi adalah ebook, antara persoalan utama yang sering bermain di fikiran, adakah ebook yang dijual tersebut benar–benar boleh memberikan manfaat untuk kegunaan harian/perniagaan atau sekadar ebook yang boleh menyebabkan anda rasa nak marah, geram atau menyesal tak sudah. Akibatnya, masa terbuang begitu sahaja dan jika tersilap percaturan, wang yang boleh digunakan untuk tujuan lain boleh ‘hangus’ begitu sahaja..

Faktor Pembelian Ebook

Antara sebab popular pembelian sesebuah ebook di kalangan pengguna adalah dari segi luaran laman web. Fitrah manusia yang normal, memang sukakan aspek kecantikan dan kekemasan. ‘First impression’ pelawat adalah, jika laman web tersebut cantik, mereka akan beranggapan produk tersebut sememangnya bagus! Maka pelawat yang teruja akan meneruskan pembacaan.

Faktor kedua yang mempengaruhi pengguna adalah susunan atau struktur ayat yang digunakan. Siapa yang tak teruja jika membaca ayat-ayat power (saya suka panggilnya “ayat-ayat jiwang”) seperti:

‘Bagaimana saya dapat RM 34,000 hanya dengan hanya berselimut di rumah’

‘Rahsia saya yang malas tapi masih meraih ribuan dollar di internet…’

‘Rahsia saya cetak wang di internet tanpa perlu buat apa-apa…”

Maka, ayat-ayat begini jika disusun dengan baik, sememangnya boleh buat pembaca terfikir sampai ke bantal tidur! Siapa yang tak mahu hidup senang, bukan?

Faktor ketiga yang boleh menyebabkan pengguna cenderung untuk membeli adalah, bukti pendapatan yang dipaparkan – sebagai ‘bukti sebenar’ untuk menunjukkan mereka adalah jujur. Dengan ‘bukti sebenar’ itu, ditunjukkan pula hasilnya dengan memaparkan gambar rumah, gambar yang diambil bersama kereta-kereta besar.

Faktor keempat pula adalah, mereka termakan dengan ‘janji-janji manis’ penjual produk yang menjanjikan pelbagai tawaran menarik. Kebiasaanya, tawaran tersebut diperolehi dari senarai ‘mailing list’ yang dilanggan. Setelah melanggan, mereka akan menerima satu senarai email secara berkala, samada selang setiap hari, selang 3 hari atau sebagainya.

Hakikat sebenar yang perlu anda ketahui adalah:

Tidak semua laman web yang cantik itu cantik di luar dan cantik juga di dalam!

Rahsia yang dinyatakan itu bukanlah sebenarnya rahsia pun!

Hasil pendapatan yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah dengan perisian khas!

Ramai yang terperangkap dengan janji yang ditawarkan, akhirnya kecewa begitu sahaja!

Dalam satu kajian rambang yang telah dilakukan pada 140 responden, didapati 80% dari mereka mengakui kekurangan maklumat mengenai ebook yang dijual pada pasaran tempatan. Jadi, golongan seperti ini memang mudah untuk ‘dipujuk’ dengan pelbagai informasi (yang kadang-kadang hype). Tambahan pula, akibat termakan dengan janji-janji yang ditawarkan menerusi email atau secara langsung menerusi laman web jualan, maka tidak hairanlah, ramai yang sanggup mengeluarkan belanja hingga mencecah ribuan ringgit untuk mendapatkan produk yang kononnya boleh mereka berubah sekelip mata TANPA bekerja keras.

Inilah antara risiko yang boleh ditakrifkan sebagai risiko asas dalam pembelian mana-mana produk digital di internet.

Apakah Produk Informasi Yang Terbaik?

Seterusnya, bagaimana untuk mengetahui produk yang dijual itu benar-benar berkualiti dan tidak menipu pengguna?

Saya tidak mampu untuk menceritakan secara menyeluruh di sini. Paling penting adalah anda perlu menjawab soalan ini. Kenapa anda mesti membeli ebook tersebut?

Adakah anda membelinya sekadar teruja?

Adakah anda membelinya sekadar dijanjikan dengan bonus-bonus yang kadang-kadang boleh didapati secara percuma dari laman web lain?

Adakah anda membeli produk tersebut untuk “diperam” dalam hard-disk?

Jika anda sekadar mempunyai hasrat sedemikian, maka pinta saya, abaikan sahaja! Adalah lebih baik anda gunakan duit tersebut untuk keperluan lain. Pengguna yang bijak tahu manfaatkan setiap sen yang dibelanjakannya.

Perkara utama yang harus menjadi keutamakan sebelum anda membeli sesuatu produk digital adalah, produk tersebut dapat menyelesaikan masalah anda.

Kedua, pastikan produk bonus yang ditawarkan selari dengan niche produk utama. Sebagai contoh, jika produk tersebut berkaitan dengan cara pembinaan laman web, pastikan bonus yang ditawarkan mempunyai kaitan dengan laman web seperti bonus skrip css. Jika ia turut menawarkan bonus yang agak janggal seperti 1001 cara nak kaya di internet, maka anda boleh abaikan sahaja produk tersebut.

Ketiga, jarang produk bonus yang ditawarkan pengeluar produk mampu menjadi solusi kepada masalah anda. Oleh itu, pastikan anda mendapat maklumat yang secukupnya mengenai ebook utama. Hubungi terus pihak pengeluar produk penyelesaian terbaik.

Keempat, pastikan anda lakukan penyiasatan tentang peribadi penjual laman web. Penjual produk yang jujur akan memaparkan informasi penting seperti nama penuh, gambar mahupun url blog. Penyiasatan lanjutan boleh juga dilakukan menerusi ruangan forum atau membaca review dari mana-mana laman blog yang mempunyai autoriti yang tidak boleh dipertikaikan.

Ingatlah, sebagai pengguna yang bijak, anda mempunyai kuasa beli yang amat besar. Gunakan hak anda dengan sebaiknya. Di zaman yang semakin mencabar ini, setiap maklumat ada risikonya. Mahal tidak bermakna berkualiti, murah tidak pula bermakna tidak berkualiti. Apa yang perlu anda jelas di sini adalah, anda WAJIB BERTANYAKAN DIRI SENDIRI KENAPA anda sangat menginginkan produk tersebut.

Kesimpulan

Maklumat yang diceritakan ini hanyalah kupasan secara umum sahaja. Huraian ringkas ini ditulis berdasarkan dari satu produk yang telah lama berada di pasaran iaitu Panduan Beli Ebook – Tips dan Trik Khas Untuk Newbie. Ebook ini telah dihasilkan oleh Rizal ataupun nama penanya Komenebook, seorang blogger sambilan. Penerangan dan penjelasan lanjutan anda boleh ikuti dengan klik di sini.

Produk setebal 113 muka surat (termasuk ilustrasi) telah dilancarkan sekitar 5 Febuari 2009. Sasaran pengguna adalah umum, namun ia lebih menjurus kepada golongan newbie. Versi terkini adalah 2.0. Difahamkan sekarang Rizal sedang mengemaskini produk ke versi 3.0, dengan penambahan beberapa bab baru.

Antara pendedahan paling eksklusif telah beliau sediakan pada satu ebook bonus iaitu, Rahsia Penipu Internet Terbongkar. Saya tidak dapat menceritakannya kerana ia adalah bonus yang tidak boleh diedarkan secara percuma.

Semoga dengan lahirnya produk ini, masalah tertipu secara langsung atau tidak langsung dalam pembelian produk digital dapat dikurangkan. Jika masalah penipuan dapat dikurangkan, secara tersiratnya, ia turut membersihkan nama baik golongan penjual produk digital yang benar-benar ikhlas dan jujur.

Pasaran Malaysia sangatlah kecil. Pejam celik pejam celik kita akan bersua juga. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan biarkan golongan yang tidak bertanggungjawab mencemarkan nama baik para usahawan internet sedia ada. Jika sama-sama berganding bahu, ia akan mewujudkan suasana perniagaan internet yang sihat dan penuh berkat.

Anda boleh dapatkan produk ini dengan melayari laman web:

www.panduanbeliebook.com

Pengumuman: Blog ini mengalami sedikit masalah “Not Found”. Jika anda berikan komen dan dipaparkan dengan status Not Found selepas klik Submit Comment, jangan risau. Komen anda tetap dimasukkan ke dalam database. Anda hanya perlu klik Back dan refresh blog ini. Kemudian lihat komen anda akan dipaparkan. Maaf di atas kesulitan.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. salam,

    Panduan yang berguna untuk saya dan semua yg ingin@ telah menjadi pembeli e-book.Pembelian e-book yg tepat adalah e-book yg menyelesaikan masalah yg dihadapi.Contohnya E-book pakej kit blogger saudara zul yg membantu saya mempunyai blog sendiri.terima kasih.

  2. Artikel yang sangat berguna.

    Saya juga pernah tertipu membeli ebook, tapi tu semasa mula2 mengenali perniagaan internet. So kena hati2..

  3. Saya sememangnya selalu terkena dengan hype oleh seorang penjual e book. hahhahaha
    Tapi sekarang saya tak lagi beli ebook yang tidak berkaitan hanya kerana hype yang di gunakan dalam sale latter.
    pendekatan terbaik adalah membeli buku yang berkaitan dengan niche yang kita pilih.
    Saya lebih untuk fokus sekarang.

  4. Ebook Rizal ini memang bagus. Alhamdulillah setelah mengikuti panduan yang terdapat di dalamnya, semua ebook yang saya beli selepas itu memang tidak mengecewakan, dua di antaranya produk smartZul sendiri.

    Tahniah Rizal.

    • Salah satu ebook yang pasti akan berguna adalah ebook berbentuk tutorial atau teknikal atau step by step. Contohnya cara buat blog, cara bina laman web dan lain-lain lagi. Saya rasa, ebook sebegini yang paling orang mahukan.

      Tip: Utamakan ebook yang tidak terlalu kompleks. Kalau tak, sebab itu susah sangat nak dapat hasil dalam perniagaan atau topik berkaitan ebook tersebut. Info overload…

  5. pada peringkat permulaan saya mengetahui cara buat duit di internet, saya akui memang sangat teruja dengan janji-janji manis pengeluar ebook. bila dah beli, hampeh, banyak sampah dari isi.

    dengan panduan yang zul & rizal berikan, insyaAllah tak akan ada lagi newbie yang kena tipu. maklumlah, semangat membara nak buat duit dengan cara mudah. akhirnya tak kemana.

    apa yang penting kita hendaklah berniaga secara jujur dan ikhlas, insyaAllah ilmu dan panduan yang kita berikan akan mudah membuat orang lain faham dan amalkan.

    tapi kalau yg beli pun tak baca dan amal, kirim salam lah 😉

  6. terima kasih bro smartzul..

    kebanyakan daripada kita terlalu mudah percaya pada janji2 yang ditawarkan oleh penjual ebook..

    sikap malas berusaha dan ingin cepat kaya juga mendorong sesorang tu membeli ebook panduan yang kononnya dapat membantu mereka menjana pendapatan tanpa sebarang usaha..

    kena betulkan persepsi tu..insyaallah lepas ni takkan tertipu lagi dgn ebook2 yang hype..

  7. aku akan lihat dari beberapa aspek. Takde salahnya kita beli mana-mana ebook yang kita nak belajar. Cuma, kita kena fokus.

    Boleh aje kita nak try semua benda. Tapi kena fokus. Bagi aku, buat jadual untuk semua benda itu. Ia akan lebih teratur.

    Jangan main beli aje. Lepas tu, main kutuk-kutuk ebook ini camnila, camtula. Kalau betul2 teruk, itu lain cerita..tapi sekarang, ada yg main hentam aje..

    Tapi aku akui, hype sangat salesletter sekarang. Boleh aje kita nak mempersoalkan web jualan tu kalau kita mahu. Tapi, ramai orang bersabar adlam hal ini.Biasanya ramai yang ambil kesempatan. Dan bila kita tegur, diorang wat pekak badak aje..

    • Kalau tahap yang dah intermediate atau advance tu, bolehlah buat banyak benda. Tapi yang baru nak mula blank tahap zero, buat satu benda pun masih tak nampak, apatah lagi banyak benda. Jadi sebab itu mereka ni perlu dibimbing menguasai satu perkara dan diberitahu bahawa di luar sana ada ebook yang bagus dan tidak bagus, atau dinyatakan bagaimana cara membeli ebook agar tidak tertipu. Kemudian dari situ nak buat macam-macam dah tak ada masalah.

      Kadang-kadang kita terlalu menyalahkan pembeli, padahal kebanyakan mereka ni berharap sangat atas sebab nama seseorang penjual ebook tu yang dikenali dan disanjungi. Yang sadisnya, yang otai-otai pun ada buat silap. Kalau tak sengaja tak apa, tapi berkali-kali salah yang sama, susah juga. 😀

  8. Tahniah Zul! Satu pendedahan berani bro’

    Saya puji keikhlasan Saudara dalam menulis artikel ini. Sebenarnya ramai berjaya menyediakan surat jualan yang power tapi tidak berjaya menyediakan ebook yang power.

    Tuk produk Malaysia, Pakej Kit Blogger antara yang terbaik yang pernah saya beli.

    Saya jarang beli ebook coz produk bonus dari beberapa buah ebook yang saya beli dah mencukupi bagi saya. Tinggal bagaimana kita gunakan je lagi ye tak?

    Membeli ikut keperluan, jangan ikut perasaan. Nasihat saya, nak jadi IM antara buku wajib tuk dimiliki ialah “The Sectrets of Ebay Millionaires” oleh Stuart Tan dan Benjamin Wee. Dalam tu ada diajar cara melindungi diri dpd promosi di internet;-)

    Ps; maaf zul ya komen agak panjang’

  9. satu panduan yang berguna untuk newbie mcm aku. kadang-kadang ada ebook yang hanya copy dan paste dari artikel mana2 dan dibuat ebook.hmmmm

    • Kompilasi artikel tidak jadi masalah, tapi yang dipersoalkan adalah kejujuran dan kualiti. Penjual perlu bagitahu apa yang dia jual sebenar-benarnya. Jangan sampai pembeli rasa tertipu, itu yang parah..

    • Betul tu saudara. Kali pertama saya beli ebook local memang terkena macam tu. Apa yang ditulis dalam ebook tu betul2 macam tips2 yang diambil daripada majalah.

      Apa nak kata, orang yang jual tu dah pernah masuk tv, dah generate income puluh2 ribu. Jika kita nak dedahkan kelemahan dia, siapa nak percaya tak ye?

      Saya akui dia berjaya dari aspek menjual dan mempromosi ebook tu je. Selebihnya memang saya takkan beli dari dia lagi’

  10. Salam.. Saya setuju ngan apa yg bro katakan diatas ni…. Kejujuran tu adalah penting bg seseorang pengeluar ebook.. Sebab apa, kadang2 newbie ni mudah terpedaya dengan janji2 manis mereka. Baca surat jualan je dah terpukau dengan janji mereka. Tapi bila beli ebook tu, tgk2 hampeh. Cam takda apa je… Sebab tu kejujuran itu penting, nyatakan apa yang ada jual tu dengan btol…supaya pembeli tidak rasa tertipu.

    Kualiti juga memainkan peranan utama. So bg sesiapa yg nak mengeluarkan ebook tu, jaga lah kualiti ebook anda supaya mereka akan membeli lagi produk anda yg akan datang. Rujuk lah OTAI2 mengikut niche anda utk review produk anda tu..

    P.S : Saya ni newbie, sekadar nak beri pendapat sebagai seorang newbie je… 🙂

    • Kebanyakan penjual ebook adalah “money maker” dan bukan usahawan. Sebab itu mereka tidak kisah sangat soal kualiti atau kehendak orang lain. Seorang usahawan internet yang sebenar bukan sahaja mensasarkan jumlah jualan, malah juga menitik-beratkan beberapa aspek yang lain termasuk kualiti dan support.

  11. kebanyakan ebook hanya beri ikan,cara mengail x diajar,alih2 semua nak kenakan newbie juga,bukan masalah duit,tapi kalau nak turunkan ilmu tu bagilah habis,ini tidak just bagi ikan ilmu mengail x diajar..

    • Ada seorang marketer luar negara mengatakan 70% yang menjadi mangsa dengan “jualan-jualan ikan” adalah para newbie.

      Saya amat bersimpati dan hanya mampu menulis saranan dan peringatan sahaja. Selebihnya buatlah keputusan sendiri. “Lain badan, lain size baju”.

      ps. Teuku. Kadang-kadang ada juga pembeli yang tidak mahu belajar mengail. Hanya mahu makan ikan yang telah siap dimasak sahaja. 😆

  12. saya selalu main beli je ebook yang saya rasa bermanfaat. kalau bukan buat sekarang mungkin masa depan. tapi saya bajetkan diri saya setiap bulan berapa nak spend utk beli ebook.
    tapi saya selalu ingatkan diri saya bila dah spend duit beli ebook, perlu spend masa untuk membaca dan mempraktikkannya. terima kasih atas info yang diberi.

  13. Saya pula akan pastikan bahawa saya memerlukan ebook tersebut baru saya akan membelinya. Jika tidak, walau macam mana bagus pun surat jualannya saya tetap tidak akan membeli. Contohnya seperti panduan blogger saudara zul, saya memang memerlukan sebuah blog pada waktu itu dan pembelian itu merupakan pembelian yang berbaloi bagi saya.

  14. Pingback: Cerita tentang ebook (2) | www.FaizalEhsan.com

  15. Saya ada satu prinsip dalam mebeli.

    Biar tersilap tak beli daripada tersilap beli.

    Tersilap tak beli – menyesal tidak membeli barang yang baik, tetapi wang masih ada.

    Tetapi, tersilap beli – menyesal selepas membeli dan wang pun sudah tiada 🙁

    Hasilnya, saya hanya pernah membeli sebuah e-book berharga RM 10 cara-cara membuat website yang dicadangkan oleh Sifu Zul dua-tiga tahun lalu.

    Selain itu, saya belum pernah membeli ebook-ebook yang ada di pasaran. Saya lebih suka membeli buku berbanding e-buku.

  16. Pingback: Sudah-sudahlah... | ArabMykrk.com