Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Awas: Kit Blogger Akan Lebih Menyengat Pasaran Malaysia!

Sudah lama saya tidak berbicara mengenai “core product” saya ini, iaitu Pakej Kit Blogger.

Untuk pengetahuan anda, saya akan lakukan dua fasa pengemaskinian Pakej Kit Blogger setelah sekian lama “terbiar” begitu sahaja.

Fasa 1: Menggunakan imej eCover yang sama dan update pada Ebook Utama.

Fasa 2: Siri Kedua! Tunggu sahaja masanya.

Untuk fasa 1, ia dijangka siap dalam masa terdekat. Dan sempena dengan itu, saya akan membuka semula lesen hak jualan produk ini. Anda perlu tahu, begitu ramai yang menghubungi saya bertanyakan produk ini masih dibuka hak jualan atau tidak.

Setelah memikirkan beberapa perkara, saya mengambil keputusan untuk membuka semula peluang ini buat kali terakhir (kemungkinan). Saya sama sekali tidak akan membuka kepada ribuan orang kerana produk ini memang sentiasa panas, laku dan diperlukan.

Tak percaya? Lihat sahajalah arena politik di Malaysia. Penangan blog telah membuatkan beberapa pihak terbuka mata terhadap blog kerana selama ini mereka melihat sebelah mata sahaja.

Lantas hal ini menyebabkan blog semakin terkenal dan menjadi satu topik yang hangat di kalangan rakyat Malaysia pada masa sekarang. Saya bukanlah minat politik, malah hakikatnya blog bukan hanya untuk politik, tapi ia amat berkesan sekali untuk perniagaan dan pemasaran.

Dipendekkan cerita, anda perlu menjadi Reseller produk ini jika anda rasa mampu memasarkannya. Saya tidak mahu usahawan internet yang saja-saja beli Pakej Hak Jualan ini dan jadikan sebagai hiasan di dalam komputer. Saya mahu anda jual.

Marilah bersama-sama saya untuk mendidik rakyat Malaysia memiliki blog sendiri terutama para usahawan dan peniaga yang masih begitu ramai tidak menggunakan blog sebagai medium pemasaran. Ya, masih ramai!

Jadi inilah peluang untuk anda menarik mereka dengan menjadikan Pakej Kit Blogger sebagai satu panduan kepada mereka bermula dari asas.

Fasa 2 Perubahan Kit Blogger

Untuk fasa dua ini, Kit Blogger “siri kedua” akan diterbitkan yang mana ia tiada kaitan dengan versi Kit Blogger sekarang. Versi sekarang lebih kepada newbie atau starter.

Lain dengan versi fasa ke-2, saya telah merancang kandungan yang lebih ‘hebat’ dan tidak hanya menumpu kepada newbie semata-mata. Dan, bagi fasa kedua ini, mungkin hanya program affiliate sahaja yang akan dibuka, tiada resell rights.

Apakah isi kandungan Kit Blogger Siri Kedua ini? Tunggu dan lihat. :) 1

Harapan

Saya amat yakin, dengan kerjasama reseller dan para agen affiliate, saya amat yakin beribu-ribu orang lagi akan berjaya memiliki blog dot com sendiri. InsyaAllah. Hanya kepadaNYA kita berserah.

Klik untuk paparan lebih besar.

Jadi jangan lepaskan peluang menjadi Reseller produk ini. Anda pasti berpuas-hati. Saya akan umumkan dalam masa terdekat tawaran ini walaupun sudah ada yang membayar awal-awal sebab takut terlepas!

Sila lihat setiap screenshot emel berikut. Klik pada setiap imej untuk paparan lebih jelas:

testimoni kit blogger

Dan banyak lagilah emel pertanyaan yang lebih kurang sama. Setakat ini jika tak salah saya, sudah dua orang membuat bayaran tempahan awal walaupun saya belum melakukan promosi lagi. Dan yang lain sudah tak sabar menunggu. :D 1

Jika anda berminat dan ingin membuat tempahan berbayar, sila hubungi saya melalui contact form di atas. Harganya adalah RM150.00. Seperti biasa, reseller akan mendapat material berkaitan. Pada tahun 2007, 100 copy lesen hak jualan sold out dengan harga RM137.00 setiap satu lesen.

Untuk menjadi reseller, ada beberapa syarat yang diutamakan:

1. Saya galakkan mereka yang serius dan tahu asas-asas Internet Marketing

2. Tahu asas perkara teknikal seperti HTML dan laman web

3. Sudah atau akan memiliki blog dot com sendiri.

Syarat-syarat di atas ditetapkan sebab pengalaman saya di dalam menjual produk resell rights, ada para reseller yang tiada langsung asas dalam IM dan juga asas teknikal. Sepatutnya untuk menjadi usahawan internet, asas-asas yang penting teramat lah perlu dimahiri.

ps. Anda juga boleh dapatkan versi Personal Use untuk tujuan belajar: Panduan Bina Blog dot Com.

pps. Ada beberapa projek yang saya sedang cuba siapkan sekarang termasuk kemaskini Pakej Kit Blogger.

Facebook comments:

45 Responses to “Awas: Kit Blogger Akan Lebih Menyengat Pasaran Malaysia!”

  1. copernicus says:

    yosh! dah lama saya tunggu makluman ini dengan penuh sabarnya…! tak tahulah pula boleh membayarnya dahulu! baik, malam ni saya akan buat payment. tolong sediakan satu slot untuk saya ya Zul. :)

    nak tanya:

    1- adakah Zul juga ada menetapkan bilangn terhad untuk pemilikan RR ini?

    2- bermakna… fasa kedua tu adalah totally berbezalah dengan pakej kit yang telah ada ni ya… dan, ia juga berkaitan dengan blogging?

    p/s: paparan PM saya tiadalah pula ya… huhuhu… :D

    • smartzul says:

      Hehe.. Saya akan letak nanti. Semalam dah nak ambil screenshot PM tu. ;)

      1. Ya, terhad. Akan saya maklumkan nanti.

      2. Berkaitan blogging, tapi bukan asas.

  2. alan says:

    Bagus ada update terbaru…..Memang dah tunggu lama ini…Harap boleh tulis dalam WordPress 2.6.3

  3. dauz says:

    Salam zul..
    Peluang inilah yang ditunggu-tunggu oleh saya….
    Boleh tak RR ni buat n tukar ke dia punya eCover…

    1.Zul hadkan berapa nak jual RR ni??Berapa orang aje??
    2.Saya jual produk smartzul akan uruskan pelanggan tak kalau perkara yang lebih merumitkan??
    3.Bila zul nak kuarkan ni lesen RR ni??

    • smartzul says:

      1. Kemungkinan boleh tukar ecover. Saya akan maklumkan nanti.

      2. Untuk perkara rumit, memang saya dari dulu yg akan turut bantu. :)

      3. Hehe, tunggu saja. Saya tak boleh nak janji. Anytime je sebenarnya.

  4. dauz says:

    oppss nak tanya,..
    affiliate bloggerkit masih ada ke??

  5. mazlie says:

    wow…macam berminat je :p

  6. secret says:

    saya ada promote Pakej Kit Blogger ini dalam post di blog baru saya. 90% ikut step tu . 10% try and error.

  7. alan says:

    kalau pembeli Pakej Kit Blogger akan dapat version update ini secara percuma ke?

  8. pali says:

    wah betul lar cam ni…semua dah berebut nak dapatkan RR, tapi nak tanya sikit ler sifu zul, jika kami jual RR kami bolehkah pembeli kami boleh dapatkan support dari forum sifu zul untuk bantuan? (adakah ini soalan bang888?)

    maaf ler mana ler tau..syok jugak nak buat promosi…

    • smartzul says:

      Pali, saya memang akan bantu semua pelanggan reseller. Tapi bab urusan bayaran, reseller kena urus lah. :)

      Untuk forum support, ya, memang semua pelanggan akan dapat akses tak termasuk pelanggan reseller. Update ebook apa semua direct dari saya kepada mereka.

  9. (salam) SmartZul dan komentars

    Inilah satu perkara yang mengembirakan saya. Produk teknikal asas yang berkualiti seperti pakej kit blogger, belajar cpanel, webjualan dan cara menulis ebook akan sentiasa dicari..

    Spesifik kepada “killer product” anda ni, bilangan pelanggan anda semakin bertambah, kenalan semakin ramai, kredibiliti anda pun semakin tinggi. Anda salah seorang usahawan internet yang gigih memperkenalkan pembaharuan dalam dunia blogging melalui wordpress.

    Jika tak ,masakan ada yang sanggup tempah dulu kan? :-)

    Jika anda jujur dalam dunia internet, saya yakin ramai yang akan “berdiri” di belakang anda.

    Saya doakan semua projek terkini anda berjalan dengan lancar.

    • smartzul says:

      Terima kasih komenebook.

      Betul apa yang dikatakan tu. Kredibiliti adalah faktor terpenting dalam bisnes.

      InsyaAllah, saya akan maklumkan bila semua material sudah siap.

  10. AmmarZahar says:

    Salam, Zul..

    Saya nak tempah satu..Bila saya boleh buat pembayaran ya? :)

  11. waah ada pakej bagus ni….boleh la nak dapatkan satu jugak..tak rugi melabur ni….

  12. Imo Imora says:

    Zul tempahkan saya satu yer. Bila tarikh last ni. Adoi internet problem kat umah ni.

  13. emmm. perlu dapatkan RR ni zul. dulu pun beli kat orang je. tak berpeluang nak jualkan semula. kejap zul. kat mane nak bayar ye ?

  14. am says:

    Ada tak versi bahasa inggeris.. boleh juga dijual dipasaran luar.. atau boleh saya translatekan ke english.. jika boleh bagaimana caranya..

    • laling says:

      Am..
      Kalau dalam English tak perlu e-book ni sebab dah ada tutorial sangat lengkap kat wordpress org kalau pergi sana siap boleh design theme wp lagi kalau nak..

      Keberkesanan e-book zul ni sesuai untuk bloggers yg noob dan lemah dalam BI..Jadi ada baik kita promote jer kit blogger zul ni untuk pasaran tempatan..Memang Laku dan sentiasa reliable

      Tahniah Zul!! keep it up with technical book in BM
      Melayu Need You!!

    • smartzul says:

      Am, kat pasaran luar banyak yg PLR. Dapatkanlah yg tu dan customize. :)

      Kit Blogger mmg saya buat khas untuk orang Malaysia.

      • am says:

        bro ini sebab.. sekarang am buat wp installation service.. so dia akan ada kena mengena.. nak buat panduan sebaik ni memang susah dah tiada masa.. salah satu yang am suka blogger kit sebab dia dekat dihati.. bukan nak menjual semata2.. so my subscriber (membership site – member) akan suka kalau book ni dapat dijual kepada diorang..

  15. Imo Imora says:

    Ok Zul saya dah send pemohonan.. :)

  16. samsuri says:

    salam !
    sdr zul,

    kit bloging sangat baik..saya dah beli satu ..itu dulu masa belum ada rr.
    kalau saya nak rr ..terpaksa beli lagi satu..macam tu ker.

    • smartzul says:

      En Samsuri,

      Bayaran yg dikenakan adalah untuk LESEN HAK JUALAN selain dapat memiliki Kit Blogger untuk kegunaan sendiri.

      Apabila bercakap mengenai RR, PLR dan sebagainya, ia bermakna kita membeli lesen untuk menjadi “pengedar”. Sama dgn dunia offline yg kalau nak jadi agen mana2 produk, kena bayar untuk jadi agen.

      - zul :handshake:

  17. smartzul says:

    Terima kasih atas respon positif semua.

    InsyaAllah dgn beberapa perancangan untuk Kit Blogger ni, ia bukan hanya semata-mata asas pemasangan blog. Tapi INSYAALLAH lebih daripada itu.

    TQ. :yes:

  18. NewGirlz says:

    Berminat gak ni…cam best jek… Smartzul ensem la. :D

  19. fazbiz says:

    pengalaman saya dalam menggunakan kit blogger yg lepas sedikit sebanyak mengajar saya tentang php, hosting dan mcm2 lagi. sebelum tu tak tau langsung benda2 berkenaan internet blogging ni. saya ternanti-nanti kit blogger versi baru nanti. mesti lagi mantap! terima kasih saudara zul.

  20. Maser says:

    saya juga berminat menjadi reseller,saya sekarang sedang berusaha create blog mengenai IM.. :clap:

  21. alfie says:

    Zul…sayer nak jadi Affiliate Kit Blogger…ader tempat lagi tak?… :)

    Hantar feedback kat email sayer. :)

  22. Rammel says:

    Salam smartzul,
    Saya berminat nak dapatkan pakej Reseller kitblogging.
    Macam mana nak apply? kena pakai contact form ke?

    Thanks.

  23. Lutsinar says:

    Saya amat berbangga dan berpuashati dengan support yang diberikan dan saya nak berikan cadangan untuk dimuatkan dalam ebook smartzul akan datang khasnya Panduan FTP menggunakan Filezilla,

    Pada mukasurat 69 Download file dari server, memuat turun folder lamanweb gantikan dengan memuat turun folder Public_html.

    Oleh yang demikian kalau Public_html tu rosak bolehlah restore balik dengan meng”upload’ semula ke server. Tak payah nak contact Netkl.

    Terimakasih

  24. rawatan2u says:

    Salam semua…..

    Betul la kit blogger ni memang bagus, sy yg dah hampir 6 tahun tak sentuh PC pun boleh gak buat{ada la ckt mslh,email zul mintak bantuan},

    ..Walaupun yg ori tak buat lagi, rasa bangga sgt sebab boleh ikut step by step dlm kit tu…

    Semoga bertambah2 la rezeki zul,yek…

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tips Kejayaan Promosi » Blog Archive » Pakej Kit Blogger Versi 2.7!
  2. Pakej Kit Blogger Versi 2.7! | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)