Home » Berita Terkini » Pakej Kit Blogger Berubah Nama….

Ya, berubah nama, tetapi hanya untuk versi Reseller. :)

Beberapa perkara dan perubahan penting Pakej Kit Blogger adalah:

1. Selepas ini, hanya pihak saya sahaja yang boleh menggunakan nama Pakej Kit Blogger. Bagi sesiapa yang telah guna nama tersebut sebelum ini, tidak mengapa. Abaikan. Tetapi bermula hari ini, gunakan nama “Panduan Lengkap Membina Blog Sendiri, atau boleh juga “Panduan WordPress”.

Jika boleh, gunakan ecover terbaru yang akan saya berikan secara berperingkat. Lihat ecover baru di akhir post ini.

2. Jika sebelum ini panduan ini dinamakan sebagai “pakej”, selepas ini (terutama versi reseller), ia akan dipanggil sebagai “Panduan Lengkap Membina Blog Sendiri“. Panduan ini adalah yang terkini, menggunakan WordPress 3.0 sebagai bahan pelajaran.

Tambahan:

Boleh buat design sendiri, tapi tajuk perlu gunakan tajuk seperti berikut:

Tajuk: Panduan Membina Blog Sendiri, Panduan Blog Dot Com ATAU boleh juga Panduan Bina Blog WordPress atau seumpama dengannya.

Pada design yang dibuat sendiri, boleh masukkan nama & domain anda jika mahu. Cuma ebook, ia tetap hakcipta smartusaha dan tidak boleh direbrand (hanya file PDF yang akan diberikan).

3. Seperti dimaklumkan sebelum ini, saya akan buka peluang buat kali terakhir kepada mereka yang mahu menjadi Reseller untuk Panduan WordPress ini. Hubungi saya jika berminat.

Selepas ini saya tidak akan membukanya lagi buat selama-lamanya. Ini kerana satu perubahan (revolusi) besar akan berlaku terhadap Pakej Kit Blogger.

4. Perubahan lesen: Panduan membina blog versi terbaru boleh dijual dengan harga seminima RM35.00. Kepada reseller sedia ada, ini tip saya: Berikan bonus atau ebook percuma kepada pembeli anda sebelum ini agar mereka rasa berbaloi membeli sebelum ini dengan harga lebih RM45.00.

Namun pemberian produk percuma sebagai timbal balas itu tidak wajib. Sebagai peniaga, kita ada hak menaikkan dan menurunkan harga pada bila-bila masa. Malah, hal ini telah dinyatakan dalam polisi Kit Blogger, iaitu pihak penerbit produk ini berhak merendahkan harga pada bila-bila masa.

5. Pihak SmartUsaha tidak akan lagi berikan support kepada pelanggan Reseller. Reseller sendiri perlu urus hal sokongan termasuk sokongan teknikal pemasangan blog pembeli ebook.

6. Ebook ini akan hanya akan update untuk sekali dua sahaja lagi dan kemudian tidak lagi akan update untuk Reseller. Bagi memudahkan, reseller akan diberi pilihan untuk upgrade kepada versi PLR atau terus menjual versi RR. Hal ini akan saya umumkan nanti.

7. -saya akan maklumkan perubahan lain jika ada-

…dan inilah yang anda mahu lihat bukan? Ecover baru. :)

Semua Reseller sedia ada dan yang baru akan diberi design baru ini. Ecover, buy button, 5 buah banner pelbagai size, minisite lengkap dan juga salesletter. Berbaloi bukan? ;)

buat blog

Ebook versi 3 ini menggunakan WordPress 3.0 (lebih kurang sama dengan versi 3.1) sebagai panduannya.

ps. Peluang Resell Rights untuk produk ini buat kali terakhir dibuka HANYA kepada 38 orang sahaja. Jualan akan dibuka pada bila-bila masa. Bagi anda yang mahu terus bayar dahulu, klik di sini untuk keterangan sebelum ini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.
Share

26 thoughts on “Pakej Kit Blogger Berubah Nama….

  1. JundullahOsman says:

    salam,
    Tuan Zul,
    saya nak update info reseller, macam mana yer. sebab dah berubah alamat.

    1. smartzul says:

      Salam Tuan Jundullah,

      Berikan kepada saya alamat terkini melalui contact form di atas. Untuk Kit Blogger RR, saya hanya akan hantar melalui emel sahaja. Email address dah tukar juga ke?

  2. Zairi Zaidi says:

    Adakah tajuk produk perlu seperti yang ditetapkan?

    1. smartzul says:

      Betul, perlu guna yang ditetapkan, melainkan ambil lesen PLR untuk panduan ini.

  3. Dalam post sebelum ni (pada 1 Januari 2011), bro ada tulis “Kepada Reseller sedia ada, tunggu maklumat daripada saya melalui emel.”

    Saya tak dapat apa2 email pon lagi bro. :(
    Ke bro blom hantar lagi?? hehehe :D

    1. smartzul says:

      Belum hantar lagi. Hehe.. InsyaAllah, dah nak siap. Nanti saya send emel (guna autoresponder). Dan saya juga akan umum di blog ni.

  4. Faizul Noor says:

    Satu panduan terbaik yg pernah saya ada Tuan Zul. Panduan ni saya dah dapatkan tahun 2008 lagi kalau tak silap.

    Panduan evergreen ni.:)

    1. smartzul says:

      InsyaAllah tuan. Dah banyak kali ebook ni dikemaskini. Dan kini, diupdate lagi. Selaras dengan WordPress 3.0.

      *Wordpress 3.1 tak banyak beza dengan 3.0.

  5. MY says:

    Keprihatinan Tuan Zul terhadap kualiti produk yang dihasilkan perlu dicontohi oleh usahawan yang lain.

    Secara jujurnya, saya sendiri sangat berpuas hati dengan peluang yang diberikan dan isi kandungan ‘Panduan Lengkap Membina Blog Sendiri’ ini.

    Tahniah dan terima kasih Tuan SmartZul (^_^)

    1. smartzul says:

      Terima kasih Tuan MY.

      Tunggu saya emel versi RR yang baru ya. Kali ini insyaAllah, panduan yang lebih mudah untuk pembeli. Tidak teknikal sangat seperti sebelum ini.

  6. Che Wan Ruzil says:

    Salam Tuan,
    Banyakkah perubahan kandungan ebook Panduan Kit Blogger sekarang berbanding versi terdahulu yang saya beli pada 2009? Kalau dah banyak update saya rasa saya mesti dapatkan yang terbaru ni :)

    1. smartzul says:

      Che Wan Ruzil,

      Versi personal use ke? Kalau ya, tidak perlu beli. Pembeli sebelum ini akan dapat percuma. Begitu juga para reseller sedia ada, juga akan dapat percuma.

      Saya akan send melalui emel nanti.

  7. zamri says:

    ye ebook ni amat bermanfaat bagi saya dengan sebab itu lahirlah blog peribadi saya (berbayar0 yang pertama.

    apa yang penting ikut je panduan yang disediakan. kedekut nak beli, ambil masa yang lama utk try n error mencari dari internet.

  8. Rahimah al-Idrus says:

    Salam,

    Alhamdulillah saya dah buat bayaran untuk PLR Paypal & Resell Right Panduan Lengkap Membina Blog Sendiri ^_^

    1. smartzul says:

      Terima kasih. Saya akan send link download secepat mungkin.

  9. cikgufaezah says:

    memang produk yang berkualiti. Insya-Allah, akan lebih ramai blogger yang wujud dengan panduan lengkap ini.

    1. smartzul says:

      Terima kasih. Insya Allah.

  10. hasbulaqill says:

    salam tuan zul, saya juga pembeli untuk Pakej RR. namun, saya masih tak menerima update di emel

    1. smartzul says:

      Salam Tuan Hasbul ‘Aqill.

      Saya belum hantar lagi sebarang emel. Akan dilakukan paling lewat minggu depan.

  11. mus99 says:

    Harap2 tak terlepas pandang email saya… tp dah lupa email yg mana satu.

  12. Pingback: Pakej Kit Blogger (versi Resell Rights) | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet
  13. hana says:

    Tahniah atas versi baru.
    Pembeli versi lama (1) kena bayar RM180 ke untuk dapatkan versi baru ni?

    1. smartzul says:

      Terima kasih.

      Benar, tiada diskaun walaupun untuk pembeli personal use sebelum ini.

      RM180 adalah Resell Rights. Bagi pembeli biasa (personal use), mereka akan dapat percuma.

  14. Terima Kasih, En. Zul saya sedang download pakej tu :-). Tengoklah kalau ada masa saya akan follow yang lain

  15. maizul.com says:

    Terima kasih Tuan Zul.

  16. Hadi Rofiee says:

    Salam sejahtera.

    Bagaimana pula penggunaan nama jika ingin mempromosikan melalui affiliate? :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.