Panduan Asas SEO + Tiga Rahsia PENTING

SEO adalah satu teknik pemasaran dan promosi yang percuma. Atau dalam istilah Internet Marketing, ia dipanggil sebagai Organic Search.

Namun, ikhlas saya katakan, untuk mendapat hasil SEO yang memuaskan ia memakan masa. Tapi walaupun mengambil masa, jika anda tidak mulakan sekarang, maka hasilnya entah bila anda akan dapat. Dan saya buat SEO untuk blog ini sejak dua tahun yang lepas lagi.

Jadi mulakan hari ini juga sedikit demi sedikit. Buat yang asas-asas dulu pun tak apa macam link exchange, submit ke direktori, internal linking dan juga On Page SEO. Sebelum tu, kenal pasti apakah keyword yang patut anda target melalui keyword research.

Satu syarat penting, buat secara normal dan jangan terlalu mendadak. Sebab itu amat penting anda rangka jadual untuk aktiviti SEO laman web atau blog anda.

Dengan siapa boleh belajar SEO?

Jawapan mudah, bukan dengan saya. Saya hanya pengamal (practitioner) dan bukan pakar atau bukan ahlinya. Saya tarik diri awal-awal lagi ya. πŸ™‚

Ada tiga sumber yang anda boleh belajar SEO:

1. Daripada Internet Marketer yang ada pengalaman dan hasil SEO tersendiri. Mereka bukan bercakap kosong.

2. Daripada laman web enjin carian sendiri. Contohnya seperti laman web Google (Webmaster Help).

3. Daripada pakar-pakar SEO profesional yang diiktiraf.

Saya memetik kata-kata Jon Leger yang mana katanya, banyak blog atau laman web yang kongsikan tip dan teknik SEO. TAPI sayang sekali, mereka tidak nyatakan BUKTI dan FAKTA.

Contoh: Kalau mereka kongsi 10 teknik berkesan SEO, mereka tidak nyatakan mengapa teknik itu berkesan beserta dengan faktanya. Kalau nyatakan teori, at least bagitahu logiknya.

Jadi, hati-hati dengan nasihat mereka yang tidak ada bukti, fakta atau sandaran yang kuat. Malah mungkin teknik-teknik yang dikongsikan itu sudah tidak relevan malah yang lebih teruk, anda menghabiskan banyak masa dengan teknik yang tak berkesan.

Tiga RAHSIA Penting

Saya ingin kongsikan tiga tip penting atau boleh dikatakan sebagai PANTANG dalam SEO.

1. Rahsiakan kata-kunci (keywords)

Mendedahkan kata-kunci yang anda fokus (target) adalah satu KESALAHAN BESAR. Ia umpama ingin memusnahkan perniagaan anda sendiri. Semakin ramai yang gunakan keyword tersebut, maka semakin besar persaingan yang wujud.

Jika kita perasan, ramai marketer yang buat kesilapan ini. Kononnya mereka mahu menunjukkan kehebatan ilmu SEO mereka, lantas mereka katakan, “lihat, laman web saya ni dah dapat no 1 di google dengan keyword ni”.

Lainlah jika website tersebut hanya sebuah website/blog pandu-uji sahaja, maka itu tidak mengapa. Tapi kalau ia laman web perniagaan, 100% digalakkan jangan dedahkan kata-kunci yang digunakan.

2. Rahsiakan maklumat SEO laman web anda

Tidak kisah anda lakukan apa-apa model perniagaan. Yang penting adalah JANGAN dedahkan maklumat SEO laman web anda. Maksudnya, anda cerita yang dengan keyword ini menyebabkan laman web ini dapat top ten di google.

Jika anda dedahkan, para pesaing akan mula mengkaji laman web anda dan strategi yang anda gunakan. Ingat, Internet amat berbeza dengan perniagaan offline di mana dengan Internet, pesaing amat mudah untuk korek strategi sesebuah website.

Jadi, salah satu cara untuk kurangkan risiko sebegitu atau menyusahkan usaha pesaing korek rahsia, jangan dedahkan maklumat SEO laman web anda.

3. Rahsiakan teknik yang anda gunakan

Jika anda ada terjumpa atau menemui teknik yang berkesan untuk laman web anda, rahsiakannya. Bisnes tetap bisnes. Bayangkan, jika anda kongsikan teknik tersebut, bukan satu, dua, tiga atau empat pesaing akan gunakannya, malah beribu-ribu pesaing.

Kalau mahu kongsikan teknik tersebut, boleh. Tapi terangkan secara umum sahaja dan jangan dedahkan apa keyword yang anda guna serta website yang anda libatkan (melainkan ia web pandu-uji).

Tip Mudah PASTI Jadi Punya

Tip ini amat mudah dan kalau anda dedahkan keyword pun, pasti tak berguna sedikit pun untuk pesaing anda. Tak percaya? Tak apa, sila baca lagi…

Jika anda seorang usahawan, sudah pasti salah satu cara orang mengenali anda adalah melalui nama. Kalau boleh, biarlah nama itu unik. Tak semestinya nama sebenar anda.

Contohnya, saya lebih dikenali sebagai smartzul. Jadi, sebab orang lebih kenal saya dengan panggilan smartzul, maka apa yang akan saya lakukan adalah:

1. Beli nama domain smartzul.com

2. Guna nama smartzul di mana-mana saja (forum, komen di blog, dalam laman web, signature, profile web social dan lain-lain lagi…)

Jadi, katakan anda sudah femes, atau ramai orang kenal anda dengan nama anda tersebut, mereka akan cari di enjin carian. Ya, ini sudah pasti 100%.

Malah, mengikut pemerhatian saya, ada sesetengah pembaca blog ini menaip nama saya atau nama smartusaha di enjin carian untuk masuk ke blog ini.

Begitu juga dengan website-website lain macam Utusan, Berita Harian, pembaca mereka akan taip di enjin carian untuk masuk ke web tersebut. Mengapa? Sebab mereka malas untuk taip URL. πŸ˜‰

Jadi, di sinilah pentingnya penggunaan nama brand (jenama) anda secara ‘agresif’. Serius, teknik penggunaan keyword jenama ini amat-amat berkesan. Ia sudah pasti tak berguna pun untuk pesaing anda gunakan nama jenama anda tersebut.

Mudah cerita, anda promosikanlah diri anda dengan jenama yang unik dan pasti pengguna internet akan guna nama tersebut untuk cari mengenai anda.

Promosikanlah nama anda itu di mana-mana sahaja. Bagi kes saya, syukur sebab saya ada nama unik iaitu Smartzul. Kalau saya guna Zulfadli, ramai nama Zulfadli atas dunia ni. Hakikatnya, nama Smartzul lebih dikenali daripada nama Zulfadli.

Pemasaran SEO dengan menggunakan nama yang unik sudah pasti akan menjadi. InsyaAllah. Dengan penggunaan nama yang unik, tak perlu sangatlah anda bersaing dengan usahawan yang lain.

Yang perlu anda lakukan adalah, promosikan diri anda dan cipta buzz mengenai perniagaan atau diri anda. Selebihnya orang akan cari anda melalui enjin carian.

Tapi, teknik ini hanya sesuai untuk promosi diri (personal brand) atau untuk jenama produk sahaja. Untuk produk-produk yang umum, anda tetap perlu guna keyword berkaitan.

Kesimpulannya, jika anda seorang yang femes, belilah satu nama domain untuk nama yang anda guna tersebut. Rugi kalau tak gunakan nama domain bagi nama tersebut, sebab yang pasti, pengguna internet akan cari anda melalui enjin carian.

Moga anda jelas dengan penerangan pasal kata-kunci jenama diri di atas.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

23 thoughts on “Panduan Asas SEO + Tiga Rahsia PENTING

  1. YES bro saya memang setuju apa yang bro katakan ,sebab saya selama dalam dunia blog sudah 6 bulan dan saya mula belajar SEO .sehingga sekarang banyak keyword saya telah berada di ranking yang tinggi di search engine …

  2. Salam πŸ™‚

    Selama ni jadi pembaca setia je, tapi jarang komen heh. tapi post yang smartzul tulis terlaju ni la buat saya terpanggil nak beri komen.

    saya pun setuju juga dengan ‘tips mudah PASTI jadi punya’ dari smartzul. orang memang tak rajin nak taip url (macam saya), dan orang memang taip nama brand yang diingati dan unik..

    saya bercakap melalui pengalaman, dan dah berlaku pun pada saya..alhamdulillah..usaha dah menunjukkan hasil..

  3. Smartzul memang praktikal orangnya. Saya mula bina blog pada 1 Nov 08 berdasarkan buku Pakej Kit Blogger . Selepas itu membeli Ebook Panduan SEO dan mempraktikkannya pada blog tersebut. Keputusannya menyeronokkan walaupun kurang pelawat. Memang berbaloi membeli, membaca dan mempraktikkannya.

  4. Bagus artikel ni, baru hari ni saya start nak belajar sesikit pasal seo, nampak otak ni makin berkembang. Memang tak dinafikan ia penting sebab blog saya bila letak domain name pun keluar 3 keputusan saja di googles. teruk-teruk.

    Cadangan saya WordPress level 2 nanti kena ada bonus-bonus macam ni, pasal ni satu pelan tindakan jugak ni dan dapat menarik orang nak belajar lagi.

    1. Buat sikit-sikit lebih baik dari tak buat langsung. Yg penting keywords utama yg berkaitan dgn kandungan blog/web perlu diutamakan.

      At least tajuk artikel, URL, Title dan meta-tag semuanya di-SEO kan, itu pun dah memadai. Jgn tak buat langsung. Kadang2 yg basic ni pun dah boleh dapat 1st page.

      Tiga hari lepas saya up satu page simple utk site baru dan buat sikit backlink selain onpage punya SEO, sekarang dah 1st page di google dan yahoo. Kadar pesaing dalam puluhan ribu. Teknik? Very simple – Title, keyword density, meta-tag, keyword pada domain name dan sedikit backlink pada web yg ada PR yg tinggi. Tu je.

      Kesimpulan: Tak perlu pergi jauh2 sangat. Utamakan yg basic dulu.

  5. hehe…

    Setuju Zul. 100% πŸ™‚

    Ada beberapa keyword yang saya tak sedar pun kewujudannya dan kebolehan untuk menarik trafik. Tetapi saya ada terbaca dari blog atau forum (dah lupa_ dan bila saya optimize, dpt 1st page… memang terbukti banyak juga trafik. Rezeki terbaca… πŸ™‚

    Sabri

  6. Ha3..bisnes is bisnes..

    Cayalah bro..permainan keyword ni best kalo kena cara..

    P/S : nasib baik nama saya unik, tak perlu cari nama samaran :p

  7. Tip tambahan:

    Jangan dedahkan long tail keyword dalam meta tag. Guna keyword yang general sahaja. Sebaliknya, gunakan long tail keyword dalam artikel serta isi laman web anda.

    Dengan ini, ia sukar dikesan.

    Saya biasanya melombong keyword yang bagus-bagus daripada meta tag pesaing saya. hehe πŸ˜‰

      1. Untuk peringkat permulaan, optimakan kata kunci yang kurang pesaing. Jangan mulakan dengan keyword yang general. (Ini belajar dari Stompernet)

        Ini merupakan kesalahan saya yang utama semasa mula dulu.

        Saya cuba optimakan keyword Law of Attraction di mana persaingannya amat sengit. Banyak laman authority muncul dalam SERP seperti wikipedia, youtube, laman Bob Proctor (di mana beliau mendapat banyak backlink melalui affiliatenya – termasuk saya) dan banyak lagi.

        Saya mengambil masa 1 tahun (hempas pulas siang malam) untuk membina backlink dan content untuk muncul dalam muka surat pertama. Kedudukan paling tinggi, #4. (Nak bersaing? Silakan) Tetapi sekarang dah jatuh balik kerana ada projek lain yang perlu dilaksanakan.

        Apabila saya kaji balik, ada banyak long tail keyword saya yang mendapat kedudukan pertama dalam Google dan keyword tersebut membawa beribu-ribu pelawat ke laman saya setiap bulan. (keyword tersebut terpaksa saya rahsiakan)

        Ogos yang lalu, saya mulakan dengan projek SEO baru (untuk niche baru). Saya target satu keyword (3 perkataan) yang mempunyai setengah juta pesaing tanpa laman authority pada muka surat pertama.

        Dalam masa kurang daripada 1 bulan, saya telah menguasai 5 daripada sepuluh carian dalam SERP (muka surat pertama) Google untuk keyword tersebut dan ia merupakan sumber traffik utama ke sales letter saya. (maksudnya setengah muka surat carian menuju ke salesletter saya)

        Bila pergi ke Clickbank untuk buat keyword research website pesaing saya, saya dapati bahawa traffik laman baru saya telah jauh mengatasi laman mereka (melalui Alexa).

        Bila PR dan Alexa ranking telah stabil, mudalah untuk buat join venture dengan pakar-pakar dalam niche tersebut.

        Well, itulah kepentingan membuat keyword research dan SEO

        Kena berhempas pulas masa mula dulu tetapi hasilnya memuaskan.

  8. Saya mendapat ranking #1 untuk keyword “Raymond Chua” broad match

    Kalau orang tak dapat ingat website atau emel saya semasa buat networking kat seminar, saya suruh mereka pergi Google, cari nama saya dan klik hasil carian pertama dan klik “contact us” untuk hubungi saya.

    Teknik yang amat berguna semasa kehabisan atau ketiadaan name card.

    Satu lagi kegunaan SEO. πŸ™‚

  9. Saya banyak mendapat info dari bang Zul, walaupun saya seorang karyawan BUMN tapi saya sangat berminat untuk bisnis on-line.
    mudah2an saja bang Zul ga bosen22 kasih informasi ke saya… dan saya selalu siap saran dan info dari bang zul.
    ok selamat untuk bang Zul….! SUKSES SELALU smartzul.

  10. teknik pasti jaya tu memang sangat berkesan. memang saya cari zul dengan “smart zul” atau “smartusaha”. kaedah yang sama digunakan untuk blog saya. baru bermula. tima kasih atas perkongsian. masih banyak mau belajar.

  11. Branding kan nama kita yang unik adalah teknik yang berkesan. Satu hari semua org akan kenal kita dengan branding kita…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *