Panduan Asas Cpanel – Pertama Dalam Bahasa Melayu
Apa khabar anda semua?
Sahabat saya Jebat Abdul Kadir telah menerbitkan sebuah ebook Panduan Asas Cpanel khas untuk mereka yang tidak tahu sepenuhnya menggunakan ciri-ciri asas Cpanel hosting. Antara sebabnya adalah, tiada rujukan langkah demi langkah yang mudah difahami.
*Jika anda ingin terus mendapatkan ebook ini, sila klik di sini.
Kini, anda tiada alasan lagi untuk tidak tahu menggunakan Cpanel bagi menguruskan beberapa perkara untuk laman web termasuk laman web perniagaan Internet anda atau perkara yang berkaitan, kerana dengan ebook ini anda dapat pelajari sesuatu fungsi di Cpanel dengan mudah!
Jebat bukan hanya menunjukkan satu atau dua perkara sahaja, malah banyak fungsi di Cpanel yang biasa digunakan. Malah, ia diterangkan satu persatu dengan rajah bergambar lagi.
Oh ya, apa itu Cpanel? Tak perlu saya terangkan di sini, kerana dalam ebook tersebut, ada diterangkan apa itu Cpanel, malah cara beli domain dan hosting pun ditunjukkan sekali!
Bagi saya, harga yang diberikan sekarang amat berbaloi sehingga saya rasakan tidak wajar Jebat meletakkan harga yang begitu rendah berbanding dengan kualiti penyampaian ebook tersebut. Jadi, anda rebutlah peluang yang diberikan oleh beliau sebelum harga dinaikkan kepada yang lebih tinggi.
Saya berkata begitu bukan sekadar berkata, tetapi saya telah pun membaca ebook ini yang tebalnya kira-kira 120++ muka-surat. Anda perlu tahu, menghasilkan ebook teknikal sebegini bukan satu kerja yang mudah dan atau mengambil masa yang singkat. Banyak kerja yang perlu dilakukan. Sebab itu saya katakan harga yang diletak amat tidak wajar. Saya yakin, Jebat akan menaikkan harga selepas ini.
Jika anda ingin membina laman web, membuat emel dot com sendiri, membuat subdomain, cara upload web dan sebagainya, ebook ini adalah untuk anda. Tidak kisah anda membuat perniagaan Internet atau tidak, jika anda melakukan sesuatu yang melibatkan ‘hosting’, maka Cpanel tidak akan terlepas untuk digunakan.
Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web ebook tersebut iaitu belajarcpanel.com. Sila klik di sini untuk ke laman web tersebut. Katanya, harga yang diletak sekarang adalah harga pengenalan yang TERHAD. Siapa cepat, dia dapat.
PS. Saya dan ramai lagi usahawan Internet yang lain hanya melakukan trial & error untuk menggunakan Cpanel pada saat awal dahulu. Tetapi kini, tidak lagi untuk anda. Panduan Asas Cpanel dalam Bahasa Melayu ini akan menjimatkan masa dan wang ringgit anda. Dapatkan sekarang, baca, rujuk dan praktis! Kini banyak masa anda dapat dijimatkan daripada mencari-cari sendiri di Internet. Klik URL web ini untuk maklumat lanjut: http://belajarcpanel.com.
PPS. Tahukah anda, Cpanel adalah salah satu aplikasi rutin yang digunakan oleh usahawan Internet? Maka wajar bagi anda menguasai beberapa fungsi penting di Cpanel. Ebook ini dapat membantu anda.










Memang benar, saya dah baca dan gembira sangat2 kerana masalah2 yang berkaitan dgn Cpanel sudah berjaya diatasi. Ebook tu amat senang difahami dan dipraktikkan. Harganya memang berbaloi…jika tak percaya….beli satu dan anda dapat byk ilmu…( itupun hanya utk newbie ler ) orang yang dah tahu perkara2 ni tak payah la….nanti merungut pulak sbb dan faham ttg Cpanel tu….tp nak beli jugak boleh jer….sebab mungkin ada lagi perkara2 yang anda tak tahu tapi Jebat tahu..
olek juga tu ada ebook dalam bahasa melayu , memudahkan newbie utk belajr
Akhirnya apa yg saya tengah dok cari-cari terhidang depan mata. So lepas ni bolehlah belajar dgn cepat pasal Cpanel ni.
dah terhidang,
dah dapatkan belum?
kalau belum, boleh lah dapatkan sekarang…
han
wow!! ini macam memang baguslah. cpanel diterbitkan 100% dalam bahasa melayu. saya betul2 ingin memilikinya.
buat masa ni saya tengah berusaha untuk dapatakan ebook tu. rasanya makin tak sabarlah…… hehhe
yer betul memang membantu jika dah ada dalam bahasa yang mudah difahami oleh rakyat malays… bahsa melayu. selamat maju jaya…
Tq Zul dan semua.. Ya memang tujuan terbitkan ebook nie adalah untuk membantu newbie dalam asas cpanel. Sebab tu gunakan bahasa melayu sepenuhnya.. supaya lebih faham
. Terima kasih buat Zul kerana bagi support dan tak lupa buat Ktom dan kekawan yang lain kerana sokongan anda. Nie yang semangat nak terbit ebook yg kedua
Tapi lambat lagi la.. Nka tumpu pada ebook cpanel ini dulu. Dah betul-betul mantap nanti baru nak terbitkan ebook kedua pula. Tq Zul
Saya harap lepas ni, tak ada lagi lah yg tanya saya mcm mana nak guna Cpanel. Kalau anda tanya saya, saya akan suruh anda beli ebook Belajar Cpanel ni.
Cool?
Cpanel mmg ada banyak fungsi, yg kdg2 saya sendiri pun pada awalnya tak tahu pun cara menggunakannya… apalagi kalau bagi newbies.. try n error, agak berisiko jika tersilap langkah…
kemunculan ebook ni mmg kena pada masa & waktunya… dapat jugak memperbanyakkan bahan rujukan dlm Bahasa Melayu, baru ler ramai org kita lebih maju dlm arena internet ni.
Thanks bagi maklumat ini. ShaifulSham juga telah mengeluarkan Video Cpanel. Kedua2 maklumat ini amat berharga pada usahawan internet. SYabas.
Yup, kalau dapat kedua2 produk tu lagi bagus. Ebook + video, lagi bertambah kefahaman.
cpanel yang banyak membantu mereka yang terkial2 untuk mengendalikannya saban hari tatkala bersua muka dengan cpanel… aduh macam mana nak settle kannya?
dan ebook tersebut hadir dalam bahasa melayu membantu mereka yang tak tahu apa itu cpanel…. kalo dah tahu memang gumbira bukan kepalang…
terkial-kial…
mcm mana nak buat ni nak buat tu dalam cpanel…??
hah… ebook dah ada, beli je lah…
jangan sampai masa tanya ni nak buat mcm mana pl…hehe
han