Hidup Kaya Raya Dengan Pandai Menjual

Pandai menjual boleh menjadikan kita kaya raya. Bagaimana untuk pandai menjual? Apakah rahsia kebanyakan usahawan, penjual dan peniaga yang berjaya?

Pemasaran Vs Jualan

Memasarkan produk dan menjual produk adalah dua perkara yang amat berbeza. Jauh bagai langit dengan bumi, walaupun kedua-duanya saling memerlukan. Ramai yang menyangka, apabila seseorang itu pakar dalam pemasaran, mereka juga adalah pakar dalam jualan. Sangkaan itu adalah silap. Tidak semua pakar pemasaran mempunyai kepakaran dalam menjual.

Namun tidak dinafikan. Apabila pemasaran dan penjenamaan dilakukan dengan “hebat”, produk dan diri usahawan itu akan “terjual” dengan sendirinya selain mempunyai kemahiran menjual.

pakar jualan                                                                                                                                                                                                                                            Gambar hiasan sahaja. Sumber: Tom Wealthy

Apa itu Pemasaran?

Untuk mudah faham apa itu “pemasaran”, saya suka memberikan maksudnya begini:

“Pemasaran adalah usaha yang dilakukan untuk menghebahkan kewujudan perniagaan ataupun produk yang diniagakan, dan usaha yang dilakukan untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada pelanggan sasaran.”

Semua orang boleh lakukan pemasaran, tetapi mengapa pula produk yang dijual tidak dibeli? Bukankah sudah ribuan orang mendapat mesej melalui kempen pemasaran? Sepatutnya ramai yang membeli. Salah satu jawapannya adalah, kerana cara menjual tidak berkesan.

Bagaimana?

Soalan yang akan ditanya, bagaimana cara berkesan dalam melakukan jualan?

Jawapan mudahnya adalah kuasai seni dan teknik menjual.

  • Belajar dengan pakar jualan.
  • Beli buku berkaitan jualan.
  • Sertai kursus dan seminar berkaitan jualan.
  • Belajar dengan memerhati.
  • Kuasai ilmu “copywriting”.
  • Latihan, latihan dan latihan. Perlu setiap hari asah kemahiran menjual.
  • Lantik staf atau “business partner” yang pakar dalam jualan.
  • Wujudkan satu “team” jualan dan diketuai oleh seorang pakar dalam jualan.
  • Upah (outsource) kepada pihak yang pakar dalam bab menjual.

“Keajaiban” dalam menjual tidak hadir dalam masa satu hari. Ia bukan setakat memerlukan ilmu yang betul, tetapi sejauh mana kesungguhan seseorang mengamalkan dan menambah baik apa yang dia telah kuasai, selain faktor-faktor lain.

Terdapat banyak teknik menjual. Asasnya adalah sejauh mana kita mahu belajar dan menuntut ilmu berkaitan jualan. Sejauh mana kita mahu mencuba dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari, dan sejauh mana kita sentiasa mahu memperbaiki kekurangan-kekurangan dalam usaha jualan yang dilakukan.

Kunci kejayaan yang lain adalah merancang dan konsisten. Usaha jualan tidak boleh dilakukan secara ala kadar dan tidak dirancang. Proses menjual juga perlu dirancang dari setiap segi. Manakala usaha jualan harus dilakukan secara berterusan agar kita tahu apakah ruang-ruang dan perkara yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan.

Tanpa pemasaran yang efektif, tiada sesiapa tahu kewujudan perniagaan / produk kita. Tanpa kaedah jualan yang berkesan, tiada sesiapa mahu membeli produk yang dijual.

Saya bukan pakar jualan. Kemampuan saya lebih kepada “marketing”.

Joes Ades (1934 – 2009)

Tonton video ini dan anda akan tahu betapa pentingnya seni dan kemahiran menjual. Nak kaya dengan perniagaan? Kuasai jualan, tetapi dengan ultimate passion (kesungguhan tanpa batas) dan enthusiasm (a feeling of energetic interest in a particular subject or activity and an eagerness to be involved in it – Cambridge Dictionaries).  🙂

ARVE Error: Mode: lazyload is invalid or not supported. Note that you will need the Pro Addon activated for modes other than normal.

Dan kemudian tonton video “live” semasa beliau menjual.

ARVE Error: Mode: lazyload is invalid or not supported. Note that you will need the Pro Addon activated for modes other than normal.

Joe Ades meninggal dunia pada Februari 2009.

“Menjual secara online juga perlukan perasaan energetik. Berniagalah sebaik-baiknya kerana hidup hanya sekali. Biar jasa jadi kenangan.” – Smartzul

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “Hidup Kaya Raya Dengan Pandai Menjual

  1. Pada pandangan tuan, apakah kepercayaan pelanggan pada sesuatu perniagaan itu boleh menjadikan sesuatu produk itu terjual, walaupun pemilik produk tersebut tiada kemahiran menjual?

    Ini kerana, berdasarkan pengalaman saya, apabila mereka yang pernah menggunakan servis saya, terus membeli produk yang saya cadangkan walaupun saya rasa ayat menjual yang saya gunakan tidaklah hebat.

    Dan kesimpulan yang saya buat, ialah mereka percaya dengan kemahiran saya, menyebabkan mereka membeli produk yang saya cadangkan berkaitan dengan masalah mereka.

    Boleh tuan kongsikan pengamalan tuan?

    1. Tuan Abdullah yang saya hormati,

      Ayat menjual tidak perlu terlalu hebat. Lihat contoh dalam video di atas. Saya yakin, beliau hanya guna ayat yang tidak jauh berbeza selama lebih 15 tahun. Dan kita sebagai orang Islam percaya pada rezeki yang Allah tentukan, bukan pada ayat jualan. Sehebat mana ayat jualan, jika Allah tidak izinkan, tidak berlaku juga. Ayat jualan yang bagus hanyalah asbab sahaja. Saya terfikir perkara ini, di mana kita terlalu mendambakan pada “kuasa” ayat jualan sehingga terlupa, segala-galanya daripada-Nya.

      Saya sampai sekarang hanya gunakan kaedah ayat jualan yang asas sahaja dan menggunakan bahasa yang orang mudah faham dan jelas. Yang penting adalah kejujuran dan keikhlasan, serta sejauh mana kita bersabar dalam melayan pelbagai kerenah pelanggan. Dan tidak kurang penting adalah pemasaran agar lebih ramai tahu kewujudkan kita. Faktor-faktor lain seperti kepakaran dan kemahiran kita juga memudahkan lagi proses menjual. Kita tidak perlu banyak cakap, orang akan beli. 🙂

      Soal rezeki dan kupasan dari sudut agama, tuan lebih arif.

      1. Tuan zul,

        Terima kasih kerana membalas komen saya. Saya sangat setuju dengan pandangan tuan.

        Memang benarlah, sebagai orang Islam yang beraqidah suci, semestinya pergantungan kita hanya kepada Allah.

        Secara jujurnya saya membeli prosuk tuan, atas dasar kepercayaan saya terhadap tuan. Terutamanya ebook Pkej Blogger, menjadi rujukan saya hingga sekarang, walaupun wordpress dah sampai versi 4.0.

        Jadi, dari komen tuan, kesimpulan yang dapat saya rumuskan ialah, tak perlu terlalu mementingkan ayat juala yang hebat. Paling penting, hubungan dengan Pemberi Rezeki kena baik.

        Dan keduanya, kepercayaan pelanggan terhadap kita merupakan yang penting untuk berjaya dalam bisnes. Betul tuan?

        1. Betul. Jaga baik-baik kepercayaan yang telah mereka berikan walaupun kita bukanlah seorang yang sempurna (boleh lakukan kesilapan tanpa sengaja).

          Ayat jualan hanya untuk menyatakan kita ada jual sesuatu dan apakah tawaran kita. Itu saja. Selebihnya banyak lagi faktor-faktor sesuatu produk dibeli ataupun tidak. Bergantung kepada jenis produk dan perkhidmatan, ada bisnes yang lebih banyak melalui “mulut ke mulut” dan ada produk yang akan terjual dengan sendirinya. Contohnya rawatan menggunakan cara Islam seperti rukyah, ia memang dicari-cari oleh kebanyakan orang untuk merawat sihir, penyakit, gangguan jin dan sebagainya.

  2. Kepercayaan daripada bakal pelanggan satu titik permulaan yang sangat baik untuk teruskan jualan. Saya yakin, jika kita terus berusaha buat pemasaran, pasti jualan akan ada. Sebab kita sudah berusaha dan berikhtiar.

    Sekali pelanggan percaya & puas hati dengan perkhidmatan, akan akan jualan berulang. Tetapi, sekali pelanggan rasa ditipu, akan ada ramai lagi orang akan menjauhi kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *