Pakej Kit Blogger – Revolusi

Pakej Kit Blogger terus bertahan jualannya dari tahun 2006 sehinggalah ke hari ini. Ya, sudah 4 tahun! Alhamdulillah. Itu bukan sahaja kata-kata saya, malah saya dilaporkan juga oleh beberapa orang Reseller Kit Blogger. Kata mereka, jualan pakej ini adalah amat konsisten.

Pakej Kit Blogger - Panduan WordPress

Sejak produk ini dilancarkan, ia telah membantu ramai usahawan dan perniagaan mengembangkan perniagaan mereka melalui Internet. Di antara perkembangan yang saya dapat tahu adalah:

  1. Daripada tidak tahu blog menjadi tahu. Blog dibina bukan hanya satu, tetapi banyak buah blog.
  2. Setelah pandai berblog, mereka membimbing orang lain pula melalui kursus dan bimbingan peribadi.
  3. Membuka peluang lain. Contohnya, selepas pandai berblog, pintu untuk mempelajari perkara lain terbuka luas seperti Affiliate Marketing, Online Advertising dan perniagaan melalui Internet.
  4. Pakej Kit Blogger adalah produk pertama yang mereka beli dan bermula dari situ, mereka mula mengenali pelbagai perkara lain.

Ke mana saja saya pergi, apabila menemui pembeli-pembeli Kit Blogger, itulah di antara yang mereka kongsikan. Saya tumpang gembira dan bersyukur.

Walaubagaimanapun, saya tidak mahu begitu mudah berpuas-hati kerana masih banyak yang perlu saya perbaiki dan tambah nilaikan. Di antara apa yang akan saya lakukan adalah:

  1. Lesen Resell Rights akan ditukar kepada PLR. Reseller sedia ada perlu tambah sejumlah tertentu sahaja untuk memiliki hak PLR, jika mereka berminat. Dengan PLR, mereka bebas melakukan beberapa perkara yang selama ini terlarang. *Namun ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi demi kebaikan semua*.
  2. Saya akan batalkan Resell Rights. Bermakna, saya akan tiada kaitan lagi dengan mana-mana Reseller. Saya sarankan mereka mengambil tawaran PLR nanti. Saya tidak akan bertanggung-jawab lagi untuk sebarang kemas kini ebook Kit Blogger untuk mereka.
  3. Selepas saya melaksanakan perkara di atas, saya akan keluarkan versi Kit Blogger saya sendiri yang akan dijenamakan semula dan nilai tambah kandungan yang lebih terkini dan lebih banyak ‘content’. Ya, pembeli sedia ada akan mendapat secara percuma sahaja.
  4. Saya akan laksanakan satu perkara yang sepatutnya saya lakukan sejak dahulu lagi. Tunggu pengumumannya kelak.

Untuk makluman semua, saya sekarang dalam proses mengurangkan komitmen dan tanggungjawab. Mana-mana produk Resell Rights akan saya jadikan sebagai PLR. Dengan itu, bebanan dan tanggungjawab saya akan semakin berkurangan. Maka dapatlah saya berbisnes dengan lebih fokus dan konsisten.

Akhir kata tetapi bukan yang terakhir, terima kasih untuk sokongan anda semua yang selama ini banyak menyokong saya walaupun secara senyap. Saya amat menghargainya, dan hanya ALLAH yang sahaja mampu membalas jasa-jasa baik itu. Semoga ALLAH membalas dengan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik.

Ikuti perkembangan saya di Facebook: http://www.facebook.com/MohdZulfadli.IM

Terima kasih.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

14 thoughts on “Pakej Kit Blogger – Revolusi

  1. Sekalung tahniah utk saudara Zul atas kejayaan produk ini… bertahan dgn lama tu dalam pemasaran internet…
    Saya juga amat teringin sekali utk memiliki PLR produk ini jika ada peluang dan tiada aral melintang, insya allah 😀

  2. Tukar ke lesen PLR kemudian jenamakan semula kit blogger, memang langkah yang bijak tanpa memeningkan kepala..Apapun, kit blogger ini masih lagi relevan kerana makin ramai yang tertarik untuk memiliki blog sendiri..:)

  3. Syabas zul kerana Pakej Kit Blogger sentiasa relevan sehingga kini. Inilah satu-satunya pakej yang sangat membantu saya dalam berblog khususnya dengan platform WordPress. Tak sabar rasanya menunggu versi update terkini..kerana setiap kali ada masalah saya akan rujuk kembali panduan daripada Kit Blogger..ribuan terima kasih zul di atas ilmu & panduan yang dikongsikan dalam pakej ini 🙂

  4. Tahniah+produk+ini+betul2+evergreen+dan+membuka+minda+ramai+orang+mengenai+perkembangan+dunia+blog+dan+dunia+perniagaan+melalui+internet.+Sebenarnya+masih+ramai+lagi+yang+menggunakan+blog+percuma+dan+tidak+tahu+kelebihan+blog+berbayar+ini.

  5. Produk ni begitu nostalgia kerana ini adalah ebook berbayar pertama yang saya beli dan banyak manfaatnya, sehingga boleh jual blog yang di cipta dengan panduan ini. Tahniah kerana mengeluarkan produk yang berkualiti.

  6. saya ucapkan terima kasih pada saudara zul kerana tanpa Pakej Kit Blogger pastinya saya masih terus memerhati dan sekadar membaca blog orang lain.alhamdulillah kini telah setahun lebih saya mempunyai blog sendiri yang mengkhusus kepada usahawan dan perniagaan.Sebab itu saya kategorikan Pakej kit Blogger ini produk terbaik di blog saya tanda sokongan dan kepercayaan saya pada produk ini.all the best pada saudara zul dan terima kasih atas penghasilan produk yg berkualiti ini.

  7. Tahniah saudara Zul..pastinya Pakej Kit Blogger versi PLR dinantikan oleh semua peminat saudara Zul.

    Pakej Kit Blogger ialah panduan yang saya gunakan untuk membina blog wordpress saya.

  8. Salam bro zul,

    Saya diantara pembeli pakej kit blogger tulisan zul.Dan dengan pakej tersebut,ianya telah benar-benar membantu saya membina blog saya sendiri tanpa perlu mengupah orang lain.

    Kini saya telah mampu membina banyak blog berpandukan kepada pakej tersebut.Jimat duit,hehehehe.

  9. Memang benar. Kit Blogger sememangnya hot-item. Saya sendiri mendapat jualan yang konsisten dari produk ini. Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *