Pakej Kit Blogger Versi 2.7!

Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus, akhirnya siap juga Pakej Kit Blogger versi 2.7.

Sebaik sahaja release WordPress 2.7, saya terus melakukan kemaskini ebook. Hampir 100 muka surat juga kemaskini tersebut! Bukan sahaja lebih 200 imej screenshot yang dilakukan dan dimasukkan ke dalam ebook, malah ayat-ayat di dalam ebook sekali lagi di’proof-read’!

Setakat ni, telah lebih 10 kali rasanya Pakej Kit Blogger dikemaskini seperti ditambah apa yang perlu dan dibuang mana yang tak penting.

Keep It Simple

Pada versi 2.7 ini, saya amalkan konsep KISS (Keep It Simple). Maksudnya, saya tidak berikan beribu-ribu bonus atau berikan apa-apa produk tambahan. Apa yang saya perhatikan, semakin banyak kita bagi item kepada pelanggan, mereka semakin keliru!

Jadi dengan itu, beberapa material saya telah buang dan tinggalkan yang penting sahaja. Item asas Pakej Kit Blogger adalah:

1. Panduan dan Asas Blog (dulu bertajuk Buat Duit Dengan Blog). Saya tukar tajuknya sebab tidak mahu pembeli Kit Blogger salah faham. Jadi, tajuk Panduan Asas Blog sudah memberikan kefahaman bahawa ebook ringkas ini adalah mengenai asas blog, bukan mengenai buat duit.

Panduan ini adalah asas mengenai blog. Wajib dibaca sebelum mula bina blog.

2. Pelan Tindakan Kit Blogger. Inilah kekuatan utama Pakej Kit Blogger. Pelan Tindakan ini disaduri dengan langkah demi langkah apa yang perlu dibuat satu demi satu. Kejayaan pembinaan blog dot com memerlukan langkah dan perancangan yang tersusun rapi!

Apa yang ada dalam Pelan Tindakan ini? Secara mudah, Pelan Tindakan ini akan mengarahkan satu persatu apa yang perlu dibuat. Ada pembaca ebook ini tidak ikut saranan Pelan ini dan kata saya, “anda akan hadapi masalah yang besar kalau tak ikut Pelan Tindakan ini!”.

Saranan saya kepada pembeli amat mudah: “Baca File Baca Ini Dahulu (Read Me First). Kemudian baca Panduan Asas Blog dan kemudian IKUT satu demi satu langkah di dalam Pelan Tindakan Kit Blogger”.

Ramai yang mahu ekspress dalam buat blog. Tapi ikhlaslah saya bagitahu, saya sebelum tulis panduan ini, hampir setahun saya melalui proses pembelajaran dan trial & error untuk mahirkan diri dengan sistem WordPress. Macam-macam kesilapan yang saya buat.

Tapi kalau kebanyakan orang yang nak berjaya dalam sehari dua, saya tak dapat membantu. Tak ada jalan pintas. Cuma yang gembiranya, Pakej Kit Blogger membimbing anda untuk tidak melakukan kesilapan-kesilapan yang telah saya buat. Jadi, proses pembelajaran anda lebih cepat dan mudah (tempoh learning curve yang singkat).

Dan inilah yang menjadi masalah kebanyakan orang: Mindset. Mereka tidak mahu melalui PROSES pembelajaran. Nasihat ikhlas saya, tenangkan diri dan buat satu demi satu. Ada masalah, sila emel saya. Saya akan cuba membantu. Malah terkadang, saya tolong buat lagi walaupun ia di luar skop support saya.

Berbalik kepada Pelan Tindakan ini, ia megandungi langkah awal sehinggalah kepada asas promosi blog. Langkah demi langkah.

3. Senarai Semak Tindakan. Ini merupakan ringkasan bagi Pelan Tindakan Kit Blogger. Digalakkan cetak senarai semak ini agar semasa proses pemasangan blog anda boleh semak apa yang telah dibuat dan apa yang perlu dibuat seterusnya.

4. Panduan Asas WordPress. Inilah ‘core item’. Setebal 100 lebih muka surat! Penuh dengan imej agar pembaca faham dan nampak apa yang perlu dilakukan.

Jika versi sebelum-sebelum ini sedikit teknikal, dalam panduan versi 2.7 ini saya telah permudahkan pembaca dengan menggunakan satu cara pemasangan sahaja! Panduan ini semakin mudah difahami selaras dengan perubahan di dalam sistem WordPress.

Contohnya pemasangan plugins. Kalau sebelum ini perlu upload guna FTP, tetapi di dalam sistem WordPress 2.7, kita boleh upload terus dari bahagian dashboard blog!

Apa pun, saya amat yakin panduan versi 2.7 (kemaskini) ini lebih mudah difahami. InsyaAllah.

Antara kandungan Panduan Asas WordPress adalah proses pemasangan (hanya 13 langkah mudah!), setting sistem blog, pasang theme dan plugin, serta yang baru saya masukkan adalah penggunaan Widget untuk sidebar.

Nota: Versi panduan adalah mengikut versi sistem WordPress yang digunakan. Bagi kes sekarang, panduan ini menggunakan WordPress 2.7. Jadi versi Panduan Kit Blogger ini adalah versi 2.7. Harap tidak keliru mengenai penggunaan versi terhadap produk ini.

Telah Membantu…

Pakej Kit Blogger ini telah banyak membantu ramai orang yang dari tiada blog kepada ada blog dot com sendiri. Daripada penulis buku, motivator, penceramah, pendakwah, pelajar IPT dan sekolah, usahawan dan ramai lagi! Saya bersyukur dapat membantu mereka walaupun dengan sedikit usaha ini.

Berikut adalah beberapa testimoni pelanggan Kit Blogger yang mana mereka berikan testimoni ini tanpa saya minta. Sila klik untuk paparan yang lebih besar:

Banyak lagi sebenarnya testimoni pembeli. Tapi tak dapat saya masukkan kesemuanya di sini..

Bagi anda yang berminat, dapatkan panduan ini dan bina blog dot com anda sendiri. Sehingga kini saya telah mempunyai banyak buah blog. Begitu juga dengan pembeli Kit Blogger ini, ada antara mereka begitu teruja untuk membina dan terus membina blog dot com mereka sendiri. Asasnya, mereka belajar daripada panduan ini!

Salah seorang pelanggan saya yang mana kini juga adalah sahabat saya adalah Jimie. Beliau memang tidak tahu apa-apa sebelum mendapatkan Kit Blogger. Tetapi dengan kesungguhannya di samping merujuk panduan ini, beliau telah berjaya memasang dua buah blog iaitu jimieray.com dan juga http://tips.jagakesihatan.com.

Contoh lain adalah seorang pelanggan saya ini membina blog bersama isterinya untuk projek-projek yang mereka lakukan. Dari satu kepada satu blog mereka bina. Mereka sungguh teruja dengan blogging.

Saya hanya berikan satu dua contoh sahaja dan sebenarnya ramai lagi membina lebih daripada satu blog. Kalau saya ingin ceritakan kisah-kisah mereka dan blog mereka, terlalu banyak. Cuma yang ingin saya katakan, untuk membina blog dot com sendiri, anda perlu:

1. Ada kesungguhan

2. Rela menjalani proses pembelajaran

Panduan yang hebat sekali pun tidak dapat membantu kita jika kita hanya mahu cepat dan tidak mahu belajar. Bagi diri saya, saya hanya dapat membantu mereka yang ada kesabaran sahaja.

Pakej Kit Blogger adalah PANDUAN

Ramai yang salah faham. Selepas mereka dapatkan panduan ini, mereka mahu saya lakukan segalanya bagi mereka termasuk support sepenuh masa.

Sebenarnya, bayaran yang dilakukan terhadap produk ini hanyalah untuk produk ini sahaja. Support yang saya berikan terutama bantuan yang berkaitan adalah percuma daripada saya.

Produk ini adalah PANDUAN dan BUKAN KURSUS atau coaching. Harap tidak tersalah faham. Seperti mana anda membeli buku di kedai, begitu jugalah ebook ini. Cuma yang bezanya, saya akan cuba membantu anda semampu yang saya boleh melalui emel.

Begitu juga dengan kawan-kawan saya yang lain menghadapi dilema yang sama. Pembeli ebook panduan mereka mengharapkan 100% sokongan selepas pembelian. Ini silap sebab ebook adalah panduan sama seperti buku, BUKAN kursus yang perlu dibantu secara mendalam dan menyeluruh.

Pendek ceritanya, ebook atau buku adalah bahan rujukan SELF LEARNING (pembelajaran kendiri) dan bukan training, course, coaching atau bengkel. Harap jelas mengenai hal ini agar tiada perkara berbangkit kelak.

Support Selepas Belian

Saya memang ada berikan support. Sokongan asas adalah terhadap produk seperti kemaskini percuma dan masalah-masalah yang berlaku seperti file rosak dan sebagainya.

Bagaimana dengan bantuan isi kandungan panduan? Saya juga berikan. Tetapi ia bukan kewajipan kepada saya. Seperti yang saya katakan di atas, Pakej Kit Blogger adalah PANDUAN, bukan kursus, coaching atau training.

Mana-mana yang dapat saya bantu, maka saya akan bantu. Setakat ini (sejak dua tahun produk ini wujud), seingat saya kebanyakan emel pelanggan produk ini saya balas walaupun bukan dalam masa 24 jam. Malah ada yang saya tolong buatkan secara percuma walaupun saya boleh kenakan caj.

Prinsip saya dalam bisnes amat mudah. Saya amat tidak suka berikan janji besar seperti support 24 jam, sokongan sepanjang hayat dan lain-lain lagi. Saya amat ngeri dengan janji-janji manis sebegini. Ia seumpama hutang besar yang wajib dipenuhi. Cukuplah janji yang biasa-biasa tapi selepas pembelian oleh pelanggan, kita berilah lebih daripada itu. Inilah prinsip under promise, over deliver.

Nota: Tiada lagi support melalui forum. Setelah saya fikirkan masak-masak, support melalui forum amat time consuming dan susah untuk diurus. Jadi kini saya hanya support melalui emel sahaja dan beberapa cara lain yang akan diberitahu hanya kepada pelanggan sahaja. Yang pasti (insyaAllah), ada sesuatu yang menarik.

Kesimpulan

Saya amat teruja dengan Kit Blogger versi 2.7 ini. Banyak perubahan yang telah dilakukan. Kepada pembeli sedia ada, anda akan dapat secara percuma dan kepada pembeli baru, anda terus dapat bermula dengan sistem WordPress yang terkini. Satu sistem yang hebat.

Kepada mereka yang telah memasang blog wordpress sebelum versi 2.7, anda boleh upgrade dengan mudah. InsyaAllah saya akan siapkan satu video panduan ringkas proses upgrade ini. Anda wajib menggunakan WordPress 2.7 sebab ia lebih ‘hebat’.

Selepas upgrade, sila rujuk Panduan Asas WordPress dalam Kit Blogger ini terutama mengenai Plugins. Apa pun, anda digalakkan baca dari awal sampai akhir edisi kemaskini ini sebab sistem WordPress sudah banyak berubah. Secara ringkasnya, jika anda tidak tahu upgrade blog, tunggu emel daripada saya mengenai hal ini. Saya akan berikan beberapa cadangan penyelesaian.

Saya rasa setakat ini dahulu. Selebihnya, saya akan ceritakan melalui emel (kepada pelanggan sedia ada). Bagi anda yang belum beli, boleh buat pembelian di sini:

http://bloggingsteps.com/kit/

Sekian.

ps. Ramai yang bertanyakan mengenai Program Affiliate. Buat sementara saya tutup kepada pendaftaran baru. Kemungkinan besar ia akan dibuka kepada pembeli kit blogger dan mereka yang terpilih sahaja. Harap maklum.

pps. Kepada reseller sedia ada dan reseller baru yang telah buat tempahan berbayar, saya akan hubungi anda nanti. Saya perlu siapkan Kit Reseller untuk anda. Kepada yang berminat, saya akan buka laman tempahan nanti. Versi hak jualan untuk Kit Blogger ini dibuka secara terhad sahaja dengan harga RM150.00 untuk satu lesen.

Setakat ini telah hampir 10 orang telah melakukan tempahan berbayar dan ramai lagi yang sedang menunggu. Jika berminat, sila tunggu Post terbaru nanti di blog ini. Pastikan tidak terlepas sebab ia dijangka mendapat sambutan yang hebat!

Artikel berkaitan: Pakej Kit Blogger akan lebih menyengat di pasaran

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

43 thoughts on “Pakej Kit Blogger Versi 2.7!

  1. Saya dah terima versi terbaru Pakej Kit Blogger ini, tapi belum sempat baca lagi. Thanks Zul.

    Saya amat galakkan blogger baru untuk dapatkan panduan ini jika tak mahu menyesal kemudian hari 😉

  2. Tunggu reseller buka balik..saya book satu…

    saya dah upgrade wordpress 2.7 kat 3 blog saya.. memang syok & laju. memang banyak kelemahan diperbaiki. siap ada quickpress kalo siap yang buat post ringkas ala tip satu minit.. 🙂

    1. Versi 2.7 lebih kepada navigation admin. Kiranya kali ni lebih jimat masa lah berbanding design sebelum ni yg perlu dua tiga kali klik.

      Malah versi 2.7 ni sebenarnya tak perlu tunggu 2.7.1 sebab bugs dari versi sebelumnya dah dinaiktaraf dalam versi 2.7 ni.

      Interface barunya akan kekal insyaAllah sampai hujung tahun 2009 atau lebih lama. Team WordPress akan lebih fokus kepada function pula lepas ni selepas berpenat lelah buat interface baru.

      Syabas buat team WP.

  3. Terima kasih banyak Zul beri link update terkini.

    Saya perhatikan Zul merupakan seorang yg mempunyai
    keyakinan begitu tinggi dengan produk ciptaan Zul.

    Kebanyakkan usahawan internet sudah tidak pedulikan
    lagi produk2 mereka maaf maksud saya ada yg telah
    menutup dan berhenti update produk2 mereka.

    Namun berbeza dgn Zul sentiasa percaya bahawa produk
    anda tetap ada permintaan yg tersendiri.

    Tahniah sekali lagi. Dan satu lagi saya perhatikan Zul tak
    cepat melatah dgn persaingan antara usahawan ineternet
    di mana sekarang ni berbagai produk baru dihasilkan namun
    apa yg pasti semuanya seakan serupa dan cara penyampaian
    shj yg berbeza.

    Sebab tu lah saya lihat Zul jarang mempromosikan sesuatu
    kpd subscriber Zul dan yg pasti Zul ada target sendiri.

    Teruskan usaha murni anda 🙂

    1. Terima kasih Wira dan Mazlie.

      Bagi saya, kita perlu jelas apa yg kita lakukan iaitu fokus kita. Kbykn yg tutup tu mungkin mereka beralih kepada bidang/model ebiz yg lain.

      Apa pun, kalau kita ada produk, ia adalah satu aset sebenarnya dan kita perlu jaga baik-baik. Lagi2 produk yg terbaik kita hasilkan. Bagi kes ini, Kit Blogger merupakan satu2 nya produk terbaik bagi diri saya. So saya tak boleh biarkan ia tersadai begitu saja.

  4. Saya memang tak nak terlepas produk2 smartzul ni. kalau boleh semua saya nak kebas… tahniah zul… banyakkan lagi produk RR, forsure saya akan sapu. hehehehe

  5. Thank to add me as your friend.Actually sy dah tahu siapa awak tk sangka rupanya awak add sy dan sya dah pun banyak dapat maklumat tentang pakej kit blogger tu tp saya tk yakin boleh buat blog sendiri buat kata orang belajar dari kesilapan tapi x cuba dan takut-takut nk buat sendiri kalau boleh saya nk awk tolong sya. boleh ke?Kalu google blog tu mudah je tp x tau mana nk sebab sy ni newbie memng buta it.

  6. Yup, WP 2.7 memang best, rugi kalau tak guna kerana ada banyak feature yang mampu menjadikan kerja kita menjadi cepat dan kebanyakkan plugin pun dah banyak yang support versi ini jadi tak timbul masalah tidak support lagi.

    Upgrade Pakej Kit Blogger memang ditunggu-tunggu!

    Syabas Zul!

    1. Yup, betul tu. Versi 2.7 memang syok habis. 😉

      Semoga enjoy dgn versi kemaskini Kit Blogger. Untuk reseller, saya akan berikan link downloadnya. Sama je sebenarnya. Tapi saya ada penerangan sikit untuk reseller sedia ada.

      So lepas ni bolehlah promote balik jualan Kit Blogger dgn penuh keyakinan sebab kandungannya seiringan dengan versi WP terkini.

  7. Sebanyak produk dalam bahasa melayu ,ini adalah antara satu yang saya paling suka sebab buka cover ebook yang menarik tetapi adalah isi kandungan yang cukup ++ jelas dan cukup padat ,dengan panduan ini saya telah belajar banyak selok belok dunia online bukan sahaja dalam panduan workpress tetapi juga idea cari duit ,tahniah Smartzul

  8. Saya dah pernah view wp versi 2.7 memang berbeza dengan versi sebelum ini. Saya perasan bila ada satu email yang bertanya mengenai versi wp 2.7 ini. Agak pening juga la nak jawap, sebab saya still guna versi 2.0 🙂 , jadi apa isi kandungan dalam admin versi ini agak berbeza. Sedikit masa lagi saya akan upgrade blog ke versi terbaru ini sebab Zul dah siapkan panduan penggunaannya. Tq Zul 🙂

    p/s: Macam saya ni nak upah Zul upgrade boleh gak ke? he..he..

  9. Setakat ini saya mempunyai blog-blog percuma iaitu daripada wordpress dan blogspot. Saya baru terjumpa laman saudara dan dah bayar RM50.00 untuk dapatkan ebook.

    Saya dah mempunyai domain sendiri dan bercadang mempunyai blog dengan gunakan wordpress. Saya harap buku sdra akan membantu saya dalam membina blog. Tetapi saya memang tidak pandai hal-hal teknikal internet.

  10. Saya dah buat review update terbaru Smarzul di blog saya…kalai nie peneangan lebih santai dam mampu menjawab pelbagai persoalan terutamanya newbie…Tahniah!!!

  11. wahh..satu-satunya ebook yang saya rasa paling banyak di update. yang bagusnya, setiap kali update,pembeli lama dan reseller dapat percuma. 🙂 ebook camni yang saya rasakan benar-benar relevan sepanjang masa kerana sentiasa di kemaskini. pasti rezeki zul akan bertambah setiap masa. teruskan menyumbang kerana memajukan dunia perniagaan internet malaysia 🙂

  12. Saya banyak membaca panduan WordPress lain di dalam B.I. termasuk yang dalam eBook percuma.

    Tapi, saya mengaku panduan blog Zul adalah yang paling banyak membantu saya memahami WordPress. Thanks Zul.

    Saya benar-benar merekemenkan panduan ini.

    -ShueQry-

  13. salam zul,

    Akhirnya setelah mendapatkan pakej kit blogger siap juga blog saya yang x seberapa. usia pun x sampai seminggu. hahaha. Kiranya tahun baru ni ada blog baru la. best gak tu.

  14. Kit Panduan Yang Sangat Berguna Utk Newbie. Teruskan usaha dengan menghasilkan ebook yg manfaat.. Syabaz.

    Regards,
    Shah

    Admin SmartSuccessLine Dot Com

  15. Pingback: Pakej Kit Blogger (versi Resell Rights) | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *