Pakej Kit Blogger Versi 2.6

Sejak tahun 2006 lagi, Pakej Kit Blogger telah dikemaskini beberapa kali. Walaupun kerja pengemaskinian ebook adalah satu kerja yang membosankan, tapi saya gembira apabila para pelanggan bermanfaat dengan kemaskini tersebut.

Adalah menjadi satu polisi ketat dalam perniagaan saya, kemaskini adalah wajib. Saya tidak mahu produk-produk saya seperti yang lain, apabila dijual, satu emel kemaskini pun tak dapat.

Maka soal harga jangan sesekali dipertikaikan kerana para pembeli akan mendapat versi kemaskini secara percuma. Tiada caj dikenakan walaupun satu sen!

Tidak seperti buku yang anda beli di kedai, jika anda mahukan versi kemaskini, anda perlu beli dan beli lagi. Tapi tidak untuk ebook. Itu pun kalau penulis ebook tersebut melakukan sedemikian.

Proses Kemaskini

Setakat ini, saya masih sedang melakukan kerja-kerja editing Pakej Kit Blogger. Phew, sudah lebih daripada 150 imej screenshot dihasilkan untuk mengemaskini ebook ini! Tinggal separuh ebook lagi untuk dikemaskini kandungannya.

Itu baru ebook utama. Belum lagi dengan beberapa tambahan material yang lain. Saya perlu wujudkan bahan tambahan setelah mendapat beberapa respon pembaca. Kepada pembeli sebelum ini, jangan risau, anda akan dapat secara percuma sahaja bahan-bahan terbaru tersebut. Berbaloi bukan?

Antara kandungan ebook utama Kit Blogger

Evolusi Kulit Ebook Kit Blogger

Jom kita tengok perubahan demi perubahan Ecover Kit Blogger:

Ecover Pertama:

Ecover Kedua:

Ecover Ketiga:

Ecover Keempat (Terkini):

*Saya rasa ecover ke-4 adalah yang terakhir. Kalau buat yang ke-5 pun tak pasti bila.

Pakej Kit Blogger: Untuk Newbie?

Memang untuk newbie pun. Jadi mengapa perlu dibisingkan? Bagi sesetengah orang, mencari rujukan percuma adalah jalan terbaik. Tapi tidak semua orang mampu dan perlu melakukan hal sebegitu.

Jadi bagi mereka yang mahu gunakan cara berbayar, biarkanlah mereka. Jangan susahkan mereka dengan menyatakan “alah, cari je kat internet, berlambak”. Ini sebenarnya satu saranan yang betul. Tapi jika disarankan kepada orang yang tidak sepatutnya, mereka akan semakin keliru.

Janganlah susahkan orang lain dengan prinsip tegar kita dan jangan sampai orang kata kita seorang yang ego dengan prinsip sendiri. Biarkan orang lain memilih jalan yang mereka mahu selagi ia tidak haram di sisi Agama. Mudah bukan? Itu pun kalau kita ada sifat saling memahami dan menghormati.

Walaupun panduan ini adalah asas, tetapi saya telah banyak merubah konsep penyampaian agar pembaca mudah memahami. Yang asas pun kalau orang baru nak belajar, itu adalah perkara baru bagi mereka dan sudah pasti mereka anggap ia susah.

Jadi saya seboleh mungkin cuba ubah, edit dan tambah mana yang patut. InsyaAllah, versi 2.6.3 ini saya gunakan cara lain pula untuk memberi kefahaman dan penguasaan kepada pembaca.

Ada Yang Tak Suka?

Ada. Hidup di dunia ni kalau tak ada orang tak suka kita atau barang jualan kita, itu satu perkara yang amat luar biasa.

Daripada 10 orang, saya tak pasti mungkin satu orang atau tiada yang tak suka panduan ini. So far, 95% berpuas hati dan ada yang menyatakan mereka sebenarnya sanggup bayar lebih.

Jadi kepada usahawan, fokus kepada mereka yang berminat sahaja. Yang tak minat dan tak suka, kita biarkan sahaja. Jangan gundah gulana sangat. Ia adalah normal.

Cara saya adalah, tidak kisah yang negatif atau positif datang kepada saya, semuanya saya akan usahakan untuk menjadikannya sebagai satu ‘bahan bakar’ yang positif untuk menolak saya terus ke hadapan.

Mengapa Perlu Kit Blogger?

Selagi saya hidup, insyaAllah selagi itulah panduan ini akan dikemaskini dengan keperluan semasa.

Berbeza jika cari sendiri, anda perlu ke sana dan ke sini, dan perlukan masa untuk mengumpul bahan, mengkaji, belajar dan memahami.

Tetapi tidak dengan cara berbayar, anda akan dapat kemaskini atau info terus ke emel anda. Noktah.

Disebarkan secara haram?

Banyak kali terjadi juga ebook usahawan internet Malaysia disebarkan secara suka-suka tanpa rasa sedikit bersalah pun oleh mereka yang melakukannya. Lainlah ebook itu SCAM atau menipu, itu lain cerita. Tapi kalau ebook yang baik-baik, mengapa kita perlu buat jahat kepada saudara seAgama sendiri?

Anggaplah penulis ebook itu sebagai ahli keluarga kita sendiri. Apa perasaan kita kalau orang luar buat jahat kepada ahli keluarga kita sendiri? Sudah tentu kita marah bukan? Kalau boleh mahu cincang 14 kerat orang tu.

Tapi mengapa tidak mempunyai perasaan yang sama kepada orang lain? Ini berkaitan dengan persoalan hati dan kesedaran. Kesedaran dalam menghormati hak orang lain yang mana Allah menyuruh kita jangan langgar hak orang lain.

Prinsip saya amat mudah. Mengambil barang  orang tanpa hak adalah berdosa. Jadi, pandai-pandailah fikir sendiri baik buruk perbuatan tersebut. Saya tidak mahu sentuh perihal undang-undang, sebab semua orang sudah sedia maklum.

Hormatilah hasil kerja orang lain. Untuk siapkan Pakej Kit Blogger, saya terpaksa mengambil masa tidur saya. Saya hanya tidur beberapa jam sahaja. Saya meletakkan tanggungjawab yang serius terhadap sebarang pengemaskinian.

Untuk siapkan ebook bukan mudah. Banyak kerja perlu dilakukan. Jadi bagi mereka yang suka sebarkan hasil kerja orang lain, ingatlah dosa banyak-banyak. Kasihanilah saudara seIslam sendiri.

Itu pun jika  mereka mengaku mereka adalah penganut Islam yang patuh dan taat pada Allah.

Sekian.

ps. Saya guna perkataan mereka sebab saya yakin, anda (pembaca blog ini) bukan seperti mereka tersebut.

pps. Sebaik sahaja Pakej Kit Blogger versi 2.6 sudah siap sedia untuk dilancarkan, saya akan maklumkan.

So far, dah ramai yang buat tempahan berbayar untuk versi Resell Rights. Satu bukti Kit Blogger tetap menyengat. TQ! :inlove: :yes:

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

10 thoughts on “Pakej Kit Blogger Versi 2.6

  1. Bagus Zul, ada gak pembeli yang tanya tentang update ni. Memang elok dikemaskinikan.

    Manusia ni macam-macam Zul, ada yang sengaja nak tunjuk ‘hero’ atau berlagak nak jadi ‘sifu’ – dah la semua benda nak percuma, ajar orang cari benda percuma lak tetapi terus lepas tangan! Sedangkan produk berbayar ni ada satu perkara yang tidak ada pada benda percuma iaitu SUPPORT.

    Oklah Zul, semoga kerja berjalan lancar!

  2. Saya memang puas hati dengan Pakej Kit Blogger Zul 🙂

    Benda yang kita dapat percuma tidak sama dengan benda yang kita dapat secara berbayar. Saya pasti, kita akan lebih menghargai benda yang kita dapat secara berbayar, dan mungkin akan lebih meninggalkan ‘kesan’ kepada kita.

    Saya tak kisah untuk mengeluarkan sedikit kos untuk mendapatkan ilmu, asalkan ilmu itu bermanfaat kepada saya.

  3. em..saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya disini tentang produk smazul ,ye memag saya sendiri sangat memuaskan kerana cara penulisan yang tersusun dan menpunyai plan tindakan yang disertai langkah demi langakh memang adalah satu produk yang sangat baik ,memang yg percuma kita pun boleh dapat tapi tidak selengkap yang ini .

    sebagai seorang newbie produk panduan wordpress,panduan ftp dan panduan cpanel wajiblah kita menpunyai untuk menyenangkan kerja-kerja kita sebagai seorang blogger .

  4. (a) I pulak berpuluh PM masuk kat forum CG merayu untuk bagi jer kit blogger ni FREE kat diorang..Most alasan bila tanya kenapa you tak beli? Jawapan nak FREE dan tak mampu..

    (b) I nasihatkan diorang supportlah Zul tu, dianya product support excellence then I kata lagi kat diorang kalau tak mampu sangat you contact Zul sendiri or memang you ni typical melayu I suggest deal dengan zul wat bayar ansuran ..LOL

    (c) Tak tahulah ada tak yg email you pasal nih..Tapi yg pasti kita kena support IM malaysia yg memang genuine nak meniaga bukan yg menyamar huhu ramai depa sekarang just nak wayang then jadi scammer

    OK lah All the best untuk awak Zul.

    1. Thanks laling. Amat berterima kasih dengan sokongan laling tu.

      Bagi soal tak mampu tu, kebanyakan orang hanya melihat masalah tak mampu, tapi mereka tak cuba memikirkan macam mana nak mampukan diri.

      Dan untuk pengetahuan, ramai yang beli kit blogger ni walaupun balance akaun bank mereka tak banyak, semata-mata nak belajar. Maybe laling atau sesiapa yg lain boleh state perkara ni untuk mereka yang banyak ‘alasan’ tersebut.

      So kalau yang ada duit banyak berkira sangat, maka tak dapat nak kata apa-apa lah. Kalau nak bagi free, maka saya sudah pasti tak berlaku adil kepada orang lain yang membayar.

      By the way, saya tak salahkan mereka. Kalau kita tak mampu, cuba cari ikhtiar lain yang sesuai dengan tahap kemampuan kita. Atau kalau nak juga apa yg kita tak mampu tu, cuba usaha sampai dapat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *