Pakar Mengajar Pakar : Oh! :)

Saya ada membaca satu post oleh Michel Mortin di blognya mengenai satu teleseminarnya bersama Jim Edwards. Mereka berdua adalah pakar dalam bidang internet marketing. Oh ya, post dia tu Mei 2005 punya lagi, tapi ada benda nak komen sikit.. Hehe..

Jadi, apa yang nak saya sampaikan? Cuma ingin menyatakan, sehebat mana anda, sepakar mana anda, tak semua anda tahu tentang sesuatu bukan?

Michel Fortin dan juga Jim Edwards MENGAJAR Armand Morin tentang bagaimana menggunakan blog yang boleh membuat duit. Apa? Armand Morin? Tahu tak siapa beliau tu? Pakcik saya ker? Hehe, beliau juga pakar dalam bidang internet marketing sejak tahun 1996 lagi. Armand dalam Mei 2006 yang lepas beliau telah datang ke Malaysia bersama dengan Alex Mandossian untuk program bootcamp di KL.

“We show Armand, step by step, how to set up his blog from scratch to finish, cradle to grave. No programming needed, no coding or mind-numbing nonsense, no graphic design”.

Begitulah kata Jim Edwards dan Michel Fortin. Jika anda adalah seorang pakar, anda tetap memerlukan consultant atau ‘bantuan’ orang lain bukan? Pokok pangkal, tak semua benda kita tahu.

Eh, nak tambah lagi, part ni yang penting sebenarnya, yang tak tahu apa-apa tu, lagi-lagi lah perlu belajar dan bertanya yer.. Jangan dok pendam sorang-sorang, nanti meletup. Jangan malu bertanya, jangan ego, nanti susah diri sendiri.. Ramai yang sudi membantu. Alasan boleh belajar sendiri kurang sesuai sekarang, sebab masa itu penting. Seperti yang saya tulis dulu, Armand dan Alex ada kata, masa kami nak memulakan perniagaan internet dulu, tak semudah sekarang, semuanya ada. Anda tak perlu menyusahkan diri untuk mencipta formula. Dan saya pula kata, jangan buang masa lagi. Lebih-lebih kalau anda ada modal, pergilah ‘berguru’. Jangan ego dan kedekut tak bertempat.

Kalau pakar pun rela diajar oleh pakar, inikan pula kita yang baru nak bermula. Jangan banyak alasan, carilah guru! Mengembaralah menuntut ilmu. Macam saya ker? hehe.. Sori ekk, puji diri sendiri. InsyaAllah saper nak jumpa smartusaha, boleh datang kelas adsense kidino dan shuth sabtu ni (15 Julai 06). Aduhai, pergi KL pulak sabtu ni. Tapi masih 50-50..

Janganlah sayang duit tu sangat, kalau takat 2,3 ratus, percayalah, kalau anda betul-betul serius, usaha kuat, tak kenal jemu, ‘pelaburan’ anda tu akan mendapat pulangan yang berganda-ganda lagi. Eh, saya ni banyak duit ke pergi sana-sini? Hehe, rahsia, saya akan ceritakan pengalaman pahit duka suka saya dalam perjalanan bisnes ini.. Tak bestlah bagitahu sekarang. Tungguuu….

Jadi, carilah guru yer… Tak cukup hanya membaca, anda juga perlukan bimbingan yang tersusun, terancang dan sistematik dari guru tersebut. Dan inilah yang akan anda dapat apabila menyertai seminar saifulsham.com. Siapa yang ada duit lebih, boleh join untuk sesi kedua 23/7/06 ini.. KLIK sini untuk info terkini mengenai seminar tersebut.

Oh, oklah yer.. Lain masa saya menulis lagi apa yang patut.
Wassalam,

Dari tinta CEO smartusaha.com 😆

Pe-rancak Ebiz Malaysia sejak Julai 2005.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

9 thoughts on “Pakar Mengajar Pakar : Oh! :)

  1. Alamak.. Zul dah jadi CEO macam saya la..

    He he..

    Tapi Saya tetap kena blajar byk benda dari zul dan semua otai-otai lagi..

    Mana la tau nanti saya plak jd otai baru..

  2. Eh, saya memang dari dulu lagi CEO smartusaha.com.. hehehe…

    Bagi saya takder istilah otai, cuma lebih tahu jer.. Sama2 kita kongsi ilmu..

    Tak kisahlah berbayar atau free.. Yg dibuat berbayar tu, mungkin nak bagi anda selesa sikit, dan nak tunjuk nilai ilmu tu begitu tinggi. Plus support berpanjangan.. Itu pandangan sayalah…

    Apapun, bergurulah dengan mereka yang tidak ‘buta’. Seperti kata Dr. Irfan kita di blognya:

    http://www.irfankhairi.com/blog/the-blind-leading-the-blind/

      1. saya kalu beli ebook, saya mesti cari yang ada support…
        kalau takde fikir banyak kali juga nak beli…
        kalau betul2 memerlukan baru beli yang takde support tu…

        han

  3. adesh… kalo orang buta membantu orang celik macam mana?

    takpe laa orang yang berpengalaman sekalipun takkan semuanya tahu. mereka yang newbie dalam internet lebih2 lagi tak tahu apa2 dan nak mula kat mana… kena belajar dari mereka yang tahu…

    saya setakat bagitahu mana yang tahu aje laa. kalo lebih2 saya tak reti nak cerita banyak… tak pasal2 jadi lain citer pulok… hihiiii..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *