Panas Panas! ;)

Apa khabar pembaca blog smartusaha semua? Moga sihat selalu dan ehem, puasa baik-baik.. πŸ˜‰

gulai pucuk paku

Baiklah, kali ini saya ingin bercerita mengenai kek coklat yang lazat dan berkrim, yang baru sahaja keluar daripada ketuhar. Panas, harum dan menyelerakan.. Ditambah lagi dengan masak lemak pucuk paku dan ikan goreng, sungguh menyelerakan sekali di waktu berbuka puasa… πŸ˜‰ Kalau orang kelantan, lagi sedap ditambah dengan budu.. hohoho.. Teruskan membaca..

Pertama sekali, saya senyum dan ketawa sat dalam hati.. Ayat-ayat di atas hanya gurauan semata-mata untuk menguji ketahanan iman puasa anda.. hehe.. :p Jangan meleleh air liur sudah lah yer… πŸ˜‰ Sesekali usik-mengusik apa salahnya.. hehe..

Ok, kembali kepada tajuk asal, panas… Ya. Saya dalam proses menyiapkan dua buah ebook yang setebal 42 muka surat (dah siap) + satu ebook lain yang setebal xx muka surat (dalam proses) + edisi kedua ebook paypal +++ (berapa banyak plus daaa..). Semuanya dalam bahasa Melayu.. Jadi, apa yang akan anda dapat adalah ilmu sesebenar ilmu. Saya bukan menulis untuk semata-mata mengumpan anda, tetapi niat utama saya adalah untuk memastikan anda dapat tahu apa yang orang lain tahu… Semoga Allah perkuatkan niat ini. Walau tak perlu dinyatakan niat kita, tapi bagi saya, saya perlu menyatakannya untuk tujuan ‘pendidikan’. πŸ˜‰

Ebook tersebut bukan hanya teori, tetapi disertakan juga dengan cara praktikal. Not just what, but how.. Saya bimbing anda langkah demi langkah. Dan walaupun teori, saya cuba sedaya upaya menggunakan dalam bahasa yang mudah difahami dan kadang-kadang diberikan analogi untuk memberikan anda kefahaman yang baik.

Ingin juga saya nyatakan, saya sehingga kini terus menerus belajar dan mengkaji bidang ebiz ni termasuk perkara-perkara yang berkaitan. Oleh itu, tidak pelik jika ada fakta yang salah dalam apa-apa penulisan saya. Jika ada salah, sama-sama kita betulkan.

Mengenai penulisan ebook, saya lebih suka menggunakan konsep how dalam ebook saya dan mengurangkan konsep what. Anda semua dah tahu apa sesuatu itu, tapi bagaimana?? Itu yang anda tidak tahu bukan? Anda suah tahu apa itu laman web berkesan, tapi bagaimana membina laman web? InsyaAllah, saya mempunyai perancangan jangka panjang yang saya rangkakan untuk rakyat Malaysia, mahupun bukan Malaysia yang faham bahasa Melayu (ada, seperti indonesia dan brunei). They have email me.. πŸ™‚ Saya usahakan semampu mungkin untuk membantu anda dan doakan agar saya tetap bersemangat untuk membantu anda walaupun saya tidaklah se-pakar dan berjaya seperti yang lain. πŸ™‚

Ebook ini juga insyaAllah tidak ditulis dengan cincai atau tidak dilakukan proof reading. Saya tidak menulis secara melepas batuk di tangga. Kelak, kita yang akan mendapat ‘sumpahan’ dari pembaca sendiri. Walau percuma, tulisan ebook kita TETAP kena ada kualiti.

Segala apa yang ada dalam hati saya, fikiran saya dan otak saya, sebahagian telah diluahkan ke dalam ebook tersebut. Rugi besarlah jika tak niat ikhlas. Kita mesti berniat ikhlas, kemudian kita akan dapat apa yang kita nak. ‘The “strategy” is after the niat..’ hehe, rojak habis bahasa yer.. Suka hati saya la.. πŸ˜† Tak perlu nak faham pepatah tu, janji saya betul-betul mahu anda tahu apa yang orang lain tahu. Saya tak mahu anda terus dilanda kekeliruan dan kebingungan. InsyaAllah.

Rasulullah sendiri sudah berpesan dalam hadits niat yang erti keseluruhannya membawa maksud, “kamu dapat apa yang kamu niatkan..”. Kalau kamu tulis ebook free semata-mata nak umpan orang, maka kamu hanya dapat orang sahaja. πŸ˜‰ Hal ini, saya mungkin akan tuliskan nanti.. ‘Sebagai usahawan Islam, kita patut fikirkan sesuatu yang berkaitan dalam melakukan sesuatu’. Apapun, itu hanya pendapat saya, mungkin ia tidak betul..

Perkenalkan….!!

ebook percuma

Apakah tajuknya? Apakah harganya? Adakah ia percuma? Adakah syaratnya? Segalanya akan terjawab dalam masa yang terdekat ini. Orang kata, “suka hati sayalah nak letak harga berapa pun..”. πŸ˜‰

Jika anda ingin tahu jawapan dan kisah yang sebenar.. Nantikan edisi bumper raya yang eksklusif ini! Kalau ada yang dah tahu cerita ni, hmm, perubahan boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Mungkin ia akan dikenakan harga.. πŸ™‚

Sebelum ini, saya ada menyatakan hal ini di blog kedua saya:

http://bloggingsteps.com/tips/blogging-tips/ebook-percuma-bertajuk.html

Namun seperti yang dikatakan, saya boleh merubah statement ini bila-bila masa sahaja. Jadi, pastikan anda tidak terlepas untuk mendapatkan edisi yang penuh dan sarat ini yang berharga RMxx.xx..

Apapun, datang-datanglah ke blog ini untuk dapatkan berita terkini.

Sebelum terlupa, i’m not the expert, tapi kekuatan saya adalah ‘suka’ membantu anda. Moga begitulah hendaknya.. πŸ˜‰

PS: Edisi bumper ini mungkin untuk satu masa yang singkat sahaja kerana ebook tersebut amat berkualiti dan tidak penuh dengan link affiliate.. πŸ˜‰

PPS. Ebook setebal 42 m/s itu telah ditulis (taip ler..) dalam masa 2 hari. Mesti kualitinya kurangkan sebab dua hari jer.. Apapun, dapatkan ebook tersebut dan baru kata ia ok atau tak ok.. πŸ˜‰ Namun insyaAllah, ebook tu berkat sikit kot sebab… Nak tahu kenapa berkat? Saya ada statekan hal ini di muka surat akhir ebook tersebut.. So, anda baca nanti pun akan dapat manfaat ilmu tersebut, hendak dan moganya. InsyaAllah. πŸ™‚

PPPS. Saya juga sedang menyiapkan ebook saya yang pertama. Yang ni seriously akan dikenakan harga.. Tidak percuma.. Dalam nada yang tegas, “if you want, you must buy it.. No free free..”. hehe..

Laste Note: Sudah semestinya anda perlu mendaftar newsletter smartusaha untuk mendapatkan sebarang berita terkini atau sebarang item. Seperti yang saya katakan tempoh hari, mereka yang berdaftar banyak dapat kelebihan secara terus-menerus. Jadi, daftar di http://smartusaha.com/news jika anda belum daftar.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

16 thoughts on “Panas Panas! ;)

  1. akum..baru perasan..tgk muke zul ni mcm muke yang iklan ilmuan islam tu la..sebijik..ke tu memang zul?? hehe sowi kalo komen merapu.. πŸ˜›

  2. Hohoho… Bunnyrich, bukan lah… Tu abang kembar saya kots… πŸ˜€ Gurau jer.. Mungkin rupa nak sama, tapi x serupa. πŸ˜‰

    InsyaAllah, semuanya dalam proses. Paling lewat esok siap.

  3. hohoho..zul nak membetulkan kesilapan tak buat ebook yang berbayar dulu…akhirnya dah release ebook baru..anyway Good Luck noo..

    Saya tengah siapkan slide untuk talk kat uum,Pc tak format lagi.lembab gile lepas crash ari tu.Nak siapkan keje dulu,baru format..

    Nampaknye kene stand by satu hardisk baru plak la..

    1. BM atau BI kena tahu apa yang hendak digunakan melalui kanduangan yang disediakan dalam ebook tersebut… jika tidak ia hanya lah sia-sia shaja jika mendonloadnya… atau membelinya…

  4. Thanks all.. InsyaAllah saya akan lancar hari ni.. πŸ™‚

    En. aku, teruskan usaha tu.. Mula-mula jer susah, lepas tu memang dah tak tahu berhenti menulis.. hohoho..

    Ish, saya sendiri tak perasan muka orang tuu.. Tetiba lak jadi ustaz nooo.. πŸ˜†

  5. panas? kipas aje laa jangan tak kipas sampai sejuk.

    hohooo… pucuk paku goreng best jugak…

    citer panas lagi dari zul yang suka membantu mereka yang mahu berjaya dalam usahaniaga internet. maka dapatkannya dengan segera di pasaran yang terhangat masa kini… takleh yang ini dapatkan yang terkini untuk 2007… okeh???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *